Feb 17 2014 Monday, 9:00 am
The Famous Hello Kitty Town, Little Big Club and Lat’s Place!
Habis dah cerita pasal Legoland. Best best best Legoland! Tapi ada lagi satu tempat yang best nearby Legoland ni which is Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat’s Place. Kalau dah pergi Legoland tu, wajib sekali harung visit tempat ni. Jangan miss out these 3 places pulak!
Hello Zeeshan!
Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat’s Place ni terletak di Puteri Harbour Family Theme Park. Ala dalam 5-10 minit drive jer dari Legoland. So memang rugi kalau tak datang sini sekali.
So our first stop is Little Big Club at the 2nd floor. Kita skip Hello Kitty Town at first floor sebab nak kejarkan Barney‘s show ni. Kalau nak tau, ni la favourite Abang masa dia kecik-kecik dulu. Teringat lagi aku bawak Abang dan Kakak pergi konsert Barney kat Stadium Negara duu kalau tak silap. But korang dont have to wait for Barney to come down to Malaysia for the concert, u can just go to Little Big Club to meet the Barney 🙂
Little Big Club dipenuhi dengan children’s favourites iaitu Thomas & Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu.
So mummy-mummy sekelian just duduk rehat sebab anak-anak kalian akan ligat berkejaran dan bermain dalam dunia keriangan mereka ni dan lupakan kita sekejap 🙂
All under one roof yang terdiri dari 6 themed interactive play zones – ada games, rides, soft play areas, dan banyak lagi.
Kakak pun over excited sama hiks
Kalau nak tau Zeeshan ni pantang jumpa bas, memang abih dteleknya hehehhe
Bertie the bus
Windmill Ride
Ok kita rehat sekejap isi minyak dulu ya dik 🙂
Aha Kakak seronok layan Bumping Ride
Little Big Club ni two floors, atas is the Thomas & Friends and all the rides. Kat bawah ni pulak Barney, Bob the Builder & Pingu.
Memang aku recommend la mai sini, especially those parents with kids 7 years and below. I’m sure diorang suka giler kat sini. Tapi Abang dan Kakak yang dah besar tu pun lenjan bagai nak rak jugak. Kids always be kids kannn 🙂
Dah puas main kat atas, jom turun bawah layan Hello Kitty Town pulak.
FYI, ini ialah the first Sanrio Hello Kitty theme park yang ada outside of Japan, terdapat pelbagai walk-through attractions, interactive activities dan rides, dan of cos kesemuanya dalam Hello Kitty theme.
Daya tarikan utamanya termasuklah Black Wonder, hi-tech interactive themed experience dan Kitty House yang lengkap dengan living room, bedroom, bathroom and kitchen. Kita juga dapat melihat sendiri the “Purrfect” stage dimana tempat Hello Kitty and her friends showcase their live performance.
Pelbagai aktiviti lagi boleh dibuat kat sini. Seperti jewellery making, costume dress up at the photo studio, nails decoration dan juga membuat Hello Kitty shaped cookies 🙂
Untuk peminat tegar Hello Kitty mesti kena mai datang tempat ni. Yang bukan peminat pun excited dan seronok apatah lagi korang yang minat. Untuk info lanjut tentang tiket, operation hours, location dan sebagainya boleh visit Puteri Harbour Family Theme Park website.
So bila dah setel explore the two – Hello Kitty Town & Little Big Club, sedar-sedar dah pukul 6pm. Perut pun dah berkeroncong mintak disi. Nasib baik we have made reservation kat Lat’s Place 🙂
Ade ke yang tak kenal Lat? Most of us for sure kenal kan, yang muda-muda mungkin la tak bape kenal. Yang tak kenal tu pi la pakat-pakat tanya mak ayah korang sapa Lat ni ya 🙂
Untuk pengetahuan korang, Lat’s Place ni ialah state-of-art themed restaurant yang diserikan dengan live animation. Kita akan merasa pengalaman yang unik, lain dari yang lain serta interaktif semasa makan malam nanti.
Dihiasi dan dipenuhi dengan animasi kampung yang ceria 🙂
When I said interactive, yup kita akan bersembang dan bergurau dengan karakter-karakter kartun Lat via the LCD screen ni. Siap ada tarian dan nyanyian pembukaan, berpantun bergundam irama dan yang paling best joget lambak 🙂
Menunya pula memang la ala kampung yang sangatlah meyelerakan hai…
Suasana makan malam di dalam kampung Lat
Ini pula seumpama waktu malam yang hujan, tu sebab depa pakai payung bagai, siap ada bunyi guruh hujan bagaii…
Dinner show ini berharga RM70 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak tapi ingat kena buat reservation awal-awal paling lambat by 5pm hari yang sama. Kalau lambat or tak buat reservation ha korang tak dapat la enjoy the show, just ala-carte dinner jer la.
Those yang nak merasa pengalaman yang unik ini, sila-silalah datang mencuba. Memang lain dari yang lain. Lat’s Place memang awesome! Mengusik kembali zaman kanak-kanak kita 🙂
RM Recent Comments