IOI City Mall

The skate the famous boy…

our youngest kid is soooooooo superprinceking betullah.

He knows that he s the last, asyik nak membuli jer kitorg berempat nih. Bayangkan ler dari parking, dia nak suh kitorg berempat ni dokong dia. Mengada betul tak nak jalan sendiri tau. Masa tu ada abang kakak, memang diorag melayan ler dukung, takkan apaknya dukung, buat dek lagik adaler.

Stroller dah lama long gone ler, aku dah simpan kat attic (sok cucu leh pakai hahahaha), malas nak jual. So sampai atasnya, aku hantar abang kakak to their skate, depa nak main skate before Ramadhan lagipun tengah school break, so kita memang saja amik cuti Friday pun demi anak2 ler.

But pastuh bila kita dah settled kat skate tuh, kita jalan bertiga pun dia tak nak jalan. Dia suh aku ngan apaknya dukung dia. Homanghaik. Kalau ikut cakap dia sampai bilanya. Spoilt ler.

Sampai orang kiri kanan pepandang dia punya meraung melalak, but i had to hati batu ler, bapaknya pun sama, dia kena belajar gak jangan nak bermanja sangat. Ko bukan ringan dah besau pun tapi nak berdukung je, memang mak kau tiau ler gak.

 

IMG_6436

ni dia tengah meraung ler ni, kat sini aku terpaksa slow talk gak ngan dia. Ceramah tazkirah. Ko dik ko sib baik ler ni kat public, kalau kat rumah memang apak kau dah keluar gempita 7 dia dik oiiiii

IMG_6435

aku risaukan laki aku jer bila dia hilang sabar kang hah, dia geram je ngan dak kecik ni yang dok melalak meraung coz tak nak berjalan, so dari skate tu sampai ke Home Pro memang Zeeshan meraung melalak, sambil jalan. Siap tak nak kawan ngan aku pulak tu, dok pegang jalan tangan bapaknya jer. tak kira ler janji dia tak leh menang,macam aku cakap le kita hati parents kena kental betul bila nak mendidik anak2 ni. Kalau ikut je cakap dia, sampai bila dia tau dia akan perdayakan kita. Trust me, sampai hujung cerita about his perangai tak nak jalan asyik nak suruh berdukung jer.

IMG_4005

masuk dalam HomePro, terus laki aku amik trolley shopping tu, hah sumbat dia dalam tu. Tengok tu muka toya bengang dia hahahah…protest ngan aku lagi tuh, Aku tolong tolakkan trolley tu pun dia bengang, yelah tak nak fren mak nya, nak fren apaknya jer…

Lepas shopping segala, barulah dia ada mood sikit. Aku tanya pendapat dia macam2 on the stuff yang aku nak beli, konon he s the important man ler, idea dia kena pakai, hah masa tu barulah dia nak fren2 aku…

IMG_4014

Singgah minum kejap, maklum ler lagi 2,3 hari nak Ramadhan so kita balun makan siang pepuas hahahaa…langgar semua diet. But Zeeshan wants some fries, so while laki aku beli kat kedai ni, aku pi ler McD, Zeeshan ikut sama, dengan trolley aku bawak sama gak. Tapi this time Zeeshan dah tak nak naik duduk dalam tuh, dia yang tolong tolak, Punyalah jauh McD tuh, menyesal aku yang pergi, baik suh laki aku jer hahahah…

Lagipun the reason aku nak gak pi kejarkan McD tu coz aku nak hantar food sikit kat anak2 aku yang 2 orang tengah skate tuh. Mak is always being mak, walaupun ada bekalan tapi aku rasa mesti depa nak menambah makan lagik.

 

IMG_4016

while laki aku and Zeeshan pergi hantar barang shopping HomePro ke kereta semula, aku tunggu kat skate, dok jenuh panggil depa tak gak memari. Diorang mementang dah terer betul skating. Sampai laki aku datang pun aku gagal gak dapatkan depa, tak cukup terang lagi ke kaler baju mak kau hishh…leka sangat, padahal dah cakap always keep looking for your parents.

Jadi bapaknya terpaksa le panjat nak melambaikan anak2nya tuh…

Zeeshan ni dah besar sikit pun aku akan hantar gak skate but abang kakak dok alah tak yah lah mammi. korang tau pasal apa, coz abang kakak malas nak jaga monitor adik bongsunya hahaha, kang depa tak bebas nak skating.

IMG_6439

jadi dapat jer anak2 tu, aku pass their food, reminded them to do their solat etcs. Memangpun dalam apa hal, solat adalah tidak boleh diabaikan, dan depa tau tak perlu remind pun but we still have to ingatkan ler, kita yang tua pun kadang2 tersasau.

IMG_6451

So i told them that we will come back again in an hour, to check on them.

 while us, me laki aku and Zeeshan pi sambung shopping ler, coz aku suka Nichii so beli 2,3 lai baju lagi kat situ. Masa ni Zeeshan dah memang good mood sangat and coz he behaved dah takde nak mengada2 meraung mintak dukung, jadi kita bagi dia pilih satu toy di toy shop

IMG_4035

nak menunggu dia pilih pun as usual bercinta….

anyway coz nak tunggu abang kakak habis skate lagi 2 jam lebih so adalah mustahil kita nak melepak macam tu je kan, so terpaksa le laki aku pi beli tix Ninja Turtle.

Omanghai, mengantuk betul aku tengok cerita tu. Dengan drama lagi lam cinema, Zeeshan meraung again. Bisanya kalau tengok wayang memang akan amik 4 seats jer (if 5 of us), kalau bertiga pun akan amik 2 seats jer coz he usually akan duduk on my lap or apaknya. but hari tu sejak Angry Bird punya movie dia dah tak nak dok kekongsi, dia nak dok sorang2 kat kerusi, kadang2 ko bukan nampak sangat, some cinemas kan macam kerusi dia rendah bagai (specially Viva Mall, MBO). So sama jugak dengan yang ni lah, bapaknya beli 2 tix jer, but bapaknya masuk lambat (beli popcorn) aku masuk dulu ngan Zeeshan and he tak nak bangun dari kerusi bapaknya.

So his dad dah nak start berangin lagi, aku siap beralih dok tepi tangga kerusi tu coz tak nak ada lagi drama. But last2 laki aku bangun dok kat dedepan ada kosong (mendongak a bit lah) bagi bininya duduk sebelah Zeeshan. But dah 20min tengok dia beralih ke peha aku, ha kan dah cakap dia takkan dok sorang kat kerusi tu lelama, dia akan carik makpaknya peha gak. So aku suh laki aku naik balik ler dok kosi atas, but you know what, aku pulak getting sleepy ngan cerita tu. Rasa eh tak nak le aku tengok walaupun dah half way.

So aku keluar dulu hahahaha…baik ler aku panggil the big 2 kids tu from the skate bawak depa pi dinner. That s why aku tak tau apa terjadi kat Ninja Turtle tu, RD and Zeeshan jer yang habis tengok.

IMG_4059

Bawak abang kakak makan kat sini, and habis je movie baru RD and Zeeshan joined. Aku nak mengejarkan balik cepat coz tak nak sangkut kat lift to parking lelama but gagal gak. Ramai betul orang nak turun ke parking so kita turun dengan escalator and till the end kita ikut tangga je untuk ke parking. lagi laju. Sempat jumpa Yanok and mak and kids lagik. heheheh…senang betul jodoh jumpa si Yan nih.

Masa ni laki aku pun dah tak sihat pulak, hidung dah merengus2, sebenarnya aku pun sama 2,3 hari sebelum tu but cecepat makan ubat, sakit payau tekak selsema bagai. The nex day pun kita seharian nak berjalan lagik, yelah nak pulun carik barang sebelum Ramadhan ni kan.

Apapun lepas dah kena slow talk yang kes Zeeshan tak nak jalan tu kan, sampai kemudiannya dia dah sedar diri sikit, he never asked for ‘troy/berdukung’ at all. Cuma bila kat parking tu, dia bedek abangnya, dan dapat ler, abangnya pun kesian gak kat adiknya, penat kot yelah IOI City Mall tu kan besar, lagipun aku dok citer pasal adiknya buat drama meraung from the skate to Home Pro, so they can imagine ler…

Oh for the skate punya fees ni, depa berdua bayar sendiri, depa kan ada gaji. Saja je gaji bulan May tu aku tunggu hari jalan2 ni, aku bagi masa dalam kereta so depa had no choice to pay the fees ler if not nanti dedua alasan tak bawak duit bagai hahaha…depa kalau boleh nak paku makpak depa but because depa pun skating every quaterly je pun kan, jadi belajar2 ler bayar sendiri skate nih. Sejak last year pun depa dok bayar sendiri, ada ler aku bayarkan but tak selalu. Itupun depa dok pepujuk nak beli the kasut skate tu, about RM500 gak, but memang tak ler…kumpul le duit sendiri. Ikut patutnya duit gaji memasing dah lebih dari cukup but macam biasa, semua nak makpaknya bayarkan ler kan….big no ler.

Comment: 2

21 District, the Sungai and the Aurat…

when you have 2 big kids and sorang tu terkial2 nak catch up abang kakak punya style, yang kecik memang kalah ler kan. It was almost 2 months school holidays (for abang about 2 months coz of SPM kat sekolahnya so dia cuti awal).

Jadi they had a very long list, to go there to do this macam2 lah, siap ngan entrance fees pun sama depa dah siap googlekan too.

Jadi semua tu bergantung pada makpaknya punya time table gak, but since I pun start cuti lambat but bapaknya dah started awal, jadi some tu depa pergi ngan bapaknya ler.

Ada tu depa pergi dengan the cousins sahaja, without the parents.  Depa tu means abang kakak ye, tak terlibat Zeeshan langsung, he kan my bag tangan, so tak boleh ler nak sembarang ngekor. Unless if bapaknya ada, ha tu diff case.

IMG_3986

at one of their wishes to do/go pun is this District 21. Ice Skating depan  District 21 tu dah berulang sangat depa pergi, so dok aim kan ni pulak, ok ler, kita laksanakan. But the entrance fees agak mahal, RM75 per pax. Tak kira ler umur anak korang berapa. Tu pasal kita agak reluctant ler dulu2 nak pergi, but ni since depa kan ada gaji memasing, so depa bayar sendiri but depa bayar sorang RM50 jer. Lagi RM25 each, kita tambahkan. Makan pun bapaknya coveredkan.

Jadi ler, dapat gak merasa sekali masuk. Itupun depa cakap bolehlah, pasni tak yah dah nak riuh masuk sini, dah tried everything.

IMG_3998

aku tak pergi pun, patutnya RD hantar je (Zeeshan pun ngekor), let them enjoy berdua, but pastu laki aku pun masuk sama, but dia bayar yang tengok dari side je ler, RM10, together with Zeeshan. Sampai sudah bapaknya tunggu sampai depa habis.

Tu pasal aku tak pergi, berjam2 kat sini, ada 2 sebab yang aku tak pergi, satu banyak hal kerja rumah nak membuat. Keduanya, dah kalau sampai sini, kompem le aku akan menyoppinggggggggggggg!! Jadi laki aku pun tak galakkan aku ngekor, hahahhaa….Reason ke 2 tu yang dia ngeri sikit.

District 21 is located at the IOI City Mall Putrajaya nun, hah memang tempat aku nak menyopping le kan.

IMG_4010

Memacam activities ler depa buat lam nih, adik tak berapa bosan sangat…

IMG_4016

coz for adik, dia boleh memain lam nih ler. tapi takat bape lama pun nak main lam nih kan, hati dia gundah jer tengok abang kakak dok main jumping terbang bagai…sentap ek dik.

IMG_4019

sodap yo kakak main nih? best lah mami, dapat gak merasa amende yang mahal sangat sampai RM75 dalam nih hehehheee

IMG_4029

ha kemain tinggi abang kau

IMG_4034

kira biasa depa buat outdoor, ni indoor pulak le kan

IMG_4038

break time, aku memang ada bekalkan mee goreng. Bila depa hantar gambar ni, hamboih ada maggi in a cup, ada jual situ lah ni! Kalau dengan aku memang takkan dapat maggi ni, dengan bapaknya dapat korang mintak yek…

IMG_4049

1,2 goooooooo

IMG_4054

wall climbing, of cos abangnya menang, kaki dia kan berguna sangat for this activity. Aku suh masuk lompat galah ke lompat jauh ko tak nak….ko panjang bang oi, berguna sangat tau.

IMG_4061

dan adiknya pun tidur lena…..nasib baik le bawak stroller. Anak aku ni dah besar 4 taun tapi ada kat mana ke aku baca komen ‘oi anak ko dah besar dok stroller lagi ke’ komen ni bukan tuju kat aku, kat anak celebrity mana tah.

Sebenarnya, stroller bukan sahaja untuk baby toddler pakai, tapi as long as up to 15kgs (depends on which stroller, or depends on the weight kgs tu ler), tak kisah pun pakai. Macam kes Zeeshan ni, dia kalau tengok tempat tu besar and kena berjalan, kompem dia akan mintak ‘troi’ (berdukung).

Kalau dah kena troi tu sapa mangsanya, kami berempat ler, biasanya RD and Abang. Penat worrr dokong lelama…so pakai le stroller.

But kalau dia datang active nak berjalan tu, stroller tu pun dia tak nak naik, dia sendiri yang tolak, and u can use the pram untuk letak shopping bags kau (that s what I did bila travel either dalam negeri or luar negeri).

Ko dah beli memahal stroller, pakai je le sampai lebam, apa nak sibukkan, bukan orang yang komen tu yang dukung anak kau kan. Dukung bukan main sekejap2, buatnya dia tidur ha macam ni, larat nak dukung berjam2?

IMG_4072

Well other than indoor, the next day nya kot, depa pergi pulak masuk hutan. Masa ni pun aku kerja gak. Laki aku angkut the 3 kids (dah siap bekal2 dari rumah gak, ada yang aku dah masak ada yang Mak Ajah masakkan too), pastu pi rumah kakak aku, amik the 2 kids pulak, dan segala maknek tikar food lagi.

Hah berkelah le korang kat sini.

IMG_4076

wui sejuk airnya….aku tengok pun dah terbayang sejuknya heh. Depa boleh  mintak nak pergi lagi, hish…mana boleh selalu. Sini pun depa spent berjam2, ada dalam 5 jam gak lah.

IMG_4084

tingginya waterfall ni. I told the kids, dulu mami pi waterfall masa darjah 6, pastu panjat waterfall gini ler, sekali tergelincir, terantuk pala kat batu2 waterfall tu. Tak perasan pun ada darah, tetiba kawan2 jerit, oi darah darah kat muka ko banyaknyaaaaaaaaaaaaaa. Bertobek dah dahi aku. Sampai skang ni ada tobeknya. hahahaha…. Ngamuk aji bakar, cikgu tak bawak pi klinik.

Jadi kalau pergi waterfall selepas2 itu, aku dah tak sanggup nak panjat kat batu2 gini, phobia.

IMG_4088

So RD masa ni, dia sorang je adult, entertained 5 orang kekanak.  Their age as of 2015: 14, 13, 11, 9 and 4 years old. Bagus punya bapak/ bapak sedara. kihkihkih…..

IMG_4103

Zeeshan dah siap sedia, pun abang kakak and the cousins tak gegeti nak naik ke darat hoh!!

IMG_4105

sejuk adiknya….kalau aku memang akan duduk tepi je ler, sesilap aku tidur hahahaha…yang pi sungai kat janda baik tu pun aku rajin letak kaki jer, tu pun dah kematu. Zezaman hakak dok berendam dalam air sungai ni dah long gone…

Ini Sungai Gabai by the way. Masa tu risau gak dengar ada kes yang 5 beranak mati coz of the air pusar ke air pusing tu kan but bukanlah kat sini kejadian tu. But tawakal, insyallah. They had planned this and so looking forward. Tapi banyak le aku pesan kat anak2, kat laki aku gak, agak2 nampak langit kelam, cecepat naik darat and blah. Agak2 hati tak sedap pun, tolong pack up and tinggalkan the place. Mak mak, pesanan beribu.

IMG_4134

Oh malam Maulud Nabi, both father and son went to Masjid kat depan rumah gak, ada ceramah Maulidur Rasul. Ini je gambar yang ada pun, adik bongsu aku yang pakai jubah putih tu hah, with Abang too.  Malas nak tunjuk gambar ni bercerita tapi yang mulut mengata amboi ke main pi sana sini, Maulud Nabi ko buat apa? hah mulutt…cabai nak?

Recently to start of my 2016, i received one harsh comment (dah lama gilerrrrrrrrrrr sangat tak dapat komen jaki kondem macam ni), saying that ai tak jaga aurat kakak my daughter yang bertudung.

Ms Bidaah, read this carefully.

1. Yes, i belum lagi bertudung litup etcs, aurat ai masih belum berjaga. Yes true. Noted, satu dunia pun tau.

2. Anak dara aku yang berumur 11 tahun tu, memang dah bertudung. Betul. FYI, sejak umur dia 9 taun lagi. Dan kemudian at age 10 years old, she wants to wear it all the time, even keluar rumah pun.

3. My anak dara tu, yang umur 11 tahun tu, belum lagi akil baligh. BELUM!!! Jadi at times dia akan rasa tak nak pakai tudung seperti contoh event berwater2 macam ni, kami izinkan. Coz dia belum BALIGH.

4. Dan ada gambar2 di dalam rumah pun, ai letak di sini or in my social medias, dalam keadaannya tidak bertudung. Coz once again, Kakak belum BALIGH.

5. Do i have to repeat the 1-4 again? Kenapa aku masih izinkan gambarnya tidak bertudung diposted di sini?  Kakak belum baligh!!! Lepas ni kalau ko tengok aku dah tak letak gambar kakak sangat, semua tu dalam blog/social medias, means dia dah datang bulan ler. Pahe dok?

I wont be posting anyone punya gambar yang bertudung tapi ai tersnap waktu depa tak bertudung/tutup aurat and put dalam nih. Gambar mak aku, mak mertua aku, ipar duai aku, my adik beradik yang tido baring tak bertutup aurat tu mana aku jaja dalam ni. Hish…inikan pulak anak aku sendiri.

You can judge me, easily,  up to you. But aku kakikan ko gak kalau ko nak mengata2 anak orang, she s innocent. As for me untuk bila datangnya waktu itu… doakan jer lah, insyallah.

Hah garang aku arini. Ko pun start 2016 dengan komen macam tu, gamaknya penuh sarat bahu kiri kau dok mengata2 mencarik salah orang kan? Baru 1,2 hari 2016 ko dah membantai, dasyat ko punya new year resolution ye Miss Bidaah.

Comment: 7

The IOI again…

IMG_6508

lepas aqiqah aritu, dah dekat le sangatkan nak ke IOI City Mall, anak2 aku yang 2 orang tu bila dengau nak ke sana, diorang pun ya syukur alahai. dapat le jugak main lagi skate.but seperti perjanjian asal, once a while makpak boleh bayarkan the skate, but korang kena kumpul gak duit sendiri.

So depa memang manjang le kumpul duit, aritu punya cuti sekolah patut pergi skate, tapi coz depa buat kes ‘telur tembakul’ so semua kena grounded.

Jadi untuk hari ini, depa pakai duit depa sendiri. Socks ke gloves semua memang siap bawak sendiri dah, bayar duit entrance jer. Jadi kita tinggalkan dedua berjimba kat skatelah.

 

IMG_0878

yet kami bertiga pulak, pusing mall. Tapi kan, Zeeshan dah waktu nap tau. dia dah ngantuk sangat. but ada boss besar sorang nih, ngan kompidennya sebelum keluar noon tu aku dah tanya, pram ada tak inside my car. coz last time aku check, aku transferkan pram Zeeshan dalam kereta RD. Dia dok manjang je ada ada.

Dan apabile di IOI, nan hadonya pram!!

So hamik, kenalah kau berdukung anak kecik kau kan.

IMG_6515IMG_6513

Jadi nak shopping pun lemah semangat coz Zeeshan dah merengek, tak pun dia nak berkendong je lah kan, letihlah bapaknya. Aku leh dokong sekejap jer ler, ai wanita yang lemah. Katanya kau kan.

So aku kena pergi kat kedai yang ada tempat duduk ler untuk si bapak anak santai sikit.

Kat dalam nih, ada kerusi luas sikitkan. So jadilah untuk depa but tu lah aku tak membeli pun. Sesambil dia rehat tu pun dia dok pusing dalam kedai. Lotih kejar.

IMG_6523

Kat food court IOI nih, aku bagi dia main rambut aku. Ada vid dia jadi hair stylist. Buatlah apa saja nak oi, asal ko puas hati and duduk diam. Kalau tidak kang dia nak pusing berjalan merata, aku tak larat le nak kejar. Apaknya masa ni tengah beli air. Lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr nak tunggu airnya sampai, rupanya sebesau2 food court tu, satu je kedai jual airnya pun.

Jadi adalah dengan ini, secara rasminya pasnih, kena ban food court IOI City Mall, keji betul satu je kedai air dalam food court tuh, berpusing orang menunggu beratur airnya. Sebabkan nak dptkan air jer lama, jadi takde ler kita beli food. Aku laki bini pun mmg tak nak makan yet, dah kenyang dari rumah kenduri Liza. Tapi kesianlah kat Zeeshan, dia dok mintak fries.

 

IMG_6540

air yang dibeli tu, termasuk ler jugak air panas, nak buat susu mar. Toilet depa takde for baby ler, tak de pulak aku jumpa baby’s room siap  ngan air panas segala. Mungkin kat wing lain or tingkat lain but selama aku datang sini, tak pernah nampak pun. Dok ler kita kat food court nih , tunggu dia minum susu, belai2 sikit, memoga tidur ler.

Mana boleh gak tidurnya, takde pram nya kan.

Masa ni ler ada lalu train bebudak. Train yang pepusing dalam mall tu lah.

So kita pergi ke sana pulak.

IMG_6552

while bapaknya beratur untuk train

IMG_6545

aku tengokkan dia ni main kete ni hah. Punya nangis2 nak jugak naik keter nih. Dah sokmo sangat naiknya pun kat Car Viva, so ingatkan dia muak ler, tapi tak de ler dia nak kenal erti bosan. Mengantuk pun dah hilang ke mana, dek penangan keter ni hah. Naik ler dia, katanya 5min tapi aku rasa macam depa pun tak sampai hati nak bentikan in 5 min kot. Ada lebih 7min ke 10min gak depa pusing main nih.

dah abis main ni pun, apaknya tak gak abis beratur for train. So aku turun bawah dulu, tengok Abang Kakak, pekabau le depa. Check depa punya solat bagai, and depa janji untuk habis main selepas Maghrib.

IMG_0888

by the time aku naik just about time untuk train tour. Aku ngan Zeeshan je naik, bapaknya pulak rotate pergi tengok Abang kakak.

 

IMG_6557

kita berkongsi naik ngan 2 orang anak2 remaja, about my son’s age. Senyap jer 2 beradik tu, kena paksa kot ngan makpak naik ni hahahhaaa

Zeeshan suka2 ler dia dalam nih. Bila dah duduk ngan anak umur 3 taun lebih nih, umur kita pun kena macam depa,  pikiran pun kena macam depa, so kalau nampak truck tu, aku pun kena menganga lopong sama. kahkahkah!

IMG_6562

Nak mengabiskan masa lagi, pergi balik HomePro.

IMG_6566

demi kita duduk letakkan dia dalam bakul tu coz bapaknya tak larat nak dokong. Woi dalam ni tak boleh buat main, kang dia punya berlari, ada gak yang bersepai.

IMG_6569

brand ni Tong Yan kan? hah, beli beli. Aku pakai brand nih, dah 4 tahun lebihlah. Masa tu aku ngah sarat mengandung Zeeshan, sehari aku duduk dalam bilik, tak gak sesiap depa pasang nih, DIY dek laki aku ngan kawannya. Aku punya yg half tuh, tak amik yang long one nih coz dulu mana ada space. Jadi kita minum air bersih, dah filtered lah.

Pindah rumah baru pun, kita bawak sama gak si Tong Yan nih. I think the price selling here lam RM1k, about thatlah. Highly recommended!!!

IMG_6576

siniki ni, cantik. tapi kalau crack, ko tak nampak cracknya, tetiba je leaking je bawah. Bak kata contractor ai hahahaha…

IMG_6592

habis dinner, kita terus balik ler. Dah seharian keluar hoi!

IMG_6594

End up kan, berejam2 kat sini, beli satu barang jer. Yang kat HomePro tuh. Itupun untuk sangkut kat bilik maid aku yang sekarang nih, dah 80 kali roboh ampaian bilik dia (for ironing kain baju aku). So kali ni, kita pajak terus kat wall, biar tak jatuh. One more thing aku perasankan, bench dah banyak le ada sikit.  Cuma perlu tambah lagi dan lagi. Specially kat skaters area tuh. Banyak lagi ruang kosong, tepi2 pillars pun boleh letak lagi kerusi yek.

Next visit kita, harus bawak le pram tuh. Kadang2 kalau ada abang kakak pun, dia tak nak bg depa dokong. Dia nak makpaknya yang dokong. Tu lah kuasanya budak kecik nih, untuk ko jer 4 orang kena mengalah tau dik.

Apapun trip arini memang terkesanlah coz takde stroller. Penat tu berdukung satu IOI CityMall nih, dari hujung ke pangkal. Adakalanya jer dia nak turun berjalan, tapi banyak berlari, berkejaran tu yang letih gak.

Comment: 5

30min for HomePro!

IMG_4984

usai di UNITEN untuk Sports Day Zeeshan, kita dah nak balik rumah terus, tapi melepasi IOI since aku nak beli satu barang, jadi singgah le kejap. Nak makan dalam nih for lunch tak de kelaluan tekak pulak. Laki aku ajak ke Velodrom. So singgah satu HomePro je tengok dalam kejap.

IMG_4993

Makin pendek betul aku ngan si abang. He hasnt beat his dad yet. Kakak tu akan mencelah kependekan maknya gak nanti satu hari. Jeggings yang kakak pakai tu, hok aku tuh. Aku pakai at one of my events, lupa apa but memang kalau legging ke jeggings leh campak je kat kakak.

IMG_5002

so gold!

IMG_5012

Aku carik cermin kecik, takdok dalam nih. Kena gak ke Ikea camnih. Ada satu section kena pakai cermin kekecik, coz size ngam2 takde dalam nih

IMG_5032

dah alang2 kita tengok pusing le kejap dalam nih. Check out on stove hood hob sumer. Pening pala tengok harga but we havent finalise yet. Yang murah2 pun ada, murah2 pun dalam 3 bijik benda nih memang all out RM5k gak kena siapkan yek.

IMG_5088

bukan sebab sukakan sofa nih but penat pusing satu HomePro, tumpang duduk yek

IMG_5094

aku beli benda pink nih, but in blue. Gila le nak amik in pink. Takdo merah, if ada lama acik dah sebat.

Beli satu benda ni je pun, buat sedap pulang rumah since yang dicari tak jumpa

IMG_5103

dari cashier terus ke parking. So kena ingat pasnih nak naik ke HomePro sahaja, parking kat A parking. A A A kay!

IMG_5111

eh 3 beranak ke main pulak korang yek, best pulak naik trolly dok atas kotak nih hahahaaa

IMG_5123

orang tengo kjer. kakak le paling selesa. tapi aku pun selesa gak cuma kena kepit Zeeshan ler. disorong dek bapaknya, escorted by abang. once a while buat gini, best. Anak2 akan ingat, mak aku dulu kan, selamba je at her 40yo dia naik trolley gak tau. LOL

IMG_5126

tu dia sampai ke parking!

IMG_5138

kami tutup makan kat Velodrom but bukan di tempat biasa, restaurant depannya. Tak best. Aku gatah ikan, ngan daging (macam dah lama) and jugak sotong seketul. Ada seketul lagi dah kena catu dek abang. Balik tu sumerrrrrrrrrrrrrr mandi mandi mandi and tidur!

Kami suami isteri sambung kejap pi rumah TM. Dengan aku laki bini pulak join depa tidur sama gak. Yelah hari Ahad tuh, bersukan untuk ko dik oi.

Beautiful Sunday with the sports day. Zeeshan muka penat kuyu jer masa dalam kereta. Shan nak sleep first or rice? while odw to velodrom tu aku tanya dia. Rice first ammi (ammi is mummy, bila ler dia nak panggil full mummy, daddy dah).

Jap, IKEA nak dibukak kat Cheras area umah aku tu ke? benar? benar? tak tipu? bape tahun lagi tuh?

Comment: 6

Skate lagik…

IMG_0537

aku dah cakapkan yang kemeja2 baju bapak dia, abang dah buat harta dia. Ada yang baru bapak pakai sekali, ada yang baru pun dia sebat gak. so baru ni aku amik dari Zalora, 3 helai lagi kemeja baru! now bapaknya memang takde le dalam list, bapak plak kena pinjam baju anak hehehehe….

 

IMG_0542

our late lunch, datang kena makan dulu, nak balik pun kena makan jugak. Ini kami berempat, aku abang kakak and Kak Ngah. bapaknya kerja, Zeeshan pulak dah bed time, so tak yah ikut. Lagipun abang kakak nak skate.  KFC paling senang nak bedal coz the queue adalah the paling pendek, yang lain sume nak makan dalam IOI tu mak datuk ko panjangnyaaaaaaaaa and penuhnya.

 

IMG_0553

settled urusan bayau bebudak nih, aku pun tunggu la kejap. dok pikir nak balik ke datang balik or suh kak ngah bawak depa balik naik cab or aku jenjalan. coz Zeeshan kat rumah tu sian bangun tidur sure tak dapat jalan.  Nak pikir ulang patah balik tu yang tak berapa rajin ler mak ko ni kan.

IMG_0562

diorang nak beli kasut sendiri, yang harga RM500. aku cakap tak payah! tunggu kaki korang dah tak boleh membesar lagi baru boleh beli and dah terer berlipat pusing main macam omputih ke skaters tu main hah baru ler mak leh consider. itupun bukan taun nilah, korang kena sangat expert sampai lari lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu cam professional tu yek. hah cabaran nih yek abang kakak.

diorg ni dah kali ke 4 rasanya skating sini.

Zaman memuda kita dulu siap ada Speening Wheels lah, Galactica kan? Wah….ingat lagi?

IMG_0566

alahai sian anak kecik nih, umur baya2 Zeeshan kot. makpak nya tak main sama, kakaknya kot yang jaga dia main, asyik jatuh jer. nangis jer dia…

IMG_0578

enjoy le korang, pastu cuti sekolah ni nak pergi lagi, aku suh depa kumpul duit sendiri nak bayar parking. as of now kakak katanya dah siap cukup duit, bagus bagus. pandai yek, nak skate memasing rajin nak kumpul duit kan.

IMG_0605

so aku jalan sorang2 kejap, tengok ada booth jual roller blade, aku pun ada gak satu kat rumah, depa bebudak 2 orang tu practice pun pakai yang bertahun2 aku punya gak.

IMG_0607

hah yang kaler ijau biru pink kuning ni masa zaman kita dulu, roller skate, lagi sedap kot pakai ni aku rasa dari roller blade. yelah aku dok belajar pun dari roller skate nih. ada jiran aku dulu dok Alah Shah, dia ada ni jadi kami dok pinjam ler hartanya hah, nak beli tak mampu, nak pergi Galactica ke Speening Wheels tu pun aku rasa aku pergi 2,3 kali je kot. Ongkos tarak mar….that timelah. skang dah tetua memang tak de le aku nak skating sama ngan anak2 aku tuh, baikler pi tengok wayang.

So sementara tunggu bebudak skate tu, aku pun pi ler tengok wayang sesorang, cerita Kingsman.

Ada pulak ticket free voucher yang aku pegang for GSC, memang untung sangatlah jimat banjer

 

IMG_0623

habis aku tengok wayang, depa pun dah abis skating. Nak ajak dinner tapi tak yahlah, nak cepat balik kesian si kecik kat rumah tuh. Antau Kak Ngah balik langsung terus sambung riadah kat rumah pulak. Cuti sekolah ni nak kena pergi lagi, oh

IMG_0544

awalnya sebelum tu waktu tunggu jap depa anak2 ni main skate, ada adik nih, alahai dik kalau orang sebat isi dalam bag tu dik, bahaya tau.

aku dah nak bangunlah tegur, remind adik nih, wpun tak le dekat, but nak kena berjalan ler kan, but no hal pun coz aku pun melanguk je tunggu bebudak, tapi dapat berniat je lah coz pastuh si adik manis ni bergerak jalan lelaju ngan group dia, heharap ada le yg tegur ye dik.

manusia skang nih tak kira dok nak mencopek tu panjang je tangan memasing

chop! tu macam Mulberry brand kan? skill handbag aku masih ada lagi rasanya nih :)

Comment: 9