Mar 5 2014 Wednesday, 11:00 am
Kecurian…
mak ajah hilang bag surau.
kalau bag surau tu bag khas untuk mak pi surau jer, kalau bag kelas bahasa arab lain, bag UMNO lain, bag pi kelas weekend lain, bag dating ngan anak2 lain, bag segala bags.
So bag surau, ada quran, ada kunci rumah ada hp ada maknek apa tah, mak memang jenis padat barang dalam handbag.
Mak tengah baru nak solat, bag ada sebelah, ramai2 lagi jemaah ada. Mak bangun sujud habis solat, bag dah gone by gone.
Suspected 2 orang lelaki yang mak dan jemaah nampak masuk surau tapi duduk belakang berdiri tak solat pun, buat kerja mencuri nih.
So mission anak mak ajah yang merah ni ialah get a new Nokia. Last year tu pun baru beli satu untuk mak, she wants that brand that model jer. Aku pulak dah lupa ler pulak model apanya heh. Belasah je lah, aku nak upgrade hp mak aku yang lagi canggih kali ni. Mission laki aku pulak pi amik simcard untuk no lama mak.
Napa le korang ni jahat bonar, dalam surau pun mencuri.
Dapat lagi earphone set baru.
kahkahkah….asal belikan mak handphone jer, earphone set tu mak lantingkan kat aku.
Kecurian lain, aku pernah masa naik bas mini No 56, colour pink. baru kerja, baru dapat gaji. baru cucuk duit. handbags pun cap ayam jer. kan naik bas dok bergasak2 bergusti, mana nak geti beratur, masa nak berlawan naik tu, depa potong bag aku sempat lagi masukkan tangan amik purse dalam bag. Aku memang pegang 60sen kat tangan, untuk bayar tambang. Naik bas bayar, turun bas tengok dah rompong bags.
nangis. huwaaaa. IC sume lebur.
abah bagi duit belanja that month pi kerja đ
Abang pun baru ni hilang wallet kat sekolah. ada copy IC dia dalam tu, ada duit sket jer, tapi takde la sapa nak pulangkan balik kat Pejabat sekolah, bukan takde nama muka dia dalam tu. Ada gambar maknya, gambar dia gak dalam tu gak. Balik kena ceramah dengan maknya – bayangkan kalau mami bagi IC original tu kat abang? that s the reason napa mami bagi copy, mak mak ni knows better pasal anaknya bang oi. Tapi ni bukan kecurian la, ni dia cuai, but orang yang jumpa kat sekolah tu tak honestlah nak pulangkan.
But big kecurian, rompakan was to our VA houselah, many years back. I did blog about it. Langsai rumah bersepah, duit tak banyak yang amik coz rumah masa tu takde ADT takde CCTV yet so kita memang tak berani letak bebanyak, takde orang dalam rumah pun, anak2 that time kecik lagi and mak abah yang jagakan kat rumah depa.
my daily maid datang lepas orang sembahyang Jumaat tengok pintru grill dah kena pecah. Menggigil dia tepon aku. Speaking of that daily maid, oh we miss her, makcik tu malay, dia sayang sangat kami, and kami sayanggggggggg sangat dia, hari terakhir dia kerja, kami berpelukan, coz suami dia pindah kerja Klang, so she has to follow. Moga makcik sihat sentiasa dan bahaya ye makcik walau di mana makcik sekarang. Hangpa tak tau, punya ramai orang roger aku yang dok area Klang mintak no makcik ni, depa pulak nak engage. Hangpa lah…my readers.
So back to my pecah rumah case, aku laki bini pecut balik rumah, but my dad and abang dah sampai rumah dululah, police came to check our house bla bla bla….korang kalau nak simpan duit, letak lam beras, or celah bawang, barang kemas ke hapa letak lam jug gegula. Dapur memang penyangak tak geledah. Just miraclenya ada satu balang duit besar anak2, penuh lak tu, pencuri tak amik, Allah butakan mata depa dari nampak duit tu gamaknya. Passports kami semua dia tak amik, which aku suspect ni kerja orang kita, kerja rakyat Malaysia.
Udahlah masa tu bulan puasa, nak pakai duit for Raya, grill jer dah 500hinggit, dapat la duit pampasan dari Iron Lady coz aku buat amukan merah. Skang alhamdulillah, VA house merata ada cctv, dalam lift, kat tangga segala, coz for the past 8 years, too much pecah rumah. So management come out with the CCTV. lagipun rumah aku ko lalu jer, aku dah leh nampak ko nak buat apa.
Masa management tak pasang lagi CCTV, aku boleh nampak orang lalu depan rumah aku dok intai2, tapi bila nampak CCTV terus ca alit but. Hamlau betul, ada hajat jahatlah tu.
Hangpa pernah kecurian?
azi
Mar 05, 2014 @ 11:48:20
cerita pasal kecurian ni teringat sy dulu adik sy gi sekolah naik moto. Tengahari balik sekolah mesti ayah bukakkan pintu. Satu hari, hari jumaat ayah dengar bunyi moto waktu tengahari dia terus bukak pintu tanpa tengok sape. Memang selalu time gitu adik yang balik. Tapi kali bukan adik tapi pencuri. Pastu pencuri ni dapatlah masuk dengan senangnya dan sempat geledah rumah atas baru ayah perasan bukan adik yang balik. Tapi ayah just halau keluar sebab ayah pun takut jugak kena apa2. Ayah dah uzur benar time tu… Dan rumah kitaorang pernah berlaku kecurian moto. Dua kali. Sekali tu time bulan puasa. Pencuri ni memang tak mengira bulan puasa ke dalam surau ke hari jumaat ke main dan jer. … Tapi very lucky lah rasanya kami ni sebab dua dua kali moto tu dipulangkan semula oleh pencuri walaupun bukanlah bagi by hand tapi dicampak ditepi semak rumah.
azi recently posted..Berhenti susu kerana takdirnya
huda
Mar 11, 2014 @ 22:50:06
salam kak.. umah saya penah kena pecah tahun lepas raya ke2.. masa tu saya kat jerteh raya kat kg husband.. tgh open house jiran call kata umah kena pecah. grill tingkap belakang dah kena cabut dek pencuri.. syukur ada jiran sebelah yang x balik raya dia perasan tingkap kena pecah terus call police.. police dtg round n check. masa tgh soal jiran, rupanya pencuri duk mencuri lg kt dalam umah. polis nmpk dia kat dlm terus panggil kuar angkut bwk pg balai. ALHAMDULILLAH brg kemas n duit tak diambilnye.. tab n henset bb yg x diguna pun dia x ambil. ALLAH butakan mata dia bg xnmpk semua tu. yg lawaknya dia amik kad touch n go, buku asb husband, bekas brooch sy, handbeg longchamp tgantung kt pintu, jam n perfume saya n husband yg dah tinggal botol kosong, skrin monitor.. skrg dah kena penjara dah pencuri tu. dgn kwn2 dia sekali masuk penjara sbb mmg diorg wanted.. lepas kejadian ni saya fobia nak duduk umah sorang2 or tggl umah lama2..
huda recently posted..SET KULIT CANTIK SHAKLEE UNTUK WAJAH BERTAMBAH CANTIK
akubiomed
Mar 05, 2014 @ 13:28:19
Memang susah kalau barang penting seperti MyKad dan Passport hilang.
akubiomed recently posted..6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemen
JunAina
Mar 05, 2014 @ 15:46:02
Baru2 ni anak buah kena di surau Putrajaya Sentral, pandai dia ambik beg duit dan handphone je. Dia tak perasan sampai keluar surau dan nak beli air. Semua lesap beg duit, hp, tiket bas, nasib baik ada hamba Allah baik hati bagi duit Rm40 utk tambang balik. Lagi sakit hati bila duit dlm bank pon depa kebas, silapnya anak buah ni guna no ic buat pin number…:(
JunAina recently posted..Aku Hanya Wanita Biasa
victoria
Mar 06, 2014 @ 12:51:10
Rezeki org. Lol
Rindunya bas mini. Bas 56 tu bas kemana yak? Lupa da… Tp mcm pernah naik gak. Zmn bas mini da nk pupus. Kiki
Visit me dear all:http://vic-mycerita.blogspot.com/2014/03/vivix-penawar-yang-dicari.html?m=1
victoria recently posted..Stop Rokok! Vivix Shaklee membantu anda..
ainighaffar
Mar 06, 2014 @ 15:50:00
kesah mak akak lebih kurang jugak dengan mak saya.. masa tgh sujud dia rasa beg dia kena kaut..beg tu kat depan dia je..dahla masa tu mak kena kutip duit ahli rombongan ke langkawi..bayangkan la,..beratus2 dalam beg tu..quran untuk mengajar org lagi..trauma mak saya..
Ogysijemariseni
Mar 10, 2014 @ 18:09:05
Ohmaiii!! dalam surau pon mencuri manusia jenis apa la bangsa ni…
2 Malam Kecurian Berturut-turut! - Pencinta Merah Red Lover Red Diva
Mar 13, 2014 @ 10:30:57
[…] kisah kecurian dalam surau waktu Mak Ajah tengah solat. Esoknya aku pun pergilah Nokia, I hope you are reading this Nokia. Last time aku beli kat situ […]
Lyn Yusoff
Mar 13, 2014 @ 16:04:43
seriau sebenarnya klu kes kecurian ni..
rumah my bro pernah kena pecah, siang hari pulak tuh. mmg takde cctv.
habis brg kemas my SIL di curi. kitorang syak drug addict. tapi ada org letak balik brg kemas tu beberapa minggu dah hilang. gamaknya kepanasan kot sbb kita buat solat jahat.
pdn muka. tu je cara nak ajar pencuri ni..
Lyn Yusoff recently posted..Respect With Him
Lyn Yusoff
Mar 13, 2014 @ 16:05:13
* Solat hajat kak – typo
Lyn Yusoff recently posted..Respect With Him