Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort’s Ramadhan Buka Puasa…

IMG_9759

Gambar ni bukti anak kecil aku dok mengempet ngan aku ada makna sangat, nak ngendeng dok kat aku. Pastu ke main kiss kiss mak nya. apaknya mintak kiss, dia jawab cannot, maknya boleh dapat kiss, abang kakak pun tak boleh.

Kejap tu dia melompat dok depan aku. see ada makna bodek!

IMG_9768

telur goyang famous BGR, mushroom soup meletup BGR. wajib rasa buat jamah. Tak kisahlah perut dah tak tahan, but rasa sikit. Ini yang wajib kita ada dalam menu buffet kami 5 beranak.

IMG_9769

Visit kami kali ni, rasa macam tengok the new born of BGR. Dulu sikit punya tak berapa terurus tersusun the food sections, yelah q panjanggggggggggg melintar pagar. Kali ni, wah depa sudah buat lots of improvement! Tak sesia kita buat review tahun lepas. Baru seronok makan camnih.

IMG_9770

Stage pun kemas, ada dewan2 kiri kanan. ada jugak ekon bertempur kau. memang power dia punya ekon untuk orang yang ramai hah. Kalau dah beratus/ ribu manusia, aircond kipas sangatlah penting. Kalau berdenting keluar peluh, tak sedap ler makan ye dok.

IMG_9776

Tetiba aku jatuh cinta dengan bunga putih sejambak nih. Not pasu. Rumah aku, satu bunga jambak pun takde. hahahaha….but buah2 ni as appetizer. Banyak ler. RM55 worth of paying for adult!

IMG_9780

buffet untuk main menu, ataupun kambing bakar even satay, tersusun rapi. Dan laju gak movementnya. Walaupun panjang, tapi lajuuuuuuuuu.

IMG_9792

Redmummy’s table for 5 pax (though I can ask for lots of pax, but macam tak eager nak ajak reramai hahahaa, sorry ler gang2 lain or sedara mara adik badik even frens).

Masa aku buat booking, baru 200 pax, bila datang, dah full house! Jangan tak buat booking meja yek, kesal kemudian hari nanti, walk in guests adalah amat merbahaya.

IMG_9817

beef black pepper ni, semua all 4 us amik!

IMG_9823

cuma takde soup sayur, yang berkuah2, ke aku missed it coz Zeeshan kan mat nasi, kena ada kuah2 sayur. Jadi nasib baik ada nasi ayam (but tu lah aku suspect ada soup ayam but aku tak jumpa), mix match ngan nasi putihnya. Teh tarik, rasanya at least 8 glass for 3 of us (kakak tak minum teh tarik). Zeeshan pulak mengadap air orennnnnnnn je kau kan dik.

IMG_9842

tetiba lampu kat dewan macam bertukar warna and Zeeshan wanted to snap the moment of his parents. Walaupun mata mak kau bertutup kan dik!

IMG_9843

another lampu ngelip lain dalam dewan, dilindungi jari jemari Zeeshan. Semua dah settled Maghrib and dok repeat makan makan makan. Specially anak bujang aku si abang, aku sampai dok ‘udahlah bang, kat kol 9 dah nih, esok nak sekolah, adik ko satu hari tak tidur tu’

dia memang terer makan buffet ler abang tuh. ada kerang rebus kan, itu kakak repeat sampai 3 mangkuk! anak2 aku + laki aku memang cemerlang ngan buffet ramadhan, diorang punya perut entah sorok mana le lelemak tuh. Aku ni tak makan pun nasi, puasa ke tak puasa macam tak puasa, sama je tak makan  nasi, pun ko membuncit gak naik. grrrr.

Apapun, i love the rendang ayam, mushroom soup, red velvet cake nya, teh tarik of cos! nasi ayam Zeeshan aku rasa sesudu kecik, sodap baitu. Depa memang all out ler suka ngan BGR, if ada slot lagi, mungkin one of the weekends aku nak datang lagi, tengok camne kelapangan.

IMG_9850

Alhamdulillah syukur bulan ramadhan. walaupun ada yang patut aku baling ngan kerusi pengantin masa nih, bagi number phone dulu ko tak nak tepon aku, dah depan mata ko lari2 pulak ye si lelaki konon badan sado — drama instagram fb. Tak pernah amukan citer ni kat blog. Aku bagi eye contact je kat dia, pandai ko lari plak.

oh satu lagi, ada orang tanya akak, laki aku tak kerja ke? Hallo???Camne ler soalan tu boleh keluar. Hiks…

IMG_9853

Aku suspect kat sekolah Zeeshan ada belajar cara bergambar ler. coz tiap kali posing kan, aku tak ajak pun dia but dia ngendeng tetiba and cakap 1, 2, peace. Asyik ler ulang 1,2, peace. hahahaha mana ada kami anak beranak ajar.

By the way, happy to repeat and come back again to visit Bangi Golf Resort. Spread buffet ramadhan di BGR sangat banyak. Kambing golek dia, kakak tu makan sekali pinggan. Padanlah bersungguh dia beratur. Itu yang dia kejarkan sangat.

IMG_9805

Thank you Bangi Golf Resort for having us there. Bangi Golf Resort nanti :) Untuk promosi ataupun any updates boleh lah visit Facebook Page Bangi Golf Resort.

For reservation di Bangi Golf Resort, contact   03-8925 3728 / 03-8210 0265

Address: No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

RM55 for adults and RM27 for children untuk ‪#‎ramadhan‬ buka puasa.

Comment: 9

Bangi Golf Resort’s buffet Ramadhan 2014

IMG_7535

Pejam celik pejam celik tak lama lagi jer dah masuk bulan puasa dah kita. Selain bulan puasa ni untuk kita semua menambahkan lagi ibadat dan amal jariah kita semua, buffet ramadhan juga antara yang ditunggu-tunggu oleh kita kan kan kan :)

IMG_7543

Mungkin bukanlah setiap hari kita buka puasa di luar, tapi at least sekali dua kala nak la jugak berbuka puasa di luar kan, tukar selera orang kata. Personally for my family, weekends memang wajib buka di luar coz weekdays buka kat rumah homecook. Memang anak-anak punya permintaan.  Dah bertahun2 begini, so tu pasal kalau nak weekends jer aku mesti gagau cari tempat nak buka puasa.

IMG_7656

So a few weeks ago aku sempat pergi menerai buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Kira preview la dulu hiks :) Rambang la jugak mata dan perut aku nak makan macam-macam hidangan kat situ. Lari diet aku hehh. Buat reratah. Ratah mendanya pun..makannnnnn ok!

IMG_7586

First thing first. Sebelum kita ngap, kita kenal-kenallah dulu sapa cook dia. Betul tak? Inilah dia Chef Kamaruddin orang penting di sebalik buffet kat Bangi Golf Resort ni. Kelakar orangnya hiks, personally dia pesan jangan risau walau ramai mana pun yang datang buka puasa kat sini nanti , dia akan tetap tambah dan tambah lagi semua makanan kat situ.

This is my first time makan kat Bangi Golf Resort ni. So jom kita tengok apa yang depa offer untuk buka puasa bulan Ramadhan nanti.

IMG_9440

Bangi Golf Resort menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan. Spread yang banyak, hujung ke pangkal. Dari A to Z semua ada kat sini. Ready made telur setengah masak pun ada! Siap dengan kicap lagi :)

Laki aku fan of it

IMG_9441

Aku makan cuit sikit-sikit jer, buat merasa orang kata. Permulaan plate, kambing golek. Maklumlah time-time diet ni kena beringat, tu sebab makan yang bakar or grill jer! So la sedappppp, lagipun aku memang favorite daging kambing ni. Permulaan katanya, pastuh 3 plates kambing tu aku ngap!

Surau untuk lelaki perempuan ada jugak disediakan, parking pun senang. So datang buka puasa je kerja ko skang :)

IMG_9442

Malaslah aku nak namakan satu-satu dishes ni semua, korang tengok jer lah gambar-gambar ni semua. Kalau tak terliur memang sajer jer la, tak pung tunggu bulan puasa nanti, ha confirm terliur hiks. Tapi butter prawn tu memang terbaik! Rangup dan pedas-pedas sikit rasa dia, memang lah tambah lagi dan lagi dan lagi. Pun udang tu laki aku kena kopekkan for me, kalau takde dia, anak2 aku tolong bukakkan, aku pemalas sikit bukak kulit udang hahahaa

IMG_9443

Kuih-muih moden dan traditional memang tak ketinggalan. Buah-buahan of cos la ada. Manggis pun ada sama. Tapi aku kalau makan manggis punnnnnnnn malas nak kopek, kerja laki aku gak kopekkan. baik kat hotel mahupun di rumah.

IMG_9444

Macam-macam Cooking Showcase dan their staff sedia untuk melayan dan menyediakan pelbagai jenis masakan dan juadah untuk memenuhi selera tekak dan perut kita :)

IMG_9422

Antara sections yang ada, satay sudah semestinya, goreng-goreng mee mamak dan kueh tiaw memang menyelerakan, mee sup/kari, western appetizer seperti beef lasagna, spaghetti, of cos malay style pun ada, lemang dan rendang daging, gulai kawah, ikan salai masak lemak cili api, nasi ulam dan macam-macam lagi. You name it, mesti ada punya. Like I said, the spread memang banyak :) Rasanya pulak for me, sesuai dengan selera dan citarasa aku yang secara tak langsung akan membuatkan aku akan datang lagi ke sini :)

IMG_9373

ini kan, memang bikin aku tak berenti makan ler…apsal ko sedap sangat hah?

IMG_9413

Last but not least, the highlight is kambing bakar! Ni memang terbaik aku cakap. So tender dan secukup bakarnya dan perisanya. Chef Kamarudin tu sendiri cakap akan topup dan topup lagi daging kambing ni sampai ke penghujungnya. So bukanlah kalo dah abih seekor ni sahaja takde dah. Akan berekor-ekor disediakan :)

IMG_7654

Aku sambil menaip ni dah terliur-liur tengok gambar-gambar makanan ni semua haih. Kalau time puasa tengok lagilah hebat dugaannya. Macam aku dah cakap tadi, aku memang confirm satu family repeat nanti :)

Kalau korang nak datang, aku suggest korang buat reservation awal-awal, contact Wani di 016-9645544 / 03-8925 3728 / 03-8210 0265 untuk tempah table. Email pun boleh bgb.bangigolf@gmail.com. Harganya pulak RM50 dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Tapi kalau datang in group boleh dapat diskaun lagi :) Pada aku quite affordable lah harga dia untuk buffet ramadhan. Bukan selalu, maybe once or twice kita layan buffet Ramadhan apa salahnya.

Thank you Bangi Golf Resort for having us there. So berselera dok? Jom kita sesama buka puasa di Bangi Golf Resort nanti :) Untuk promosi ataupun any updates boleh lah visit Facebook Page Bangi Golf Resort.

Insyallah early July akak nak datang Bangi Golf Resort for buka puasa, jom kita singgung sama berbuka di sana?

Comment: 13