The organic oats and the lonely brother…

IMG_7226

have u tried this? ok ai baru ada baby so memang sepatutnyalah kan baru nak mencarik all kind of travel foods. hari tu waktu RB ikut dibawak ke Germany, dia baru lagi makan the starting food of purees so memang takde le heavy food yet, but now porridge is a must to him at least 3-4 times a day coz dia tu memang mat bubur ler. tak boleh takde, dapat je kita pegang sudu dia dah menganga mintak. kalau bagi corns jer campur le ngan apapun, siksa dia nak makan, kadang2 aku kena kepit dia untuk makan tuh, so not fun. so for mat bubur ni, kita try pulak the organic oats coz aku nak ngangkut dia for travelling.

i referred from the Solid Food for Baby’s Group untuk organic oats nih, masaklah ikut sukatan and campur ngan mangga, and grapes. Dikupas and dibuang biji, tapi jangan le bantai letak banyak nau, sometimes aku tambah letak prunes too. Compared ngan porridge ngan oats nih, aisaymen, bercinta betul dia nak mengabiskan oats ni heh. but tu lah, ko nak ikut mak dok dik oit, nak terbang kannnnn!

Some babies tu lah diaorg punya appetite ngan setiap tekak setiap anak lain, nak main lenyek2 leceh ler, tak sedap melambatkan keje mak ko and budak kecik tu pun macam tak kenyang je makan.



IMG-20121125-WA003

nyibuk je kaco kibod mak nak buat kerja, penyudahnya mak naik tempat tinggi, tapi tetap gak dia nak menyendeng sama mengaco, dapat peha kaki mak dia pun jadi lah, tu pun dia cuba gak tarik wayar laptop aku eiiii budak ni! yelah member takde kawan kan, abang kakaknya kan away pi camping. Dia bukan takde laptop toys dia, tapi apa saja makpaknya punya gadgets ke barang pun dia nak gak main. hari tu bagi remote lama yang dah rosak, dia baling kejap jer, tapi bila bagi remote kipas yang dia dok tengok kita pakai sokmo tu, RD bagi le kejap kan, wahhhhh muka gumbira betul dapat gak merasa dia pegang.

Lawak breastfeeding dia makin melampo ler ko….skang bukan minum sampai kenyang, dia akan minum sket-sket pastu main pastu minum sket lagi and main and minum sket tu yang tak menahan dia singkap bukak baju aku macam tu jer. kalau kat rumah ler. kalau kat luar mau kena tepuk tangan tu, hahhaahha! Sejak dah pandai singkap baju ni le yang bukan main lagi hebat main selak je ko kan.

Oh abang kakaknya dah balik selepas 4 hari di camp, bukan main lagi happening si kecik dapat the kroni back, specially bersilat lawan main basikal dalam rumah berpusing2 ko. rumah aku dah macam mini playground daa…. 4 hari sengsara gaklah dia takde abang kakaknya, tu yang asal boleh dia berlipat nak gak menyendeng kat makpaknya.

Satu lagi dia paling pantang kalau bapaknya kiss2 aku, baik cemolot ke cepipi ker, peluk2 ker memang dia pantang, dia akan datang walau di mana dia berada, merangkak kedek2 and tampau muka bapaknya suh lepaskan mulut or pipi maknya hahahaha! lagi le bapak dia menyakat. Dedulu abang kakaknya pun masa baby gitu gak, pantang bapaknya melekat ngan maknya depa dah tenyeh2 muka bapak, tak bagi betul kiss kiss ngan maknya. For them, their mom belongs to them, bapaknya tak boleh nak rerapat apatah lagi cemolot. ahaks

ok anak2 jom packing ikut bapak ko!

n hey, today is 29th, happy 11months Zeeshan.

Comment: 13