Di telapak kakimu…

IMG_6747

I told you kan that depa dok mai rumah, my taman, specially my jalan almost everyday. Kalau pagi tu kol 6 pagi around that dah bunyik machine fogging tuh but setelah 2 kali aku benarkan depa masuk rumah for fogging (one is petang and one is pagi), so aku tak laratlah kol 6 pagi nak kejut satu batallion aku untuk keluar to allow them to do the fogging. Cukuplah kan 2 kali di 2 hari yang berlainan.

FYI, nyamuk aedes yang gigit kami anak beranak, disyaki dari bilik kami, our main bedroom/bathroom/walkin wardrobe. Sebab bila kita imbas balik, memang ada sekor 2 nyamuk sebelum kejadian aku admitted tuh since I was the first victim among all of 5 of us (to include my jiran sebelah rumah too).

Tapi one day tuh, bebaru lagi, last week depa datang siasat semua rumah, petang masa tu. Untuk buat fogging di dalam rumah, if the resident tu nak ler kan. So rumah aku of cos le yang dah famous kat DBKL/Kementerian Kesihatan, siap ada dalam list supervisor tu pegang. Aku cakap kali ni tak yah ler buat fogging, tapi buat sampai dalam porch jer, so asap2 akan masuk jugak ler sesikit kat dalam.

IMG_6766

Dah mentioned before yang for 1 week, mak mertua aku and one of RD’s adik pun duduk ngan aku. Kami tolong jaga mak mertua aku yang tak berapa sihat. So cadangnya nak keluar (RD pulak pi beli roti canai) jadi jom le mak kita dok tepi jalan. Mak aku masa ni dah sihat sikit alhamdulillah. Unlike masa baru datang on her first day, aku suapkan makannya, tapi syukur sekarang dah boleh makan sendiri. Berkat doa anak2 menantu cucu lain too.

IMG_6742

Bila dah fogging nih, nak masuk dalam pun takes time gak haih…

well speaking of nyamuk tuh (i tak ingatlah I ada cite ke tak, aku kan ada memory issue sikit), masa aku baru confirmed contracted denggi (on my 4th day of demam, 3rd day warded), RD balik rumah terus buat operasi kemas rumah habisan yang carik mana datang ler nyamuk ni. Anak beranak dok carik kot ada jejentik bagai le kan. Pun takde. Memang habis ler satu rumah dia sprayed.

Tapi di hari aku discharged, hari yang RD admitted, aku baru sejam 2 sampai rumah, rembang petang tu aku baring jap lam bilik bila aku terasa ada nyamuk dok ngah hisap darah aku. Terus pelepap, mampus ko. ada lagi ko dalam rumah aku!! Grrr…

Terus aku bangun and habis spray lagi satu rumah. Masa tu aku tau yang dia could be datang dari luar ikut tingkap bathroom. Malam tu jugak RD yang baru first day warded, suruh aku and Abang tutup tingkap2 bathroom atas. Tapi ialah dah terlambat, dah 5 orang dia cucuk nyamuk nih, nyamuk tu pun pandai, dia bersiar2 kat atas jer, tak turun bawah tu pasal mak ajah aku abah aku tak kena, alhamdulillah gak lah.

IMG_6758

Dari mana datangnya nyamuk tu, it could be anywhere lah, doctor kami pun cakap nyamuk aedes ni ada merata2 saja tapi yang pasti aku yakin nyamuk aedes tu telah berjaya masuk our main bedroom through our tingkap bathroom and pasal tu lah kami bertiga yang tidur sebilik ni jadi mangsa. Abang pulak mungkin dia memang sokmo in our room, so dia terjebak kena sama. Dah bosan agaknya nyamuk tu pi rumah sebelah tu yang jiran aku pun kena (mangsa kelima). Kakak ko bernasib baik 🙂

IMG_6767

Project minum petang di porch, rerasanya selain buat memakan memang kami jarang le nak makan kat porch but sebab kat dalam ada bebau lagi fogging, so kita makan je lah kat luar nih. Roti canai kau, roti canai the best in the world nih, kalau korang nak, pi kat sebelah CIMB BTR, situ ada satu kedai mamak hah, situ le roti canai paling lembut ever.

IMG_6776

Jadi kembali pada mak mertua. After few days mak dah sihat tu, kita bawak dia jalan shopping sikit. Sekejap je, coz the kids tinggal at homee (Zeeshan tu bag tangan aku of cos le aku bawak). Tak sampai sejam pun beli barang nih, totally for Mak and adik RD. Ini kira therapy jugak ler, bawak jalan2 sikit, walaupun hanya shopping jer, at least boleh bagi hati tu bunga2 balik, aku hanya buat yang memolek jer lah, bukan buat benda tak molek pun dalam terapi pulihkan mak mertua aku nih.

IMG_6786

So kita dapat amik few pairs of sandals for Mak and adik RD, baju2, seluar, pakaian2 dalam dan few other stuff too…mak mertua pun dah boleh gegelak bagai, kalau tak masa first day dia datang rumah aku tengok lemahnya lahai. Tu pasal ler masa kami 3 beranak sakit mak mertua tak larat nak melawat, dan kami jugak ada sebab kuat untuk tak dapat sama melawat. Berulang kali cakap, ko kalau dah kena denggi ko baru tau sakit sedapnya, dan alhamdulillah mak mertua sangat memahami.  Kami ni 3 serangkai warded, bukan sorang hoh!

Dok kat rumah kami pun, takde satu keje aku bagi buat. Aku hanya suh baring, tengok tv rehat baring makan baring makan. Even plates yang dia makan minum pun aku tak bagi mak mertua aku letak ke singki, tinggalkan jer. For that aku memang terima kasih kat mak aku sangat coz sama2 jaga mak mertua aku besannya.

IMG_6792

amik amik amik, aku jenis, tak yah berkira, amik jer amik jer….

IMG_6797

Sorry Shan, ini hari untuk nenek, so kita tak boleh nak main2 ni yek dik, lain kali kita datang main lagik. Kita tak boleh lelama kat sini, habis amik barang…kita kena balik

IMG_6808

but of cos kita wajib singgah pasar malam gak. Ada jual tudung yang tengah IN kot untuk mak yang dia berkenan sangat masa nampak gerai tudung nih.  Bungkus terus 5 helai…

Selain dari therapy shopping nih, pagi nya ada tukang urut yang dah massage mak. Pastuh kita bagi mak rehat sehari esoknya tak bawak jalan ke mana some more kami pun bekerja, Tapi esok hari lainnya, laki aku bawak mak dan adiknya ke downtown. Memang aku suruh bawak pi situ, ada caftan lelawa. Sayangnya masa malam yang depa datang tu, stock untuk caftan orang pependek macam aku and mak mertua aku ni takde, ada le seketul 2 sahaja. Lelain caftan biasa, jadik ler dapat 3 pasang. Adik RD pun dapat seluar lagik gak situ.

Aku tak pergi pun masa nih, yang downtown tuh coz aku dah makan ubat tidur and lagipun ada anak2 lain nak diuruskan, walaupun laki aku dok pujuk pergi coz dia tak geti caftan2 nih. Alahai, mak pandai ler pilih, laki aku ni beli caftan pun nak kena heret bininya. Elok ler pun aku tak pergi coz malam tu banyak kali Zeeshan mengigau.

IMG_6673

Selain dari itu for rohaniah jugak, of cos, kami panggil our usual Ustaz to help out.

After almost a week, mak dah sihat baik dan 2 hari sebelum Sabtu baru ni (blog event pun kebetulan called off on that Sabtu) so dapatlah buat kenduri doa selamat for us, to include mak mertua jugak. Ops, hari pertama datang tuh, terus bawak pi clinic, dapat ubat calm memalam macam tuh so for 3 nites lena jugak ler mak mertua aku tidur. Tapi malam pergi downtown tu, RD tak bagi makan ubat tu, coz nak tengok tidur camne, alhamdulillah 2 malam seterusnya tanpa ubat tu pun dah boleh tidur lena sangat. Biasa ler kalau orang tua ni, tidur tak cukp 8 jam tu biasa, kita pun dah ke arah yang bukan 8 jam tu kan, dapat 5,6 jam pun dah ok.

Thanks mak for allowing us the red family to look after you. Terima kasih lagi sangat to my mom, mak ajah yang bantu sama the sessions. Mak aku ler yang masakkan for besannya, for our family of cos le kan. Mak aku le yang beria borak bagai ngan besannya (coz mak mertua seems want to listen and have a chat ngan orang, dok rumahnya takde orang sangat, tu pasalnya). Jadi meriah ler, kami kan orang Melaka. Gaya cakap orang Melaka kan macam nak bergaduh je padahal borak biasa je pun, kalau tak kenal orang Melaka (macam kami sekeluarga nih) memang ngeri ko pecut jauh. But that s how we communicate hahahaa…

Insyallah, we will take back RD’s mom selepas adik-beradik lain bergilir rotation jaga mak. Tanggungjawab jaga ibu bukan jatuh pada anak perempuan tapi pada anak lelaki so tu pasal aku insist suh laki aku pi amik mak nya, biarlah kita tak sihat, lambat nak baik pun kita ni tapi kita sesama jaga mak, coz as I said, aku pun ada mak abah yang tak sihat jugak. Cuma kalau masa kami ngah terjelepok lam ward aritu memang tak dapat le nak bawak mak mertua balik, but a week ni kami dah ok walaupun pala yoyo tu masih ada but small matter lah. Insyallah. Allah jaga kami sekeluarga.

Ada jugak mak mertua ikut mak ajah aku pi surau, so masa malamnya occupied jugaklah. Nanti kami ambil semula mak and kita boleh repeat lagi the same therapies. Orang tua ni, bukan harta benda yang depa hebohkan, depa nak attention. Mak mertua aku jenis pendiam, tapi kalau mak aku selamba je tembak hahaha….

Paling seronok is Zeeshan ler coz dalam rumahnya ada nenek small and nenek big. Balik sekolah jer, dia dah boleh landing2 kat dedua nenek small and big hehehe….

 

 

Comment: 3