On ground session at Purina Fancy Feast!

48hours sponsored post

IMG_3362

Bila bercerita pasal kucing ni aku memang la suka sangat. Terasa rindu kat kucing-kucing aku semua tu. Alah, kalau cerita pasal RM ngan kucing, semua orang dah hafal sangat kot, so tak yah ler aku ulang cerita sejarah susur galur aku ngan kucing kan, dah memang sebati wor.

So bila Purina Fancy Feast menjemput aku menjadi panel berkongsi cerita tentang penjagaan dan pemakanan kucing aku pun memang set setuju terus. Berkampunglah kami Red Family di AEON AU2. Anak-anak memang kena sekali, maklumlah kami satu famili kan cat lovers, cuma the most pet lover dalam family aku, Abang tak dapat nak turut serta, he dah ada appointment lain, maklum ler anak2 dah makin besar, dah ada jalan depa sendiri.

IMG_3819

Since kitorang sampai awal, sempatlah aku pusing keliling belek-belek pelbagai range of products dari Purina Fancy Feast ni.

 

IMG_3818

Dari dry food ke wet food and even soup for cat pun ada. Pelbagai flavours untuk si kucing manja korang, nak tuna ada, nak salmon pun ada, ayam of cos la ada dan bermacam-macam flavours lain untuk selera kucing korang. Kalau kita pun bertukar-tukar selera, kucing pun nak la jugak tukar selera, betul tak?

 

IMG_3822

 

Berkongsi cerita dan pengalaman dalam penjagaan dan pemakanan kucing ni sesuatu yang sangat mudah dan senang sekali coz benda ni dah macam ‘makanan harian aku’. Lagipun aku dah jaga and expert hal2 kucing semenjak aku dari anak kecil lagi sejak baru 3,4 tahun dah memang cintakan kucing. Memang suka sangat dengan kucing. Tak kira la strays cat ataupun lain-lain breeds. Pada aku yang paling penting ialah kita kena rajin menjaga tahap kebersihan kucing kita tu, termasuklah dari pasir, cage dia dan sebagainya. Tak lupa juga kena alert tentang kesihatan kucing tu. Kalau nampak depa ni mood tak baik jer for sure ada something yang tak kena la tu. Makanan dan minuman pula hendaklah sentiasa yang fresh gitu.

Disamping berceloteh berkongsi cerita, sempat kitorang mengadakan kuiz tentang kucing khususnya kepada orang yang datang hari tu. Soalan senang jer, sapa dapat jawab dapatlah bawak balik Purina Fancy Feast untuk kucing diorang.

IMG_3820

Juga ada sesi bersoal-jawab tentang permasalahan tentang penjagaan kucing ni. Aku jawab berdasarkan pengalaman aku jer la, yang complicated masalahnya aku syorkan supaya berjumpa yang lebih arif la. Seronok rasanya dapat berjumpa dan bertukar-tukar pandangan sesama cat lovers ni. Ada jer cerita menarik tentang si comel diaroang tu.

Lagipun kucing ni senang je jaga, kalau dia sihat, dia riang ria, kalau dia sakit, hah memang dia akan monyok dan tak seronok so tang tu terus lah bawak pi jumpa vet.

IMG_3821

Ohh anak-anak aku apa lagi main dengan kucing la. Kebetulan pula ada program cat adoption. Tapi kena cepatlah nanti melepas korang nak adopt kucing yang ada tu.

Purina

So weekend on 19th & 20th October pun still ada lagi Purina Fancy Feast di AU2, Setiawangsa ni. Pelbagai aktiviti lain pun ada sama termasuklah PAWS cat adoption, untuk korang yang nak adopt kucing, Chef Anis appearance on Sundays 20th Oct, Kelab Kucing Malaysia cats’ showcase, special promotions on FANCY FEAST products dan untuk kanak-kanak pula Childrens’ coloring contest on Sunday 20th Oct nih.

You guys just missed my session, mine was held on the 12th Oct lepas, tapi takpe can catch the rest of the show too.

IMG_3429

Ai ingat nak adopt bawak balik kucing yang ni la hiks 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Purina Fancy Feast is brought by Redmummy.com

 

Comment: 3