Sep 23 2015 Wednesday, 9:00 am
Life without maid…happy kau!
Banyak betul korang derma kain baju wooo untuk Cambodians. Thanks thanks, ada yang datang sendiri hantar, ada yang courier, terima kasih kalian. Kita kenal dari blog tapi korang percaya put a trust on me to deliver this to the poor people in Cambodia.
Semua kain baju korang bagi tu akak dah pack up lam luggage, memintak takde masalah ler masa depa terbang tu kang.
Kali ni sebab pergi reramai, so quota memang lebih sikitlah kita bawak than last year, Last year sampai kena bawak balik few boxes coz MAS rule baru tak boleh lebih 2 luggages per person walaupun belum hit 30kgs. Kesian kan. sodih.
Selain dari itu last weekend kita spend ngan menyiang ayam dan membersihkan daging. Daging jer 5 kilog kau, ayam je 4 ekor, mak aku dah bagi arahan suh buat siapkan sebelum Raya haji ni, mak aku pergi berjalan ke Hatnyai, so dia tinggalkan ler. Seminggu sebelum tu dia suh cuci siang ikan je lebih 30ekor, sotong daging bagai, hah masa tu cuti yang Hari Malaysia tu, tak larat le aku nak membuat, aku subcon kat adik ipar aku (berbayar ler). Tapi yang ni since anak2 aku pun cuti sekolah, so dengan daging aku buat with Kakak, ngan ayam pulak abang tukar turn.
Baru ler depa tau ooo macam ni siang ayam daging, oooo ni lemak ke, ooooo ini tak boleh makan ke. hah korang tau makan je kan. Sesambil tu depa dok pikir camne le orang masak untuk kenduri kendara, hotel bagai tu, nak menyiang lagi ler beratus2 ikan ayam daging yek…hah tu pasal mak kau tak jadi Chef hahahahaa….tak sanggup ler.
Kita kalau dah banyak sangat nak menyiang camni, kitorang dok reramai lam toilet, alah bathroom aku cantik (phuii), jadi lagi luas dan selesa. Kalau buat kat sinki, letih kau berdiri lelama, dahlah berejam buat keje ni.
Siap ni, lega. Malamnya pulak depa amik job siang lagi bawang merah, bawang putih and kunyit sikit. Abang cukup benci ngan bawang putih tapi suka siang bawang merah katanya. Dia kata bawang putih tu eiii halus2 sangat. Hah tau bising ko yek. Dan esoknya pulak aku blend the kunyit. Siap stock. Senang mak ajah nak masak. Yang blend and siap siang bebanyak ni, untuk raya haji, mak aku tau order je bahan kena siap, kalau tak siap kang, sakit telinga hakak dik kena peluru mak ajah.
Lagipun aku dah stop habis pakai cleaner yang datang once a week tu. Kalau aritu aku panggil coz baju balik dari Kuala Kangsar terlampau banyak nak dibasuh tangan dan diiron but lepas tu aku manage untuk basuh dan iron sendiri by myself ye. Sekarang lagi ler cuti sekolah, anak2 aku boleh buat. Lagipun macam aku cakap, setakat baju untuk lipat tu, memang hehari aku buat, takde simpan longgokpun. Kadang2 kakak buat sendiri, tak pun kami sesama buat. Kalau baju ironpun, no issue. Rumah masih lagi bersih berkilat cantik, kita dah ada macam2 technology barang2 bersih rumah, yang robot ler yang cordless yang pancut2 spray, macam2 jenis mop penyapu vacuum ada, so tidak ada masalah. Nak ngan rajin je tidak. Basuh baju tangan tu pun, aku buat sendiri gak. Manageable.
Jadi keputusan aku untuk tidak mahu lagi penggunaan maid dan cleaner adalah sangat wajar dan I stand with that decision. Insyallah.
Hafiz Hafizol
Sep 23, 2015 @ 10:13:32
Untung betul ada anak-anak yang boleh diharap niee.. hehehe
Hafiz Hafizol recently posted..TEMPAT MAKAN BEST WAJIB SINGGAH DI KELANTAN
akubiomed
Sep 23, 2015 @ 11:14:27
Anak siapalah tuh yang ringan tulang tuh? 🙂
akubiomed recently posted..Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.
Mya
Sep 23, 2015 @ 14:23:22
betul betul betul.
toilet rumah akak memang cantik hehe..
Mya recently posted..Aidil Adha
Cik Nur
Sep 24, 2015 @ 15:58:19
ok la kak red anak2 dh besar dah boleh hrap tuh 🙂
Cik Nur recently posted..Ke Ikea kita (Family Time)
yangbaik
Sep 29, 2015 @ 10:06:43
anak2 dah besar dah boleh harap kan… Amatlah bahagianya hidup tanpa maid … 😀
yangbaik recently posted..Anda tiada mood nak sembang
Siti
Sep 30, 2015 @ 09:14:57
hehehe my parents pun kalau nak menyiang banyak macam tu selesa dalam toilet. selesa sambil duduk .
Lyn Yusoff
Sep 30, 2015 @ 17:48:33
takde maid pun akak boleh arrange kan kak..
respect kat akak lah sume benda boleh buat.. anak2 pun semua boleh tolong..
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #204