2 Malam Kecurian Berturut-turut!

susah hati kan?

Dah hari keenam masih lagi takde bayang MH370. Kita bangun pagi harapan ada khabar gembira, kita tengok PC harapan ada good news, sikit pun jadilah for like ‘Kami dah menemui pesawat MH370’. Ayat2 berharga yang sangat kita nantikan.

Insyallah, akan tiba waktunya.

So so so

menyambung kisah kecurian dalam surau waktu Mak Ajah tengah solat. Esoknya aku pun pergilah Nokia, I hope you are reading this Nokia. Last time aku beli kat situ gak, service ok jer. Kali ni aku pergi, takde stock manjang, nak model ni takde stock, nak yang model tu takde stock. Layanan masa tu nak tak nak jer. Aku tanya yang lady supervisor dia, pun bolayan dok leka belek hp dia. Eh eh norkiah nih! So ada lah male staff depa served macam nak tak nak jer. Macam eh aku tak de duit ke nak beli ko bolayan sangat ni.

Dah tu bila stocknya sampai?

Petang ni atau esok kak.

Ok ni my no, nanti you call yer.

Petang menjelang takde call. I did the follow up. Pun tarak

Yang jawab tu pun mak datuk. talak talak, blom sampai. talak talak.

Suruh the guy yang attended aku tu call back (si cakap talak talak tu kata dia pi break), pun takde jugak return call.

Then ok, no hp baru that day.

Laki aku pulak meantime pergi bawaklah surat pelepasan dari Mak ajah untuk dapatkan the simcard no sama jugak. Dah tak boleh dah sekarang ni ok! Dia cakap the person tu sendiri kena datang.

Habis tu mak aku dah tua, nak suruh datang jugak?

Ye, new rules.

Kalau sakit?

Kena bawak surat dari doctor untuk kita release the simcards.

Oh my, exceptional case lah sikit kat warga orang tua. Kesian betul.

So that day, no handphone no simcard.

RD, kalau Makcik Rosmah pun kena pi personally jugak amik simcard?

Makcik Rosmah tu ada orang dia yang pegangkan hp dia, ada tikar terbang boleh terus amikkan simcard dia. Ok lawak. sila jangan quote saya.

Then laki aku pi carik kat Alamanda for Nokia since I failed the task in KLCC. huiyooooooooo. korang tau kedai situ mark up about 70ringgit dari Nokia shop itself! Nasib baik le laki aku bgtau harga and I compared back. Melampaulah ko mark up banyak gitu.

So gagal.

Carik kat area rumah malam tu jugak, hah ada, harga mark up 10inggit dari harga asal. takper. Tapi esok baru ada stock. Cantik. simcard pun takde lagi ni kan. Abah aku esoknya bawak mak Ajah pi amik simcard, nasib baik kat rumah ada.  So simcard dah dapat, settled, since tak jumpa Mak, she left the card in my room.

IMG_9517

 

Tengah malamnya, mak tepon. Yakni semalam sebelum tu handbag mak ajah kena curi kan dalam surau. Dang! Mak tepon bagitau, sekali lagi kena curi, kali ni budak yang buat kerja tu, sorang2. A nite before 2 orang, naik motor. Modus operandi yang sama, waktu mak tengah sujud, dia sebat!

Ada sorang makcik tu nampak, jerit2, orang surau kejar budak tu sampai ke 300 meters macam tu. Gagal dikesan. My brothers went down to check at the area budak tu lari, dah gone by gone. Hampagas betul. Masa dia lari tu dia sorokkan handbag dalam baju jacket depan dia.

Dahlah ada kunci set rumah baru buat (since semalamnya dah kena sebat dengan pencuri gak), pastu hilang lagik. Hoh dugaan sungguh.  Aku cakap pasni Mak pakai bag gantung je kat leher kecik tu buat letak handphone ngan kunci rumah je mak. Letak dalam kain telekung tu ker. or letak bawah sejadah ke.

Malam esoknya selepas dapat handphone, purposely amik yellow colour so senang mak nak nampak dari jauh and senang cari kalau retak merata. So mak dapat handphone baru. Yey. Model yang berlainan dari hp lama dia, gagau2 memula mak nak belajar pakai but pastu she dah terer lah skang nih, hok ni skrin lagi besar, better. Boleh WA tau mak bila mak ada wifi hehehhehe.

2 nites in a row mak ajah aku kena sebat handbag dalam surau. Besar dugaan mak.

Ko pun kenapa le mencuri dalam surau2 ni. Padanlah muka bukan ada banyak duit pun dalam bag tu, ada le Mak letak 10inggit jer untuk 2nd nite tuh. Dah kemaruk sangat, desperate.

Al kisah payah nak dapat Nokia, hazab nak dapat simcard, kecurian rompakan 2 malam berturut-turut. Mak Ajah as usual dia tak kisah pun hilang barang tapi dia geram pencuri ni, menjadi-jadi!

Comment: 4