Jun 1 2015 Monday, 9:00 am
5 Locations!
tshirt bongok ni, 40hinggit? dah beli dah bayar baru rasa, apa hallah aku pi bayau 40hinggit, 2 helailah pulak tu kan
satu pagi ahad, bebasuh rambut mandi siap segala, bergerak solo, pi saloon. banyak locations aku nak tuju hari nih. coz kuor rumah ngan rambut bebasah, jadi sini 20min dah siap kering.. my usual hairstylist, Michael. once a week dia ler yang godam rambut hakak.
ini lokasi pertama. kat PJ. Suami dan askar2 aku angkat barang2 dari VA house to Red House, for that Sunday is about 88trips ada kot. LOL.
Semua tarikh untuk semua new furniture sampai ke Red House – By right, sume sampai this week/ this weekend tapi semua kena delaykan ke next week coz final touch up rumah aku tu pun weekend nih. Settled kat PJ (yang tak sampai sejam on Sunday pun) patah ke Salak South pulak.
meanwhile at home, depa hantar gambar, antara frame yang pecah berderai. Kenapa ler tak dibalut satu hal, pastuh arghhh, bukan nak buat tampalan memanapun, tapi tu lah kalau takde kaca tu nanti news tu lelama jadi kuning. Sian anak cucu aku nak baca. kihkihkihhh~
Settled lagi kat SS, kawtim ngan laki aku, jumpa kat kedai makan BSP. bininya lapar. duit aku left 2hinggit jer. hahahahaa!
minyak pun dah merah2 blinking
We met at BSP, Abang pun ada sama, sempat campak keter to cuci coz aku tengok laki aku pun hantar car wash. Makan lelaju mee goreng berminyak haiyoookkk pastu berjanji kita jumpa kat Shell and Petronas for petrol and cucuk duit. Depa sambung ke VA house, rombak barang rumah. Aku pulak ke Kenanga Wholesale City. Memula laki aku tanya ‘you nak berteman tak? kerja angkut barang ai dah habis’
dah habis? yang – you balik you rombak, susun barang computer, 100juta kertas2, resits dan apatah lagi barang2 you tuh.
motif kerja habis??
so aku pun pergilah sendirian, i dont need my husband to teman, aku leh settle pun, skang ni banyak kerja nak kena split jadi tak yah mengada2 nak berteman2 segala. Kadang2 kalau ada laki ni, bininya melembik, so baik ler laki aku tak yah ikut, lagi bebas hakak leh menyopping pun ye gak hehehehe….
jadi ini kedai yang aku tuju, Entah betul ke sama kedai ngan si Yanok tu, but she said tingkat 5. Ini first time gak aku sampai sini, Kenanga Wholesale City.
omeng, nak naik parkingnya, hamik koooooooooooo sampai 12th floor!
tujuan asalnya aku nak beli hanger tudung Kakak yang kekecik comel tu, pun nampak coz Yanok ler. Pastu ada ampaian tudung nih, pun aku beli gak, but not the biggest one, tak nak le makan space sangat, nak letak tudung2 kakak je pun, so amik hok nih yang medium, bertingkat double decker, bulat leh pusing2. Pastu entah apa2 le aku hamik, total RM400.
wakakakkaka, tu pasal tak leh bawak laki gak. Senang nak memborong tanpa bantahan dek sesapa 🙂
Dan bagusnya kedai nih, dia tau aku ni wanita yang kecil molek anggun melecun, abang sado ni ler tolong bawakkan segala barang maknek bagai. Thanks abang. Sampai ke parking dia tolong hantarkan. Lovely good job!! Dah kerna tu lah aku tak pergi pun dah kedai lain, kedai ni satu jer.
Siap settled, lelaju balik rumah.
Dan sambung pulak tolong laki aku kemas bilik kami, tu baru half section. ada lagi half section, aku sorang yang kena clearkan. Itu segala make up maknek segala, hah siap kau. siap untuk mana nak dilanting2kan…
Lepas Maghrib, kita terus keluar anak beranak. Rumah dah penuh kotak ngan makpak penatnya….jadi makan pun dedekat rumah sudahlah tapi service kedai ni adoi hai lembabnya. Aku dah habis air segelas, food lambat gila sampai. Anak2 aku makan western, laju pulak sampainya….aku ni makan tetumpang apa yang laki aku makan. Zeeshan habis nasi 2 pinggan!
ada nampak lelaki belakang tshirt hitam tu, dari dia amik order, sampai ke hujung, dia asyik cubaan nak mengorat maid aku. Memula tu sesengih, pastu aku terus terang tanya dia, eh ko nak ngorat Bibik akak yek? amboi ko….akak yang bagi order, ko berdiri jejauh kenapa?? Meh sini ko, tu pasal amik order tak dengar.
Bibik pun bila tau orang tu dok nak ngorat dia, lagi ler dia ke main amikkan gambar nih, kehulu ke hilir. Yelah bebudak muda. Kemain lagiiiiiiiii! laki aku geleng pala je tengok gelagat depa. haihhhhh
Abang kakak pulak dok cecucuk, bik bik, wahhh nak ada boiprenn!
So anyway, hari yang panjang dan total aritu aku bergerak sendiri dengan 5 locations!! Tapi weekend baru lepas nih, bermula episod unpack. Oh meng…
kerrybradshaw
Jun 01, 2015 @ 19:43:02
Nanti nak try pg KWC nak beli penggantung tudung..
kerrybradshaw recently posted..Alahai Jiranku Sayang – Part 2
Alyza Fisol
Jun 02, 2015 @ 17:21:25
suka membeli kat situ sebab bleh dpt macam2 and murah jugak harganya…
Alyza Fisol recently posted..Kereta Sewa Di Langkawi
Lyn Yusoff
Jun 03, 2015 @ 15:01:36
tak terpergi lagi even dah tanya yan hari tuh. Jauh benau. Kwn suh tgk kt GM klang. Dkt skit dgn rumah
Lyn Yusoff recently posted..Worldless Wednesday #192
Noriza Rahman
Jun 04, 2015 @ 14:34:54
Sehari 5 location jenuh nak berjalan…
Noriza Rahman recently posted..Cyst Mengecut selepas 6 Bulan