Awana Kijal

Kelip-kelip and Kampung Tour by Awana Kijal

48hours sponsored post.

IMG_7474

Mummy jom cepat, bas nak gerak dah tu. Kakak tak sabar dah nak pergi tengok kelip-kelip ni…
Ala mummy tak boleh ikut la, sapa nak jaga baby nanti.
Oooo baby tak boleh ikut ek
Tempat tu tak sesuai untuk baby la… Kakak pergi dengan daddy & Abang jer lah…

Kesinambungan cerita dari entry Awana Kijal hari tu, malam pertama tu lepas jer kenyang buffer dinner yang enak kat Restoran Kampong Meraga Beris, kita ade lawatan pergi tengok kelip-kelip ataupun firefly yang siap diatur oleh Awana Kijal. Tapi since saya ni ade baby, so terpaksa la let go tak leh join sekaki. So RD, Abang dan Gegirl jer pergi.

IMG_7482

Depa baru sampai kat Sungai Yak Yah tempat kelip-kelip tu

Balik jer dari tengok kelip-kelip, sorang sorang bercerita. Ooo btw, nak tengok kelip-kelip tu kena naik boat, so tu yang depa siap pakai life jacket tu.
Mummy, tempat tu gelap sangat, tak nampak apa-apa. Kena naik boat. Cuma nampak lampu dari kelip-kelip tu jer. Cantik mummy cahaya kelip-kelip tu. Macam bintang kat langit, tapi ni dekat sikit.
Abang dapat tangkap kelip-kelip tu mummy, masukkan dalam topi Abang, Tapi Abang lepaskan balik kelip-kelip tu. Best sangat sebab dapat pergi dekat-dekat dan pegang kelip-kelip tu. Abang ingat nak bawak balik dua tiga ekor tapi daddy tak bagi pulok
Mana gambar dia?
Mana boleh nak tangkap gambar darrr, kelip-kelip tu kan cahaya, nak tangkap gambar cam na?
Terlepas aku nak tengok kelip-kelip, taper next time RD tinggal dengan RB pulok!

IMG_7491

Ni pulak masa on the way balik dari kelip-kelip pergi lalu kat Petronas Refinery. Gambar tak clear sebab tangkap dari dalam bas bergerak. Tapi cantik bercahaya tempat ni depa cakap.

IMG_7558

The next day pulak dah tersedia program Kampung Tour. Lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Awana Kijal.

IMG_7502

Lagi sekali saya dikecualikan dari program ni, almaklumlah ada baby. Taper RB kita bersantai kat bilik hotel sambil layan TV dan order dari room service hiks. Pergi merehatkan badan kat Taman Sari Royal Heritage Spa kat Awana Kijal ni pun best jugak ni. Ooo their first stop was kat Turtle Sanctuary and Information Centre di Cherating.

IMG_7551

Macam hidup je yang belakang Gegirl tuh

IMG_7513

Mungkin ibu dan anak-anaknya. Cute kan?

IMG_7540

Hello Redmummy!

IMG_7534

Kusyuk mendengar penerangan tentang spesis-spesis penyu ni. Sedikit sebanyak tambah pengetahuan pasal penyu ni. Tahukah korang yang penyu adalah spesis yang terancam dan antara sebab-sebab kewujudan sanctuary center ini adalah untuk menjaga dan melindungi spesis istimewa ini.

IMG_7565

Persinggahan kedua pulak ialah Pusat Anyaman Mengkuang, Kampung Cherating.

IMG_7573

Sapa-sapa nak belajar ngayam mengkuang boleh la mai sini. Beria budak 3 orang tu duduk depan dengar makcik tu bagi penerangan. Bagus-bagus, kecil-kecil dah ada minat, dengo ye cakap orang tua.

IMG_7585

IMG_7581

Gegirl ngayam mengkuang tak?

Susah la mummy, bersilang-silang. Tersimpul jari Gegirl dibuatnya.

Mula-mula memang la susah, lama-lama, senang jer tu

Mummy pandai anyam?

Pandai….tikar2 mengkuang mummy dah jual merata Malaysia. lalalala…..

IMG_7583

Inilah mengkuang yang dah siap diwarnakan

IMG_7579

Ready stock mengkuang bags. Kemas anyamannya.

IMG_7586

Ni pulak tikar mengkuang. Cantik yang kaler merah tuu

IMG_7578

Daddy ni penyu tadi dah jadi tikar mengkuang 😛
Hampeh ko Abang!

IMG_7599

Next stop on this Kampung Tour ni pulak ialah kat Ghazali Arts Gallery. Di mana kita boleh belajar melukis batik. RM10 jer untuk melakar chanting batik ni.

IMG_7610

IMG_7609

So apa lagi budak dua orang ni, terus capai berus lah. Actualy quite easy jugak lukis batik ni. Kita cuma perlu pandai main dengan color, then just touch berus tu kat kain dia. The color will then macam terserap ke kain tu.

IMG_7630

So terhasillah karya-karya batik yang dilukis oleh bloggers dan anak-anak bloggers. Not bad kan?

IMG_7617

Ni pulak lukisan yang sedia ada di gallery tu. Kalau berminat boleh lah beli terus.

IMG_7690

Kalau ke Terenganu, memang tak sah la kalo tak singgah beli keropok lekorkan. Memang sedap keropok lekor yang kita beli straight dari sini. Lain rasanya dari ready goreng keropok lekor yang kita beli kat KL ni.

IMG_7699

Ni nak berapa batang ni?
Bagi semua la makcik 🙂

IMG_7697

Selain keropok lekor, keropok ikan dan udang pun ada. Sotong kering dan macam-macam lagi la makanan laut ade jual kat sini.

IMG_7702

Lagi satu yang tak sah kalau tak beli ialah satar. Satar ni diperbuat dari campuran ikan tumbuk, lada dan halia dan dibalut dalam daun pisang berbentuk tiga segi macam piramid dan kemudiannya dipanggang atas bara api.

IMG_7705

Ha ko cili padi di bubuhnya…

IMG_7678

Seronok sungguh budak dua orang ni berjalan keliling pusing ikut Kampung Tour ni. Selain Kampung Tour, Awana Kijal juga ade menyediakan lawatan lain iaitu City Tour – Kuala Terengganu. City Tour ni termasuklah lawatan ke Pasar Payang, State Museum, Crystal Mosque kat Islamic Civilization Park dan tempat-tempat menarik lain lagi.

IMG_1078

I’m sure kami akan datang semula ke sini. Tapi next time aku nak booking bilik yang ade jakuzi. Yup Awana Kijal pun ada room with jakuzi which is Premier Suite. Sure best berendammm.

See you again Awana Kijal!

Comment: 25

Redfamily bersantai di Awana Kijal…

48hours sponsored post.

IMG_1063

Redfamily pergi bersantai lagi. Kali ni kira weekend gateway, 3 days 2 nights ke Awana Kijal, Terengganu. Lepas penat kebas bontot duduk dalam kereta almost 5 jam dari KL, tu dia tersergam besar pintu gerbang dia “Selamat Datang ke Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort“ menjemput kitorang berehat kat sini.

Abang dan Gegirl sepanjang masa dok tanya bila nak sampai ni Mummy? Actually few days before lagi dah mengira hari jer nak datang sini, tak sabar-sabar nak pergi. Depa dah siap google awal-awal apa yang bestnya kat Awana Kijal ni…

IMG_1091

Sampai-sampai disambut dengan senyum simpul manis dari cik abe Ganu kita ni 🙂 Hilang penat kebas duduk dalam kereta tadi dapat layanan mesra dari cik abe Awana Kijal ni, tambahan pulak ade welcome drink yang dihias comel dengan air sejuknya lalu ke anak tekak. Aahhh lega rasanya…

IMG_1088

Oh by the way, bukan saya satu family jer yang nak bersantai kat Awana Kijal ni, tapi juga dengan few bloggers Nuffnang yang lain. All fully sponsored by Genting! Aik kenapa Genting lak perginya? Ha jangan tak tau, semua nama Awana tu belongs to Genting Groups seperti Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Awana Kijal of cos dan Awana Porto Malai di Langkawi. Ikan Arwana jer bukan 😛

IMG_1068

IMG_1070

Hotel lobi dia memang besar dan luas. Diserikan pula dengan hiasan kayu dengan sentuhan kekampungan, ada pulak big dolpin fountain kat tengah-tengah lobi tu, tenang jer rasa mata memandang. Aku kalo nak bersantai memang nak cari tempat-tempat tenang dan selesa macam ni, baru lah relaxing kan…

Oh btw, tu Epi adik saya, dia baru pindah kerja kat Terengganu. So sempat la jumpa kejap. Masa mula-mula start kerja sebelum dapat rumah sewa, kat Awana ni la dia stay, 2-3 minggu gak la.

IMG_1073

Besarnya congkak ni, sapa la aku nak ajak main ni…

IMG_1094

Jom RB ke mana kita nak pergi dulu ni? Swimming pool? Lepak kat Waterfall Café? Ke nak pergi kid Smarty Club or Oasis Hut? Ingat Mummy nak pergi Spa dulu kot? Ke take a walk along their 7.6km private beach ni?

“Ehh jom naik bilik dulu, hantar luggage” tu dia RD sound setepek. Ok lah RB jom kita naik bilik dulu…

Tapi cuba teka Abang dan Gegirl dah hilang ke mana dulu?

IMG_1138

Jeng jeng jeng apa lagi dah terjun swimming pool la. Pool dia punya lah besarrrrrr. Bestnya pool area untuk kids pun luas dan macam-macam ada. Sliding, mushroom waterfall etc…

Besar mummy swimming pool dia, Kakak dah google tengok gambar dia Tak sabar kakak nak main swimming kat sana. Day before pergi dia cakap. Patutla tak menyempat naik bilik dah terus terjah pool.

IMG_1131

Waa siap berjakuzi lagi dia 🙂

IMG_1102

Ha sampai pun ke our Premiere Room with Sea View. Double queen beds, spacious enough for 5 of us. Me and RB satu katil, depa bertiga satu katil hehhehehe. Betul tak RB? Barulah RB boleh roll over kan kan kan…

Dan yang paling penting ada wired internet line. Blogger kan kena ada internet setiap masa hhks 🙂 Bersih, kemas dan teratur. Ada extra mini glass table and bamboo chairs senang untuk bertenet nanti.

IMG_1114

Aku prefer sangat toilet macam ni, separated both shower and toilet. Spacious rasanya. Maklumlah kita berlima, senang dan pantas sket la kalo nak mandi or nak buat the nature bisnes 😛 Tambah pulak ada bath tub. Lagi la syok. Boleh ai berendam, maklumlah nak berendam kat pool, my figure belum slim lagi hahahahha.

Of cos all the basic facilities macam toiletries, dryer, kettle, towels semua siap lengkap. Even sejadah pun siap tersedia.

IMG_1112

RD, you jangan sekodeng ai mandi pulok yekk

IMG_1192

The view from our room. Cantik der, kalaulah setiap hari bangun tido dapat view macam ni…

IMG_1156

Malam tu sempat la kami dinner kat one of their restaurants which is Restoran Kampong Meraga Beris. Spread food dia macam-macam ada, ko nak western pun ada, lauk kampung memang lah ada dah namanya pun restoran kampung. Tapi dia punya teh tarik memang terbaik. Siap pakai mug zink tu, ala macam mug yang depa buat tarik teh tu ler. Memang hangat dan sedap jer masuk tekak!

IMG_1153

Yang uniknya, buffet dan hidangan dihidang di dalam “sampan” nun. Ke “sampang” cakap Ganu ek?

IMG_7466

Lepas masing-masing dah kenyang, apalagi jom la sesi bergambar dulu, sebab lepas ni kitorang ade program nak pergi tengok firefly pulak. Chef dia pun sporting join sekali 🙂

IMG_7468

Awana Kijal memang vasssss. Eh aku sorang la pulak yang terover excited 😛

Terpanjang la pulak entry ni, nanti kita sambung lagi. Banyak lagi aktiviti kitorang selama bersantai kat sini, bergelap layan kelip-kelip, kampong tour, water sport, mandi beach dan macam-macam lagi…

Khidmat pesanan masyarakat Awana Kijal is brought by Redmummy.com

Comment: 28