Apr 28 2011 Thursday, 9:00 pm
Sampai terkencing2…
salam. kak red, cita ni xla seram sangat, biasa2 je, tapi ini yg saya dgn kawan lalui masa sekolah menengah dulu.
Salam semua. Cerita ni bermula semasa aku berada di tingkatan 2 tahun 2002. Aku bersekolah di salah sebuah sekolah yang terkenal di Melaka. Dari tingkatan 1 lagi, aku telah disajikan dengan bermacam-macam cerita seram daripada senior. Bagi aku pula, semua cerita ni masuk akal dan memang kedudukan sekolah aku adalah di atas tapak perkuburan lama china. Tempat berbukit-bukau dan masih ada lagi beberapa kubur china yang belum dipindahkan. Bangunan hostel memang betul-betul di atas tapak kubur. Sepanjang tingkatan 1, banyak cerita dan pengalaman dikacau hantu dan makhluk halus yang di alami oleh kawan-kawan aku.
Ceritanya bermula bila aku dan beberapa orang kawanku sedang duduk berborak di dalam dorm sambil menunggu mata tuk mengantuk. Sedang kami berborak, pelajar senior masuk ke dalam dorm kami. Mereka suruh kami diam dan jangan terlalu bising. Tidak lama kemudian, kami terdengar suara dari tingkat 2 hostel. suara abang senior tengah melaungkan azan. Kami juga terdengar bunyi orang berlari-lari di balkoni tingkat 2. Terus meremang bulu roma kami semua. Aku dan kawan-kawan yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain.
Tiba-tiba pintu dorm kami digegarkan dengan satu gegaran yang kuat. Padahal pintu to xberkunci pun. Gaya yang gegarkannya seakan pintu itu berkunci. Selepas pintu bergegar dalam masa 1minit, kami semua yang masih berjaga di dalam dorm ternampak kelibat baying-bayang yang sangat besar melalui tingkap. Senior yang ada di dalam dorm kami terus membuka pintu dan dengan mudahnya pintu ito dibuka, padahal tadi macam nak runtuh pintu to digegar. Selepas pintu terbuka, senior tadi terus berlari. Kami tidak berani tuk keluar dari dorm dan hanya duduk berkumpul di atas sebuah katil. Dan kami tiba-tiba terbau sesuatu yang sangat busuk.
Kami dengar lagi orang berlari-lari di tingkat atas. Sejurus kemudian senior yang mulanya tadi ada di dalam dorm kami masuk semula ke dalam dorm. Die memberitahu bahawa senior-senior yang ada ilmu tentang makhluk halus ini sedang mengejar satu lembaga. Lembaga ini tadilah yang cuba membuka pintu dorm kami. Habis satu hostel pusing masih tak dapat cari kelibat lembaga itu lagi. Rupanya lembaga ito telah menyorok di sebelah atas dorm kami. Lembaga ito menyorok di sebelah katil kawan kami. Kawan kami menceritakan yang bila dia buka mata tuk pergi ke tandas, die ternampak satu lembaga besar yang sedang membongkok di sebelahnya. Lembaga ito sangat busuk dan badannya seperti orang tua bongkok. Rambutnya panjang dan mengerbang.
Kawan kami yang tersedar tuk terkencing ito terus terkencing di atas katil selepas melihat lembaga itu betul-betul di sebelahnya. Bila die menceritakan kepada kami, barulah kami tau yang lembaga yang di kejar oleh senior ito telah menyorok di sebelah beliau. Kami yang berada di dorm bawah juga ada terbau bau busuk bila pintu dorm kami bergegar. Mungkin disebabkan lembaga ito betul-betul di atas bilik kami.
Baru-baru ini, kami dapat berita yang kawan kami to telah eksiden motor dan kali ini juga melibatkan lembaga. Die tiba-tiba terjatuh dan langgar pokok. Lepas sedar, doctor menunjukkan ada dua batang gigi (xtau gigi sapa) berwarna hijau di dalam buku lalinya. Mengikut cerita beliau, abg yang menolong beliau berada betul-betul dibelakang beliau semasa beliau jatuh motor. Abg ito memberitahu yang abg to sendiri melihat yang kawan kami ni telah melanggar satu lembaga hitam yang besar dan terus terjatuh. Dari sekolah sampai sekarang, kawan kami sering dihantui dengan lembaga. Xtahulah dari mana datangnya.
Selepas keluar hospital, ada seorang bomoh ni (di kg beliau) menasihati beliau supaya tidak melalui jalan ito lagi. Isi buku lalinya memang telah di makan oleh lembaga yang beliau langgar.Kami berharap agar semua pembaca dapat mendoakan keselamatan kawan kami. Ini adalah cerita benar dan kami melaluinya bersama. Cerita ini memang xseram, tapi kami yang laluinya merasakan inilah yang paling seram pernah kami lalui.
Sender: ismibond
Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.
RM Recent Comments