KEN Rimba Township – Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township!

48hours sponsored post

20130113_134443

 Mummy, nak swimminggggg sini boleh…

Maklumlah semenjak krisis air dulu tuh, swimming pool kat apartment kitorang tu dah tak rupa swimming pool dah, eh masa tu lah. skang dah ok dah, coz dah ada air. So rindu la budak-budak ni nak pi swimming. Sian depa… Lagipun time takde air ni kitorang time weekend jer memang malas nak duk rumah, so sure keluar merayau. Yelah, duduk rumah air takde, baik tak payah!
IMG_2825
So one of the weekends tuh, RD ajak pi kuor jalan-jalan dan kebetulan kitorang ada dapat special invitation ke Double Storey Terrace House special viewing. Memang cantik la kan, kitorang pun memang tengah aim nak cari landed house. Takde air punya pasal, terus cari rumah baru hahahaha! Gila kentang! 😛

So sampailah kitorang ke showhouse KEN Rimba Legian Residences. Aku kalau tengok showhouse ni memang terus la jatuh cinta, rasa terus nak beli jer!

IMG_2809

Aku punya first impression, eh luasnya kawasan depan pagar ni, so kereta boleh lah parking kat luar ni.

20130113_150513

See, you can park outside in front of the gate but not on the side road

And lagi satu, kalau korang perasan dari gambar ni, atap untuk porch tu kalau nak dibandingkan dengan perumahan lain, dia agak tinggi sikit. Nak tau kenapa? Sebab utama atap porch tu dibuat tinggi ialah nak kasi cahaya matahari masuk ke dalam rumah, so kita tak perlu on kan lampu waktu siang hari. Jimat letrik! Dan btw dinding luarnya menggunakan heat reflective paint dan dinding dalamnya pula menggunakan low VOC paint dan secara tak langsung dapat mengurangkan haba panas matahari yang terik 🙂 . Hebak!

IMG_2865

Ni pun sama nak kasi cahaya matahari masuk, bumbung lutsinar. terang rumah dan jimat bil 😉 dan bukan itu sahaja tapi ianya breathable roof system dan adjustable louver window to allow natural ventilation.

Jom kita tengok lagi gambar-gambar yang aku sempat snap…

20130113_144233

Ini pula main hall dia yang aku rasa memang spacious sangat.

IMG_2867

Dining hall dan dapur dia.

IMG_2881

oi oi berangan apa tuh Bang?

IMG_2840
Kalau kat tingkat atas pula kita start dari master bedroom dia.

 20130113_144615

Mummy, ni bilik kakak

IMG_2886

Ni bilik Abang la mummy

Amboi korang dah siap booking bilik masing-masing pulak aih! Bilik adik mana?

IMG_2855

Ni ha, ade katil kecik untuk adik kat bilik kakak ni hehehehe

(budak kecik bengang jer kena dapat katil kecik dari kakak abangnya heh!

Kat tingkat atas ni takde ruang keluarga macam kebiasaan rumah yang lain, itu sebab korang perasan yang bilik-bilik dia luas!

Amacam? Berminat? Kalau berminat ni details pasal Legian ni:
KEN RIMBA LEGIAN RESIDENCES
Tenure : Freehold
Type of Development : Double Storey Terrace House
Total No. of Units : 328 units
Lot Size : Standard 20’ x 65’
Built-Up Area : Approx. 1,800 sq. ft. to 2,200 sq. ft.
Bedrooms & Bathrooms : 4 Bedrooms + 3 Bathrooms
Selling Price : From RM 606K – RM 1.288M
Facilities : Guarded Community, Playground with Adult Fitness Station,  A Private Lap Pool for Corner Units only
Maintenance Fees : RM 100.00 per month
• First landed home development in the country to be awarded the BCA Green Mark Gold Award.
• Awarded the GBI Certified (Provisional)

And btw, Legian Residences ni dibina di dalam KEN Rimba Township, iaitu kawasan yang berkeluasan 60 ekar dan statusnya FREEHOLD dan the Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township. KEN Rimba Township terdiri dari 2 fasa rumah teres, dua fasa kondominium, 109 unit kedai dan 1 commercial land. Fasa pertama rumah teres ialah Legian Residences tadi sebanyak 328 unit dan fasa keduanya Jimbaran Residences sebanyak 168 unit akan launching dan kini buka untuk registration.

 IMG_2909

Landskap luarnya yang lain dari yang lain terdiri dari extensive greenery-linear garden, backlane, mini roundabout dan yang paling penting sekali ada 24/7 security guard!

20130113_150320

Lorong belakang rumah pun kelihatan kemas dan teratur.

IMG_2900

Tak dapat swim, janji dapat kocak-kocak pun bolehlah ye dik….

IMG_2873

Syoknya, bukak sliding door terus terjun kolam. Ni rumah corner lot la.

IMG_2890

catwalk sket heh….

IMG_2826

Lagi satu yang unik dan istimewanya tentang this Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township ialah adanya tong besar ini untuk menakung air hujan yang korang boleh gunakan untuk siram pokok bunga, basuh lantai ke atau cuci anjung kereta dan apa saja la. Dah la dapat jimat letrik, jimat air pulak tu!

Kalaulah apartment aku ada macam ni, time krisis air ni memang sangat sesuai!

IMG_2795

Ooo sebelum aku terlupa ni pula details untuk Jimbaran:

KEN RIMBA JIMBARAN RESIDENCES
Tenure : Freehold
Type of Development : Double Storey Terrace House with Loft
Total No. of Units : 168 units
Lot Size : Standard 22’ x 65’
Built-Up Area : Approx. 2,100 sq. ft. to 2,500 sq. ft.
Bedrooms & Bathrooms : 4 Bedrooms + 3 Bathrooms + 1 Attice/Loft
Facilities : Guarded Community, Playground
Concept: Open Concept

20130113_151034

Dan jangan risau, shoplots pun ada juga dalam township ni. Dan kalau tak silap even sekolah pun ada sekali nanti.

IMG_2805

Dan the best part, free access to more than a dozen bicycles which you all can use to get around in this KEN Rimba Township. Senang nak pi kedai nanti hiks  Kalo tak de basikal pun taper sebabnya ada covered walkway sehingga ke KTM Station!

ken rimba1

So sebelum korang tanya “Kat mana ni Kak Red?” Ni aku attachedkan map dia sekali.

20130113_145618

Pergilah usha kot-kot korang berkenan or untuk info lebih lanjut boleh visit their website, FB or even tweet the owner himself or email. Tapi kalo nak lagi pantas, tepon terus depa at 1300-22-9933 / 03-55119233

 Khidmat pesanan masyarakat Ken Rimba is brought by Redmummy.com

Comment: 19