Red Syawal…

IMG_1764

abang punya handphone kan, dia punya default camera tu apps beautician kalau tak silap aku, aku suh tukar ke biasa jer, NONE, dia cakap biarlah mak, bagi chance la abang flawless.

lauk la ko bang!

Ini di pagi Syawal, sejak pindah rumah baru, pergi balik masjid memang berjalan kaki sahaja, except kalau depa nak pi Solat Jumaat di bulan puasa, tu memang bawak kereta, haus lebih pulak kang hahaha…

aku tak kesempatan lagi nak ikut Solat Raya, boleh midnitenya datang the cik ‘bulan bintang’ haih….! takpelah takde rezeki, still dapat pahala kot. Niat dah ada nak pergi sangat.

IMG_1280

terusan pada cerita salam2 bermaafan…

IMG_1286

muka maknya masam pasal aku tengah sakit hidungggggggggggg, selsema yang tak berhenti dari bangun pagi bawak ke petang. Berhelai2 kain towel aku pakai buat lap bersin, mananya dengan minor period paid pun ada gak

IMG_1291

berturutan ikut pangkat bersalaman.

IMG_1302

dalam gambar pandai je cover line towel hingus hahahaha

IMG_1322

ini kali pertama kami berSyawal, berRamadhan di the Red House. Alhamdulillah, hajat nak beraya di rumah baru, setelah over 10 years duduk di VA dan few years before di Bayu Tasik Condo. Kali ni pertama kalinya dok rumah landed. Rumah Merah.

IMG_1334

Bibik yang akan berpergian, menangis2 di pagi Syawal. Bibik yang akan pulang in less than a month. Sedih tapi dia perlu pulang, dia tak sabar nak jadi orang kaya Indonesia dengan duit2 gajinya bekerja dengan Red Family

IMG_1340

sang kecil yang tak nak ikut bersalaman duduk bawah, so  nak kena pujuk dia slowly

IMG_1352

bolehlah dik, salam abang kakak yek…

orchid hidup, hadiah Syawal dari our insurance agents – Naf Naf and Nizam

IMG_1362

ukhwah anak2 dijaga…Zeeshan coz he anak bongsu punya mengadaaaaa memang lebih ler kan

IMG_1373

bapak and kakak sama pesen mata tak boleh bukak keeeeeeeeeeeee

IMG_1381

the boys pakai pink, fuschia to be exact. Close to purple.

Kakak and Ibu pakai merah.

Kain untuk buat baju melayu the boys ni, aku dah beli since 5, 6 years ago waktu di Jakarta. Lamo dah sangat. Tu yang sekali buat 3 pasang, ada warna lain. Nak cepat perabihkan.

For the girls, aku beli kain tu dari Cambodia. Aku ada 4 pairs and kakak ada 3, the same tailor for girls buatkan Kakak jubah and aku pulak concept baju kedah. Malas nak berbaju kurung, baju kedah pun selesa but cheongsam style for the collar. Jubah kakak tu ada poket on the right side, boleh dia letak her handphone, also kat lengannya ada zip untuk senang amik air solat.

IMG_1406

 

hah dah puas hati, dapat tengok kami berbaju raya di pagi Syawal dan jugak dapat tengok half side of the Red House too. All 3 frames tu aku beli kat Ampang Park, satu kedai yang penuh ngan ayat Al Quran. They came to KLCC tolong hantarkan all stuff, ada gak aku beli 1-2 carpet lain buat tetambah pakai kat few sides too.

Aku memang tak suka ler satu 5 beranak ni pakai same colour. Aku prefer the boys satu warna and the girls satu warna lain. But most of pagi raya pun, the girls biasanya colour merah. Ini pun tak berapa merah, bolehlah kan….

Alhamdulillah, selesai Syawal pertama…

Comment: 10