Nov 12 2013 Tuesday, 10:00 am
Anak-anak Tangki Air :(
Aku nak bercerita
Kisah benar
Yang aku dengar
Dari mulut ke mulut, trusted parties yang aku dengar sume nih, termasuk sumbernya dari laki aku.
Kisah perceraian makpak nih, anak 3 orang. memandangkan dah bercerai-berai, anak2 3 orang (age 11 girl, 9 boy and 7 girl) ni duduk ler ngan maknya. Tapi telah berpindah jauh dari sekolah (dari rumah sebelum makpak bercerai). So kalau dulu rumah dekat jalan kaki sahaja, kali ni rumah jauh, takde lah nak berjalan kaki.
Dengar kisah, maknya hantar dua orang ke sekolah pagi tu, yang tua 2 orang.Ā kemudian yang bongsu perempuan sorang lagi diletakkan di tangki air rumah lama sementara nak tunggu sekolah sessi petang, dan berganti untuk ke sekolah agama. something like thatlah.
Can u believe it? yes u read me, kat tingkat atas tangki air di rumah apartment lamanya.
Di situ nanti depa akan tunggu sampai waktu nak pergi sekolah. kemudian si adik bongsu akan tinggalkan peninggalan nasi lemak dari pagi untuk the abang kakaknya makan di tangki air tuh. Dan bersiap untuk ke sekolah agama / sekolah harian, all everything semua dibuat di tangki air. Eii budak tu sorang2 half day duduk kat atas tangki air tuh, 7 tahun tuh??
Kemudian nanti abang kakaknya habis sekolah tengahari akan naik ke tangki air and bersalin baju makan nasi lemak dari yang dah ditinggalkan adik bongsu depa (yang dibelikan dek maknya masa pagi2 hantar si bongsu dok di tangki air). Ya Allah! Kalau pagi2 tu si bongsu ni lom ada kelas, dia memain le kat bawah flat tuh, main lukis2 kat kereta orang coz pagi2 kan berkabus. apa sahaja yang dia boleh buatlah, pastu nanti dah cukup time nak pergi sekolah, dia naik le tangki makan nasi lemak bekalan and bersiap tukar baju pergi le jalan kaki ke sekolah.
Masa aku dengo nih, rasa nak meletup2 muka maknya ngan tapak kaki.
Tapi tunggu habis cerita dulu….
Apparently si bapak kandung pun tahu akan kisah anak2nya yang duduk di tangki air setiap kali habis sekolah. Bapak dah remarried dah ada anak lain, and didnt do much.
Dahlah mak nak kena makan tapak kaki, bapaknya pun sama nak makan penampau telinga?
I heard, this situation nih jadi on going about almost a year. Since awal tahun sekolah till now…
Hingga one day, bapak sedara to the kids (brother to bapak budak2 nih) found out about this and he went up to the tangki air flat apartment rumah tuh and kidnapped bawak balik tetiga anak buahnya.
Dalam marah kesumat, atas apa jenis makpak yang biarkan anak2 terbengkalai tidur tukar baju kencing berak baring di tangki air rumah? Kalaupun takde budget sangat nak hantar taska, masih mampukah korang biarkan anak2 ni terbiar macam ni. n they waited there till habis sekolah hingga maknya datang jemput, kalau late siang, malam menunggu le di situ.
Dengan keadaan jenayah rogol sana sini, liwat sana sini, culik sana sini, these parents never learn!!
I have no idea apa kesudahan tiga beradik, anak2 tangki air ini. The last time i heard, masih lagi dalam lindungan bapak/mak sedara depa yang prihatin.
Oh have i told you that the mother, not just that bawak boipren balik rumah tidur sama, sampai anak2 menangis mintak maknya insaf but kena tempik?
Doa tiga beradik dalam solatnya mohon pada Allah untuk parentsnya, betulkan jalan parents depa. Kesian.
A bit of our anak tangki air story š
Harap-harap hidup depa lebih baik dengan bapak/mak sedara depa tu…
Looking kat parties yang aku dapat cerita nih, aku rasa aku boleh nak dapatkan parents ni sangat but memasing dah beso panjang, takkan tak paham benda macam ni pun nak kena disekolahkan lagi ke?
nani
Nov 12, 2013 @ 10:21:44
siannya bdk2 tu.. nasib x jd ape2 dlm tepoh sethn nie.. Allah masih lindungi mereka.. x faham perempuan yg ade sifat yang x ambik kisah pasal ni.. sama dengan perempuan yg sanggup pukul budak2 yg kat taska.. mane hilang sifat keibuan dan keprihatinan.. manusia makin lupa..
suzy
Nov 12, 2013 @ 10:58:01
Alahai..sebak rasanya…HUHUHU napelah ada insan macam ni yer. Hemm, x pernah terpikir ada yang sanggup buat macam ni. Alhamdulillah anak2 tu selamat dalam setahun ni…kok kene rogol ke kene colek ker sape nak dipersalahkan??Mencik lah ada parent yang x ambil indha n ambil pusing hal2 macam ni.
Mya
Nov 12, 2013 @ 11:09:06
Ya Allah kak… speechless baca cerita akak ni.
Harap2 ada penyelesaian terbaik untuk semua.
Serius terkesima saya baca š
Lyn Yusoff
Nov 12, 2013 @ 11:51:56
MasyaAllah, sedihnya baca cerita ni…
sampai hati mak dorng buat mcm ni kat anak2 nya..
dan Alhamdulillah masih ada lagi keluarga yg prihatin dgn anak2 saudaranya..
ChentaHati
Nov 12, 2013 @ 12:30:38
MasyaAllah… baca pun dah tak menahan sedihnya. Kita ni nak letak anak kat taska/transit pun punyalah sedih… ok… mungkin tak cukup kemampuan utk htr them ke taska etc… tapi itu bukan solution. kalaupun itu aje yg ada buat masa tu (awal tahun). dah nak abis tahun kot… takkan takde solution lagi. main tangkap muat namanya. itu ada makpak sedara dorang yg boleh look after. try lah utk discuss. jgn kerana dendam/sakit hati makpak… anak2 terabai mcmni.
please lah… anak2 ni tak patut dibiarkan berkeliaran mcm ni. byk perkara buruk kat luar sana. doa saya– semoga anak2 ini selamat walau kat mana pun dorang berada.
AiTotYati
Nov 12, 2013 @ 15:35:59
orang susah payah nak dapat anak, boleh le plak tinggalkan anak2nya gtu. mujur x jadi apa2.
manusia oh manusia.
JunAina
Nov 12, 2013 @ 17:49:51
Gila kots! Ada jugak parents pendek akal macam ni eh? Pentingkan diri sendiri gamaknya, kalau kita sanggup berpanas, berhujan sanggup berlapar kerana anak2.
Moga Allah bukakan pintu hati kedua ibubapa bebudak ini utk lebih bertanggungjawab dan dimurahkan rezeki kepada bapa saudara yg sanggup ambik tanggungjawab jaga depa,
NadyaBubble
Nov 12, 2013 @ 20:32:55
Ya Allah š
pinkbubblegumprincess
Nov 13, 2013 @ 00:46:19
dah tua pun belum tentu padai pkiaq kak red..huhu..apa punya parentlah macam ni, lupa tanggungjawab tentang anak, titipan Allah kat dorang kut..huhu
sue
Nov 13, 2013 @ 08:42:38
kak red, saya selalu baca tapi malas komen. tapi utk kes anak2 tangki air ni, saya tak boleh tahan. nak komen jugak…. tapi saya taknak komen utk mak bapak mereka yang tak bertanggungjawab tu. saya cuma nak doakan semoga Allah pelihara anak2 itu, kuatkan semangat mereka, semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah. utk mak bapak diorang tu, kak red tolong lempangkan dan kaki-kan untuk saya sekali.
Juju
Nov 13, 2013 @ 14:14:04
Salam kak red,
Firstly, bila baca entry ni..saya mengucap panjang mengenangkan nasib anak2 ni.seriously, tak faham kenapa mak dia tinggalkan anak2 dia kat tangki air instead of biar anak2 ni dok kat umah.goshhhh….speechless.Doa untuk anak2 ni supaya mereka berjaya dlm hidup n jgn teruskan tradisi mak bapak derang ni. perceraian is not an excuse for u not to have a better life ahead.anak2 tu amanah n ape yg derang buat ni akan disoal di SANA nanti.
mummydearie
Nov 13, 2013 @ 15:32:39
Masya Allah… sampai hatinya makbapak buat macam tu! Yang kecil baru 7 tahun, apalah yang dia tahu sangat? Melampau sungguh. Kalau rasa tak boleh nak bela anak, janganlah beranak sampai tiga lepas tu menyusahkan hidup anak-anak.
Ada hati lagi tidur dengan boyfriend? Nak keluar satu lagi ke? Bapaknya pun samalah memang muka nak kena pelempang tu.