Going to be a teenage boy…

ni anak bertuah aku nih. si sulong buah hati cinta payung sayang aku nih. kadang2 hishh…buat aku amukan merah jer. Walau ada detiknya melembutkan hati maknya, tapi ada jugak merajuk maknya heh. takper ler…let s not go there. Abang skang, dah setahun 2 ni dok kawan-kawan ngan awek. berdas2 kena leter pun, oklah dia abaikan tapi nanti leka dia buat balik. tu satu hal lain. handphone dia sebulan dulu je pakai, pastuh bapaknya rampas. coz kami tengok dia mula leka dan aku juga jumpa sms ‘hai awak apa khabar’. ‘hai awak nak jadi gf kita tak’

tak boleh blah betul anak bujang aku nih! ko dah berangan nak ada gf pulak!

ko jangan kacau anak dara orang bang oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

pastu bebaru ni dia tanya kenapa tak boleh kawan ngan kawan2 perempuan dia, napa depa tak boleh call rumah. Kita kena ler beri alasan. antaranya takde makpak yang suka anak daranya ditepon anak bujang orang, seperti contoh kalau ada boy tepon Kakak, mami dadi tak suka. Macam tu lah ngan anak dara orang lain jugak. Kawan setakat di sekolah sudah. Tapi tu ler kawan2 sek dia mostly cina, yang melayu perempuan ni dia kenal dari tu lah camping dia ler, berpanjangan betul pulak heh.

tu aku tak cerita budak perempuan tepon rumah aku. Siap menyamar2 budak tu ok! hah ni kena buat dialog. Biadap betul budak tu, ada sampai menyamar besarkan suara buat suara maknya coz aku nak cakap ngan maknya sendiri. Gila betul budak2 nih! umur 12tahun tuh dok menyamar jadi mak sendiri age 46, ko tak rasa hangin ke dengo?

Lain plak dia nak kulit dia putih balik macam masa dia kekecik dulu. Huk aloh! Dia cakap skang ni gelap sangat, legam. Habis tu dah ko main sekolah kat bawah matahariiiiiiiiiiiiii, nak buat camner. Dah ko petang2 main bola sepak kat sekolah ko kan. So dari last year tu dia suh aku beli satu product nih, tak boleh sebut nanti pengiklan aku ada yang merasa hati. Alah untuk budak2 ler….dia suruh aku beli brand tu coz ada artis tu pakai. So dia nak ler pakai jugak.

image

Baiklah abang. Tanya2 gang yang lelaki pun depa lagi ler cam bapak si abang mana ada pakai apa2 pung. Tembak ngan air paip je jugak macam aku dedulu, sebelum 4,5 tahun dulu lah. Skang ai dah pandai sket melawa tempek muka nih. Pastu dah 3,4 tubes abis, pun tak cecerah gak mukanya! tak puas hati betul dia.  Kenapa artis pujaan dia pakai lawa putih melepak napa kulit abang tak macam masa abang baby kekecik dulu, napa tak macam RB. Abang dah gelap sangatlah mummy.

Rileks ler bang oi….nanti ko bebesau, kulit asal kaler putih ko datang le balik. Apa kes le ko risaukan kaler kulit plak heh.

Rambut nak kena macho, kalau kuor kena ada gaya style dia. Mak tak leh pepegang tangan dia, peluk tak leh. Kalau ada group budak perempuan siap ler dia punya berkelicau tak tentu arah, malu ke main maluuuuuuuuuuuu, eii ko kan bang! Jadi sajalah aku nak tanya2 korang punya anak bujang ha camner.

Dia ni dah stage nak ke teenager, cuma mimpi belum lagiler (coz bapaknya dah ajar dia kalau mimpi tu camner, apa bagai maksud tersirat). Ok sila google kalau nak tau camne explain ajar kat anak on akil2 baligh yer coz benda tu walau ada ajar di sekolah masih lagi tak cukup, kita parents kena gak masuk campur.

On study semua dia ok oklah, tahun ni nak UPSR, but being sekolah cina banyak subject but kita tak nak push force dia sangat on the mandarin subjects coz paham sangat susah nak score. Dapat As kat any of the main subjects pun dah ok syukur cuma ni ler…

banyak betul selingan dan iklan anak aku nih.

Anak2 aku masa musim sekolah tak boleh tengok tv, internet, ipad ke hapa maknek. semua diharamkan di rumah. Weekend pun kadang2 jer for Kakak, but for Abang memang skang tidur, sambil study ke dok berdentum radio. belum stage beli cd ke hapa but terer betul dengan channels radio heh. Diorg bila dah tidur tu lah aku boleh padam radionya, camne le ko belajar ngan dong ceng dendam tum tum tu, mak dulu study tak boleh ler ada bunyik2 sumer nih. Bingit tak masuk otak aku menda aku belajar.  Ni semua gaya ler nih hey!

So looking at him, is like flashing back our teenage time. Aduh….this is the hardest time for parents. Not easy, but insyallah we will support and fight for him, I will not give up on my kids.

Comment: 21