Aug 15 2012 Wednesday, 3:00 pm
Bergaya dengan John Master Raya!
48hours sponsored post
Minggu lepas masa aku nak cari baju raya Kakak, sempat juga aku belikan baju seluar raya RD. Baru perasan yang dia tak de baju raya lagi hiks. Memang selama ni kerja aku pun belikan baju seluar dia. Harapkan dia beli sendiri, raya tahun depan belum tentu dia beli. Memang orang laki macam tu ke?
So masa shopping tu ada pulak promotion koleksi John Master Raya. Aku pun pilih la dua tiga helai baju dan seluar untuk dia. Tapi nanti aku claim la balik kat dia hehehhee. Size aku pilih pun ngam soi jer, ye lah bertahun dah kawin takkan tak tau size baju seluar laki sendiri ye tak.
Ohh btw, pasal promotion tu pulak, sempena raya ni, ada ongoing promo iaitu free canvas bags kalau purchase minimum RM250. Stylo la sket macam RD pakai tu, boleh sumbat diapers RB nanti hiks 🙂
John Master ni memang dah lama bertapak kat Malaysia ni dari tahun 1981 lagi, sentiasa menawarkan fesyen yang berkualiti tinggi untuk lelaki moden. Dan terdapat lebih kurang 120 John Master outlets di serata Malaysia. John Master boleh didapati di Jusco, Parkson, Sogo dan other major departmental chain stores.
Disamping kualitinya yang tinggi, RD cakap pakai pun selesa dan fit untuk dia. Memang bergaya la dia raya ni nanti dengan John Master. Nampak muda la pulak RD pakai macam ni, sapa lagi nak puji laki, kalau tak bini sendiri 😛
So bolehlah dapatkan baju seluar raya dari koleksi John Master Raya yang tinggi quality dan stylo ni. Bergaya dan selesa di hari raya dengan koleksi John Master Raya, ditambah pula dengan canvas bag yang nampak hebat tu! Free lagi hiks 🙂
Khidmat pesanan masyarakat John Master is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments