Hectic Saturday(s)!

 

IMG_2595

ko ingat lam gambar macam zalim jer ler bini kan suh laki jaga anak jer heh. yet bininya sedap makan. takde maknanya. aku akan make sure laki and anak2 aku sumer makan dulu, yet aku menyuapkan si RB. lagipun steak aku sampai ke main lambat, depa dah habis makan pun tak sesampai lagi. RB’s food kan aku sentiasa bawak merata.  Asal jangan lupalah, kalau lupa mau aku gagau patah balik rumah amik. oh tidak tidak!

so bila diorg dah habis makan, RB pun dah kenyang, mana boleh dia nak dok dendiam dalam baby chair, haruslah dia nak menyepahkan kedai makan ni pulak. apa barang dok diam jer, anak aku dah memang ada gaya macam abangnya jenis active. ye sila sila

turunlah ko berjalan exploring.

ada bapak ko, ada abang kakak ko sama leh jaga.

but abang kakak malas nak jaga adiknya masa ni coz depa dok tengok video Big Bang Korean. Gila kay, aku tak kenal pun group nih, anak2 aku ke main mengadap!

IMG_2590

itupun sambil aku makan tak senang hati. coz anak member aku ada 5 boys ok! lelima ligat. siap yang number 4 hok umur 2 tahun selamba katuk2 aku, kelepuk2 RD, and ada jugak dia nak pelangkung RB yang cinonit tuh. Hoi super ganas betul anak member aku tuh. Puting kat mulut ke main tapi gaya main angkat2 kaki lagi!

RD dok ler asingkan depa semua dari RB yang kang kalau tolak mau tumbang! agak2 lah anak aku baru je setaun 2 weeks masa nih.  tunggu sket dia terer membagi gak yek.

but member aku memang hebat. umur 38 tahun nih, anak 5, lelima lelaki. paling tua anaknya 9 tahun yang bongsu baru jer baper bulan.

Murah rezeki, berderet anak lelaki yek. Camne le tak bergegar rumah ko!

IMG_2614

tak dibaginya orang dukung dia, dok berjalan je action skang ko yek!

IMG_2618

Lagi ko ngekor dia lagi dia laju berjalan

Pegang tangan pun dia tak bagi yek, menarik2 tangan suh lepaskan. Berlagak ko dak kecik!

IMG_2620

ni memang mata merah coz aku kan mak merah! camne ler nak hilangkan red eye ni bila malam ada flash hah, geram tol aku, ada ler editing photos tuh but aku malas nak edit, nak terus jer dia hilang merah bila snappy2.

IMG_2622

remember aku ada cakap kot ada anak2 size gini sampai toddler ko nak senang kena heret sling bag. ada kalanya aku pedulikkan, nak vass jugak so aku pakai jer selamba but at one stage, oh tidak tidak, tak boleh jadik! mari meng’sling’. kejar RB!

IMG_2665

bukan penutup but since i have to split the family stories into 2 entries, kita wrap up di sini sahaja. Brought abang to the mamak, gunting rambutnya. Dia sejak aku hantar ke saloon, dia demand ke saloon sesaja, but oh tidak. laki aku dok cakap anak jantan tolong pi mamak jer, bapak ko pun made in mamak gak rambutnya.

Jimat RM7!

RB mengular buat spot check pulak kat barber nih, hahahaha letih RD and kakak mengejar, sudahnya depa angkut RB dok luar, lagi tak pening pala.

Sabtu penat sei. Sabtu anak2 aku tuition, pastuh badminton class. Sambung pulak ustaz datang mengajar mengaji dan fadhu ain. Dulu mengaji kita buat Ahad, tapi skang laki aku cakap semua kena habiskan on Sabtu so Ahad is our family free and easy time. So tu ler Sabtu, kitorg apa2 hal nak kuor kena pas maghrib, melainkan aku ada blog events barulah aku lari kuor. Ni pun dedengo laki aku nak terbang lagi, aduh…masak eden!

Comment: 8