Dua Syawal – Gold and Blue…

IMG_6356

ehwah ko kakak adik

bersilang kaki nampak

mana belajar? cikgu red ajar?

 

IMG_6383

sabar la Zeeeshan, kita amik gambar kejap jerr

apak ko ada 10min je nih

10min yang tercicir sangat

kita mintak apaknya hantar us to our makcik’s house, coz dah janji ngan adik badik aku nak raya sini, but yang lain lepas sejam baru sampai. Aku gak yang punctual. Ini pun punctual pasal laki aku nak pi kerja kan. dia kena le hantar on time. dia sempat minum air jer, jamah makan tak sempat.

IMG_6425

so sebab team aku sampai dulu, kita makan dulu and pas adik beradik aku lain datang, aku pulak melepak santai le. tapi gambar sedara sume tak letak ahhahhhaa…well, i malaslah nanti ko sedara redmummy keeeeeeee

ko kawan redmummy keeeeeee

lainlah kak ngah, niece aku ni dah memang famous pun kat sini.

IMG_6494

ha sian bf aku nih dia nak tidur

tapi dia mana boleh tidur gitu jer

dia jenis tidur lena only kat 3 tempat: dalam pangkuan, or atas katil or dalam car seat kereta dia. bila dah kat rumah orang ni, dia melekat je ngan aku and suh aku baring doz dia dah tak tahan sangat nak tidur. but dah macam nak terjatuh le pulak kalau tidur kat sofa nih.

IMG_6510

beralih le position nak bagi dia ngan maknya selesa. sekejapan pastuh dia tidur. so aku stuck macam tu sampai le nak baliknya….

IMG_6559

masukkan dalam kereta pun dia melena lagik…

tapi ada jugak yang sama melena gak…tak menyempat keter nak bergerak dia dah mentidur hoi

IMG_6549

yang tudung kepala oren tuh hah tak sesabau tidur

pagi raya aku adiahkan telekung tudung2 baju dan macam2 sempena Syawal.

bukan main le drama mintak maaf salamannya, berdoyon doyon nangisnya.

hangpa dah tengok my ig/fb dia punya drama meraung 15 saat bila doctor amik darah dia? ahhahaha pi lah tengok

tu baru 15saat yang aku letak, full vid is 30sec actually

8,600 lebih yang menontonnya di FB and kat IG tak tau ler kan bape ribu yang nonton

begitulah aku menghadapi pelakon senetron setiap hari 🙂

IMG_6584

aku tumpang keter adik aku jer, aku kan dihantar suami. anak2 aku yang 2 orang besau tu pulak naik kereta lain, nak berkepit ngan the cousins lain

IMG_6619

cantikkan my niece nih

she s so prettyyyyyyyy and bila dia ada jer semua berebut nak pegang dokong dia hah. Aku dapat le merasa kejap, sebelum dirampas by orang lain plak

IMG_6660

yang ni pun comel gak

but i dont like the quality of the lace kain tuh. so disappointed. beli yang cap bebiasa lagi murah than this, lagi better qualitynya. Dont think aku boleh pakai lagi sekalilah, abis lacenya menjejeh tercabut.

IMG_6746

selfies with my 3 kids yang panggil banyak kali pun payah nak datang bergambar….ini pun kat rumah pakcik aku pulak, kitorg pergi ramai tau, 3,4 keter but macam aku 3 beranak je yang pi raya nih ahhahahaha

abah akupun ada sama wei.

IMG_6753

 

Pastuh kitorg dah tak tau nak jalan raya mana. Satu kereta nak kena balik before Maghrib coz kerja, lain sume merapu tak tau nak ke mana. Aku pulak memang nak balik ler, coz lemau penat berejam berjalan, ada anak kecikkan.  So we decided to go to KLCC.

coz aku nak amik do something with my barang kemas jap.

Sekali semua pun ikut pi KLCC di Syawal kedua. but depa tak de le meraban ikut masuk mall, depa sume park luar and posing kat tasik le, kat park mana tah. aku pun tak tau le dah terpisah. aku sorang je yang masuk Habib nih.

N balik pun, aku berdua je ngan Zeeshan coz lelain lepak umah Abah aku, termasuk ler bibik abang kakak. Midnite bapaknya balik kerja, sekali jalan jemput depa 3 balik.

Simple gila raya, yang tak tahan tu boleh pergi KLCC, ramai betul orang luar dalam tuh, Indo, Nig, Bangla dan macam2 jenis rupa bukan Malaysian ler he. Tu pasal by hook or by crook, kita kena balik Melaka gak. Lemau dok KL heh…

Comment: 4