Posts by :

Shopping sakan sampai hilang anak beranak!

IMG_6108

sambung jalan2 pusing medan yuk. takleh  nak buang masa, ada seharian jer leh berjimba. pagi2 depa breakfast, siap2 sudah sumer kita terus turun. alkisah macam biasa supir aku tuh tah mananya dia eiii asik nak kena tepon semedang mana ko menghilang lah. org suh tunggu kat lobby hotel dia pi tunggu dalam van pastu kita pulak nak pusing lobby tu mencarik dia….

yg pasti ada hajat pulak tuh suh datang lagi medan and engage dia. citt!

IMG_6175

ingat tempat nih bila pi Medan – Central Pasar

anw we went straight to the Central Pasar. yang semlmnya kita datang dah tutuppppppppp tuh. masuk2 situ, mula2 sumer in group.

IMG_6158

ni sirman sorok2 amik gambar. hikss. ko bayangkan sepanjang 3,4 jam kita dalam Central Pasar nih, 3 keping je gambar yang sirman amik. sebabnya security dia merata2. manjang jer ngekor sirman. coz diorg tau sirman ada big camera kan. sebelum tuh dia dah warning kat sirman jangan sesekali amik gambar. tapi yang 3 keping ni pun ke main degil gak dia….padanlah tak pakai flash.

so anw, memula in 1 group, lepas tu  mak abah aku ilang. pastuh adik aku si nana and laki anaknya pun ilang. so tinggal aku anak beranak and mak mertua aku. pastuh kita nampak tempat langsir yang ready made. waaaaaaaaa mata aku tak leh tahan sungguh. terus aku langsai amik 1 untuk bilik aku plak. tu yg aku cakap 2 sets tempah, 1 lagi beli kat sini.

pastuh laki aku and anak2 bergerak setempat, tinggal aku and mak mertua aku jer.  hangpa bayangkan, aku and mak mertua aku berjalan shopping merata satu pasar yang besau nih coz sampai ke hujung kita tak jumpa yang lain.

so apa lagik, mak mertua aku dapat 2 lai kain ela, selai jubah. aku dapat 4,5 lai kain ela gak.

aku abihkan duit kat tangan cukup2 jer, coz separuh lgi duit sirman pegang.

jenuhhhhhhhhhhhh kitorg carik mana ler yang lain tak gak jumpa.  sian MIL aku so aku ajak dia pi kat van, rerupanya sirman + kids ada melepak kat van. hahaha hampeshhhhhhh!

so letak dulu MIL aku ngan budak2 dalam van, misi mencari mak pak aku and family adik aku pulak. berpusing2 aku laki bini carik tak gak jumpa. last2 kita kena buat announcement.

bayo 1ribu rupiah murah je lah, utk 2 announcements…

kepada Haji dan Hajah, sila ke kaunter informasi kerna putera puterimu sedang menanti

kepada Nana dan Yus, sila ke kaunter informasi kerna ahli keluargamu sedang menanti

perkhhhhhhhhhhh satu Central Plaza kuor announcement, mana ke diorg nih. 15min kita tunggu takde gak nampak batang idung memasing.

kita pusing lagi ronda2 siap tanya orang ada tak nampak orang tua bertongkat laki bini berjalan. sume cakap jumpa tapi bila kita carik tak jumpa.

later baru aku nampak mak akuuuuuuuuuuuu kat2 kaunter information tuh, ke main gelak dia. ngah sakan pilih jubahhhhhh!!

IMG_6166

hah ni mak ajah ngah pilih jubah. kat situ gak nerainya….2 lai dia borong. nak amik the 3rd one tak dpt size. padanlah aku tak jumpa diorg, depa naik 1st floor ko! sume melepak kat tingkat atas. iskk sabar jer lerr…. kejap tu jugak family aku yang lain datang turun menyengih2, sakan soping sampai tak ingat nak pi tempat lain.

budak lelaki yang jaga kedai nih ke main borak ngan aku laki bini. dia mintak carikkan kerja utk dia, nak merasa kerja kat malaysia. katanya sume kawan2 dia keje kat msia tuh gantang2 kaya bila balik indon. so aku cakap ko datanglah kerja kat msia jadi supir akak…

ya waduh aku enggak pandai bawak mobil ibu

ha ko belajar dulu bawak mobil, nanti dah pandai ko datang msia, jadik supir akak yek

muncung je dia….aterrr nak kerja kan. dalam korang dok ganyang2 malaysia, kat msia gak lah ko nak carik kerja kan!

IMG_6186

semua dah siapppppppp shopping, mohlah kita jalan tempat lain pulak. aku yang kaki shopping ni pun light2 jer. memang rasa nak beli macam2. ha kat sini Central Pasar a must place to visit kay. segala kain baju pengantin baju nikah baju tunang baju atas katil pung ado! siap je lah ongkosnya…

mak pak aku borong kain batik lah, baju batiklah, jacket, kain baju ler banyak…macam2.

IMG_6171

ada satu kain songket merah menyala, dia jual 1 juta rupiah! ko giler aku  nak beli.

lalu ibu harga passnya brapa? (maksudnya dia suruh ko bagi last offer price ko willing to pay)

500 ribu  sahaja!

ya ibu jangan begitu dong, naik sedikit lagi ya ibu

400 ribu then!

ya ok ok 500ribu ibu!

laki aku geleng palo. sib lerrr….

tapi mak aku cakap patut tekan lagi to 300ribu, lagi berbaloi. hoi idak ler, nak menawar memang mudah tapi nak bertawarannnnnnnnnn tu yang sakit tekak, kering air liur. nanti di majlis2 keramaian hahahaha ikut depa cakap, aku pakai songket merah menyala tu yek, boleh pakai ngan kebaya nyonya putih mahupun hitam.

pastu buat avatar twitter. peiiiiwitttttttttttt!!

Comment: 17

The Sogo Mall in Medan…

IMG_6071

heyoooo!! kembali sambungan membebel citer Medan daaa…bila nak habis nih? tak jemu ke korang?? aku nak speed up kaw2 nih, coz selain RM jadi platform korang nak buat reference, ni pun aku punya reference gak. eh ingat aku tak refer ke kat blog aku nih. aku sendiri pun nak buat apa2 carik search button or labelling dalam RM ni tau…!

anw, now we are at nite of Friday di Medan.

kita berada di shopping mall Sogo…

IMG_6065

mall ni besauuuuuuuuuuuuu! bertingkat2 and ke main lebar plak tuh. ada tempat untuk kanak2 main like playground. macam yang kat Midvalley nun. so budak2 dah berzikir mintak masuk dihantar dalam nih…cun lah! aku hantar dedua masuk…harganya lam satu jam sorang RM10 kot gitu. ke lesser lagi lah….

sianlah budak2, satu hari suntuk carik toys tak jumpa. pilihan toys diorg macam tak gah. dahlah Gegirl tu very the fussy, abangnya senang jer, nampak scan sekali terus zasss. but gegirl idok ye, dia akan scann kaw kaw….pusing 3,4 rounds then only baru dia make up her mind.

IMG_6079

tengok macam kecik je playgate nih, actually 4,5 tingkat nih! tapi collection anak dari tingkat bawah lah…so sedap je diorg main. waktu diorg melepak sejam dalam nih, me and the rest jalan2 pusing mall….carik apa yang boleh dicarik.

IMG_6054

kodai hapo nih….kedai baju budak2 kot. dah pusing penat jalan, kita dinner. cadang nak balik hotel amik mak ajah aku so bolehlah kita dinner sesama, tapi sirman cakap biar kita dinner je lah dulu later kita bawak mak kuor coz depa sure bersadai tidur rehat baring lagi kat hotel….

IMG_6089

inilah kita makan kat depan budak2 tu main dalam playmate tu lah…ahahha makan kat sini jer, nama dia Es Teler rasanya, sebelum makanan sampai, tiga kali tuko tempat. mula2 nak dok tempat nih tapi full. so aku menebeng kat satu meja nih, sekali dah dok sedap, nana ajak pindah belakang, lagi luas dapat sofa. ok ler…sekali nana cakap ujung tepi tu pulak kosong, jom pindah lagi…..

hemm sok banyak laki aku, tau lah sapa nya pasal kan 🙂

IMG_6096

ini makanan main set2 jer, datang with teh botol. famous betullah teh botol kat indon ek….diorg sume makan nasi goreng lah, bakso lah, aku kongsi2 je ngan mak mertua aku. sebab portion nasi gorengnya banyak bonar! sambil makan later sirman amik budak2 dari playmate and sambung lagi makan.

diorg ckp ko kalo nak makan sambal indon, hati2 yek, dia punya pedas berdesuppppppp2! boleh putus selera weihh. so anw, pas dah kenyang makan, pusing2 jalan, kita balik hotel. bila balik hotel tu plak, tanya makpak aku nak makan apa, depa tak nak turun ko….

lorhai. so kita kuor tapaukan balik.

dah agak2 aku laki bini nak kuor baru mak aku nak ikut. lagipun hujan malam tuh. kita dok dalam van jer. buat letih mak aku ikut jer. kita tapaukan nasi goreng 2 bungkus for mak abah and teh tarik. masyallah teh tarik dia ke main manisssssssssss, aku siap split jadikan 2 cawan coz nak tambah ayor! sumpah manis.

IMG_6103

malam tu kita balik, lain2 sume kebobom….aku macam yg dikenali takkan terus tidur, tidur kepit laki pun bukan boleh al al al jimak hahahahah! dah katanya mak mertua aku tidur sebilik sama gakkan. hahahahah…so blogging ler weih apa lagik. entry2 medan mana yang dan aku sempat buatkan dari kat medan lagik. coz aku tau aku kena type banyakkkkkkkkkkk entries. lagipun cite tv kat hotel kurenglah. ada satu je channel penuh ngan citer movie itupun dah pas kol 10mlm kot baru ada. lain sume cite indon lah berita indon lah, game2 indon lah….

aku laki bini nak pi melepak kat Merdeka Walk pun tak leh coz hujan rebas…

IMG_6107

ya masa untuk tidurrrrrrrrrrrr!! khayr tu nyebuk je datang, tengok kakaknya susun pillows makpak nya sumer. she tak tidur pun ngan neneknya, tidur gak kat katil makpaknya, dah lena baru sirman angkat tidurkan dia kat sebelah neneknya. pastuh org ngah tidur tetiba dia ada kat kelangkang makpaknya, pastu neneknya angkat dia balik kat katil nenek.

abang best, dia selamba jer konker tengok tv kat bilik nek atuknya, pastuh dia selamba gak kuor masuk kuor masuk tetiga bilik hotel nih. jap2 spot check.

besok pagi kol 6 pagi waktu indonesia dia dah kejutkan sume orang. ni bahananya jadi recruit neneknya hahahaha! oihai abang….

IMG_6098

tutup entry ni ngan gambo ai laki bini lah yek…

baju sirman dari medan mall very the chippo, baju mak merah dari bandung dulu lagi lah very the chippo gak haahhhah. suor jeans laki bini masing2 from london, hbag pun dari tod’s london. wah  nak kena sebut gakkkkkkkkkk??

hbag tu banyak berjasa weii…travel je pakai hbag tuh, travel je pakai hbag tuh. sampai dah nak koyak kain dalaman tod’s tu kay.

kalo koyak aku tak jual dahlah kat korang, aku buat pakai lagi sampai uzur.

Comment: 15

Central Pasar ya al tutup!

IMG_5985

waaa ganteng sih…si supir ni bawak lalu kat lorong yang belakangnya pasar basah, masyallah busuknya haiiiiiiiiii! dengan pompuan2 penjual nih menjerit macam ya waduh, rimas tol aku. kita jalan ke Central Pasar. ingat yek, Central pasar tuh tempat wajibbbbbbbbbbbbbbbbbb untuk pergi.

jangan ko datang Medan kalau tak menyinggah ke Central Pasar.

at this point of time, gegirl dah tutup2 hidung sudah..wpun kita tutup tingkap van, tapi bila lalu manghaikkkkkkkkkk! tengik!

IMG_6002

ayoyooooooooooo! banyak kedai sudah tutup. almost 6pm pun masa nih, mestilah dah ramai tutup. udahlah gegirl and abang bengang tak dpt lagi ubat pengeras depa (toys). so bila nak ke sana sini macam ya tak syoknya hai. diorg tau lah pulak bila mak nya keje nak menyopping kain baju pulak. lagilah diorg al bosan.

mak mertua aku tu ikut jer…she s no hal one. very the masuk dalam pala aku, and aku pun mmg well known jenis boleh letak kat pala semua orang gak. ko letaklah african ke, omputih ke, cino ke, orang arab pun aku leh borak asalkan ko paham english and kalo dedua ayam itik pun aku akan make sure kita ada collaboration untuk bercakap hehehehe…

wa PR tak letak tepi punya dong!

IMG_5994

waktu ni kan sume oranggggggggggggg ada. eh mak abah aku takdak depa rehat kat hotel. ok esoknya kita datang lagi kat sini, so esoknya citer nanti kuor for the entry coming soon ek, tak hari ni esok kot entry tuh. dalam nih memandangkan banyak pun kedai yang dah tutup.

ado kodai tudung. nak beli tudung ni wa memang fail lah….tapi adik aku terer tudung so she lah bagi idea tudung apa molek idak bagai…apa yang ngah trend in skang nih. kalo ikut aku, hahahahaha agak2 ada ngelip2 tu kira In lah kot.

IMG_5991

ada melambakkkkkkkkkkkkkkkk baju batik! tapi pesen indonesialah. bukan pesen malaysian kita. fyi, dalam ni tak banyak gambar, coz tak dibenarkan langsung amik gambar. ini security tak tegur lagi coz dah banyak kedai tutup kan.tapi sebenornya tak boleh. tah hape2 tah.

Tanah Abang yang lagi besau sesak tu pun boleh kita amik gambar.

IMG_6000

ha nengok2, sume kedai dah tutup lah………….sebab dah tutup aku pi bodoh beli sepasang kain ela. lawaaaaaaaaa! kain ela paling mahal plak tuh. tapi sebab pastuh bila balik kl pikir2 eh banyaknya kain ela. aku nak lantingkan kain ela tu buat hadiah. asal nak bagi kawan aku kain ela lain, tapi pastuh tengok yang mahal tuuuuuuuuu sesuai gak utk kulit dia. main lanting2 je kan….. tu lah banyak nau kain ela dibolinya…

IMG_6003

but kain baju budak2, hei janganlah beli kat Medan ni kot. purata kedai2 yang aku tengok untuk kain baju budak2, quality is very the out! sumpah baju anak2 ai tak satu pun aku beli. tapi kat jakarta/bandung, ha baju2 budak2 kat factory outlet, or ITC Kuningan memang perfecto!

poi ler check kat entry jakarta/bandung aku, sure korang puas hati mampat tengok review travel aku mmg tip top…

btw, itu patung kiri ada pakai baju merah and coklat kan?

lawaaaaaaaaaaaa ko! but i didnt buy.

heheheheheee

IMG_6005

sket lagi nih kalau abang tinggi sama ngan aku, or lebih tinggi dari aku, lagi lah dia segan nak jalan ngan maknya. skang pun nak kiss pipi maknya ke main menyorok pandang kiri kanan tak nak org nampak.

ha 5thE, ko nampak kebaya patung tu pakai. kaler kuning menyala, silver mengelip tuh………pesen kain baju diorg melambak jual gayak gini weii…..nak carik kain ela ada tapi tak semua kedai jual. yang pasti kain macam tuh, masyallah bersepah2. aku kalau pakai baju cenggitu masa nikah jer lah.

nak dinikahkan apa nya…

so sapa2 yang nak kahwin, nak baju ngelip2 maha hebat, pi suh kawan ko belikan kat Indon. tapi jangan ko pakai ngan kain batik pulak, boleh je beli 4 meters.

laki aku sampai tanya ni bila masa orang Medan pakai kain baju mengelip2 begini pak?

oh waktu majlis keramaiannnn atau undangan bapak.

bape banyak da majlis keramaian ko!

IMG_6023

so kedai dah tutup, jom ca alit but. pi jalan tempat lain pulakkk

IMG_6032

huh ngeri btul ayatnya.

….sampai ke akar-akarnya!

IMG_5986

banyaknya motorrrrrrrrrrrrrrrrr! pokok besau tu napa aku tengok dalam gambar nih macam berantu semacam je ek? mesti malam2 ada penunggu kan kat situ. korang baik2 tau kalau letak mobil or motor kat bawah pokok cenggini, lelebih lagi waktu malam, ha hati2….bukan takat jangan pandang belakang, jangan tegur kenapa berat pun ye gak. eh aku blum pernah citer hantu versi cik lang cik pon duduk belakang keter aku kan? ke dah citer?

nak aku citekan tak?

Comment: 29

Contest Meletup TOP TOP!

Sticky post lah kejap…scroll down cam biasa kalau nak tengok latest stories

IMG_5396

Bloggers!!

1. Tulis satu entry about RM the blog NOT THE OWNER of RM.

2. Sukatik korang nak bantai tulis apa lah. jangan puji melambung2 lah, muntah plak kang orang baca. light2 sudah. mutual pls.

3. Come back to this entry and post up your comment, link back your entry yang korang dah buat tuh

4. Closing date 8 October 2010.

5. 8 lucky bloggers will win: 1 hadiah utama Hugo Boss perfume dalam gambar atas nih and 7 hadiah misteri.

**CONTEST RM MELETOP TOP TOP SUDAH DITUTUP PENYERTAAN SECARA RASMI**

Comment: 172

Grand Aston City, Medan

IMG_5811

cantik tak cantik tak hotel ni?? 5 star ok!! pilihan yang sangattttttttt bijak!

orang dok kata alah setakat nak pi berjalan tu, siang dok berjalan jer dok lah hotel murah. tapi kalau kita mampu and aku suka nak bagi makpak aku merasa dok hotel mahal. apalah salahnya kan… kan kan?? ni hotel, i have no complaint hehehehe! benda yang akan buat aku complaint if:

1. kat hotel tu takdak internet access

2. kat hotel tu internet accessnya lain harga tak masuk dalam harga hotel stay.

hah 2 ni memang kompem akan buat aku  mencuka!

IMG_5810

dengonya ni hotel baru kot. eh eh korang ingat tak ada BMM entry dalam RM nih months ago, tanya pasal package hotel kat Medan. hahahahah kak som yang tanya tu aku ler! tapi takkan aku nak cakap terus terang, kang korang tau pulak aku nak pi Medan gitu kan. aku googled study gak hotel yang korang recommend. tapi agent aku pilihkan yang nih. which aku tabur tarak kisahlah.

some more i got goodddddddddddddddddd rate. good giler ko rate nya. hiks suka nyaaa!

I think if tengok kat internet, hotel ni semalam is USD130 kot. but we got way cheaper worrr, syok babeeeee. dahlah dekat town, dekat je kat airport gak, tak de lah sampai setangah jam pun dr hotel ke airport, kira dekat lah tuh…

IMG_5820

manghaik…ini untuk 10 orang punya luggage. tapi bila balik, jadi 2 trolleys, banyak nau harta benda yuk…

IMG_5834

semua orang tua dan budak2, kecuali aku sorang jer yang uruskan hal check in. yang lain2 pi duduk kat lobby lounge, depa ada serving welcome drinks some more.

IMG_5825

welcome drink dia sedapnyaaaaaaaaaaaaaa, rasa nak mintak je lagi satu, eii sedap betul.  check in nih sekejap jer tapi ada satu biliknya tak siap lagik. so nak tak nak, aku angkut semua naik dulu, kita lepak rehat dulu kat mana2 bilik yang ada. bilik yang tak siap tuh bilik aku plak tu hahahhahah…

wa tak kisah, janji bilik mak pak aku yang dah capek tuh, dah siap ngehhhh

IMG_5839

muat ke 10 orang dalam gambar nih…oklah tu sipi2 jer, in the lift of hotel…we were staying in the 8th floor and we got we good view too!!

IMG_5905

hah ini view our room. direct terus ke main road and the Merdeka Walk! depan tu happening ko…..kalo nak tengok medan’s clubbing nite life, hah di situ juga tempatnya! ke main lagi supir aku tuh siap offer Bapak Sirmannya kok kalo mahu cucuk2 langit…

zaman cucuk langit kami laki bini sudah lama pass pass passed away!

IMG_5845

aku paling suka kalau holiday bawak anak2, hotel yang aku pergi tu takda bath tub. tapi kalau aku berdua je laki bini, aku prefer pulak ada bath tub. bukan apa ko, anak2 aku specially si abang tuh, kalau jumpa b/tub masyallah diorg punya mandiiiiiiiiiiiii, boleh lencun satu bilik ayo. so best jer kalau takdak b/tub, aman sket tak basah bilik air aku di luar pintu biliknya….

bilik air ni syok. air dia ada yang jenis pancut2 tu jer and also macam raining. mak sedapnya mandiiiiiiiiiii halahai dalam  macam mandi hujan tapi tak sakit  pala.

set2 bilik air sumernya sama je lah, apa yang ko rasa 5 star hotel ado, dia pung ado gak.

IMG_5840

ahah gambo gelap. tak pasang flash ke sirman??

ini bilik mak abah aku…besau. katil king size.

bilik makpak aku ni berhadapan ngan our 2 rooms.

IMG_5852

pastuh bilik nana and suami and anaknya. plan asal nak sumbat aku, mak mertua aku and nana sekatil, tapi macam tak logik sebabnya jap2 anak si nana carik mak pak nya. eh takleh splitkan depa. so aku letak diorg sebilik….ini kitorg melenjan kat bilik nana coz bilik aku tak siap2 lagik.

IMG_5848

nampak pintu sebelah kiri abang tuh. hah kat situ ada connecting room to my room. takpe kita lunyai bilik nana kaw2….

IMG_5894

pas mandi budak2 main kat corridor hotel. ater 3 bilik je kitorg conquer, sedap je diorg memanjat. ada torchlight kat setiap bilik hotel, itu yang diorg main kerjakan. iskk iskk…

IMG_5896

apesal ko tak pakai flash sirman woiiii!

IMG_5920

n taraaaa our room. orang lain bilik baik jer king size bedroom kan, tapi our room 2 single beds, but quite big gaklah. so sekatil adalah untuk MIL aku n Gegirl. sekatil pulak lagi aku laki bini. first nite si Gegirl tidur panjat our katil and carik kelangkang mak bapaknya ahhahahaha

IMG_5932

so jadi memandangkan dah MIL aku tidur sebilik ngan aku anak beranak kan, takkanlah ko nak uhuk batuk batuk hai takkanlah tak paham2 lagi ye dak.

eh abang aku tak cakap kan dia tidur mana…hahahaha

abang kena tidur teman atuk n neneknya di bilik sana….

abang suka jer coz abang tak yah dengo maknya membebel, boleh tengok tv sampai mata lebam.

IMG_5953

singgah lalu depan bilik mak pak aku, depa tak nak ikut, dah  jumpa katil sedap ngan aircond, nak tidur jer petang tuh….so kitorg je yang kuor tinggalkan mak abah aku. itu aku landing kat katil mak aku tapi kena lah crop gambar dia coz dia tak bertudung…ater nak tidur petang kan..

IMG_5956

suka sangat ngan gambar frame belakang tuh, dia ada gold gold gitu

IMG_5277

hah ini sah dari camera kecik canon abang. gegirl and abangnya duduk depan, sebab makpak aku tak ikut sekali jalan2, kita rasa luas lah sikit…

IMG_5983

oh Gegirl dah meloncat duduk pada sama ibunya….kita nak pi jalan emm…jalan2 carik kain ela, carik apa yang boleh dicariklah…

there s no sight seeing for this trip, kalau datangnya pun dah 3 hari jer, sight seeing apa yang ko nampak dari dalam van ni je lah cukup.

Oh we didnt go to Danau Toba as well…4 jam yek dari Medan to DT, so tak yah lah…dok dalam Medan jer. nak pi DT kena carik hotel lain dok sana, tak per jerlah. abah aku pun cakap nak pi Medan jer…

So we were staying in Grand Aston City Hall Hotel, Medan. Hotel ni memang aku recommend 100% a must hotel to stay. Kita dok sini for 2 nites and dapat 6 coupons for breakfast gak untuk 2 pagi. orangnya ada 10, 2 budak tak dikira harga, tapi 2 orang dari 8 orang takdak coupons so aku and Sirman for 2 pagi tak turun breakfast. bagi kat depa ber enam + 2 kids jer belasah breakfast.

kitorg kong2 tidur…tau2 je mak mak aku dah bekalkan breakfast dari yang pagi depa makan tuh. sabau jer ler. diorg siap tapaukan ko, bawak tupperware turun untuk anak menantunya yang tak turun breakfast.

hikss…

IMG_5950

ok mak dah mandi dah bersih badan, dah bukak mata biru…dah boleh pi jalan2. sirman pun dah siap pakai baju yang beli from the Medan Mall jugak.

Comment: 19