Mar 23 2015 Monday, 9:00 am
Hot hot hot balloons!
ehwah, memasing dengan shades segala. semua cap ayam je pun, except abang’s one tu mak nya punya, dah jadi harta dia ler kan..Rayban’s brand!
plan aritu, bapaknya suggest pi tengok hot balloons, dah 7 kali buat, baru ni ha kami datang. aku tak berapa minat nak pergi tau kepuluhan ribuan manusia, but no choice, encik veto kata pergi jugak
nak masuk dalam ni pun jem nya lahai, parking pun kitorg naik atas divider
dan Zeeshan bila dah tempat gini, dia terus mintak cang cang ler kan
serabai dah rambut apak ko dik
merata orang sana sini, asal jangan hilang anak ye, kena jaga memolek nih. banyak announcement anak hilang aku dengar
hah ado yang dah terobang
kita sampai pun dah late petang…by right tak nak keluar hari tu langsung coz a day before aku kat 7 locations for 10 hours! jadi aku macam lemah gemalai le nak kuor lagi, but kenangkan ini last day kan..
dah abis tengok bagai, kita pusing situ, ada banyak truck food lah, gegerai makan gak, orang jual kain baju gadgets eh macam2 ler, besau kay tempatnya!
hah ramai tak ramai…
tapi kita tak pusinglah semua tempat, agak2 dah nak maghrib kita duk kejap kat sini, fefeeling macam bersih je kan padang tu hahahaa. sedap je 3 beradik ni membaring
oh ada edisi shopping, bought Zeeshan ‘s tshirts and Kakak’s seluar gak kat sini
did our Maghrib and Isya kat Masjid Besi, Putrajaya
member bahagia dalam nih, kita takde take turn, tapi masa Isya, aku ngan kakak jalan dulu tak tunggu jemaah coz the boys 2 orang nak jemaah jadi kitorg settled je terus amik dia bawak kuor bawak turun dari masjid. Cuma tu lah, dalam ni, aku first time bila amik wudhuq kat bawah, escalator to area perempuan tak function, selipar takde so berkaki ayam la naik ke ruang solat. bertingkat2 jugaklah dari bawah ke atas. Untuk orang2 tua mungkin tak flexible for them turun naik bertingkat2 nih, but ada jugak yang solat di satu ruang sebelah escalator if you tak nak naik atas. asalkan bersih. Alhamdulillah merasa gak kami maghrib isya kat sini.
dinner kat situ gak, ada siap ngan meja makan bagai, senang!
tu nasi lemak bungkus, kaler kuning/ijau, Zeeshan punya. habis kau dia makan! anak aku lapar nasi kat sini hahaaa
tepinya jugak ada sewa ler basikal lah, skatelah, macam2 ada, tu 3 orang ngah pujuk Zeeshan tinggalkan skate tu, dah time nak balik!
another pit stop of shopping by mak eh untuk kakak
eh gambar tak tersusun rapi, so lantaklah, aku penat nak naik turunkan gambar ikut turutan, ini dah kol 1 pagi oi aku buat entry yang untuk korang baca. Dahlah aku baru balik from Penang
nak memuatkan 5 orang, Zeeshan tu bukan main baik lagi port dia melanding kat maknya, bukan dia bertahan kt bsi tu, dia buat maknya kerusi ok!
dah senget2 terkebelakang aku dibuatnya
kakak tu panjat pagar tu yang tinggi, abang tak yah ke depan, dia tinggi so senang je tengok the hot hot balloons
passed baton kat bapak kau lah, biar apak kau pulak yang penat kekuda
hahaa gambar kitorang jer sepam
dalam asakan ramai manusia, best jugaklah datang sini, udah 7 kali buat kan, baru hegeh2 nak datang, nak naik idok sekali ler kan…
kami lagi dan lagi! nak beli air pun tengok panjangnya beratur merata
hah depa dari dalam truck, kat sini ler baru dapat beli air
the mak and anak, sian kakak mengandung tu, mesti penat jalan dalam nih, besau oi tempatnya
sedap je korang membaring kat sini kan…
apahal, kita dulu masa kekecik selamba jer main longkang lombong ye dok?
konon suh adik carik the moon!
moon tak kuor lagi dik, baru rembang
memurah le beli sini, buat kain baju tidur depa. ada 10inggit ada 5 inggit
kalau nak datang lagi boleh tapi kena bawak air berbotol2, kitorg ni jenis minum air santak, baik dari yg besau ke kecik…shopping pun tak ler banyak, setakat buat beli reringan je sangat…
Yeah begitulah, malam ni kang aku buat pulak entry Penang yek, nak perabihkan cecepat, korang leh baca buat modal pi Penang. Kali ni kita explore Penang dengan cara yang berlainan.
Pastuh yang telur tembakul kan, hah tu pun blom cerita, sampai depa tak boleh ler pergi skate kat IOI Mall Putrajaya nun 🙂
Welcome back to my page. Comments button dah boleh berfungsi semula 🙂
NFH
Mar 23, 2015 @ 09:49:16
Seronok juga pegi petang2..tak lah panas sangat. Nice
hafiz hafizol
Mar 23, 2015 @ 10:08:26
saya pergi pagi kak.. parking memang ada lagi yang kosong.. kalau g petang memang idok lee dengan jem bagai.. petang pun sy g tp merempit.. suka betul tengok belon puasa pasal.. hahahaha
hafiz hafizol recently posted..Atasi Kegemukan & Selulit dengan L’arome Apple Stem Cell
akubiomed
Mar 23, 2015 @ 12:39:13
Ada pergi hari Ahad lepas tetapi sayangnya tidak banyak belon yang dilepaskan. 🙁
akubiomed recently posted..Bawa famili ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
zool
Mar 23, 2015 @ 16:46:12
ramai gila masa ni.. tak pergi pun mana-mana..
zool recently posted..Belajar Perkataan kampung part 7
hana
Mar 23, 2015 @ 23:49:10
Ya me too DA pegi..but its so hot. 🙁
hana recently posted..Resepi Butter Chicken with Lemon
JMR
Mar 24, 2015 @ 10:32:07
ramai memang ramai giler ummat kat sini. tapi takpelah setahun sekali kan..lagi pun bila tgk anaka seronok tgk hotballoon, mak pak pon rasa syok gk
JMR recently posted..Dayyan Harith. 1tahun 11bulan.
anonymous
Mar 24, 2015 @ 12:14:50
kan bagus kalau mummy bertudung mcm anak.
ezna
Mar 24, 2015 @ 19:18:55
Makin sweet kakak yg dah darjah 5 😉
ezna recently posted..2 Hari 1 Malam di Singapura Part 2
aini
Mar 24, 2015 @ 21:43:13
haha.. td salah komen kat entry lain.. Nak komen nmpak sgt happy family.. =)
aini recently posted..PROMOSI BUKU DOA AMALAN HARIAN CUSTOM MADE DOORGIFT MAJLIS PERKAHWINAN
azi
Mar 25, 2015 @ 09:20:11
tak pernah pergi pun sini…..kena cuba jugak nanti tahun2 depan..hehe..
salam kenal sis…dah lama follow yr blog.
AZENI AHMAD
Mar 25, 2015 @ 13:11:27
Teringin sangat nak tengok hot ballon tue.
Tapi memandangkan mesti ramai orang dan bawa baby lagi.
Takut menangis je.
AZENI AHMAD recently posted..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Lyn Yusoff
Apr 01, 2015 @ 09:41:34
dah bertahun dah buat hot balloon ni.. tak pernah teringin nak pegi..
ramai org sgt.. rimas
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #183