Engagement

Kuantan’s day trip…

20120929_172121

at the Kuantan’s homestay

memula tau je nama tempat taman kampung nih, pastu bila buat entry ni dah malas nak ingat balik. tak penting kot.

IMG_20120929_170201

tahukah kalian kerja potong kuku RB is handled by RD. aku pernah buat masa dia dalam hari, masyallah mata aku kan rabun, sedih! terkena kulit jarinya. darah ko. maafkan ibumu. mata mak tak berapa nampak nak. so dengan itu aku pass keje ni kat RD, mata dia terang  sangat. bila dia travel jer yang aku buat sendiri, gigil2 mata kena buat gak. n dahlah tu kuku dia cepat panjang ler, every 2-3 days memang kena ketip!

kalau tidak dicakarnya muka semua orang tau. dahlah tu bukan senang nak ketip, kalau nak buat masa dia bfeed, kalau tidak pun kena ler kakak abangnya jadi pelawak terkenal kejap bagi dia leka so leh kita ketipkan.

20120929_171239

pas uruskan anak, si bapak mintak cabutkan ubannya. pakai tweezer ler, gilo nak pakai jari

ye ye tak yah suruh cakap jangan dicabut, dah memang resmi tu takleh pakai heh. colouring pun tak yah coz dia memang tak lut dek colour, jadi sket2 bolehlah cabut. Next year dah 40 dah pun bang.

so tuanya u RD!

IMG_6063

semua orang dah tidur, alah laki aku paling sedap tidurnya. pandai je dia carik bilik yg aircond kuat walaupun dah ramai orang book bilik tuh, yelah kita balik hari kan, bantai je lah tidur petang mana2 pung. anak2 dah mokak nak ajak pi mandi laut sangat!

5 lebih semua 6 bijik kereta semua batallion kita pergi redah gak ke Telok Chempedak

IMG_6069

abang kakak dah selamatlah kan berendam!

IMG_6074

RB takut air laut koooooooooooo!

melentik2 badan dia tak nak turun ke air laut. ahahhahaha sian. dia dengo bunyik air laut pun dia menggeletis dah nangis.

20120929_183202

tapi RD letak gak dia sket2 bagi rasa air laut tuh

dia macam kakaknya, dah umur 5,6 tahun kot baru betah ngan air laut. kalau tidak duduk kat beach jer, memang takut sangat ler ngan air laut tuh

IMG_6087

abang paling superganaslah among all the cousins, dia pun paling tua. asyik nak ke tengah je. takut tol aku kalau air pasang ni menarik.

IMG_6093

hiks…alolo RB

IMG_6101

his first swimming suit, from H&M Germany.

sejuk2, pastuh laju2 aku and RD bawak lari pi basahkan and pakaikan baju. sekejap je dia kat laut nih.

IMG_6105

i dok tepi2 jer, tak de setitis air laut pun kena kat kaki aku. malas aku nak berbasah-basahan

red cardigan is by ThePopLook

IMG_6107

yang beranak kecik je jadi mangsa kena mandi contohnya si RD dan sorang lagi my adik ipar lelaki. mak mertua dok kat tikar jauh sket…

sampai lewat petang kita dok sini, jalan2 kejap jer then balik, they have tapaued the dinner, kita ni ramai over 35 orang tak leh le nak pi makan kat kedai, tak muat tempat je aku rasa ngan ada anak2 kecil yang tak berapa sihat.

20120929_211558

keje aku ni kan asyik kena cabut uban pokcik ni je yer. yelah kat rumah manjang je takde masa. banyak betul benda nak diulit.

semua main bergelimpangan jer, merata. abang kakak ada konco memasing. RB good mood, abis semua orang dia ramahtamahkan. About 11pm, kami Red Family bertolak balik KL, sampai VA 1.45am.

aku and anak2 tidur along the way, tapi mata aku kejap2 terbukak, risau ler bila laki aku drive sorang2 gakkan, buatnya dia mengantuk. memang terpaksa gak balik malam tu coz kalau balik esok pagi2nya lagi le letihhhhhhhhhh coz nak pi wedding plak tuh. sokay. alhamdulillah selamat sampai KL gak.

Thanks Kuantan walaupun agak tak explore sangat. Next time maybe, insyallah di pernikahan adik RD, dan persandingan. 2013 maybe.

Comment: 13

Jom Kuantan!

20120929065545622

kakak abang dah mandi, RB belum.

ni kol 6ish pagi takkan nak dimandikan budak tu, sian wor. dahlah baru lepas kebah dari sakitnya. so kita lap2 cebok2, basuh muka dia sket jer. salin baju coz sejuk nanti lam keter….

PhotoGrid_1348874677335

bersiap sedia untuk tidur dalam kereta

dah lemau dah mata aku dok malam sebelum tu jam 2 pagi baru lena dek packing bags bagai. namanya day trip but still………

budak kecik sekali ada dalam car seat. angkut dia bila dia nak bfeed je pastu letak balik lam car seat

20120929_073520

first pit stop kat highway mana tah

6 biji kereta bertolak ke Kuantan, RD’s side

IMG_6043

kemudian berenti lagi untuk breakfast, semua makan berdiri jer coz food ke hapa sume diletakkan kat kerusi rehat nih

IMG_6053

baiklah…RB pun dah bangun tidur, fed him and boleh ler sambung balik membuta yerrr

20120929_110623

tapi masa mak nya nak make up, tu lah dia nak menebeng sama! tak nak ngan kakaknya nak gak melekat ngan maknya so usaha gak aku touch up coz dah nak sampai rumah pengantin

DSC_3812

parked.

kira2 kita sampai sini, Kuantan. kampung hape ke namanya nih. ngam2 at 11ish am

DSC_3830

kami datang nak meminang, dan merisik. kemudian bila diterima terus bertunang jam2 tu gak

DSC_3835

nasib baik peminangan dan risikan diterima. hahahah kalo tidak, balik kita bungkus moh lepak Teluk Cempedak

DSC_3845

2 cincin, satu merisik, satu plak bertunang

DSC_3847

grand sebab sebenarnya pelamin nih untuk sister pengantin ni jugak yang bersanding di hari yang sama….

20120929_115158

RB yang dok nak mengejarkan susu! ahahahah dia boleh2 nak suh aku bukak kat sit ugak

nanti kita mandi duluuuuuuuuuuuuuuuuuu!

tu semua our side’s kaum kerabat yer…

DSC_3918

pastu kita makan

pastu dah abis

balik, balik homestay kat Kuantan gak

semua bantai tidur

NMS_3911

abang tu ko bagi dia suh pegang RB, banyak betul alasan si abang

lenguh ler

penat ler

adik tak nak kat abang ler

ko kan banggggggggg

DSC_3913

asyik dia pass kat si kakak

kakak memang ler rajin but abang nih eiii

DSC_3912

dia lagi leka sibuk kejarkan pacat ler, ulat ler, anak lembu ler

ko siap takper

adik ko pandai berjalan nanti

memang ko amik job kejar adik ko yek

ini day trip je ke Kuantan but orang lain semua tidur sana semalam. Red family kena balik gak malam tu coz ada wedding on Sunday, kawan si RD. but sokay…we still had the fun kat Kuantan. jap yer…

nak kelecak kelecak air laut Teluk Cempedak meh.

Comment: 17

The bongsu’s engagement…

img_6992

3 dulang berbalas 5, ringkas jor…yang satu dulang lagik tuh cincin merisik dan cincin tunang, tak termasuk dalam hantaran. itu beg putih kat lam bakul tuh kan, itu adalah beg complete sejadah yang aku beli kat jakarta. aku beli 2 sets one utk tunang, satu lagik utk hantaran nikah pulak, yang nikah nya kaler merah.

img_6994

thari ahad yang nyaman, kami berarak anak beranak cucu pak aji and mak ajah

img_7002

hantaran kedua belah pihak

img_7020

majlis ni buat kat dewan orang ramai, coz rumah pihak pengantin pompuan gak kecil, so berpadanan ajelah buat kat sini, lagi senang. majlis kami diketuai oleh pak aji, mak ajah di sebelah pak aji, dan di sebelah pak aji pulak 2 orang anak perempuannya. abang2 aku kena kerja, abang2 ipar yakni suami memasing yang lelaki dok kat one side, ehehehhehehe nama pun menantu kan, so meh sini bagi the redmummy and akak nya yang jadi orang kanan pak aji

img_7019

punyalah lama berbincang, oh aku ngan akak aku memang gini, sambil tu kitorg berdiskas gak, aterr, nak meminang anak orang kan….

kejap2 tengok tarikh calendar, korang tau tak adat lama supaya tidak diadakan majlis di waktu bulan berapit? ha …tak tau? aku dah tauuuuuuu…

bulan berapit ialah bulan islam di antara 2 raya, raya puasa dan raya aji.

bulan berapit…heheheheheh

img_7021

pihak pompuan sangat ler ramai, pihak kami sikit jer, datang pun 4 bijik keter jer, dari merisik meminang, tanya hantaran, tetap tarikh, semua perjanjian kita buat masa ni jugak.

usai segala maknek perbincangan, serious lama kooooooo! belunjur apa bagai ada kuor, aku pun tak tau apamende nya abah aku cakap kira gini lah yer

bang aji, saya mewakili pihak perempuan ingin juga bertanya, sekiranya ada pihak antara kita yang memungkiri ikatan, bagaimana agaknya?

kita ikut resmi lama, yang jantan berlunjur, yang betina berjanda

wah kauuuuuu! terkulat2 aku ngan the family nak memaham

rerupanya, adat lama cakap gitu maksudnya, kalau putus ikatan katalah kan, kita tak nak lah mendoakan, yang lelaki dan yang perempuan akan bebas, tidak perlu dibayar apa2, tidak ada saman menyaman, tidak ada perlu ganti. tapi kalau sblh pihak nak bayar ganti, kami terima. ha gituuu. paham tak korang?

img_7067

in between abang dok berkepit ngan adik khyre nya

img_7069

gegirl ngan sepupu pompuannya, sirman n ipar2 lelaki aku sume at one side.

img_7029

satu pose for my redmummy.com

img_7032

nak gak nyelit hehehehhe, baju batik yang pak aji pakai tuh dari jakarta. hiks….ngam2 je size badan pak aji ngan baju batik tuh.

img_7077

mak ajah suh aku ngan akak aku sarungkan cincin, eii sukanya ai…pestime nih. dulu jariku disarung, tp this one aku dapat menyarung cincin. hahahahahaha! aku sarungkan cicin merisik.

img_7078

akak aku sarungkan cincin bertunang pulak…

img_7083

pastu salam menyalam, aku dah kenal lah makwe adik aku nih, kitorg dah bawak dia jalan2 pun masa pi beraya taun lepas. dia pun sokmo gak lepak umah aku.

img_7106

yeyyyy! dah jadi tunangan orang!

Si jari manis, sila panggil kak red Acik ok, u cannot call me Kak Red anymore…coz adik2 aku panggil aku Acik 🙂

img_7114

ok…ini adik aku yang datang kemudian selepas semua majlis selesai. masa kuor umah dia pakai kemeja pastu boleh dia patah balik pakai tshirt jer, kurang asam tol. tau tak yah ko datang. tp umahnya pengantin pompuan nih ngan umah kami dokek jer…

bukan EPI ye yang bertunang, tp adik bongsu aku. kira sibongsu ni melangkah bendul Epi tu lah. so pasni Epi pulak, tak tau bila, calonnya pun tak dak!

Epi tu fussy, dulu dah elok berkawan ngan sorang awek tuh, dia putus pulak. dia ckp dia rimas budak2 tu asik nak jiwang2 jer, aterrr namanya bercinta mestilah berjiwang dol! pastu kan aku terserempak ngan awek lama dia kat Anugerah Skrin kan heheheheh budak tu tanya kabo ko epi weih! 😛

img_7109

with the red family, tak semua, ngan mak ajah (mak ajah aku mmg kena pakai sunglasses lah, mata mak aku kan tak berapa elok dulu operation)

yang mak ajah pegang cam dompet ke purse merah tu pun dari jakarta sik. itu sebenarnya buku utk letak simpan yassin, tp boleh jugak dibuat purse.

img_7118

dan kemudian majlis memakan sket

semua orang dah abih makan, bangun dari kerusi tp aku dok setia lama gila coz menunggu cik gegirl aduhai, kira nasi hapa. nak suapkan tak bagi, lambat tol budak kecik tuh lah

img_7128

dan mengangkut barang2 hantaran bawak pulang. wah ada pun gambo sirman heheheheh…asik dia je yang ngamikkan gambo orang, bila dah kena pegang hantaran sib baik lah ado jugak gambo nya…

insyallah majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun ini jugak. ini adalah permintaan mak ajah aku, bestnya adik aku kawin ni kan hehehehehe…..jeles seii kitorg, all fully sponsored by mak ajah. wahhhhhhh! sedapnya ko dik.

adik bongsu aku nih kitorg panggil dia Adik, dia gak yang kuor kosmo arituh ….

kira cepat gak lah dia dikahwinkan coz mak ajah aku rimas depa dok kulu kilir dah lama bonar, tu yang nak tunggu Adik aku ni kawin tah bila, so mak ajah n pak aji sponsor lagi senang ati depa.

Majlis diadakan taun ni jugak coz mak ajah aku nak pi mekah lagi, so kerana tu lah kami akan turutkan jugak. majlis adik aku, lom decide lagi theme, tp sebab aku ada sedikit veto yang mengada2, aku dah sesiapkan baju semua anak beranak adik beradik n mak ajah pak aji kaler merah. hiks…

x kira le majlis kawin adik aku, but merah tetap kena ado. huhuuuuuu

Comment: 41