Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort

 .

.

IMG_0342

Kambing golek memang trademark untuk buffet ramadhan kan, semua tempat memang ada punya :) So Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort pun of cos mesti ada.

 

IMG_0335[4]

 

Mesti korang semua tertunggu-tunggu post Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ni kan sebab biasa akan ada FREE voucher untuk berbuka kat sini.

Tapi minta maaf awal-awal sebab tahun ni bukan takde voucher free tapi Akak dapat 2 vouchers jer allocation for all of you, not like before dapat 10-20 vouchers.

So takpelah, kali ni tak dapat nak lelanting rezeki voucher kat korang. Tapi mana tau last-last minit nanti ada good news dari Bangi Golf Resort nak bagi vouchers macam tahun-tahun lepas kan, so please keep on coming back here and also check out my IGstories as well.

 

IMG_0366

Akak rasa most of you all dah pernah berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni kan. Memang sangat meriah suasana berbuka puasa di sini dan memang ramai orang. Al-maklumlah harga dia memang sangat berpatutan dan mampu untuk semua lapisan masyarakat.

Walaupun orang ramai, korang jangan risau sebab hidangan dan juadah yang disediakan memang terlebih dari cukup untuk cater seramai-ramai pelanggan yang datang tu :) Takut korang jer yang tak larat nak habiskan hiks

 

IMG_0372

Those yang belum pernah try, ni Akak nak kabo 13 keistimewaan iftar di Bangi Golf Resort

1. Disahkan HALAL – no doubt about it la memang JAKIM dah sahkan.

2. Nilai untuk Wang Anda – yang macam Akak cakap tadi, harga memang berpatutan dan antara yang termurah tapi menawarkan lebih dari 200 hidangan Melayu, Barat dan Timur. Memang sangat berbaloi

 

IMG_0375

 

3.  Sajian Eksklusif – ada Kambing Golek, Sup Kambing Mamak, satay ayam dan daging juga Kway Teow dan Mee Mamak yang sangat menyelerakan.

4. Hidangan Barat Moden – kepada peminat western pula, ada Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma serta Lasagna Ayam dan juga Spaghetti Carbonara. Yummeh ni.

 

 

IMG_0420

5. Masakan Melayu dan Tradisional – ini sudah wajib mesti ada la. Kita kan semua tekak melayu hiks. Antara yang istimewa ialah Nasi Kerabu, Ulam-ulaman, ikan masin goreng, keropok ikan, Laksa Sarawak dan Singapura menang mengiurkan.

6. Sajian Timur – juga tak ketinggalan seperti Nasi Ayam Hainan, Daging Masak Lada Hitam, Filet Ikan Goreng dan sebagainya.

 

IMG_0452

7. Pelbagai Pencuci Mulut – dari kuih-muih Melayu Tradisional, aneka kek dan buah-buahan sert manis-manisan yang lain juga disediakan.

8. Harga Istimewa untuk Durian – ha ko ada durian untuk berbuka nanti. Musang King lagi. Boleh ditempah berasingan nanti.

 

IMG_0464

9. Persembahan Secara Langsung – sambil kita makan-makan, halwa telinga kita pula disajikan dengan persembahan muzik yang menghiburkan.

10. Tempat Letak Kereta PERCUMA – free parking yo :)

 

IMG_0536

11. Surau disediakan – Ruang solat yang luas dan selesa untuk kita semua.

12. Buat Baik – Bangi Golf Resort akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia. Secara tak langsung kita pun menyumbang sama :)

IMG_0544

Dan ke 13. Suka Makan Benci Pembaziran – Bangi Golf Resort berjanji akan sentiasa menambah hidangan dan memastikan sentiasa ada sehingga majlis selesai tapi janganlah kita pula yang membazir makanan. Tau la puasa kan, tapi berpada-pada la bila mengambil makanan dan make sure kita makan habis apa yang kita ambil.

 

IMG_0623

 

So amacam, berselera dok nak mai buka kat sini? Jom join sesama Akak nanti :)

Dengan harga serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak, secara peribadi Akak rasa memang sangat-sangatlah berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah.

Untuk tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort, bolehlah hubungi 1-700-81-8557

Atau email di sales AT bgrrest.com

Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResort

Instagram: bangigolfresortoffcial

Comment: 4

10 FREE Vouchers, Awesome Buffet Spread and Durian Truck at Buffet Ramadhan 2017 @ Bangi Golf Resort!

.

.

IMG_5136

Jarang rasanya Buffet Ramadhan menawarkan durian untuk menu berbuka puasa, tapi Buffet Ramadhan 2017 di Bangi Golf Resort ni ada durian weiii. Dibawa khas dari Raub, Pahang. Akak dah kabo ni, jangan nanti terliur pulak hiks

 

IMG_3548

Durian tu kira pencuci mulut, ha ni menu utama dia, sudah semestinya Kambing Bakar dan penemannya Sup Kambing Mamak yang pekat dan sangatlah berperisa.

IMG_5134

 

Tahun ini, Bangi Golf Resort menawarkan lebih kurang 200 jenis hidangan dan juadah istimewa untuk kita semua yang bercirikan masakan ala Melayu, Barat dan Timur. Walaupun spreadnya yang sangat banyak dan sudah semestinya memikat rasa, Bangi Golf Resort masih mengekalkan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Tu sebab Akak suka mai buka puasa kat sini, harga dia yang mampu beli dan boleh dikatakan murah dan hidangannya tak cukup perut nak isi hiks

 

IMG_3594

Siapa yang pernah mai buka puasa kat sini sure tau betapa meriahnya suasana berbuka puasa di sini dan memang ramai orang. Tapi bak kata Chef Kamaruddin ni “Dah perniagaan maju, of cos lah ramaiiii pelanggan, betul tak?”

Tapi don’t worry la, hidangan dan juadah yang disediakan terlebih dari cukup untuk cater seramai-ramai pelanggan yang datang tu :)

 

IMG_5135

Apa lagi yang ada ni?

Sate Ayam dan Daging dibakar segar, Kueh Teow Goreng, Mee Mamak panas-panas pun ada, Nasi Lemak Istimewa, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari, Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato dan pelbagai-bagai lagi.

Kalau ala Barat pula termasuklah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma, ha ni memang favorite my hubby! Ada juga Lasagna Ayam, Golden San Spaghetti Carbonara dan Peri-Peri Chicken Drumlets. Drumlets ni kalau dapat kat Zeeshan, abih satu pinggan dia ratah sorang hehehe

 

IMG_3615

Pencuci mulut pula memang ditunggu-tunggu oleh Akak la, Spanish Churros dihidang bersama sos coklat pekat, alahai sedapnya teringat rasa coklat dia yang pekat tu. Kuih-muih tradisional Melayu, puding, agar-agar, buah-buahan ni memang wajib ada. Ditambah lagi dengan Serawa Durian, Pandan Gula Melaka, Salted Corn, Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropicanal Nectar, Caramel Suprise dan Banana-na memang tak tau nak pilih nak makan yang mana punya  :)

 

 

IMG_3718

 

Dan disebalik kesemua juadah yang disediakan, inilah dia barisan yang membanting tenaga menyiapkan segalanya. Disamping itu kita juga akan dihiburkan oleh persembahan musik live semasa menikmati juadah berbuka nanti. Ruangan solat yang selesa serta kawasan parking yang luas memang membuatkan kita yang datang merasa senang dan selesa.

 

IMG_3553

 

Dengan harga serendah RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak, personally Akak rasa memang sangat-sangatlah berpatutan dan boleh dikatakan antara yang termurah. Kalau booking by group lagi boleh dapat diskaun iaitu RM49 dan RM22 untuk dewasa dan kanak-kanak.

Untuk tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant, bolehlah hubungi 1-700-81-8557 atau 03-8925 3728

Atau email di sales AT bgrrest.com

Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResort

Instagram: bangigolfresortoffcial

 

IMG_3642

 

Tapi for sure korang tertunggu-tunggu untuk dapatkan 10 Vouchers PERCUMA untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort ni kan ;)

So kami akan memilih 5 pemenang yang memberikan komen yang terbaik dan kreatif Apakah kelebihan serta keunikan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort ini?”

Setiap pemenang akan mendapat 2 Vouchers so bolehlah bawa partner masing-masing nanti. Keputusan dan pemilihan pemenang akan dibuat oleh pihak Bangi Golf Resort sendiri dan dikira muktamad dan tarikh tutup adalah pada hari Jumaat 19 Mei 2017 sebelum 12 tengah malam!

Ok selamat mencuba dan jumpa korang kat Bangi Golf Resort berbuka nanti :)

 

 

Comment: 74

The BGR, to repeat…

 

IMG_4985

 

BGR buka puasa. seperti yang kita canang2kan arituh, so ni was early Ramadhan gak lah, berbuka kat sini at one of the weekends. Sedapnya lahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii makan kat BGR nih. Yang 10 orang winners akak tu, dah pi berbuka di BGR blom??

 

IMG_4954

daripada aku bayau yang kat nun semalam punya entry tu kan baik ler bayau kat sini hoh

seriously puas hati and takde le jauh berbatu nak amik food pun ye gak

IMG_4997

q pun laju pantas, ada orang yang tolong amikkan gak to speed up the process.

so kita makan,tapi in between ada break for maghrib bagai ler, tu pasal perut abang kakak senang je nak masuk, perut mak nya gak yang tak boleh, makan sikit, buncit terus so bayangkan ler kalau makan macam depa gak, 9 bulan terus!

IMG_5030

this boy ate 17pcs of fried chicken (small size)!!!

17 pcs kau!! habis satu plate dia mintak lagi, abis lagi mintak lagi….sulam makan ngan nasi lemak

sodap betul tengok dia makan wuiii

IMG_5044

happy kenyang perut buka puasa, orang memang ramai but tak le seramai giler yang aku pergi dengan parents aku kat tpt nun di sana tuh. Tu pasal aku cakap the reason aku sonok ngan BGR ni coz of this lah, the price is affordable the food is daboom and the ambience pun best. Benda promote best mestilah akan repeat manjang je kan…

so insyallah akak datang lagi kot weekend nih, ada yang mai sana tu nanti tegur2 ler Kak Red yek, if nampak Zeeshan dok berlari bagai tu ha tengokkan gak hehehehe

IMG_5248

aku pun dah lost track sikit apa yang aku masak setiap hari, but of cos le hehari ada ayam ikan bagai. Frankly speaking aku pun dah stopped pi bazar, selain dari bosan pi bazar yang sama, aku tak larat pun ye gak too. Nak pi bazar besar kat tasik tu pun aku malas, itu dah nak menongkang arus, yet aku nak amik Zeeshan lagi bagai lepas bazar tu.

so one of the days tu aku suh kakak buat air serai laici asam boi lemons hah kau namanya ke main panjang. Ada nampak dalam timeline kuor so aku sempat le google tengok bolehlah, tapi tu ler coz masam kan, the aiskrim soda pun taruk gak boleh minum separuh je kitorang hahahaha…IMG_5104

Ini buat asam pedas rasanya, kelam kelibut balik kerja siap masak in less than an hour for 3 dishes. Lelain tu yang sempat beli di bazar tapi ni pun dah lama aku tak pi bazar kan. This week pun aku tak masak, selain dari kita ada few events di luar, pastu ada jemputan sana sini.

Ada one day tu aku laki bini ada event luar, kebetulan husband is on conference this week so dia dapat le waktu macam kita nih (if not waktu german sana), so aku mintak tolong my SIL belikan the nasi tomato + ayam masak merah for both abang kakak (they asked for this gak), and nasi ayam for Zeeshan. So 3 beradik tu berbuka makan tu lah (Zeeshan memang le tak puasa), and aku monitored dari hotel yang aku berbuka ngan laki aku tu. Abang kakak dah besar, asal dapat their food ke hapa depa tak kisah pun.

So back to BGR, insyallah i ll be coming back. Jumpa le kita ye this weekend.

Comment: 1

10 winners X 20 vouchers for Bangi Golf Resort!

First and foremost, thank you korang, berlumba2 memasing perah otak bagai nak bagi the best komen ever sort of macam tu lah, walaupun ada yang about 10 orang dah terlajak waktu submit komen pun hehehehe.

kalau 5 orang je yang bagi komen senang akak nak pilih, aku ni dahlah cepat kesian. So akak tak sanggup nak amik job pilih the 5 winners, ai is tak sampai hati, about 90 comments macam tuh. So I let my husband to decide.

He baca first round, dia katup kejap semalam hahahaha, dia sambung lagi esoknya. Kejam betul aku bagi kerja tu kat dia, alah bukan suruh masak pun, baca comments tu sume and pilih. So he picked randomly, I dont want to know camne dia pilih, yang aku tau aku nak the 5 winners.

So instead of akak wassap or email korang even ada yang tak leave mobile number or email address pun, so akak pasrah je lah leave the winners dalam sini, jadi makanya, tahniah the 5 of you, each one of you have won 2 vouchers berbuka puasa di Bangi Golf Resort.

1.

image

2.

image

3,

image

4.

image

5. Erin Othman (sorry tak pat nak tempek komen ko kat sini but still u r the winner yey!!)

Asalnya was 6 vouchers pastu increased jadi 10 vouchers, but today increased lagi to 20vouchers!! Big claplah to Bangi Golf Resort. Makanya dengan ini, tambahan lagi 10 vouchers tu untuk 5 orang lagi (setiap sorang dapat 2 vouchers juga), nama-nama additional winners seperti berikut di bawah:

6. Fara Anne Cruise

7. Fazalina Yusof

8. Alia Ahmad

9.  Rizal Shahrim

10. Aisyah Noraisyah Siti

The top 10 winners ni ada 24jam sahaja untuk claim your vouchers via wassap from Kak Red yer. You need to contact me before 8am of 14th June, failing to do so, the vouchers will be given away to the rest of the commentators pulak. Adil ler ye, so please wassap akak kat 019 320 6264. If you dah wassap, tunggu je akak jawab, walaupun akak dah baca ada blue tick bagai tapi akak lambat le sikit respond, jangan ko gegar pulak, sabau, as long as i know you dah wassap akak,  gonna get the vouchers lah. Hokey sayangs?

Insyallah ada rezeki lagi kita buat lagi give away macam nih, setiap tahun pun BGR akan bagi vouchers to readers akak, so stay tune, mungkin bukan sahaja untuk Ramadhan but di events lain. Jangan ler give up pulak and sedih ye, bayangkan lah ada berpuluh puluh puluh komen sangat, kalau BGR tu akak ni tokeynya, akak bagi korang semua 90 vouchers terus hiks…but ini namanya rezeki, esok2 insyallah rezeki kita di tempat lain.

For reservation di Bangi Golf Resort, contact  03-8925 3728 / 03-8210 0265

Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

RM58 for adults and RM29 for children. Murah je nih, go go go!!!

IMG_5044 (002) - Copy

Red Family at BGR last nite, sorry kit tak dapat dating sesama bukak puasa, akak dah pergi dulu :)

Comment: 9

10!! vouchers PERCUMA untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort!

.

Tak lengkap rasanya puasa tahun ni kalau tak berbuka di Buffet Ramadhan, Bangi Golf Resort. Tiap-tiap tahun pergi, for sure tahun ni takkan miss punya :)

Bila kenangkan lagi lagi kesedapan menu hidangan buffet Ramadhannya yang bermacam-macam ada, dari Malay style hinggalah ke Western menu. Belum lagi cerita keempukkan kambing goleknya lagi, wajib pergi tahun ni!

 

Udang goreng butter tu memang pujaan hati ku…

Alhamdulillah, Bangi Golf Resort sudi menjemput Akak satu family untuk berbuka tahun ni, terima kasih banyak-banyak :)

Tapi bukan untuk Akak jer, good newsnya, Bangi Golf Resort berbesar hati memberi PERCUMA 6 10 vouchers untuk korang semua datang dan rasa sendiri keenakkan hidangan istimewa di Buffet Ramadhan, Bangi Golf Resort ni.

Apa yang korang kena buat, just komen dan sambung ayat ni mengikut kreativiti masing-masing. Pemenang akan dipilih berdasarkan yang paling kreatif.

Saya ingin menikmati juadah berbuka puasa di Buffet Ramadhan, Bangi Golf Resort kerana ….

Senang jer kan :) Jangan lupa tinggalkan valid email address and mobile number supaya boleh dihubungi kalo dipilih nanti :)

Tapi pada sapa-sapa yang ingin berbuka puasa ni Buffet Ramadhan, Bangi Golf Resort, bolehlah hubungi nombor telefon seperti di bawah ni:

For reservation di Bangi Golf Resort, contact  03-8925 3728 / 03-8210 0265

Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Website: http://www.bgrrest.com

Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

RM58 for adults and RM29 for children. Now they also have Selera Pantai Timur, akak nak pergi dah Ahad nih, jumpa lah kita yek. Eh winners will be contacted via email/wassap. So hah, komen komen komen ler…

CLOSING DATE AND TIME IS BY TONITE MIDNITE, BEFORE FRIDAY 10th JUNE.

Comment: 93