Timbang Kati!

serba salah ler nak bercerita. Dahlah Malaysia tengah kena hentam teruk dek most of the omputih, China specially. Ni kalau aku pi Beijing nih, nampak passport merah kita mau kena baling botol gak ni kang.

Tengok depa berarak kat Malaysia Embassy kita kat Beijing, naik bulu roma.

Camner yek….our govt dah bagi their best. Macam ni lah, apa sahaja jawapan yang govt kita bagi, tetap depa tak puas hati. Sabarlah, bukan depa tak carik debris ke hapa, tengah cariklah tu. Ausralian, in fact country China ko tu pun hantar gak batallion pi carik kat Hindi Ocean tu kan.

Kat Malaysia pun ada nyawa gak dalam flight tu, walaupun rakyat korang ramai dalam tuh, takyah meroyan2 meraung baling kerusi sangat lah, sampai panggil kita Malaysian the killer. Faith? tak tau?

We Malaysian have to be reunited on this, kita tengah kena hentam teruk. Aku memang tak campur lah komen2 kat FB kat Twitter dok berlawan2 gaduh pasal benda nih, no point ko cakap kat orang gini, lagi dia bantai balik ada ler. So, best if kita diam.

I write in my blog.

Tawakkal, kalau dah tersurat mengatakan mereka telah pergi tiada, kita yang muslim I am sure telah pun redha. Malam berita tu keluar, by PM, aku menangis tersedu2 sampai jam  4 pagi. Esok pi kerja mata muka sikit punya sembab. Itu kita, yang tiada kaitan pertalian dengan mangsa.

Bayangkan the family members sendiri.

Apapun yelah, kita yang tak kena ni bolehlah main cakap jer, but those yang sedang dalam stage menanti keluarga tidak pulang2, entah hidup, entah mati, makanya, lagilah pedih. My sympathy to all of you.

photo 4

oklah aku jumpa benda ni, shopping wise aku dah lama ler tak turun menyopping. If need be jer. jika dah terdesak sangat na kena pi beli.

ngah shopping the weight scale yang paling canggih le kononnya. Kita key in kita punya height, pastu ada BMI calculator lah. Esoknya kalau kita timbang, dia tengok berapa difference aku dah turun naik ker.

Patut bestnya carik yang, if naik sekilog or bape grams ker, dia akan jerit oi ko berat oi ko berat, berat badan ko naik kenapa!

hah macam tu yang sedap, memang penampau sikit kat muka. Tapi tak jumpa le scale yan boleh bercakap gitu. Kalau ada, memang scale tu yang aku balingkan nanti, dok mokak jer, oi berat berat. kahkah.

photo 5

Speaking of shopping, handbags pun lamo tak beli heh. Last one pun masa Spore trip tuh, the Hermes. Tak de nafsu takde keperluan dan hidayah segala nak beli baru. Mungkin dah stage pencen beli bag at least for few months gamaknya. Dulu tetiap bulan manjang beli. Kalau 6 bulan max aku tak beli satu bag, I am proud of myself!

Back to the weight scale nih, the price RM239, aku pi merataaaaaaaaaa kat dalam KLCC carik, in out many shops. but ended up kat dalam Parkson, selain boleh collect points ini ler yang paling on my expectation.

Aku ada jer yang weight scale lama kat rumah tu, but digital biasa jer. takde kira2 bmi bagai. but yelah, konon upgrade le kan. Hari2 kena timbang ko, aritu dia naik kejap sekilog, terus aku stop amik something yang aku suspect buat naik badan, walaupun sekilog!

April yek, kita citer, maybe midst April lah, not early April pasal resepi menu ke dietary program nih.

 

Comment: 12