SSPN-i – Simpan dan Menang!

.

Akak rasa ramai yang sudah sedia maklum dan tahu apa fungsi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) ni. Kalaupun tak tau, at least for sure tahu pasal PTPTN kan? Sebut PTPTN, Akak rasa satu Malaysia tau hiks. So secara ringkasnya SSPN-i ialah salah satu produk PTPTN. Tapi malangnya ramai yang masih tak tahu pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh SSPN-i ini.

SSPN

Salah satu keistimewaan yang utama sekali mengenai SSPN-i ini ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM6000 setahun. So secara tak langsungnya di sini kita dah untung dua benda, satu obviously la pelepasan cukai, keduanya pula tentulah simpanan masa depan yang disimpan dalam SSPN-i. Sambil menyimpan dapat tax relief lagi. Tak ke untung? Bila dapat pelepasan cukai yang tinggi, pulangan dari income tax pula sudah semestinya banyak. Untung lagi tu :)

Keistimewaan lainnya pula ialah apabila anak-anak kita mempunyai akaun SSPN-i, diorang secara automatiknya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi kerana pelajar yang mempunyai akaun SSPN-i sahaja yang layak memohon. Kalau takde, minta maaf banyak-banyaklah ya.

SSPN2

Lagi pun Skim SSPN-i direka khas oleh PTPTN supaya dapat menggalakkan kita sebagai ibubapa menabung ataupun mempunyai simpanan kewangan sendiri bagi tujuan anak-anak melanjutkan pelajaran tanpa perlu bergantung kepada pinjaman semata-mata. Disamping itu secara tak langsung kita dapat memupuk budaya ataupun amalan menabung dari anak kita kecil lagi. Tak gitu?

 

Bukan itu sahaja, SSPN-i juga menawarkan Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10000 kepada keluarga yang layak. Mereka yang berpendapatan sehingga RM4000 adalah layak untuk menikmati pemberian geran sepadan sekiranya anak mereka mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pemberian geran ini secara tak langsung, meningkatkan lagi daya usaha anak-anak kita untuk belajar dengan lebih tekun.

Ditambah pula dengan kadar dividen yang kompetitif, sebagai contoh kadar dividen SSPN-i pada tahun 2014 ialah sebanyak 4.25%, so do your own math :)  Bagus ke tak bagus?

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan lain seperti perlindungan takaful dan khairat kematian secara percuma dan lain-lain lagi.

SSPN3

Tapi yang paling WIN sekali ialah PTPTN juga menganjurkan cabutan hadiah kepada yang bertuah iaitu Simpanan Bonanza! dan Simpanan X-Tra Bonanza! dengan menawarkan pelbagai hadiah yang cukup lumayan!

Dan terkini, PTPTN turut memperkenalkan promosi cabutan hadiah terbaharu iaitu Simpanan Vaganza!

Banyaknya za za za ni Kak Red…

Actually dari tahun 2012 lagi PTPTN dah menganjurkan cabutan hadiah ni, korang jer baru tahu kan kan…

So untuk terus menarik minat menyimpan di kalangan masyarakat kita, PTPTN meneruskan lagi Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! ni. Bayangkan tahun lepas sahaja, hadiah wang tunai RM200,000 bagi pemenang Simpanan X-Tra Bonanza! ni :)

Dan on top of that satu lagi program cabutan hadiah baharu iaitu Simpanan Vaganza! iaitu cabutan hadiah yang akan dibuat mengikut zon.

Zon terbahagi kepada 5 iaitu:

i)             Zon Utara (Perlis, Kedah & Pulau Pinang)

ii)            Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang)

iii)           Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)

iv)           Zon Borneo (Sabah, Sarawak & Labuan)

v)            Zon Barat (Perak, Selangor, K.Lumpur & Putrajaya)

Dengan serendah RM500 sahaja dalam tempoh promosi ini, pendeposit layak menyertai dan berpeluang menang hadiah Simpanan Vaganza! ini.

Apa hadiahnya Kak Red?

Untuk Simpanan Bonanza!  dan Simpanan X-Tra Bonanza! antara hadiahnya ialah Honda HR-V 1.8L V, Proton Iriz 1.3L Executive CVT, Motosikal SYM VTS 200, Samsung Galaxy Tab 4 7.0 LTE, Ipad Mini dan BMW 320i Sport Edition!!!

Dan untuk Simpanan Vaganza! hadiahnya pula, Motosikal Yamaha 135LC, Macbook Pro 13’ Retina Display, TV LED 40 inci dan iPad Mini.

Wow this is awesome! Dengan pelbagai keistimewaan yang Akak cerita atas tadi, ditambah pula dengan hadiah-hadiah hebat macam ni, takde alasan lagi kalo korang tak membuka akaun simpanan SSPN-i ni.

Tapi kena cepat sebab ade tempoh-tempoh tertentu untuk cabutan-cabutan hadiah tu. So jangan lepaskan peluang keemasan sebegini begitu sahaja. Untung dan nasib baik kita tak sapa yang tau :)

SSPN4 SSPN5 SSPN6

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan, saluran-saluran rasmi PTPTN adalah seperti berikut:

a)    Portal rasmi PTPTN :  www.ptptn.gov.my

b)    Icare PTPTN : icare.ptptn.gov.my

c)    Hotline PTPTN : 03-2080 4455

d)    Facebook Rasmi PTPTN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN)

e)    Twitter Rasmi PTPTN : @twitptptn

Selamat menyimpan dan menang hendaknya :)

Comment: 8