Lumut Tour…

kita plan ke mana hari ni RD?

jap google

gitu ler, takde nya itinerary bagai. hari ni nak jalan hari ni baru riuh tanya si google.

IMG_1982

so lepas breakfast kita ke sini. Pangkalan TLDM Lumut.

tapi tak boleh masuk.

kehkehkeh coz bukan waktu lawatan.

tapi tapi tapi

pendekkan cerita lah kan.

kami dapat gak masuk. Magik gitu. heheheheheh cant tell :)

IMG_1988

but dalam Pangkalan tuh kita dok sini rehat jap coz mak merah nak kena makan breakfast. Aku tak makan ok ngan abang, abang pas subuh payah betul nak bangun tidur so semua pi breakfast jadi aku menemankan Abang.

IMG_2124

mak aku dah bungkuskan memacam, termasuklah nasi lomak sardines heh! makan lu sket kat sini, aku sorang je lah makan, anak2 sume dok main playground lagik

kenyang makan kita pusing sket and tengok kapal2 TLDM segala punya KD KD Lekir Lekiu bagai yang ada tuh…

langsung ke Teluk Batik

IMG_1996

sakan semuanya yek

sini pun semua mandiiiiiiiiiiiii

kecuali aku abah and mak mertua

cam biasa. jaga barang. puteri lilin.

IMG_2002

abang kakak and maid amiks orang satu pelampung besar. mak aku cakap Teluk Batik punya ombak lagi kuat pukulannya dari kat Pangkor hokey!

takut aku tengok anak2 aku mandi. asal jauh jer sikit dah kena jerit ngan bapaknya.

IMG_2009

no mami no

no nywim (no swim)

no mami noooo

hahahahahah aloalo sian dia

tak nak mandi yek. nenek ko asyik menyakat jer…

so dia tak swimlah, dah duduk kejap tepi laut pun takut. siap beriyek iyek lagi  ngan air pasir laut heh.

IMG_2013

kerusi rehat merah tu, aku sewa 4 ketul. Satu 3 inggit. orang belakang tu share the gazebo with us too.

nak mendiamkan dia dok sini aku tak pasang kasut kalau tidak kang dia sibuk pusing satu Teluk Batik tuh

IMG_2028

malam earlier depa pi main kat kids station dalam hotel…

IMG_2085

Zeeshan memang tak mau langsung nak turun tanah….

bila dah mandi dah kemas dah berkasut….dia ber’tour’ ngan bapaknya

IMG_2088

pastu dia kidnap tongkat atuknya…

atuknya tak sedor.

dia jalan sorang2 kat Teluk Batik tu ngan tongkat atuknya.

apaknya escort dari belakang. sambil dia bertongkat dia menceceh.

tengah panas berdenting ok!

IMG_2050

habis dah semua siap, callo callo…

udah2 ler mandi laut tu sumer hoi

ko bang dah macam kopi o jer .

IMG_2102

at one time, ha Zeeshan dah macam nih.

berlengging kepanasan

kahkahkah…

pampers je ko dik.

IMG_2047

kita stop makan kat sini

baru je duduk ada aunty chinese nih dok cakap perak punya pekat. sini makan sedap. kamu orang KL memang patut try ini Laksa!

hoh ko…betullah cakap aunty tuh.

Abang kakak ngan aku makan laksa tu 2 mangkuk hoi! Super sedaplahhhhhhhhhhhhhh sangat sangat sangat.

IMG_2060

Zeeshan pulak makan nasi. dia dok berlengging lagi tuh, ngan suor je. Habis tu panas kooooooooooo…. tengah2 makan. mata dia longlai. Aku bagi dia pegang ipon aku, dalam tak sampai bape minit mata kepala dia dah tergoyang2 nak mentido sangat. terus aku angkat peluk dia, berdengkurrrrrrrrrr jam2 tu jugak.

hahahaha macam baru pas makan ubat tidur dia punya tak boleh tahan dah matanya.

IMG_2034

pastuh anak bujang ngan mak merah repeat lagi! kita bahagi 2. sampai kuah mangkuk tu pun aku hirup. aku kalau makan laksa, sama ngan abang kakak, eh depa tiru aku. kena kosong. letak telur ngan laksa jer.

bawang2 ke hapa sume tak  yah.

ai is dont like it.

huh sedaplah laksanya. memang tak kesal singgah makan, esoknya pun datang balik.

hangpa kalau pi Telok Batik tu

akan nampak gerai makan nih. buruk je gerak makannya takde le grand mana pun but tulah yang best. nama pun kampung kan. gerai makan camni yang kita nak try.

IMG_2071

 

habis jalan2 bagai dah petang tu kita pergi balik cari tempat nak tuju ler, ada le satu dua tempat tengok macam tak happening pun kita pergi lain. pastu nak main go cart nih. orang punya ramai hoi! lam 10 orang ada le jugak. yang nak mainnya pun abang kakak jer. so tak yahlah. lain kali ler kita main tempat lain.

lagipun  aku mmg takkan keluar, maleh. makpak aku pun malas nak kuor. Zeeshan pun tengah tidur dalam car seat.

mohlah balik hotel.

IMG_2114

hamboih bersungguh bercarrom korang yek….

1 of the nites depa kat hotel

IMG_2123

aku masa depa pergi sini kan…aku dok bersantai dalam bilik. ke aku membuta perkataan paling cocok digunakan…

IMG_2144

main lah hangpa…

IMG_2176

meja ujung belakang tuh dok leka main dam. yang Zeeshan cukup 10min dah no more tak leh dah main iphone. pastu mak ajah ngan RD masih lagi berlawan main dam haji. tak sesudah. ni malam ketiga ok.

aku pun kena paksa sama main  ngan dia, dah tentulah aku kalah.

malas nak pikir taktik skills main nih. nak makan, ha makan je lah ko.

mak aku dok ajar, curi curiii curiii ler.

apamenda nak dicurik dam tu tah hahahahha.

IMG_2113

the next day turun breakfast….

tapi breakfast ari keempat ye aku turun.

IMG_2116

bersepahnya ko makan. nak disuapkan tak nak.

kalau nak suapkan jugak, kena kelentong dia suapkan ke mulut aku nanti lajulah dia amik sudu dari bapaknya masuk sumbat to his mouth. mana boleh mungkin dia bagi nasi dia kat orang lain, kat maknya pun tak boleh.

tu je taktik cara nak bagi dia makan.

IMG_2121

alolo manjanya nih. gigit kang. sombong dia nih. kalau ada bapaknya bukan main berlagak lagi. kalau takde bapaknya, ke main kepit maknya. kalau ada nenek bukan main eksyen lagi.

speaking of hari kita balik 3rd day ni kat hotel kan.

kad kunci bilik dedua tak funciton.  yang function cuma bilik mak mertua/kakak/maid. so sapa nak dok rehat lu sementara RD pi suh hotel bagi  kad baru, kena la pi dok bilik satu lagi kan.

so aku masuk bilik depa. dengo maid aku bebel2 bising. bilik tak berkemas. Kita keluar sehari suntuk, takde kemas. Hish menyampah betullah nak kena buat bising komplen kat hotel nih. So aku report le kat housekeeper.

Depa cakap kat pintu bilik ada signage ‘DO NOT DISTURB’. kerna tu lah kami tak kemas bilik.

astaga

aku melolong le tanya sapa yang pi letak DND kat pintu??? it should be please make up my room.

sapa letak??????

maid aku ngan bangganya jawab. saya ibu

apesal ko letak DND?

aku nampak kakak semalamnya letak begitu ibu, aku pun letaklah di tombol pintu hari ni.

ya tuhan. yang kakak letak tu was PLEASE MAKE UP ROOM. yang ko letak tu DND! derrrrrrr

Lain kali jangan berlagak le komplen bilik tak kemas sedangkan salah sendiri.

Sibuk bonar, nampak kakak buat dia pun nak buat, tapi salah. But pastuh housekeepers kemaskanlah jugak bilik depa. Riuh sungguhlah korang nih. eii maid aku maid aku. hok yang main banana boat, nak pelampung ke sume bagai tuh, apa abang kakak main sume dia pun nak sama. hah naiklah ko. sukatik.

banana boat tu pun mak ajah naik gak ok. tapi ngan syarat mak cakap ko nak jangan campak acik. tapi belakang laki aku bagi signal kat budak bawak banana boat tu, ko libas je nanti macam biasa. kahkahkah. terbalik mak, maid abang kakak. fun, tu pun nak mintak naik lagi. udah mak aku tak bagi.

so gitulah.

sonok gak pi Lumut nih.

kalau pi memana  pun sonok asal pandai carik tempat nak dilawat. anak2 aku pantang air laut, tapi maknya berpantang tuh pulak. so nak tak nak kalau tak selalu, once or twice a year kena jugak cari air laut for them.

Comment: 6