Jul 20 2015 Monday, 9:00 am
Klik dengan Bijak!
Baru-baru ni ade orang tag Akak kat facebook bertanya betul ke Akak ada FB Page Make Money Online?
Eh mana ader adik oii! Akak ada FB page redmummy.com tu jer.
Rupa-rupanya ada orang sudah gunakan gambar Akak yang masuk paper dulu tu sebagai daya tarikan untuk memancing orang ramai masuk ke FB Page diorang tu! So dengan segera Akak buat tindakan supaya gambar tu dipadam. Dan sudah terang-terangan yang FB Page tu memang scam yang cuba memperdayakan kita semua. Inilah yang dinamakan Identity Theft! Di mana mereka yang tak bertanggungjawab ni menggunakan nama dan informasi orang lain semata-mata untuk mengaburi dan menipu orang ramai. Jadi sentiasalah berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga!
Luckily adik yang bertanya tadi mengambil langkah bijak, menyiasat dahulu disebalik info dan gambar yang ada sebelum mencuba scam make money online tadi tu 🙂
Dengan penggunaan internet yang sangat meluas di zaman ini, boleh dikatakan semua lapisan masyarakat tak kira kecil besar tua ataupun muda, masing-masing ada capaian internet even di hujung jari. Sama juga di negara kita ini, peratusan celik internet semakin meningkat naik.
Begitu juga dengan sistem-sistem dalam talian yang sedia ada, begitu memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih efficient dan pantas, contohnya pembayaran bil secara online, berjual beli dalam talian memang menjimatkan masa dan tenaga. Akak memang suka sangat shopping online ni, dah jadi macam hobi plak hai 🙂
Tapi apa yang Akak nak tekankan di sini ialah supaya kita menjadi pengguna internet yang bijak, berhemah dan yang paling penting bertamadun. Fikir semasaknya sebelum klik, komen ataupun sebar apa sahaja maklumat yang kita peroleh dari internet tanpa usul periksa.
Ya ini memang banyak yang telah berlaku sekarang, sesuatu perkara yang belum pasti kebenarannya menjadi viral kerana dek kerakusan kita berkongsi tanpa usul periksa terlebih dahulu terutama di sosial media. Benda yang bukan isu pun merebak bagaikan isu besar kerana ianya dibatu api dan ditokok tambah pelbagai perisa. Ini memang sangatlah bahaya!
Semakin luasnya penggunaan internet bermakna semakin besarlah jugak gejala yang tidak sihat. So senantiasa berwaspadalah dengan scam-scam yang berleluasa sekarang ini, tak kiralah samada financial scams, love/relationship scams, ataupun lain. If it’s too good to be true, janganlah tunduk terus percaya! Bukan sahaja scam, penyebaran berita palsu, perkongsian maklumat sulit peribadi or oversharing, hate comments, cyber bullying, dan macam-macam lagi perkara yang tidak sihat seperti ini, mestilah kita bijak lari dan jauhkan diri. Lebih-lebih lagi anak-anak kita yang masih kecil ataupun meningkat remaja, tolong monitor aktiviti online mereka ya! Sebab mereka ni diperingkat yang ingin tahu so banyak perkara yang mereka ingin cuba 🙂
Kadang-kadang kita tak perasan yang kita actually oversharing sesuatu informasi yang tak sepatutnya! Hal sedemikian actually boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita sendiri tanpa kita sedari. So be carefull! Jangan manjang nak check-in jer!
Lebih-lebih lagi kalau Love/relationship scam, memang Akak sangat risau dan concern kalo anak-anak akak terjerat dengan scam macam ni. Diorang ni masih kecil mungkin tak tau apa-apa dan akan terus percaya apa sahaja yang diorang baca tanpa usul periksa. Minta sangat dijauhkan dan jangan lah sampai terjebak dengan gejala sebegini! So sebagai langkah berjaga-jaga, Akak memang selalu check apa yang anak-anak Akak buat bila online, website apa yang diorang visit, games apa yang diorang main dan dengan siapa diorang chat. Memang wajib diperiksa semua ni! Bukan kita tak percaya, cuma macam Akak cakap tadi, budak-budak ni tinggi couriosity diorang, so banyak benda yang diorang nak explore gitu.
Lagi satu yang Akak nak tekankan dan ini antara yang sangat penting supaya kita sentiasa alert ialah Financial scam! True story just happen to my niece, di mana dia terima panggilan telefon mengatakan dia dah menang wang RM5000! So apa lagi sukalah dia bila dengar menang wang tunai dan tanpa usul periksa memberi no akaun bank kepada pemanggil tadi. Selepas 10 minit dia suruh my niece pergi check balance sebab dia cakap dah masukkan duit. Of cos la duit tu takde, dan pemanggil tadi memberi alasan ada masalah bank transfer dan meminta dia memberi no siri ATM card dan juga nombor ATM pin! Masalahnya my niece ni dah kabur mata bile dengar duit RM5000 tadi, tanpa fikir panjang terus bagi apa yang diminta. Luckily takde duit dalam bank akaun dia, kalau tak habis licin kena sebat! Apalagi kena syarahan panjang la my niece tu! Pengajarannya janganlah kita kabur mata dan hati bila mendapat tawaran lumayan yang too good to be true, mesti ada udang disebalik batu!
So kempen MCMC Klik dengan Bijak ini mensasarkan dan bertujuan mengajak kita senantiasa berjaga-jaga dalam setiap aspek samada dari segi security dan safety semasa kita online. Disamping itu, mewujudkan budaya bertanggungjawab serta penggunaan yang positif berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Penyertaan dan sumbangan, juga keupayaan kita untuk menilai dan navigasi, pemilihan kandungan yang tepat, perlindungan dan pemulihan, dan yang paling penting menghormati Rukun Negara semasa kita berinternet.
So ingat netizens semua, #klikdenganbijak!
musadun
Jul 21, 2015 @ 08:18:08
bahaya betul orang yang jenis main ambik gambar orang untuk dijadikan modal mereka membuat untung.
akubiomed
Jul 21, 2015 @ 17:48:29
Masyarakat umumnya cepat melatah apabila menerima sesuatu info kemudian tanpa membuat usul periksa menyebarkan di media sosial. Yang penting adalah mendapat respon dan viral sebanyak mungkin tanpa berfikir kesannya.
akubiomed recently posted..Persiapan Raya sebagai rakyat marhaen
Anuar
Jul 23, 2015 @ 09:33:16
Zaman sekarang ni ada bermacam-macam cara orang nak tarik perhatian pengguna internet… Jadi, kena berhati-hati selalu..
Anuar recently posted..7 sebab Kenapa Kami Menginap di Homestay Hj Esmon Parit Raja Ketika Bercuti di Legoland Malaysia
mamat
Jul 27, 2015 @ 06:30:47
zaman sekarang zaman dunia teknologi,no wonder la benda mcm ni boleh banyak terjadi
mamat recently posted..Pemanis Stevia
Lyn Yusoff
Jul 28, 2015 @ 16:50:36
kena lebih berhati2 skrg ni..
org nak menipu mcm2 hal dibuatnya
Lyn Yusoff recently posted..Before Syawal