The Famous Hello Kitty Town, Little Big Club and Lat’s Place!

IMG_4197

Habis dah cerita pasal Legoland. Best best best Legoland! Tapi ada lagi satu tempat yang best nearby Legoland ni which is Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat’s Place. Kalau dah pergi Legoland tu, wajib sekali harung visit tempat ni. Jangan miss out these 3 places pulak!

IMG_4213Hello Zeeshan!

Hello Kitty Town, Little Big Club dan Lat’s Place ni terletak di Puteri Harbour Family Theme Park. Ala dalam 5-10 minit drive jer dari Legoland. So memang rugi kalau tak datang sini sekali.

IMG_4253

IMG_4477

IMG_4483

So our first stop is Little Big Club at the 2nd floor. Kita skip Hello Kitty Town at first floor sebab nak kejarkan Barney‘s show ni. Kalau nak tau, ni la favourite Abang masa dia kecik-kecik dulu. Teringat lagi aku bawak Abang dan Kakak pergi konsert Barney kat Stadium Negara duu kalau tak silap. But korang dont have to wait for Barney to come down to Malaysia for the concert, u can just go to Little Big Club to meet the Barney :)

IMG_4310

Little Big Club dipenuhi dengan children’s favourites iaitu Thomas & Friends, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina dan Pingu.

IMG_4328

So mummy-mummy sekelian just duduk rehat sebab anak-anak kalian akan ligat berkejaran dan bermain dalam dunia keriangan mereka ni dan lupakan kita sekejap :)

IMG_4330

All under one roof yang terdiri dari 6 themed interactive play zones – ada games, rides, soft play areas, dan banyak lagi.

IMG_4353

Kakak pun over excited sama hiks

IMG_4362

Kalau nak tau Zeeshan ni pantang jumpa bas, memang abih dteleknya hehehhe

IMG_6993

Bertie the bus

IMG_4417

Windmill Ride

IMG_4428

Ok kita rehat sekejap isi minyak dulu ya dik :)

IMG_4437

Aha Kakak seronok layan Bumping Ride

IMG_4487

Little Big Club ni two floors, atas is the Thomas & Friends and all the rides. Kat bawah ni pulak Barney, Bob the Builder & Pingu.

IMG_4495

Memang aku recommend la mai sini, especially those parents with kids 7 years and below. I’m sure diorang suka giler kat sini. Tapi Abang dan Kakak yang dah besar tu pun lenjan bagai nak rak jugak. Kids always be kids kannn :)

IMG_4503
Dah puas main kat atas, jom turun bawah layan Hello Kitty Town pulak.

 
IMG_7034
IMG_4517

FYI, ini ialah the first Sanrio Hello Kitty theme park yang ada outside of Japan, terdapat pelbagai walk-through attractions, interactive activities dan rides, dan of cos kesemuanya dalam Hello Kitty theme.

IMG_4525
IMG_4530
IMG_4552

Daya tarikan utamanya termasuklah Black Wonder, hi-tech interactive themed experience dan Kitty House yang lengkap dengan living room, bedroom, bathroom and kitchen. Kita juga dapat melihat sendiri the “Purrfect” stage dimana tempat Hello Kitty and her friends showcase their live performance.

IMG_4572

Pelbagai aktiviti lagi boleh dibuat kat sini. Seperti jewellery making, costume dress up at the photo studio, nails decoration dan juga membuat Hello Kitty shaped cookies :)

IMG_7077

Untuk peminat tegar Hello Kitty mesti kena mai datang tempat ni. Yang bukan peminat pun excited dan seronok apatah lagi korang yang minat. Untuk info lanjut tentang tiket, operation hours, location dan sebagainya boleh visit Puteri Harbour Family Theme Park website.

IMG_4585

So bila dah setel explore the two – Hello Kitty Town & Little Big Club, sedar-sedar dah pukul 6pm. Perut pun dah berkeroncong mintak disi. Nasib baik we have made reservation kat Lat’s Place :)

IMG_7114

IMG_4580

Ade ke yang tak kenal Lat? Most of us for sure kenal kan, yang muda-muda mungkin la tak bape kenal. Yang tak kenal tu pi la pakat-pakat tanya mak ayah korang sapa Lat ni ya :)

IMG_7116

Untuk pengetahuan korang, Lat’s Place ni ialah state-of-art themed restaurant yang diserikan dengan live animation. Kita akan merasa pengalaman yang unik, lain dari yang lain serta interaktif semasa makan malam nanti.

IMG_4595

IMG_4598

IMG_4611

Dihiasi dan dipenuhi dengan animasi kampung yang ceria :)

IMG_4623

When I said interactive, yup kita akan bersembang dan bergurau dengan karakter-karakter kartun Lat via the LCD screen ni. Siap ada tarian dan nyanyian pembukaan, berpantun bergundam irama dan yang paling best joget lambak :)

IMG_4624

Menunya pula memang la ala kampung yang sangatlah meyelerakan hai…

IMG_4626
IMG_7135

Suasana makan malam di dalam kampung Lat

IMG_4638

Ini pula seumpama waktu malam yang hujan, tu sebab depa pakai payung bagai, siap ada bunyi guruh hujan bagaii…

IMG_7163

Dinner show ini berharga RM70 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak tapi ingat kena buat reservation awal-awal paling lambat by 5pm hari yang sama. Kalau lambat or tak buat reservation ha korang tak dapat la enjoy the show, just ala-carte dinner jer la.

IMG_7118

Those yang nak merasa pengalaman yang unik ini, sila-silalah datang mencuba. Memang lain dari yang lain. Lat’s Place memang awesome! Mengusik kembali zaman kanak-kanak kita :)

Comment: 5