Bingkisan Salam Syawal

Bingkisan Salam Syawal – Ayutart

Salam,

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – MAAF ZAHIR DAN BATIN*

Sempena Syawal yg hampir tiba dan Ramadan yg hampir penghujung, saya mengambil kesempatan mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan
silap sepanjang perkenalan dan berurusan antara kita..

Semoga selamat sampai ke kg & pulang kerumah semula.

*Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri *

Ayu Lovelytart

Comment: 5

Bingkisan Salam Syawal – Mya

KakRed,

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin pada keluarga, kawan-kawan, readers blog saya & readers redmummy.com.

Kalau ada yang ter-ter ngumpat, ter-ter laser, ter-ter keji tu, mintak diampunkan la dari hujung kaki ke hujung rambut.. 😛

– Mya

Comment: 6

Bingkisan Salam Syawal – Nurulchumel

Salam Kak Red..

oke.
sempena hari raya aidilfitri yang mulia ini, i nak wish2 lah kan..i kan jauh di perantauan.. eceh..macam la jauh sangat melaka ngan batu pahat tuh..sekangkang kera jek..tapi yang dekat tuh la yang jarang nak balik. Almaklumlah, i ni kerja hotel line kak. so, susah sikit nak dapat cuti.

Hari raya tahun ini i dapat cuti 4 hari. tapi start from hari raya ketiga. Perasaan sedih, sayu tu memang dah automatik tersemat di kalbu sejak tengok
duty roster last week. Sedih sangat. Tapi nak buat macam mana, tugas punya pasal, i redha.. Lagipun, ini tahun first i bekerja. So, i harap, my family, adik beradik, kaum kerabat and sahabat handai akan faham tugas i. Kalau bukan sebab i ni pekerja yang komited, i dah lama dah cabut balik kampung. hiks!~

oke la. merepek banyak-banyak pulak.
I nak sampai kan dedikasi ucapan tulus ikhlas dari hati untuk:-

– *Mama dan Ayah*.. Maafkan kakak, sebab tak dapat nak berkumpul sama-sama di pagi raya macam selalu. Kakak harap, mama dengan ayah faham.
– *Adik beradikku.. (Kak Ngah, Keyla, Abang, Ajiq & Ifwat)*.. Korang kalau nak duit raya, kena tunggu aku balik raya ketiga nanti yek!
– *My Chenta Hati*.. Maafkan sayang sebab selalu susahkan b..nanti raya kelima baru sayang datang rumah b ye!
– *Sahabat-sahabat lama*.. Salam Aidilfitri korang! maafkan aku kalau aku ada wat dosa ngan korang! 0-0 ea!
– *Semua Rakan Blogger*.. tak kira lah yang dah pernah jumpa i atau yang belum, i nak mintak ampun dan maaf banyak-banyak oke!

Untuk Kak Red sekeluarga, Salam Aidilfitri diucapkan. Semoga aidilfitri yang bakal menjelma memberikan 1001 kenikmatan buat Kak Red sekeluarga, InsyaAllah..!~

Nurul

http://nurulchumel.blogspot.com/
Comment: 5

Bingkisan Salam Syawal dari GBM…

image

maaflah kerna gambar RM yang tergemuk dan terketidakpakaian tradisional itu. ni raya tahun lepas kita melantak kat rumah Ayuthesun, aku pulak masa tu baru habis event, so tu pasal tak dan dan nak tukar baju.

anw, on behalf of GBM yang bagai kaki tangan kanan kiriku, yang jatuh bangun saya mereka dukungi, yang melihat saya tersasar dan melayani kemarahan kesentapan saya pada sesuatu, merekalah juga telinga di RM dan mulut di RM. they look so quiet but they did lotssssssssssssssssssssss of work!

my LC present to them cant buy the friendship, they are so dedicated dan sangatlah ko campak je apa kerja pun, tip top class depa bagik.

pun dari kami berenam, RM and GBM from left, Dila, Rose, Yanok, Sid and Ayuthesun melakarkan Salam Syawal dan mohon maaf yang tidak terhingga buat kalian yang membaca RM di sepanjang saya menulis atau apa sahaja bentuk perkara yang melibatkan harga diri, maruah mahupun kata-kata.

GBM is the best! Selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Comment: 18

Salam Syawal to RM readers and viewers!

excuse me excuse me

i nak bagi ucapan ni

n entry ni sticky post sampaiiiiiiiiii tak tau baper Syawal yek.. tapi scroll downlah macam tak biasa pulak kalau nak tengok latest entries.

image

saya Redmummy bersama ahli keluarga merah kami, Sirman aka RedDaddy, Abang dan Gegirl ingin sama2 memohon maaf atas keterlanjuran:

1. dari segi penulisan kami suami isteri. eh ko ingat aku sorang je tulis lam nih, laki den pun contribute sama jugak.

2. gambar2 yang tidak melengkapkan selera tekak korang, apa nak buat…silap pasti ada.

3. sewaktu dalam event kita tidak bertegur sapa or beramah-tamah maklum ler mata ku bukan leh speku nampak sume dan kenal orang. tapi sumpah dik, kalau ko tegur aku, tipulah kalo ai tak layan. ai copcopmolot lagi yeop. takde perkataan sombonglah kalo ko jumpa aku…

4. maaf lah tiada Red’s open house gak tahun nih, rumah kecik yeop. rumah beso dah sewakan kat orang hiks…kalo ada pun hanya untuk family and close frens sahaja. but kalo u all buat open house, mehlah jemput ai yek yek.

5. kot rasa show show entry amat memualkan korang, pun nak mintak maaf jugak, namapun blog kan, kalo tak show2 apa barang, baik tak yah ada blog. aku dah mula show sejak dari entry pertama aku berblog tahun 2005 lagik. itulah namanya bloggers dokk

6. maaf jugak kerna saya tak leh nak coop pi blog korang, or melawat blog u all, but kalo ada ping back to my wordpress memang aku datang visit quietly, sesenyap je lah baca.

7. Readers RM bertambah2….ada yang kekal, sejak 5 tahun dulu, ada yang pergi tak kembali cewahhh yelah mual kot ngan merah2 nih, tapi alhamdulillah setiap tahun sentiasa ada peningkatan, so having red caviar memang a must to me. ehcewah!

8. To my clients baik via Nuffnang mahupun directly come to us, terima kasih atas sokongan dan trust korang kat RM, berbaloiiiiiiii dok lam RM nih yang…jual spender pun laku 🙂 .

9. maaf jugak kerna banyak comments melayang dalam RM tak dapat kukejar nak menjawab sesatu, tp yang di Contact Red or General Questions memang soalanmu bersambut 🙂 . but setiap comments mu sume aku baca tau and penuh tawadhuk ni mengingat!

10. yang menyampah ngan ai, meluat dan benci ngan ai tuh, oh apakan daya… kusajikan email ni buat kamu. Semoga cahaya keinsafan datang lah yek 🙂

Assalamualaikum Kak Red

How r you doing,dah prepare Raya?

Sebenarnya sudah lama saya tak masuk ke blog ini,tujuan saya menulis ni semata-mata utk membuat suatu pengakuan dan tujuan pengakuan ini semata-mata krn mengharapkan keredhaan Allah. Beberapa minggu yg lepas saya pernah memberitahu seorg rakan ttg blog ini dan betapa saya sebenarnya kurang gemar dgn paparan2 penulis blog.Rakan saya itu tidak pernah membaca RM dan tak kenal pun RM. Tetapi setelah berfikir semula,saya merasakan bahawa perbuatan saya itu salah di sisi Islam kerana ia boleh jatuh dlm perbuatan ‘mengumpat’ dan tentulah Allah tidak redha dgn perbuatan mengumpat tersebut.Justeru,saya ingin meminta maaf kpd Kak Red kerana telah membuka aib Kak Red kpd rakan saya,saya pasti pada mastu itu saya kalah kepada iblis lantas mendengar pujukan iblis spy berkata yg tidak elok ttg seorg Muslim yg lain. Saya sedar skrg yg perbuatan itu tidak disukai Allah danNabi dan berharap Kak Red maafkan saya.Saya doakan jugaKak Red sentiasa dirahmati Allah dlm hidup ini dan selepas mati, InsyaAllah

yg bersalah dan memohon kemaafan
XX

**

i m sorry to the sender for publishing this email, but saya dah memang hide identity si pengirim. apapun, saya maafkan dan inilah antara email yang bisa buat ku sebak, apatah lagi menjelang Aidilfitri….

image

Salam Syawal to all my lovely readers, maaf zahir dan batin.

– Redmummy, RedDaddy, Abang, Gegirl, Reddy, Mozel and Triplets

Comment: 66