Penang’s wedding. ya watamat.

IMG_3233

hah baju aku sebenarnya dah lain, aku bertukar lagi. kata banyak baju. Asalnya tak nak tukar, nak pakai jer baju dari pagi tadi nikah depa, but dah bosan dok lama kat rumah transit, pastuh adik aku ngan parents kan balik rumah homestay, so aku kirim sekali arung kain baju aku nih. Dah alang2 bawak, baiklah kita tukar baju and pakai.

Tapi kak lopa tu tak tukar tudung, mana ada stock. so sarung je lah. Lantaklah kalau colour tak match ke hapa…..kak lopa dont care.

IMG_3256

pun tak match ngan suami, pun aku tak heran, bukan kitorang yang nak kena menikah….

laki aku kalau pakai baju melayu, lagi terserlah kekurusan dia

IMG_3259

dah bape banyak selfie dah pun kau, sebenarnya tak boleh nak tengok social media langsung coz signal kat sini was very poor. Dah balik homestay baru ada signal, so bayangkanlah baper jam aku dan lain2 terputus hubungan dengan dunia luar. Mata pun dah nak lelap tapi rumah orang, mana ler nak melandingnya, abis daya kita borak kita menyakat kita makan kuih and kita posingggggggggg jer lah.

IMG_3273

bersiap untuk berarak, akhirnya sampailah jugak pengantin perempuan

IMG_3277

sebelum pengantin lupakan kita, baik kita sebat dia dulu

IMG_3281

adik aku nih, kadang2 otak dia biol, kadang2 ok. macam kakak lopa dia jugak

IMG_3287

payah nak bergambar ngan anak2 di saat family yang ramai coz depa always with the cousins, ini dah dapat kidnap kakak, cecepatlah wefie ye kakak…abang jangan ko tanya, sama le payah nak tangkap

IMG_3297

hah kita berarak ngan barang2 hantaran, tapi tu lah takde satu pun barang hantaran untuk pihak perempuan yang aku upload kat sini hehehehe….

IMG_3299

Mak korek apa tu mak….

ini belakangnya tudung merah Kak Lopa. thanks kakak for pinjamkan.

oh aku tak bawak handbags pun hehehehe, aku bawak Prada bagpack (coz ni kisah travelling jugak) so aku malas nak ngusung 2,3 handbags lagipun dalam bagpack tuh ada segala harta karun anak beranak, jadi biarlah. At this time rasanya bag aku telah kubalingkan kat one of my kids or my anak2 buah.  Apa barang pakai baju cecantik bawak bagpack.

Hah masa nikah aku bawak and aku pakai gak coz baju aku jarang jadi kena tutup belakangnya 😛

Udahlah earlier nak pakai kain yang tuck in baju, hampir nak kena terajang hahahahah…

IMG_3305

Diiringi dengan anak2 tahfiz An Nandoh, berselawat ke atas Nabi sambil kita berarak

IMG_3311

dan bertemulah kita di tengah perjalanan

IMG_3336

tak terus ke pelamin, terus ke meja pengantin coz dah lebih kol 2 ke almost 3 macam tu lah semua dah kebulur hahahaha! so apapun kena makan dulu.

IMG_3366

Pengantin dan mak abah

IMG_3470

kakak dan abang ipar pengantin dan makpaknya

anak2 dah bertempiaran

IMG_3397

the parents, 3 sisters and pengantins

IMG_3411

the 5 beradiks (2 boys lagi tak dapat hadhir, sorang lagi dah masuk kereta anak dah meraung nak ekon) with parents and pengantins

IMG_3416

ini pose wajib!

IMG_3444

pengantin perempuan yang dah ke mana2 pun masa nih so cukuplah ngan pakcik korang jer, inipun terlolong2 nak tangkap abang kakak. Zeeshan takper, dia always depan mata makpaknya

IMG_3547

since pengantin dah ke mana, jadi biar kita je yang bermaharajalela kat pelamin ye kiddos

IMG_3467

depa kahwin berbanner2 segala, kita dulu nan ado hahahaha….tapi bestnya banner ni kena mention, the gambar pengantin 2 orang nih was taken by RD at our house. Sehari selepas kami semua pulang dari beraya di Melaka dulu tuh… pastu depa edit

hah kenangan gitu.

IMG_3472

nampak benaulah ni bukan dari camera aku kan, ini barang2 hantaran dari pihak pompuan kepada pihak lelaki

IMG_3478

paling aku tak boleh blah, PS4 as hantaran!

gila betol adik aku tuh…

ni anak2 buah dok nak kenen nak main sama, tak dapat2 lagi merasa. Udahlah pokdenya duk jauh, bila masa ler korang nak menibai nih.  Apapun, tahniah Pokde and Mokde baru yang telah selamat menikah dan menjalani hidupan suami isteri. Cuma pikir tu camne le korang nak dapat settle down, sorang kat Kemaman, manjang offshore, sorang lagi kat Sarawak.

IMG_3411

the 5 beradiks (2 boys lagi tak dapat hadhir, sorang lagi dah masuk kereta anak dah meraung nak ekon) with parents and pengantins. Tahun bila ler nak dapat bergambar 8 beradik ngan mak abahnya. Sungguh payah dan susah. Even masa kawin belah our side pun, tak dapat complete gak coz ada sorang abang aku kena course sampai 2 bulan tak boleh nak balik at all.

Nantilah kita cuba lagi lain event lain masa.

So habis wedding tu semua balik homestay, and membuta. but my parents and family sister pergi ikut Along aku ke rumah besan mak aku, di Sg Petani. Kitorg ketiduran sampai Maghrib. Anak2 buah aku dok bingit main pun aku tak sedar, penat sangattttttttttttt! laki bini ngan Zeeshan sama tidur hoh. Bangun2 kebulur lapar mencari sapadek.

Gegambar dalam homestay tu aku malas sangat nak amik coz ramai yang tak berhijab, so tu yang bebalik muka aku jer. Oh btw, to those yang peminat Epi (konon muka hensem ramai ler kan fans gak dia dalam nih), ha akak dah takde adik lain dah nak bagi korang kawin so korang tunggu je lah anak2 korang besau berbesan le ngan dia yek 🙂 .

Comment: 5