Oct 15 2014 Wednesday, 9:00 am
Qurban dan derma di Kampong Cham, Kemboja…
Let s jump to day 2
aku on medical leave lah, nak buat entry Pol Pot macam heavy gila pala otak nak tulis. Aku kena conjunctivitis, sakit mata merah yang berair kuor air mata pedih ya sangat. Sampai naik badan panas demam. nak buat entry ni pun aku macam gigih mata hah. So entry Pol Pot hutang lain hari.
The 2nd day kita breakfast kat hotel dulu, the guy yang sat next to Pak Aji tu is Sofyan, arif mahir terer gila cakap Melayu. Dia pernah belajar kat Kelantan. He s one of the tourist guides, but dia tak bawak kita siangnya, akan ada orang lain yang bawak, si Marinah, his adik ipar. Breakfast kat Pacific hotel, oklah, kita banyak makan roti.
Kopi dia pekat hitam melekat, katanya Viatnamese kopi, orang pakai untuk kurus. Ko letak le banyak mana gula pun dia punya payau mengelip nak lalu kat tekak. Aku habiskan jugak secawan.
so our 4 hours journey begins, dari Phnom Penh kita akan menuju ke Kampong Cham. Lokasi untuk qurban dan derma yang kita dah buat, nak ke kampung ni ler yang abah aku macam tak caya je aku capable to do, jalan dia ya hampun….i tak post video kat sini tapi those tengok dalam my ig, fb boleh tau lah, punya gegaran dalam van, nak tidur pun memang tak boleh hahahahaa…but bila jalan rata kita tidur ler.
Sebelum masuk jalan utama, van and tourist guide berenti kat tepi jalan beli nasi ayam buat bekalan makan di perjalanan. Pun penjual ni pandai cakap melayu gak. Depa muslim, kita makan semua kat gerai,kedai muslim halal sahaja.
i think lepas 2,3 jam berenti untuk kencing, but aku tak turun, aku tunggu dalam van. Aku tengok dari dalam van family kat rumah tu, anaknya baby lagi, tak pakai pampers tak pakai seluar, merangkak kedek2 nak ke pasir panas tuh. Maknya ngah buat kerja ke hapa, berlarian kuor amik anak.
Abah masuk dalam van, toilet ni tak clear untuk ko, so ko tak boleh pakai toilet ni
Maknanya, tahap hygiene kebersihan toilet tu tak bersih ler tu, pasalnya Abah tak bagi aku pergi. Aku memang payahlah kalau public toilet, sanggup menahan hahahahaa….kena bebetul bersih, kalau tidak, sebelum masuk aku dah muntah.
nasi ayam tu sebenarnya nasi putih + ayam madu. sahaja. kering semata. ada sambal bagai pun aku tak amik. buat lapik perut coz 4 hours journey kan. kitorg nak makan pun terangkat2 badan coz jalannya sangatlah berlopak. Adik aku ada amik video gak, malas betul ler akak nak tempek kat sini. Check ler his FB.
Kita sampai ke Kampung Cham, rumah family mertua Ustaz Hafis. Rumah ni lah yang tiap kali datang abah aku akan duduk, rumah ni kira macam rumah utama kat kampung kecil tu, ayah mertuanya orang yang dipandang tinggi gitu ler yer. Rumah besar, 2 tingkat but bawahnya macam kolong ke hapa, coz mostly rumah kat Cambodia tetinggi pasal depa selalu banjir. Itu aku process mengeluarkan semua barang2 derma yang mana aku muatkan dalam luggage bag aku. Petang nanti habis qurban nak terus pergi hantar bembarang ni to the kampung people.
Kami dijamu tuan rumah dengan lunch lauk Cambodia. Daging dia ya sedapnyaaaaaaaaa!!
Terus menyambung kerja2 korban. Under abah aku, ada 5 ekor lembu yang dari orang KL punya bahagian. Macam gambar atas nih, ada 3 orang opismates aku ngan anak buah aku dalam nih. Pun ada video sembelih, nak ke hangpa tengok?
Ini pula lembu untuk anak2 aku, Abang Kakak and my sister too, and also orang2 lain tu contact abah aji lah
Aku kadang2 tengok turun bawah, kadang2 dok atas dari beranda rumah, Kat rumah ni je depa buat sembelih dan melapah. Tak macam kat KL, nak ada lapah section, timbang section, masak section kalau kat masjid ler. Depa ni semua buat kat situ. Dan depa semua dari wakil2 ceruk kampung2 luar yang datang untuk amik bahagian korban. Depa sangatlah miskin, cam aku cakap masa ni ler depa nak merasa makan daging, setahun sekali. Hidup depa yang miskin2 tu makan hasil tani jer, itupun kalau ada hasilnya untuk hari tu, kalau banjir bah bagai, apa yang ada ler depa makan.
Antara lembu terakhir…5 ekor habis complete.
korang kalau nak buat qurban, digalakkan sangat buat kat Cambodia, nanti i canang awal2, coz sian depa, betul2 depa sangatlah poor. Yang membantu sembelih lapah pun semua orang2 dari kampung sebelah. Masa tu jugak datang amik dan masa tu jugak amik bawak balik untuk diagihkan.
Bila ingat balik, memang sedih menangis tengok kesusahan depa.
Only RM270 per bahagian di Cambodia, mungkin naik 10-20 inggit if next year, compared than qurban di KL harganya RM550 per bahagian kan.
Oh for KL, kami buat bahagian Zeeshan di sini but aku ingat starting tahun depan nak buat semua kat Cambodia jer.
Rumah Cambodia famous ngan buaian ni jugak. Untuk rumah keluarga mertua Ustaz Hafis ada 2 kat atas rumah, cam sedap jer. ada aku beli 3,4 sets, bagi orang. Rumah aku nak letak kat mana pung?
Adik pun tumpang sekaki
Habis selesai sembelih, kita cecepat naik van untuk ke kampung muslim yang lebih kurang sejam lebih gak nak sampai. hari pun dah nak malam, kol 5 dah nak gelap. Malangnya van kami tak dapat nak masuk terus jauh ke dalam kampung, memang dah agak pun coz mostly pakai motor kalau masuk kampung ceruk camni. Aku lupa ler nama kampung nih, but van kami bebetul tak boleh jalan dah and berenti depan surau kecil. Sedang elok ler sangat tuh.
Depa sangat jaga kami orang luar, aku dok pikir ke camne le nak turun van tu ngan lopak lapik, habislah kasut (memang dah habis pun waktu dari sembelih lembu) tapi macam aku cakap, depa punya hospitality, pakcik tu – the mertua ustaz and orang kampung amik kayu kayan, papan buat macam laluan untuk kami. Belakang2 tu nampak orang kampung dah bondong2 datang ke surau, coz tak tau ler sapa canang tapi mungkin dah dimaklumkan dari awal yang akan ada orang dari KL datang bawak barang derma.
ini sikit je yang ko nampak tolong tolak van ke belakang, coz dah tak boleh nak bergerak van nih, sekejapan jugak ramai dah orang kampung penuh kat telapak surau nih
Hari dah makin nak gelap, kita teruskan dengan pembahagian barang2 dermaan dulu, yang datangnya dari keluarga kami, kenkawan opis aku, kenkawan adik aku and mereka2 yang berhati mulia untuk merderma for the Cambodians.
they are all the muslim Cambodians dan Ustaz Hafis sahaja yang mahir berbahasa melayu menjadi interpreter between us and the kampung people
langsung diberi duit dermaan, kita bagi pada bebudak, babies, orang tua, semua orang kampung, tak kira berapa pun umur depa. Kemudian kita bagi lebihan yang lebih besar untuk surau ni, for their utilities.
Duit2 dermaan pun datang dari kawan2 di KL, budiman2 di KL. Aku bawak semuanya in cash and aku tukarkan masa on first day sampai Phnom Penh lagi, coz duit Riel tak laku kat Malaysia so kena tukarlah di Cambodia itself.
Sekejapan memang penuh ramai orang kampung kat sini. Ada yang pakai baju kurung (pemberian dari orang malaysia sebelum2 nih), baju melayu pun ada. yang tak berselipar, anak2 kecil tak berseluar dan berbaju. alahai luluh hati tengok
ada salah sorang kat sini pernah kerja kat Malaysia, boleh cakap Malayia jugak. aku rasa bahasa melayu kita adalah paling senang belajarlah coz sekejap je dok Malaysia, depa dah boleh cakap.
akhirnya gelap jugak, kita kena balik. Esok pagi kita akan sambung ke kampung lain. Kemudahan asas takde kat sini, kita tak boleh nak susahkan orang kampung by tidur kat rumah depa coz surely depa bersusah payah punyalah nak jaga kita, baiklah kita balik. Api air takde, most of the houses. Pastu toilet, biasanya kat belakang rumah, celah hutan, tak sanggup ler kita kan. Hidup mereka mundur.
Itupun laluan kita balik memang gelap gulita, ada le umah2 yang kita lalu berapi itupun satu dua jer.
Memang banyak surau kita akan jumpa, at least setiap satu kampung kita akan lepas satu surau, cuma tu lah, keadaanya tak berapa molek. Duit untuk maintain takde.
itu surau yang korang nampak dari gambaran tepi, yang dari gambar2 atas nih, but nampak macam ada kandang ke bangsal nih? hah it s actually their sekolah islam.
Sedihkan?
Coz di Kemboja, kerajaan merekta tak bagi subsidi untuk sekolah Islam, ko boleh nak bukak sekolah islam ko tapi ko jangan mintak subsidi ngan aku. Aku hanya akan bagi sekolah kerajaan jer. Mostly sekolah kerajaan adalah sangat jauh. Itulah end upnya the bangsal ni akhirnya takde pun dah budak sekolah coz kepentingan anak2 pergi bekerja tolong mak bapak cari duit lagi diutamakan by their family. Belajar tu put aside, 2nd choice if ada duit lebih.
Tapi kalau hari tu takde duit nak makan, anak2 kena pergi tolong kerja, jadi petani ke apa saja kerja, bukan pergi sekolah. alahai…so sad.
Kita sampai semula ke kampung rumah Ustaz Hafis, barulah lega dapat mandi bagai segala. Unik pulak aku tengok kain baju almari mekap ni kan. Very the oldtimer punya lemari. Dulu2 pun aku ada kot macam nih, mak aku punya, dah balingkan ler pas pindah randah.
kita dijamu lagi, dengna keluarga mertua Ustaz Hafis, oh our van driver pun sama tidur sini, yelah takkan nak balik ko gila 4 jam kan, esoknya lagipun kita nak berulangalik kulu kilir ngan dia jugak.
Aku tak amik pulak gambar food, the Lok Lak. Their famous dish. Kena makan ngan salad ulam and kuah depa but aku makan macam tu je lah dagingnya coz i m not an ulam person.
Ini katil dan bilik aku tidur, disediakan oleh keluarga Ustaz Hasif. Pink ko! hahahaha belum jam 9malam aku dah membuta. Punyalah penat seharian, dengan long journey, pastu ngan datang bulannya lagi masa ni ngan aktiviti derma dan kurban, satu hari yang penuh tapi puas!
Alhamdulillah coz our mission hampir selesai.
Jam 2 pagi aku bangun cari toilet kahkahkah….pastu susap2 nak tidur balik. Tidur le jugakkan tapi aku tidur kalau rumah orang/hotel if takde laki memang pasang lampu, pun boleh tidur lena jugak.
Cuma jam merah aku yang ko nampak kat katil tu, esoknya aku lupa nak capai, so tinggal ler situ. But dont worry, tuan rumah dah simpankan and nanti Ustaz Hafis bawak balik le ke KL. Abah adik aku tidur kat luar, ada jugak ler disediakan tempat tidur. Layanan memang baik dari keluarga mertua Ustaz Hafis.
By the way kalau group yang more than 5 pax aku rasa tak sesuailah tidur sini, ada hotel ke motel kecil kat Kampong Cham ni yang boleh kita tidur, macam kami ni 3 beranak, lagipun family fren to Ustaz Hafis so memang dia mintak kami tinggal di sini sahaja.
Eloklah datang sini, insaf sikit hidup kita kat KL tu yang serba serbi ada. Heharap tahun depan nak bawak salah sorang anak pulak, mungkin Abang dulu ke, the next after Kakak pulak ke. Ramai gak tanya kami bertiga ni pergi under group ke hapa, actually kami initiative sendiri, buat sendiri semua. We are so lucky kita ada contact ngan Ustaz Hafis tu. He s actually my mom’s cikgu bahasa arab. Dia ajar mak aku bahasa arab. He s been studying in Mekah for 6 years, pastuh dia sekarang belajar kat UIA gak nun kat KL tu pasal dia rapat ngan mak abah aku. Anak bininya pun sama dia bawak duduk kat KL tu. May Allah bless you Ustaz Hafis and your family, banyak pahala dia tolong orang2 susah kat Kemboja nun.
Aku tau ramai yang macam tak percaya jer aku buat keje2 gini, dan willingly datang ke negara tempat ceruk macam ni but come on lah, dont judge. People change.
akubiomed
Oct 15, 2014 @ 10:32:18
Pengalaman yang menarik ketika disana. Dapat laksanakan ibadah Korban.
akubiomed recently posted..The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya
hafiz hafizol
Oct 15, 2014 @ 12:34:01
such as memorable journey. baca pun macam terangguk-angguk dah nie. Sedih pulak ye membayangkan kehidupan diorang yang naif.. setahun sekali baru merasa makan daging.. fuh,
hafiz hafizol recently posted..Musim Buah-Buahan Tempatan di Kampung
fad
Oct 15, 2014 @ 13:16:42
Kak red , dulu masa saya keje with one of ngo, pernah pegi kg cham ni and i can feel every single thing u cerita here.saya pegi 8 hari dulu.projek kami buat sedia kan latrine ( toilet ) untuk org kampung. Educate depa tentang water sanitation.mmg pilu kalau dikenang tengok depa.we have to be grateful with what we have.susah kita, susah lagi depa.
fad recently posted..suri rumah
Norhayati Suaib
Oct 15, 2014 @ 19:48:29
semoga umat islam di sana tabah dan cekal dengan setiap rintangan yang mereka lalui.
Norhayati Suaib recently posted..Bahaya Karat Dalam Air Paip
Kereta Sewa Shah Alam
Oct 16, 2014 @ 09:22:58
Tengok keadaan kampung ni, rasa terkesan.. macam manela kalau kita kat tempat diorg.
Pengalaman menarik, buat ibadah korban kat sana.. 🙂
Kereta Sewa Shah Alam recently posted..Sewa Kereta by Kereta Sewa Shah Alam
Hasnul Mutawif
Oct 16, 2014 @ 17:30:07
Bestnya dapat pergi kemboja dengan ayah.
Bertuah ayah dapat anak perempuan macam ni. Sampai ke kemboja ikut tu
🙂 Kasih ayah membawa ke syurga
Hasnul Mutawif recently posted..Pakej Umrah 2015 Andalusia Travel and Tours
Lyn Yusoff
Oct 17, 2014 @ 10:52:39
seronoknya kak. sure insaf tgk keadaan org kat sana.. betul2 daif..
proud of u kak & family 🙂
Lyn Yusoff recently posted..TGIF
Chekgu Azrine
Oct 17, 2014 @ 18:21:13
Alhamdulillah sis..semoga Allah shj yg dpt membalas budi baik kakred..
Jaakechik
Oct 20, 2014 @ 12:15:58
RM270 untukk 1 bahagian lembu, murha betul. kat kelantan ni RM500 kak… boleh jimat berganda tu… huhu.,,,
Jaakechik recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ena
Oct 22, 2014 @ 03:11:20
melihatkan kesusahan di tempat orang menjadikan kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi di negara kita sekarang.alhamdulillah..tq for sharing sis