Jan 16 2012 Monday, 9:00 am
The RedBaby…
 
baru pulang dari hospital, masih lagi berambut hitam lebat….kemudian dicukur botakkan setelah 7 hari 🙂









RedBaby of the Red Family
Jan 16 2012 Monday, 9:00 am
 
baru pulang dari hospital, masih lagi berambut hitam lebat….kemudian dicukur botakkan setelah 7 hari 🙂









RedBaby of the Red Family
Jan 13 2012 Friday, 1:00 pm
Wah hebatlah!
ingatlah dah beranak pinak bertambah2 nih, apatah lagi lam pantang takde orang nak heran ngan dunia RM. rupanya ramai yang mencarikuuu…..2 hari tak update blog, macam 2 tahun yek?
ahaks…pinggang ai tak ramping lagi, masih lagi ada permintaan. eh salah yek?
well well wa manyak bizi wor.
kan aku dah bilang asal malam jer pas maghrib isya tuh aku dah sayup2 kena tidur. mata ni bagai digam2. tapi nanti pas midnite aku berjaga. bila kadang2 berjaga tu rajin gak nak pegang lappy but most of the time nya jangan harapler.
Siang memang ada jadual bertungku urut and tidur bagai tapi ahah nah…antara kerojer orang dalam pantang ialah buat facial! panggil je orang datang rumah, tadah muka nih. Harga facial ada yang serendah dari RM45 hinggalah ke RM100. pastuh ada service tambahan gak, buat tangas, buat waxing, medicure pedicure, buang buluuuuuu segala bulu itu pas pantang le kalo ko nak buat dan macam2 lagi.
Aku ni dok nak buat something waktu senggang waktu baby ngah tidur, waktu mata aku degil ya rabbi tak nak tidur, hah aku buatlah facial. Product yang dia pakai tak international worldwidepun aku rasa biasa2 jer….tapi hasilnya vass! coz banyak hormon aku yang datang dari hasil pembawakan budak mengandungkan baby dulu, sket slowly hilang. ada yang berkurang terus waktu buat facial ni ler.
Kalau boleh apa saja service yang boleh datang ke rumah aku, mehlah sarankan, aku nak suh buat gak sementara aku ngah lam pantang and cuti bersalin. nanti dah kerja lagilah tak boleh nak buat apa saja, dok mengelek anak2, ngadap laki ngadap blog. Dulu nak buat facial waktu ada event for s/posts jer, kalau takde tuh, memang aku tak pergi. hah skang, bagus, namapun berpantang, kenalah dok umah kan.

korang rindu ai? nah, muka ai ngan mask, dapat tengok suku pun jadiklah yek…
gambar RedBaby sila sabariah..
Jan 11 2012 Wednesday, 2:30 pm
bertuahnya menjadi RedBaby coz ko tak dapat recycle barang dari abang kakak ko tapi semua dibeli baru. bestlah ko yek,…..hadiah pun not bad murah rezeki. ni tersadai hadiahnya tak berbukak tapi as of now dah kita kasik clear up specially tang baju coz kena bercuci dahulu and mana2 baju new born kena cepat dipakaikan.
ada sorang uncle tuh, 4 jam selepas RB dilahirkan, udah diberinya angpau RM1,000! murah rezeki ko nak, nanti kita bukak account sama cam abang akak ko yek…
untuk yang nak datang melawat…jangan main terjah je lah yek, buat appointment dulu coz wpun aku dok umah berpantang tapi aku ada jadual dengan confinement lady, pagi memang tak boleh kacau, hari2 bertungku and alterternate day pulak buat urut, once or twice a week buat scrub. tu sume bukan main 10 min punya kerja, sepagi memang jangan kaco langsung.
petang pun ada jadualnya, jadi dapatkan appointment dulu kalau nak datang, either from me or from RD. n datanglah masa laki aku ada, kang sapa nak melayan buatkan air express untuk korang. wpun melawat orang sakit takkanlah seteguk air tak dijamu. i have no maid, tu pasal kalau nak datang kasi bilang.

Masa berpantang ni jugak aku tidur awal, pas Isya’ dah memang mentido…bapaknya malam sebelum midnite memang mengadap RB. aku kembali berjaga selepas midnite kalau baby bangun for bfeeding and also for pumping. selang 2-3 jam setiap hari aku memang kena pump, susu’s production ke main banyak dari permintaan, freezer pun dah naik santak. Laki aku direhatkan dari jaga baby waktu tidurnya, yelah dia pun nak kerja takkan dia nak bangun malam, so far RB bangun 2-3 kali untuk menyonyot, baby nak besau mestilah kuat susunya.
Tapi syukurlah tengah berpantang nih memang aku ada mak mertua yang tinggal sama ngan aku tengokkan anak2 aku yang lain, masakkan for them segala. coz kalau takde mak mertua aku, huh, pikir gak sapa ler yang nak masakkan siapkan anak2 aku tu sekolah, thanks mak mertua.
so sapa nak datang jenguk melawat kami, boleh jer, nanti roger yek.
Dengan syarat, sapa datang bawak camera amik gambar RM, aku balingkan kamera ko kat luar balkoni. Mak Merah tak tipuuu….
Jan 10 2012 Tuesday, 12:00 pm

dimadukan dan dizamzamkan oleh neneknya

disyairzikirkan oleh atuknya

berdukung pertama kali dipelukan kakaknya…

start ler tu berebut ngan abangnya…
#orang dalam pantang takleh menaip bebanyak…. 🙂
Jan 9 2012 Monday, 9:00 am
weii
sumpahlah susah nak on laptop nih masa ngah pantang. asal bukak jer mata mengkuyu. timing nak blogging memalam memang jarang adalah, nipun aku baru pas bfeed and pumped kol 5 pagi kay yang macam tak leh tidur, ok trylah kot leh menaip dan bercerita.
korang sibuk ngan 2 soalan, mana gambar baby, apa nama baby!
lekler….ai pun nak perasan sket jadi #retis.
aritu kan dah letak gambar baby wt RD… 🙂
so kena sambung yek citer delivery tik tok tik tok arituh. Ingatan aku dah cam putus sket jer, rasa cam malas je nak sambungggg but kompem kena puaka ngamuk dek korang punya!
So deal asalnya lepas aku dah kena induced tuh, aku akan dapat epidural! ni aku dah ulang cakap berkali2 kat gynae aku coz pengalaman masa Gegirl dulu tak sempat nak epidural, aku merasa hazabbbbbbbbbnya hai sakit. so masa for RedBaby nih, dah 2,3 cm tapi sakit macam nak meletup perut sangat nih.
i asked for epidural again.
Gynae datang checked...em ok, send Redmummy to labour room now, kita letak epidural from there, terus monitor delivery.
hah…dia datang check up tuh, kan depa ni kalo tak doctor, the midwife or staff nurse yang datang menjolok nak check baper cm dah bukaan kan. wui…ko ingat jolok bukaan tu sedap??? aku memang dah bape kali nak menyepak! sakit lerrrrrrrr!! so dahlah ngah sakit bersalin paksa induced nih kan, depa nak hantar aku pi labour room tapi suh aku turun katil naik wheelchair! aaa orang nak pusing dari kiri ke kanan pun nangis, ko nak suh aku turun menapak ke kerusi roda. dengan sakit contraction yang datang tak agak2.
huh….dek keengangan aku turun dari katil, so depa pun menyoronglah katil tu ke labour room.
sambil atas katil turun ke labour room yang depa sorong tu pun aku dok sakit sakit….tapi entahlah, sakit tu ringan ke berat ke tapi memang sakit ler!
sampai je labour room, terus depa pasangkan CTG. tapi tak jugak dibaginya aku epidural. dah setengah jam, kat sejam! aku mintak banyak kali, depa tak bagi coz katanya nak bagi epidural pun kena tengok camne heart beat n condition baby. Ya Allah, aku punya geram. Orang ngah sakit nih!
Sampaikan aku suh RD tepon gynae *yelah dia datang nanti bila aku dah nak bersalin jer, takkan nak hadap aku sepanjang cm tu pulak*. yang laki aku pulak malas nak tepon banyak kali, lgipun staff nurse dah cakap dah pesan yang tak boleh gak panggil doctor epidural selagi condition baby tak ok dalam CTG tuh.
Memang ko, depa tak bagi sampai ke hujungnya coz heart beat anak aku dah low at that time.
makanya berlawanlah aku ngan sakit. dari 3cm to 4cm, asik kena seluk jer.
dari sakitnya yang setiap 5,6 minit sekali terus jadi 1,2 minit sekali. sampaikan baru aku bernapas, datang balik. dahlah tu aku teran ko! lom lagi ada full opening, aku punya sakit sampai aku teran…ahaksssssssss, sib baik le tak koyak. Teran coz macam kita nak berak tapi tak kuor. ngan gelodak pinggang perut tuh yang macam kena hiris jer. huiiiiiiii hai.
Yang pastinya dari 4cm, tetiba dah jadi 8cm, very fast one punya opening and terus depa call gynae aku. Dia sampai jer, terus pakai apron, mak bidan staff nurse yang 2,3 orang tu pun dah siap sedia (sorang tu mulut ya allah, alangkan aku ngah sakit beranak, memang patut makan penampau je mulut dia ke main garang nak mampus, tak sedap betul kita nak beranak ngan mulut hamlau dia tuh, tapi yang sorang lagik baik sangat, dia tengok kawan dia marah2 aku, tapi dia comfort aku sehabis boleh, sayang dia tetiba ahaks!).
Gynae aku sampai, cut.
apa yang dia cut ahahhahaha. then terus, ok you push now!
huh, tak yah ko suruh, aku dah dari 4cm memang very good in pushing, sekali 2 terannnnnnnnn terus kuor the little boy RedBaby!
wahhhhh..leganya!
Gynae bagi pisau kat RD untuk potong the tali pusat. aku dah terkangkang tak ingat apa, i was so tired and in pain. 2nd one push pulak untuk kuorkan uri yang berlebih2. 3rd one pulak bila gynae tekan perut aku untuk keluarkan lebihan darah2. 4th one merasa sakit bila dia buat jahitan. dah tak ingat aku nak tegak kaki ke hapa, dah terkangkang bersadai cam tepi pantai je bak kata gynae aku ler.
Dia menjahit kali nih aku merasa sakitnya koooooooo! padahal masa beranakkan Gegirl dulu, aku tak rasa langsung coz dek penat sakit lega keluarkan Gegirl tuh.
Eh pastuh aku tak ingat apa dah, depa kemas bersihkan badan darah aku pun aku macam lembik lemah terlelap jer. Udahlah dah kira 1 hari lebih aku tak tidur, ngan penat bersalinnya, sakitnya lagik. Laki aku kejap pastuh dia dah ilang lari pi ngadap baby jer…azankan bagai and telek menelek ler.
Jap tuh aku dibawak pulang ke bilik, memang totally penat sangat. Tak sampai berapa jam, family aku sampai ngan anak2….tapi sebelum tu RD bagi aku rehat sorang2 lam bilik, dia pi amik anak2nya, so since aku letih sangat, aku cakaplah jangan bukak lampu, biar gelap,i really wanna sleep. isk isk…
tak elok ok. len kali mak beranak jangan dok lam gelap yek. leh terkejut2 tau coz kita baru je bersalin. sepanjang aku tidur tuh, aku terkejut, kaki terangkat sket and tanganpun sama gak, mak pak aku datang, terus kena bebel coz aku tidur bergelap betul. pastuh bila aku tinggal sorang2 lam bilik, RD pasangkan lampu samar kuning bilik jer…ha gitu.
cuma dalam kelam kabut masa depa hantar aku ke labour room, Sirman boleh lupa nak bawak camera. padahal casing camera tu ada kat belt pinggang dia. dia tertinggal camera dek takde masa nak pikir, terus ikut bininya ke labour room so gambar masa bersalin memang takde ler. frust aku. ada pun bape keping sangat dia sempat snap dari bb dia.
Ada satu gambar tu kan, fresh terbaik dari ladang si RB kuor dari bawah, tapi melampauler kan gambar bawah mmg ler takde, gambar baby yang ngah basah2 berdarah tu yang ada, korang nak tengok?????????? ada berani? laju pulak laki aku amik gambar tuh.
semua orang ingat baby is big, takde nyer like i said, yang besau perut aku nih angin jer lebih. For me, dalam 3 pregnancies and delivery, the little last one punya sakit lagi hazab dari abang and kakaknya. Wpun sekejap je rasa sakitnya, coz dalam tak sampai 5 jam, huh not bad sakit sangattttttttttttttttttttttt. Dalam labour room jugak aku cakap ‘tak mau tak mau beranak lagi dah Sirman, tak mau…ni last kay ni last‘ hahahahah….sampai 2,3 hari gak lah aku terkenang sakitnya contraction RB tuh. Asal beranak asik kucup dahi jer laki aku, hadiah beranak ai mana you??
Alhamdulillah cukup sifat, nampak sihat walafiat, memerah je muka badan dia ahhahaha mementang nama gelaran dia RB, kalau dia berak meneran or marah nak bukak bedung, memang nampak merah nya, but baby kan bertukar wajah dan kulit setiap hari, skang dah mencerah which bapaknya claimed ikut putih cerah bapaknya, takpelah kasi chance LOL.Setiap hari adalah sangat beauty specially for abang and kakaknya yang sangat sayangkan adik kecilnya. Begitulah, on Thursday 29th Dec 2011, at 4.54pm, dengan berat 3.24kg our little RedBaby was born 🙂 .
dan cerita ini belum pun bertamat…nantikan tiktoktiktoknya lagi 🙂
RM Recent Comments