Guest Writer

Sampai terkencing2…

salam. kak red, cita ni xla seram sangat, biasa2 je, tapi ini yg saya dgn  kawan lalui masa sekolah menengah dulu.

 

Salam semua. Cerita ni bermula semasa aku berada di tingkatan 2 tahun 2002. Aku bersekolah di salah sebuah sekolah yang terkenal di Melaka. Dari tingkatan 1 lagi, aku telah disajikan dengan bermacam-macam cerita seram daripada senior. Bagi aku pula, semua cerita ni masuk akal dan memang kedudukan sekolah aku adalah di atas tapak perkuburan lama china. Tempat berbukit-bukau dan masih ada lagi beberapa kubur china yang belum dipindahkan. Bangunan hostel memang betul-betul di atas tapak kubur. Sepanjang tingkatan 1, banyak cerita dan pengalaman dikacau hantu dan makhluk halus yang di alami oleh kawan-kawan aku.

 

Ceritanya bermula bila aku dan beberapa orang kawanku sedang duduk berborak di dalam dorm sambil menunggu mata tuk mengantuk. Sedang kami berborak, pelajar senior masuk ke dalam dorm kami. Mereka suruh kami diam dan jangan terlalu bising. Tidak lama kemudian, kami terdengar suara dari tingkat 2 hostel. suara abang senior tengah melaungkan azan. Kami juga terdengar bunyi orang berlari-lari di balkoni tingkat 2. Terus meremang bulu roma kami semua. Aku dan kawan-kawan yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain.

 

Tiba-tiba pintu dorm kami digegarkan dengan satu gegaran yang kuat. Padahal pintu to xberkunci pun. Gaya yang gegarkannya seakan pintu itu berkunci. Selepas pintu bergegar dalam masa 1minit, kami semua yang masih berjaga di dalam dorm ternampak kelibat baying-bayang yang sangat besar melalui tingkap. Senior yang ada di dalam dorm kami terus membuka pintu dan dengan mudahnya pintu ito dibuka, padahal tadi macam nak runtuh pintu to digegar. Selepas pintu terbuka, senior tadi terus berlari. Kami tidak berani tuk keluar dari dorm dan hanya duduk berkumpul di atas sebuah katil. Dan kami tiba-tiba terbau sesuatu yang sangat busuk.

 

Kami dengar lagi orang berlari-lari di tingkat atas. Sejurus kemudian senior yang mulanya tadi ada di dalam dorm kami masuk semula ke dalam dorm. Die memberitahu bahawa senior-senior yang ada ilmu tentang makhluk halus ini sedang mengejar satu lembaga. Lembaga ini tadilah yang cuba membuka pintu dorm kami. Habis satu hostel pusing masih tak dapat cari kelibat lembaga itu lagi. Rupanya lembaga ito telah menyorok di sebelah atas dorm kami. Lembaga ito menyorok di sebelah katil kawan kami. Kawan kami menceritakan yang bila dia buka mata tuk pergi ke tandas, die ternampak satu lembaga besar yang sedang membongkok di sebelahnya. Lembaga ito sangat busuk dan badannya seperti orang tua bongkok. Rambutnya panjang dan mengerbang.

 

Kawan kami yang tersedar tuk terkencing ito terus terkencing di atas katil selepas melihat lembaga itu betul-betul di sebelahnya. Bila die menceritakan kepada kami, barulah kami tau yang lembaga yang di kejar oleh senior ito telah menyorok di sebelah beliau. Kami yang berada di dorm bawah juga ada terbau bau busuk bila pintu dorm kami bergegar. Mungkin disebabkan lembaga ito betul-betul di atas bilik kami.

 

Baru-baru ini, kami dapat berita yang kawan kami to telah eksiden motor dan kali ini juga melibatkan lembaga. Die tiba-tiba terjatuh dan langgar pokok. Lepas sedar, doctor menunjukkan ada dua batang gigi (xtau gigi sapa) berwarna hijau di dalam buku lalinya. Mengikut cerita beliau, abg yang menolong beliau berada betul-betul dibelakang beliau semasa beliau jatuh motor. Abg ito memberitahu yang abg to sendiri melihat yang kawan kami ni telah melanggar satu lembaga hitam yang besar dan terus terjatuh. Dari sekolah sampai sekarang, kawan kami sering dihantui dengan lembaga. Xtahulah dari mana datangnya.

 

Selepas keluar hospital, ada seorang bomoh ni (di kg beliau) menasihati beliau supaya tidak melalui jalan ito lagi. Isi buku lalinya memang telah di makan oleh lembaga yang beliau langgar.Kami berharap agar semua pembaca dapat mendoakan keselamatan kawan kami. Ini adalah cerita benar dan kami melaluinya bersama. Cerita ini memang xseram, tapi kami yang laluinya merasakan inilah yang paling seram pernah kami lalui.

Sender: ismibond

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 14

Penunggu pokok!!

 

kejadian ni berlaku 6 7 bulan lepas. wahh, macam serius je bunyinya. ehhe.

 

aku baru stay uma ni dengan family da 3 tahun da. rumah ni lot corner bebetul tepi jalan lebuhraya AMJ kat Melaka nun sana. memang laluan utama nak ke Melaka dari Alor Gajah. bilik aku memang betul2 mengadap jalan. kat seberang jalanraya ni ada satu pokok besar. kawasan situ memang banyak pokok tapi semua da ditebang sebab nak buat kilang, tapi satu pokok ni tak di tebang. jarak pokok tu ke uma aku dalam 100m. aku pelik jugak. adik aku penah cite dia nampak pontianak kat pokok tu. aku memula gelak jela sebab aku ingat dia menipu.

 

satu hari, aku tido dengan nyenyaknya. seingat aku malam tu malam jumaat. dalam pukul 3 pagi macam tu aku terdengar bunyi dentuman yang kuat sangat. seolah olah ade kereta accident. aku terkejut dan terus bangun ke tingkap bilik aku. aku jengah ke jalanraya tu. aku nampak ada accident melibatkan dua kereta betul betul depan pokok besar tu. aku nampak ade dua orang lelaki tengah bercakap sambil kereta da remuk bagai la kat tengah jalanraya tu. tanpa pikir panjang, aku berlari keluar rumah dan pergi ke pagar rumah. huh, aku tatau apesal la aku busy body nau nak jugak tengok sape accident kan. bila aku sampai je kat pagar, korang tahu ape aku nampak???????

 

jeng jeng jeng. kasi suspenssss.

 

aku tak nampak ape ape!!!! kereta orang semua aku tak nampak. yang aku nampak jalan normal je. takde accident. dalam masa 10 saat je aku berlari kat luar dari bilik, takkan kereta tu da blah kan. padahal dalam bilik tadi aku tengok bukan main lagi dorang tu dok cakap2 kat tepi kete.

 

perghhh. aku da rasa lain. aku masuk bilik tanpa banyak cakap aku tido la balik. sampai la ke pagi esok.

 

selang seminggu, ade jiran cina aku ni pasang lilin kat depan umah aku mengadap lokasi accident yang aku tengok semalam. mak aku tanya jiran cina aku tu kenapa dia pasang lilin. jiran aku bagitahu, anak dia mati accident kat depan pokok tu 5 tahun lepas.

 

derrr. bila aku dengar mak aku cakap, terus aku teringatkan accident yang aku tengok malam tu. adalah aku insan terpilih dapat saksikan kejadian accident yang libatkan anak jiran aku tu?? tapi malam yang aku tengok tu takde pulak orang yang mati. huh.

 

baru aku tahu kenapa pokok tu tak ditebang. orang majlis daerah banyak kena ganggu bila nak tebang pokok tu. mungkin ade penunggu kat pokok tu kan.

 

tapi alhamdulillah, sehingga sekarang, takde lagi gangguan2 yang maam tu terjadi lagi. tapi kes nampak pontianak kat pokok tu masih lagi ada walaupun aku tak pernah lihat. adik aku selalu je dengar hilaian pontianak tersebut sebab dia tidur kat bilik atas mengadap pokok tu.

Sender: engineersaiko

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16

Apa yg bertenggek kat tingkap tu?

 

salam kak red.. ini yaty bgi crita yang penah berlaku lar  yerk.. yg sebenarnya, tak jadi kat diri sendiri.. tapi jadi kat family kazen  yaty.. 2 family, tapi di masa yg berlainan, di tempat yang sama..

1st story

my kazen sefamily serta kawan dia sekeluarga g bercuti ke PD..  time tue cuti sekolah tak silap.. so da takde choice sgt utk resort sume tue  kan.. diorang plak plan mmg da last minute.. so dpt lar booking kat S*******..  diorang pun pegi lar check in segala bagai sume tue.. time nie anak kazen yaty 3  orang kot.. tapi yang kecik skali still baby lagik.. yang sulung dlm 4 or 5 thun gitu.. msuk je bilik yang diorang da booking tue, terus anak sulung  kazen yaty nie ckp..

“ape yang bertenggek kat tingkap tue abah??”

budak2 biasa lar kan.. mata diorang kan boleh nmpak benda2 mcm  nie kan.. sib bek kazen yaty nie jenis yang kuat semangat mcm tue kan.. dia pun  jenis yg boleh buat air penawar tue sume.. so, dari jadi benda yang tak elok  sume tue, terus lar dia baca2 pape yg patut.. alhamdulillah, mlm tue diorang  takde gangguan ape2 pun lar..

then hari yang berikutnya, time nie kazen yaty sorang jer..  yang lain da ada kat dlm bilik kalo tak silap.. masa kazen yaty dari parking nie, nak nek lif  ke bilik dia, dia terserempak ngan 1 family dalam lif tue.. family tue ada husband, wife n 2 orang anak.. tapi 4 beranak nie mmg serba putih..**ala2 citer jgn pandang blakang tue**  kazen yaty bagi salam pun dorang diam  jerk.. tak bercakap  sepatah pun.. mmg dorang menunduk je dalam lif nie.. kazen yaty pun pelik lar  kan, bagi salam tapi tak jawab.. kebetulan plak dorang pun turun kat floor yang  sama ngan kazen yaty.. then dorang terus tuju kat bilik sebelah bilik kazen yaty  tue.. lega lar kazen yaty kan, coz ada org lain jugak kat floor dia tue.. msuk2  blik jer dia bgtau lar pada wife dia yang ada org masuk bilik sebelah.. kiranya  da ada jiran lar kan..

then malam tue mmg diorang tak boleh nk tdo.. sbb bnyi bising  sgt2.. mcm org dok berparty gitu.. ngan bunyi2 seret2 kerusi nye sume lar.. bnyi  tue datang dari arah atas bilik diorang.. masa dorang nk check out tue, kazen yaty tnye lar kat  kaunter reception tue, ada party ape malam tadi? kemain bising lagik bilik atas  tue.. budak2 smpai tak boleh nk tdo sume..

selamba je reception tue ckp ‘eh bang, xda wat parti pape  pun bang.. lagi pun floor abg yang paling atas sekali.. xda floor lain lagik..  lagik pun floor tue, family abg jer.. xda family lain pun yg msuk  lagik..’

hah sudah, da tue dari mana plak datangnya bunyi2 bising tue  sume kan..
pastu mana pegi family yang kazen yaty jmpe masa dalam lif tue.. otw  balik tue baru dia teringt, yang kejadian kat parking tue.. padahal parking tue  mmg bawah skali, tapi mcm mane family 4 beranak tue da boleh ada sesiap dlm  lif?

wife kwn kazen yaty pun kena gak.. masa dia keluar dari bilik  dia, ada sorang cleaner nie dok menyapu jerk.. so wife kwn kazen yaty pun tegur  lar.. bagi salam sume.. pun cleaner nie diam jerk.. tekun je dia menyapu.. skali  tah mcm mana tah, cleaner nie angkat muka, mata dia mmg merahhhh gilerrr..

yg bijak nye dorang berdua bertukar crita bila da selamat smpai umah masing2.. time kat resort tue, msing2 tak bukak crita langsung.. bila dia crita kat ktorang meremang2 bulu roma.. hihihi..

2nd story plak..

still kat resort yang sama kat PD nie jugak.. kali nie kazen yaty yang lain plak..

ada wat majlis lenggang  perut kat umah nenek husband dia.. so mak dia, kakak dia n sedara mara yang dari  JB including my ibu nie dok lar kat resort nie.. then mlm tue plak kazen yaty yg  pegnen nie nk ikut sama tdo kat resort.. skali skala dpt kumpul ramai2 kan..

memula mmg okeh.. tapi start je tengah malam, mmg dorang tak  boleh tdo.. benda yg sama jugak.. bunyi orang bising2 mcm tengah berparti sume  tue.. kali nie dari bilik sebelah plak.. da tetengah malam, berani lar sgt nk p ketuk pintu bilik sebelah suh senyap kan.. so sume mmg redha je lar.. katil yang kazen yaty tdo tue, siap smpai patah okeh..  hahhaha.. da lar yang tdo atas katil tue org pegnen, sib bek tak jadi pape..  dekat2 nk subuh gak lar baru reda bnyi2 parti tue..

esoknya, tunang kazen yaty  yg lain plak gigih p tengok bilik sebelah yg bising mcm berparti tue.. bilik tue berkunci.. tapi bila intai dari cermin, mmg nampak lar  susun atur kat dlam tue lintang pukang sume.. ngan kerusi2 nye terbalik segala..  da jadi bilik mcm org baru lepas mengamuk.. mmg tak tersusun langsung..

sampai skang kalo ktorang ke PD, mmg tak kan pegi resort nie  lagik da.. mmg serikkk sgt.. nie yaty bagi skali pic resortnya yang sempat yaty snap masa dlm keter time ke PD last year.. tapi sipi2 je lar yerk..

Sender: yaty

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 38

Ada pembonceng??

Benda ni jadi tahun 2009 kalau tak silap.Pendek je alkisahnye.mak aku dulu ade la buat bisnes kuih sikit-sikit hantar dekat gerai-gerai dengan buat untuk orang order.

nak jadikan cerita ade la sorang hamba Allah ni datang rumah,dia kate nak 3jenis kuih, 300 untuk 1jenis kuih dan dia nak mak hantar kuih tu kat rumah dia pukul 3pagi. -.-

Tapi ayah aku ade,so ayah la yang selalu hantar kuih tu pukul 3pagi naik motor.Satu hari tu, abang aku yang memang suke balik awal pagi selisih la dengan ayah kat simpang nak keluar lorong rumah (lorong rumah lama dulu memang seramm!sekian). Bila abang aku sampai rumah je dia mulalah berdialog dengan mak aku.

Abang:”Mak,ayah pergi mane?”
Mak:”pergi hantar kuih la”
Abang:”Ayah pergi dengan sape?”
Mak:”Sorang jelah..yang lain semua dah tidur”
Abang:”Habis yang dekat belakang tadi tu sape?”

Okay..semua nak sedapkan hati masing2..mak diam jelah.

 

Bila ayah aku balik mak ceritalah balik ape yang abang aku cakap tu..terus ayah aku suruh cancelkan hantar kuih pukul 3pagi tu.alasan kesian dengan mak aku sebab tak tidur malam.(ingat semua lelaki berani ke?hahaha)

 

* Lepas tu mak kate, bila ade orang mintak lagi kuih pagi-pagi..mesti kena ade orang ikut pegang kuih dekat belakang.

Tapi makkkk..macam mane kalau ‘benda’ tu duduk dekat depan pulak?? tak ke berat handle tu nanti? =,=’

Sender: Eja

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 9

Sapa kat dalam?

Assalamualaikum Kak Red ,

Asyik baca cerita orang je . Nak cerita pengalaman sendiri jugak . Tak tahu lah pada orang lain seram atau tidak . Okay , benda ni jadi waktu sekolah rendah dulu . Waktu tu baru habis subjek Pendidikan Jasmani . So , baru lepas bersukan lah . Saya dengan 2 orang lagi kawan saya masuk dalam bilik persalinan . Untuk pengetahuan , tapak sekolah rendah tu dulu bekas tapak kubur . Kubur apa tak pasti . Rasanya Jepun kot .

 

Masa masuk tu , keadaan okay lagi lah . Kitorang sembang sembang , sambil pakai bedak dan betulkan tudung . Waktu pakai bedak tu , saya ada cakap , “Ehh , wangi lah bedak ni” . Tak tahu pulak apa yang saya cakap tu penyebab terjadi benda lain . Tiba tiba kawan saya senyap . Dia cuit saya , suruh senyap . Then dia tanya , “Wehh , dengar tak bunyi tuh ? Bunyi air pancur kan ? Siapa dekat dalam ?” Bulu roma tiba tiba tegak . Sebab waktu tu , memang dah tak ada orang lain dah . Kitorang bertiga je . Kawan saya lagi sorang pun tanya , “Siapa dekat dalam tuh ?” … Senyap , tak ada siapa jawab pun . Tapi kitorang yakin sangat yang ada dengar bunyi air . Apa lagi , mencicit lah lari keluar .

 

Orang lain yang nampak kitorang tanya kenapa . Dengan muka pucat nya , menggigil . Panggil lah pakcik yang selalu jaga sekolah tu . Masuk tengok sekali dengan dia . Dia buka je pintu bilik air tu , bunyi terus hilang . Lantai tak basah pun . Padahal memang ada dengar bunyi air pancur tadi . Kitorang pandang sesama sendiri . Sampai balik tertanya tanya apa benda tu . Lepas tu , memang tak masuk dah !

 

Actually , macam macam dah jadi dekat sekolah tu . Lampu kelas terpasang sendiri lah , komputer terpasang sendiri lah . Nampak orang tak ada kepala lah . ffffuuuuhh memang seram . Last last , lampu yang selalu terpasang tu , dibiarkan je . Dah malas Pak guard nak main tutup lampu .

 

Sender: Ckin

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 15