The new IOI City Mall, Putrajaya!

IMG_3592

aku tak de niat nak amik gambar orang yang kena tahan ngan guard tuh. Masa aku click the entrance of HomePro nih, rerupanya mamat tu kena stop by the security coz asal dia lalu je, censor dok bebunyik. Tapi takde drama lah, takde benda kecurian pun, biasalah censor pun biol. aku sendiri pernah kena gak, paling tak boleh blah kat Selfridges London sana nun. Eh laki aku la yang kena, oh tu salah Miu Miu. bukan censor.

Apapun, ini langkah pertama kami gak, sama ngan Farm in the city, begitu jugak ngan IOI City Mall, our firs time sejak dibukak.

Dari FITC ke ICM pun taklah jauh gak, pun Waze bawakkan, sap sap soi dah sampai.

Parking free pasal barrier tu pun tak bukak lagi, so tak yah le sibuk amik ticket, aku dapat parking yang ngam soi depan entrance.  Jadi bayangkanlah bila nak balik, nak keluar kereta, berebut2 le kereta lain tunggu belakang nak amik spot aku.

IMG_3596

Actually tak sangka betul ler ini Home Pro punya besau. Tetengok dalam tuh, jangan tengok harga coz kalau macam kes aku, ada yang aku dah bayar, so tengok dari jauh je lah. Tapi pada yang belum bayau lagi tuh, hah bolehlah tetengok apa yang berkenan, kecomparekan harga etcs.

IMG_3632

encik di belakang mohon rauangan nak turun nak turun nak turun

ooo tak boleh tak boleh tak boleh

sebab dia dah waktu tidur, jadi kang udahlah abang kakak hilang dari mata maknya, kang adik ko pulak.

Dalam ni signal punyalah superhorror so bila abang kakak dok masuk ke dalam, lagi aku kena keluar pi carik signal.  Abis, nak bebel abang kakak lah, dah bape kali cakap, jangan pergi jauh dari eyes contact mak kau.

 

IMG_3659

tak pernah pergi lagi Home Pro? so tau dah lah sesikit apa ada dalamnya kan…electrical goods, katil, sofa, imagine macam IKEA jer lah…but dari pemahaman aku, IKEA is lagi bigger.

IMG_3666

actually sinki bebesau ni bagus, senang nak basuh periuk belanga yang besar2 tu. Tapi kalau korang jenis pemalas nak membasuh pinggan, jangan le amik sinki besau ni, pasalnya selagi tak penuh, selagi tu lah akan korang sumbat sumbat sumbat.

aku suka bebesau weiii

IMG_3675

Pancit seorang ibu

IMG_3687

kemudian pastuh kita naik 3rd floor, for zuhur and asar. Aku tak tau ada berapa surau dalam nih but kalaulah ada satu sahaja kan? wallahweiii…bayangkan suraunya ni di tingkat 3 pastu di utara. If korang kat selatan, muahahhahahah the menapak tu jauh weih. Mungkin aku silap, maybe ada lagi surau di selatan, i donno.

Besar wei mall nih, kata orang the 3rd biggest mall in Asia ye dok?

Ada je lagi kekedai dalam tu yang tak bukak lagi…

IMG_3711

dah tak tau dah  nak jalan mana lagi, shopping bukan main factor. So abang kakak nak main skate hah. well ok, bolehlah. Bagi ler depa 2 main, adiknya pun boleh dah masuk, umur 2 tahun ke atas (ada penguin boleh buat pegang) but aku tak rajin ler nak masuk sama. Tak payahlah dik, ko dah waktu tidur ler….

Abang kakak je yang berpoya2 dalam nya…

IMG_3713

where abang

where kakak

itu je lah ayat2 si adik….

IMG_3719

so lepas tengok depa meligat dalam nih, aku pun blah ngan bibik and Zeeshan, pusing sikit 2,3 tingkat of the south (aku panggil selatan je yang hujung2 nih).  Tak sampai ke centre court pun, pasal tak larat ler wei nak jalan. Ada aku mentioned kan, yang sini, takde bench/kerusi banyak. Terlampauuuuuuuuuuuuuuuuuuu sedikit.  Mungkin akan bertambah, harap2nyalah.

Coz ramai gila orang komplen wei, kalau ko bawak orang tua, kaki kan mana kuat, kesian ler nak berjalan utara ke selatan.

IMG_3730

hok harga ticket skate yek, em, pasal tengah cuti sekolah – RM28 sorang. Kalau bukan cuti sekolah is RM23. Pastu glove sorang RM9, socks tak yah bayau coz depa pakai sendiri. Glove tu leh amik bawak balik ler, pastuh depa terus bawak merata kulu kilir lam bag just in case mak pak ter ter ter bawak lagi depa pi IOI or Sunway. kahkahkah…. panjang akal bebudak nih.

Family members yang nak tunggu dalam kawasan yang dibenarkan, kena bayar RM5 per head if im not mistaken, aku tak masuk pun, coz kita mingle kat luar ukur kedai lagi molek (knowing me ler kan).

Diorang akan pergi lagi bulan ni, kali ni pun dengan bapaknya pulak.  Addicted dah bebudak nih main nih, kalau kat rumah aku ada roller blade, pun depa main jugak gegilir. Zaman roller blade aku masa anak dara dulu tuh, simpan elok lagi, boleh pakai.

IMG_3733

so pusing2 mall, akhirnya si teruna longlai jugak. Dia ni senang je tidur, kalau dah waktu dia, memang siap ler sediakan pram, atau  kalau berdukung hah tidur ler dia. So aku ngan bibik sesama tolak pram, pusing le tengok kuor masuk kedai. Ada Nichii, itu je yang aku masuk, beli selai seluar.

Itu je lah yang aku sopingkan.

Ada H&M ada Parkson, malaslah nak masuk, semua tu bersepah kat KL nun.

kalau kedai2 yang aku tak biasa pergi, bolehlah jugak menebeng. nak pi makan pun, bukan boleh makan apa sangat coz aku mmg bukan pemakan dah skang. baik tunggu abang kakak abis skate.

IMG_3736

so sudahnya kita duduk depan the skate area, kerusi ada seketul situ tapi bagi makcik pakcik tua ni duduk ler. sebesar2 alam, situ jer lah satu bench nya, dari selatan ke utara, memang sikitttttttttttttttt sangat kerusi. Tolonglah tetambah lagi ye kerusi kat mall awak nih. Ada gak yang komplen nak makan tak jumpa, semua hujung by hujung jer, tetengah takde tempat makan. Kira kat utara and selatan je lah ada, barat timurnya takde, begitu umpamanya yer.

Baca kat page aku ngan kat instagram, ramai komplen ngan mall nih. Mungkin sebab baru lagi, so kita bagi le peluang depa improvekan lagi.

Mungkin sedang dalam perhatian jugak komplen2 kita nih.

IMG_3748

Kita makan depan skate nih, dah time off, jam 7 aku suruh depa keluar. Mak dah lemau. Makan situ, kitorg jer. Hah satu lagi, mall ni sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Aircond dia entah sebab baru ke, tapi memang sejuk, nak berjalan dpt warm, pi ler dok parking. Aku yang pakai lengan panjang pun tak tahan, Zeeshan tidur pun merekot.

Bila tanya bebudak Nichii depa cakap, itu bukan akak sorang yang komplen kak, kami ni pun kerja pakai sweater. So kalau datang lagi, make sure bawak cardigan ke, jacket ke, shawl ke, masa makan kat sini pun, aku dok carik tempat yang takde ekon or kurang ekon, pun tak leh harap, semua standardize.

IMG_3751

abang had nasi kunyit + kari ayam, kakak laksa penang, add on pulak hot choc. Aku tengok je depa makan terliur2 telan, tak boleh le makan, tengok jer. Bibik order durian pancake. Oh dia memang pantang jumpa ada jual durian pancake, itu yang dia tibai dulu, Aku le gak yang ajar makan tuh.

Zeeshan masih lagi ketiduran, sampai le ke rumah baru dia jaga.

Tengok umah ingatkan dah cantik selepas painter balik, rupanya cik abang ai memang kemas sesikit jer. So bersilat lagi aku ngan bibik susun atur balik. Hish orang lelaki nih….aku dah bawak satu kapal keluar tu. Tapi sib baik cantik rumah dicat baru hiks…

Jadi bulan ni, the gang will be going again to IOI City Mall. Aku kalau mall ni tetiba teringat 2 benda je lah yang annoyed – no bench kerusi dan dia punya sejuk nak mammmmm mammmm mammmm!!

Yang best for kids – skating ler.

Yang best lagi jugak – dok dalam Home Pro.

Eh depan skate, cafe kita makan tu, ada District 21 (macam taman tema ler gak). Entrance fees RM75, kalau kita tak nak masuk macam kalau aku nak abang kakak pi masuk tapi aku tak nak join just to tengok jer, ha bayar the RM15 ler. Kita tak pergi lagi nih, aku dah checked out dari luar jer.

One day lah, hantar masuk abang kakak….

cinema kena ada kat mall ni…maybe coming soon kot.

Comment: 12