The Thamrin City, Jakarta

IMG_5168

 nampak sahihlah sangat yang ngamikkan gambar ni tinggi benau kan.

Flight was at 10ish something, dari rumah by 7am dah challibot, RD ler hantarkan.  RD could have joined me but we decided to just the wife je lah pergi settlekan urusan kerja di Jakarta. Sent and all taken care by ASUS. Hebatlah ASUS,  2 years in a row. Insyallah taun depan ke Jakarta lagi…kot :)

IMG_5173

Dalam flight aku punya batuk kong kong kong. Bape hari dah aku batuk, asal malam tidur dia kong kong. asal kalau wkend tidur petang pun dia kong kong. Satu ubat je jalan leh buat baik batuk tapi tu ler ubat tu memang tak sampai 30min kena tidur terus. Dia punya drowsy gila punya power. So aku kalau tak darurat memang takkan amik ubat tu. Menggangu perjalanan harian.

Jadi dalam flight, sorang stewardess tu sangatlah baik menjaga aku. She sampai bagi aku ubat batuk hisap, pastuh tak cukup tuh dia bagi air suam ngan lemonade. Orang sebelah pun tolong bagi gak gegula hisap untuk kerongkong. Selagi daya ler.

IMG_5202

Cak tetiba Pak Sulis ada.

Sedang ASUS team semua naik the 2 busses, aku bawak diri sendiri dengan Pak Sulis. since i tak lunch, aku makan caca marba tak payah properly pun, jadi memang dah berjanji ngan Pak Sulis to fetch me kat airport Soekarno untuk senang aku kulu kilir.

Kalau last year Pak Sulis came only on my final day, tapi taun nih, landing je dia dah tunggu.

IMG_5205

Tujuan hala pertama ialah ke Tanah Abang. Tapi coz kita tak punya banyak masa, tukar laluan ke Thamrin City, pun depan Tanah Abang gak.

IMG_5209

apa lagik, some photos for your eyes pleasure

IMG_5212

biru pink

IMG_5214

biru and hijau and campuran pink

IMG_5216

merah menyala tu lawaaaaaa

IMG_5221

banyak yang aku tak amik pun, just reronda tengok2 pusing dulu

IMG_5224

frankly speaking, ini pertama kali aku sampai Thamrin City. Aku dah slashed ITC Kuningan bila kenangkan the kedai fav yang aku gilakan tu dah takde meniaga di situ. Tapi kalau terjebak ke ITC pun aku tak kisah, cuma kalau dah lain arah, so tak yah pergi pun tak per.

IMG_5233

section sini cantik2 warnanya lahai

IMG_5236

some of them nih aku saja amik gambar untuk the gangs

IMG_5241

ooo batik btul tuh…

IMG_5245

in lawa lawa! sungguh nih

IMG_5246

but aku tak amik ler. dia free size ler. besau gelebeh bila aku sarung. orang yang rangka besar or tinggi kurus pakai ni lawa ler. pependek tak yah ler

IMG_5268

alahai lawa betullah jatuh ati betul aku ngan baju traditional Indo for budak kecik nih

tapi size for Zeeshan takdek. yang ada tu besau bonar, hok ni kecik. Sepasang ngan seluar and ada jugak kopiah

IMG_5267

yang ni hah muat untuk Zeeshan pakai, bolehlah biru pun biru, ada tema merah sesikit.

IMG_5270

batik merah, mahal benauuuuuuuuuuuuu hok nih!

IMG_5249

full of batik lelaki

IMG_5254

by the help of my currency converter

10 kali datang Indonesia pun masih lagi tak hapal, kena refer to this always

IMG_5260

memandangkan duit rupiah ni banyak benau kosong2 belakangnya. Urusan membayar aku serahkan bebulat kat Pak Sulis. Contoh katanya 500ribu rupiah, so aku bagi le berhelai2 tak kuasa le aku nak kira. Nanti Pak Sulis sort out kan and settlekan bagai. Ada balance ke hapa nanti Pak Sulis pegangkanlah.

Beliau jugaklah yang tolong bawakkan segala barang and jadi guide untuk kulu kilir dalam kiri kanan. Macam trip yang sebelum2 ini jugak,lah. Aku kekira kan, ada dalam 8 tahun kot aku kenal Pak Sulis, setiap kali datang sini, mahupun yang dulu Medan, Bandung or even Bali pun Pak Sulis carikkan supirnya. Kasi settled semua ler. Those yang dok riuh nakkan number Pak Sulis nih, alohai, aku kena jadi PA dia ler camnih. Letih melayan request. Dia ni pun sebulan aku booking dia, tapi apapun, kalau last min request pun Pak Sulis tetap dahulukan aku, alhamdulillah.

Oh kat sini aku beli baju batik for some of few men in my life. Ada untuk brothers, abah, suami, anak2. Selai 25hinggit.  Lain sume nanti show2 insyallah.

Comment: 5