Alhamdulillah…

 

IMG_6950

The day untuk kami hosting the kenduri doa selamat. Bagusnya buat malam tapi ialah malam tu akan meletihkan lagi kami2 ni semua, specially aku lah, kang anak2 pun penat sama coz kena basuh pinggan selambak bagai so on…job basuh pinggan usually abang yang take charge. Sapu and mop lantai usually kakak. Itupun malam sebelum kenduri sampai midnite tu kami dok baking lagi, pastuh aku dok angkat2 mangkuk2 pinggan segala hantar ke depan. Sikit2 mesti le ada anak2 tolong but yg mencarik memanjat tu aku sorang gak. Laki aku bukan ada, after 1.30am baru balik keje.

Untuk tidak menyusahkan sangat, Allah pun Maha Pengampun, kita buat ler kenduri di siang hari, selepas Zuhur. Tapi biasa le adik beradik aku, lom kol 1pm pun dah sampai :). ada yang dah abis majlis pun baru sampai gak, kenduri ni pun jemputannya for my adik beradik je gak.  Meriah ler, adik badik akupun ramai.

IMG_6942

Abah sedang enak makan, pastu solat tazkirah baring tidur and sambung lagi makan, baru abah balik. Mak pun ada sama, mak aku biasa ler, kalau kat Red house nih, dapat je wifi dia terus dia wassap2 dulu hahahaa..baru dia makan. First yang datang adik aku ngan familynya tapi terpaksa balik awal coz depa ada errands lain.

yang terakhir pulang, abang aku yang kerja tapi sempat ler hantar anak2 bininya. Anak2 nya lah yang tolong aku basuh pinggan bagai, bekas2 makan segala, mop gak. Dedua dapat upah cikmi nya bagi, terima kasih ye anak2 dara.

IMG_7011

Hidangan hari tu simple jer, takde le heavy sangat. dan tak perlu banyak2 sangat. Aku cater je semua, except air2, cakes and fruits je dari kami. Lelain, heh dari aku penat, bayau je ah suh my usual makcik caterer tu buat. 15 tahun pun dia tolong aku masak for all my kenduri kendara. Orang tak tau, dengan cara aku cater dia ler gak dia punya seronoknya coz dapat gak dia duit bagai belanja untuk meniaganya. Cuba ler pikir kalau aku masak semuanya, sian dia coz for 15 years aku yang jadi anak angkat dia, dia tolong masakkan aku tetiba aku tak nak dah pakai service dia. She suami isteri bukannya orang senang, betul2 jual nasi lemak je pepagi tu, kalau bulan puasa lagi kesian, susah sangat nak laku coz meniaga depan rumah flat tu jer, memang bungkus gak ler.

Jadi aku suh makcik buatkan nasi ayam, bihun goreng. Udah. Dan sorang lagi ni yang meniaga kuih ni pulak untuk buatkan kuih seri muka, kaswi and cekodok pisang.  Teh tarik pun pakcik supplied buat terus dari rumah kami, yg heavy masak dari rumah 2 ketul je soup and nasi. Ayam dah siap goreng dari rumahnya. But kemudian dia bawak semua ke rumah aku and pap pap buat dari rumah aku ler. Lagi mudah.

IMG_7019

so kita buat 3 sections, lagipun jap lagi nak jemaah so kena le tolak kerusi2 bagai tuh ke tepi. Kuih2 bagai letak kat 2 meja kopi, but lelain makan heavy kena dok kat meja panjang ler. Terjuluq kaki abah aku ngah tidur tuh…

dalam petang camtu sebelum asar, helper yang baru sekali aritu datang iron masa aku baru discharged aritu, aku jemput gak to do the ironing. Lepas tu tolong2 vacuum malamnya but sikit je lah dia buat coz spent time hours gak untuk mengiron tuh. Tak perler bukan banyak sepah pun coz yang pecah2 berderai tumpah segala (hehehehe kedek anak ko kan, siap ko Zhafa!), sudah dikemas sewaktu majlis berlangsung gak. IMG_7032

Lepas dah memakan thari bagai tuh, kita mulakan dengan zuhur. Ada yang uzur tu tak join le, ada yang datang selepas solat gak… Imam besar tu aku import jauh….adik bongsu aku. Alhamdulillah ada adik yang ustaz2 sikit nih, so bolehlah dia take charge. (abah aku solat duduk, jadi pahamlah napa aku cakap abah aku tak sihat sangatkan, mak aku pun kadang2 solat duduk kat kerusi gak).

IMG_7037

Kenduri doa selamat untuk kami Red Family nih, mainly, but also untuk mak mertua yang dah sihat alhamdulillah. Tudung aku tu, aku pinjam dari mak mertua aku (the one we just recently bought for her the5 pcs tuh), sama je design dengan yang mak pakai  kaler kelabu tuh.

IMG_7048

After solat bagai kita dengar tazkirah pula…

IMG_7066

IMG_7068

IMG_7075

these 3 photos (out of 10 photos kot), nak capture for all red family with my both mak ajah and mertua, tapi as you can see, Zeeshan was so not redha and rela hahahaa…dia tak suka amik gambar ler, some more dia ngah melompat2 ngan little cousins lain. Apa barang nak amik gambar, kadang2 belum aku pegang hp nak amik gambar pun dia dah mukadimah ‘dont take picture please’ kihkihkih

IMG_7081

Lepas tu lelepak sesambilnya lah…memakan.

Lam petang2 tu sebelum asar macam tu aku suh mak mertua aku naik atas tidur dalam bilik aku, yelah dah penuh ngan adik beradik aku kat rumah aku, nak baring sofa mana semua dah penuh ngan orangnya, so bilik aku je yang penyelamat untuk mak mertua aku rehat pejam mata sikit. Bilik anak2 aku pun penuh ngan budak2 kecik ni dok keluar masuk keluar masuk heh….

p/s: panas je mata mak kau tengok the boys tuh bergusti….

IMG_7096

pastu dengo tazkirah kak red kau pulak hiks…

IMG_7103

Basically our kenduri doa selamat ialah untuk setelah apa terjadi to the red family. Hampir sebulan kami ‘down’ dengan denggi dan aku dah berniat nak buat kenduri dari sejak dalam  hospital lagik. Bila tengok2 tarikh tak lama lagi dah cuti sekolah (knowing ramai yang nak berjalan balik kampung segala) and alhamdulillah gak ler blogjob event aku pun called off on Sabtu tu, so kita confirmed kan terus untuk buat Sabtu lepas.  The sooner the better, if Sabtu pun ada hal jugak aku akan buat Ahad pulak, nak cepat2 settle benda baik gini.

IMG_6997

Iye, anak dara aku dah nak sama tinggi ngan maknya, tak hairanlah she has the potential to beat me. For Abang, hem, tak yah nak kabau la pun, sejak umur dia 10 taun dia dah beat kerendahan aku pun. Bukan jer aku ni pendek, tapi dah memang anak2 aku lonjong, tinggi.

Jubah kimono ni yang aku beli dari kedai Jubah Jalan Tar nun, ada satu lagi reropol, labuh, dah berbulan beli tak gak hantar potong, tak jadilah aku nak potong coz leh buat solat senang, lelabuh nih. Bukan aku nak pakai usung jalan pun kan, so kalau majlis gini lelabuh pun dok ngaper ler…

IMG_7127

sedapnya kuih2 tu tapi satu je yang aku dapat merasa, takde selera ler nak makan. Bila kita jadi host lagi ler kita tak nak makan sangat. Tapi banyak lebihan, semua adik beradik aku dapat bawak balik lebihan bihun, kuihmuih, nasi ayam. Untuk adik dan abang RD pun dapat gak, coz adik RD ada datang malam tu jemput mak mertua, so rezeki dia and abang RD gak ler…

My neighbours, our guards pun dapat kita panjangkan rezeki yang ada…

dah habis kemas rumah, malamnya tu about kol 11pm baru aku makan hehehee..lambat btol. Masa tu baru rasa lapar.  Tapi brownies choc cakes, habis liau!! Laku, haaa….see see, leh lah reramai order from my kids.

IMG_7147

budak 2 ekoq ni pun berkenduri sama, sedap je memanja bergusti pepeluk di waktu kenduri nih. Yelah kalau kita bukak pintu baru depa dapat masuk, diorang pun tau the rules, cukup time kena dok kat porch.

IMG_7151

Aminah yang super manja, dia tak kisah ler orang ramai kat rumah tuh, dia tetap gak carik aku carik abang nak melanding nak memanja nak bermesra. Kalau QuPuteh pun manja gak tapi dia tau malu sikit hehehe…takde le nak memesra depan orang, gitu kan. But one thing lah kalau kita bagi makan, kalau macam dah lapar sangat (wpun belum waktu makannya), dia punya mengiyau, so paham sangatlah dia nak makan. Goncang je bekas food dia, laju je dedua ekor tunggu kat bekas makan memasing.

IMG_7024

Untuk teman2 di office pun, aku uruskan untuk mine and my husband’s office. Sedikit juadah bawak pi opis memasing…pun makcik nasi ayam ni yang settledkan.  Itu part of our niat untuk bersedekah bagi makan2 sikit ler. Cos ialah depa pun ramai datang visit us, mendoakan kami yang terjelepuk aritu kan…

La ni, we want to take a short break. Those in Jengka, Bandar Pusat Jengka, UiTM Jengka (formerly known as ITM), akak nak datang nih…jumpa di Jengka yek 🙂

Dah selesai semuanya, alhamdulillah.

Comment: 7