Contact Lenses

Auralens and the P for 2 Ps

IMG_9448

I kan jarangggggggg ler pakai coloured lens, pasalnya ai memang pakai colourless lens cos my original lens is brown colour. So adalah rugi je pakai kaler2 bagai nih kalau bukan kerana event or even sponsored posts for sure. and syaratnya yang lain, kena amik yg kaler lain dari mata aku le kan. Sponsored for contact lens pun dah banyak kali. But this time around, katanya product dari Dubai.

paling penting, bukan bebesau macam mata kucing tuh.

and mesti ada power.

dan bahagianya bila ring lens ni tak besar, tapi thick senang nak pasang sarung ke mata. Loving this lens so so much. This is hermes grey colour.

Price : RM55 Plano (excluding postage)

RM60 Degree ( excluding postage)
Base Curve : 8.6
Water content 55%
Diameter : 14.00 – 14.50 mm
Power range : 0.00 – 8.50
Usage : 3 months disposable
Each box contains 1 pair sterile soft contact lens
Customer will get one free travel casing inside the box

Please contact @auralens_stokis  OR 019-6687462

IMG_9445

alright. Not pregnant.

So jangan kepoh2 yek. See there, single line? Yeap kompem not pregnant.

Cut the story short. my period was late by almost a week. Suspensnyaaaaaaaaaaaaaaa kak merah kau. For my case yang always consistent (ever since I was 12 yo) adalah merisaukan bila period lambat sementalah umur lanjut dan dah beranak tiga and hopefully (dengan izin Allah jua), we dont want to add on pun another child (yeap, tau itu rezeki but cukuplah 3 orang pertama hati yang ada sekarang ni).

But of cos, these 2-3 months agak stressful banyak giler. ada satu waktu, for over 5 weeks, kena asma and batuk kong2 non stop. Ingatkan dah kena batuk kering ke hapa. Sampai kena rushed pi amik nab lah coz dah tak boleh bernafas, heart beat laju giler masa tu. All in masa tu coz ada few games (one of them yang terawal pun coz i had the netball tournament, esoknya terus period kau!) hah tu antara yg terawal sangat pulak datangnya. Nasib baik le juara gak netball tu.

Dan of cos pindah urusan rumah, lagi ler stresssssssssssssss. Bila lambat nih, aik apesal melampau lambat pulak ko heh.  Cukup hampir seminggu lambat, terus bukak first kit.

Gagal. Bangang ke hapa aku punya kit or aku yang tak pandai pakai benda tuh. Aku ada 2 stocks, dedua lain brand. So after a while, satu hapa kaler tak kuor, baling. Bukak satu lagi pulak. Pun salah ker, complicated betullah kit2 nih, dulu aku beli memurah punya brand, senang jer nak tengok hasilnya.

dan syukur ler, tak pregnant. single line. hahahhaa tapi tuler napa tak piod lagi nih.

Tapi Allah Maha Mendengar masalah kak merah hah…esoknya. Keleting!

Wui! tak kisahlah dah bangun sahur, dah nak pergi kerja pun masa tuh, janji ko hadhir. Senyum gila pagi tu pergi kerja. hiks… but tu lah, betul2 menduga sangat. Imagine yek, aku dah bungkus telekung kat opis masa tu bila depa tanya aku jawab ‘ha ah esok aku period’, sekali esok lusa tulat langkat woi genap seminggu tak jugak period, huaaaaa, hah tu ler kompiden lagi ‘esok period’ kan….tu baru dia bagi aku testing sket je tuh. Gelabah perut mung, siang malam risau boliau.

 

Comment: 5

Lens toing!

IMG00903-20110719-0912

ini bukan kali pertama

adalah makan 2,3 kali jugak terjadi waktu driving…

tapi ni yang terbaru, sambil driving hazab dalam jam tun razak.

oh my, dahlah aku memboyot, tak pernah pergi kerja diamik dijemput, apa nak buat, hidup sebagai seorang independent beginilah nasibnya kan. dengan sakit pinggang belakang aku lagi, tengkuk pun sakit. completelah sakit. kalau berjalan ya hampun, rasa nak tercabut sakit belakang badan aku nih. makin berat kandungan, makin besar perut, makin sakit belakang. ada 5 bulan lagi to go insyallah…

anw waktu driving nih, tetiba aku rasa mata aku macam masuk abuk, so aku dok kuis2 ler tanpa mengusik lens aku nih, dok kuis sana sini tetiba toing terkeluar lens aku nih! masyallah mana ko nak carik solution bukan aku ada solution bawak berjalan, lam keter pun takde simpan.

so put aside mana tau sampai2 opis kang boleh pakai balik. but meantime aku driving ngan lens sebelah je lah, punyalah pening pala hai, bukan tak leh nak cabut tapi jari aku tak bersih, kan sebelum korek2 tu kena bersihkan dulu jari nih. sampai opis dah parking, tengok dah keras kematu lens tu hah. hampehs!

ngan air suam ada dalam keter aku basuh jari and cabut belah kiri yang sedia ada. buang terus.

amik spek, ini memang ada 2 bekas aku stand by lam keter, terus sarung spek mato jer!

kali kedua pulak lens aku tercabut sebelah gak, waktu ngan gynae aku….emosi aku kan tak stabil so aku boleh menangis pulak masa borak ngan doctor. tetiba terkuor. hamlau betul. so kenalah cabut sebelah lagik dah aku tak de solution gak.

huh…memacam ler.

Pas beranak kalau ada rezeki lebih terlebih2 tu nak buat lasiklah. lambat nau tunggu Nuffnang nya deal with optician, nampak gaya kena buat sendiri.

Comment: 24

Cuai kena Creative!

IMG_0989

bukak lens, baru perasan ya tuhan mana ke casing aku! tertinggalllllll! not just that, fav comb aku pun tertinggal sama. padahal aku rasa aku dah letak atas luggage!

you bukan ke satu rumah you bawak tiap kali travel? ada jugak yang tinggal?

ceiii, hampehs ko Sirman!

sikat you tu pi carik kat kedai Langkawi tu jer lah.

Memanglah ada sikat2 lain, yang travel pack punya tapi kecik, tak sedap. macam sikat anak lelaki aku jer. Yang kat umah tu punya gak sedap.

so casing lenses aku apa lagik, kalo dah takde, terlupaaaaaaa sangat. biasanya aku amik yang dari Solo Care punya casing extra, kat tiap box kan ada, but aiyakkk, dah nak jadi cite lupa kan.

so letak lam piring cawan bilik hotel nih.

but tak mampat pulak, banyak buang solution aku je.

IMG_0994

 

tukarkan ke dalam cawan.

tutup ngan piring cawan tu gak. malam pertama carik, tak jumpa kedai yang ada jual solution. bantailah, dok le ko dalam cawan tuh. aku ada Gucci spek, so leh back up if in case lense nih lebur. lgpun back up lens pun memang sentiasa ada dalam travel pack. For this month i m wearing the grey colour of lense.

Ni namanya cuai lupa nak bawak casing, tapi kena pandai creativelah olah. Jangan ko pakai simpan kat tisu pulak, kompem kering! Kawan aku dulu lagilah, dia takde solution, pi bantai air paip. esok pakai hah ko mata sakit, lens tak leh nak terima mata ngan air paip semata.

Eh eh last year aku mai Langkawi, pun issue sama gak terlupa nak bawak casing! ceii, padahal ada je banyak casing baru kat umah tuh, napa le sokmo lupa nau letak lam travel bag kecik nih. why why lar….

Comment: 36

RM got blue eyes!!

IMG_5078

IMG_5113

see the difference on my eyes….

saya pakai lens kaler biru kooooo~!!

meh aku citer sejarah aku mula berlense warna nih. dari korang lom pakai lagi al konon aku dah mula pakai. i think sejak 12 years ago. honestly mata aku memang brown. and aku bukan pakai lens sesajar, mmg mata aku rabun sejak lepas spm, naik itm lagilah bertambah2 power but i hate wearing spec coz aku tak suka betul benda sangkut2 kat atas hidung aku. so masa tu muda belia, mata dah brown pi gatal beli lagi hazel colour. at that point of time colour tu memang IN gila…

kaler tu lens nya permanent, bukan yang disposable. but after a year agaknya kot aku dah tak pakai lens semula. malas gila nak bukak katup pepagi and balik kerja. pakai spek bila perlu, bila jalan dalam rabun2 menahan, simpan spec lam handbag. gila tak suka!

IMG_5082

pastuh bila hari nikah kawin baru pakai semula ahhahahaha takkan nak pakai spek and takkan plak nak merabun.

cuma sejak 6,7 years ni aku dah permanent pakai lens sebab no way i walk without the spec. wanted to do the lasik treatment halahaii……tak tau lah bila. it s on hold coz i hope the sponsored post for it is working well. so anw, aku pakai natural plain colour, the colourless tu lah, but kalo tengok dedekat boleh tau lah yang kita pakai lens coz the ring of the lens kan.

unless aku sakit mata, aku pakai spek je lah. so anw, haritu pi beli monthly solution and macam gatal je nak pakai kaler2 semula. not for daily usage, pakai untuk event je lah. n ai chose BLUE!

IMG02889-20100925-2314

aku tak nak mention brands lain yang famous2 tu yek…coz korang pun tau brand apa. ada satu brand aku dah pakai, hampir semua kaler dia aku dah tried, i dont like it coz ring dia besau and dia ring tu buat kabur. bila driving huh sangat nyampah. so eyes specialist kat kedai mata aku nih recommend this brand. dia cakap kalau aku face the kabur or rasa tak sesuai, can return it back.

wahh! first time aku pakai terus sukaaaaaaaaaa! memang tak kabur and the ring dia pun just nice macam colourless lens yang biasa aku pakai tuh. The price stated in the box is RM70 but i paid for RM45. Tengah promo kot.

IMG_5365

IMG_5370

tutup jerawat di lekuk dagu! hhahahahhaaaa

habis sebulan nih aku tak nak dah amik kaler biru. muka dahlah garang. mata bulat bertambah garang le pulak muka nih. pastuh bila aku pakai, abang n gegirl dok membel berkali2 tak puas hati napa mata maknya very the blue. abang ko kan suka biru, see see mak ko pakai demi ko bang. Gegirl pelik gak napa maknya tak amik lens kaler merah…aloloooo darling, mak ko tak pernah jumpa kaler merah yang oi, if ada, mak dah beli dah. tapi pakai waktu event je lah. gila nak pakai for daily usage, harus kena silambam!

IMG_5369

kaler lens tuh wpun biru tapi ada power yer…kalo tak apalah namanya beauty tapi painful. hahahaha! 1 thing i learn, tak yah make up mata lah bila pakai lens kaler biru nih, the blue is so outstanding already. Oh yek, macam biasa…ramailah ni kang yang nak suruh aku belikan lah, nak suh aku buat PS job utk lens ni pulak. hemm bolehlah kot…tapi kalau ko pakai power, sila bagi power ko sekalik yek, and kalo takdak power pun boleh. nanti aku pi kedai mato tuh, located kat BSP jer, sebelah Hajris!

nak pi sendiri ye boleh silakan….need my help oso can. tapi dont expect ko order hari ni, hari ni pulak aku pi beli. nak kaler apapun sila bagi yek, aku tak de collection of colours dia, tak amik pun gambar masa tuh…daaaa!

Comment: 31