Medan

Central Pasar ya al tutup!

IMG_5985

waaa ganteng sih…si supir ni bawak lalu kat lorong yang belakangnya pasar basah, masyallah busuknya haiiiiiiiiii! dengan pompuan2 penjual nih menjerit macam ya waduh, rimas tol aku. kita jalan ke Central Pasar. ingat yek, Central pasar tuh tempat wajibbbbbbbbbbbbbbbbbb untuk pergi.

jangan ko datang Medan kalau tak menyinggah ke Central Pasar.

at this point of time, gegirl dah tutup2 hidung sudah..wpun kita tutup tingkap van, tapi bila lalu manghaikkkkkkkkkk! tengik!

IMG_6002

ayoyooooooooooo! banyak kedai sudah tutup. almost 6pm pun masa nih, mestilah dah ramai tutup. udahlah gegirl and abang bengang tak dpt lagi ubat pengeras depa (toys). so bila nak ke sana sini macam ya tak syoknya hai. diorg tau lah pulak bila mak nya keje nak menyopping kain baju pulak. lagilah diorg al bosan.

mak mertua aku tu ikut jer…she s no hal one. very the masuk dalam pala aku, and aku pun mmg well known jenis boleh letak kat pala semua orang gak. ko letaklah african ke, omputih ke, cino ke, orang arab pun aku leh borak asalkan ko paham english and kalo dedua ayam itik pun aku akan make sure kita ada collaboration untuk bercakap hehehehe…

wa PR tak letak tepi punya dong!

IMG_5994

waktu ni kan sume oranggggggggggggg ada. eh mak abah aku takdak depa rehat kat hotel. ok esoknya kita datang lagi kat sini, so esoknya citer nanti kuor for the entry coming soon ek, tak hari ni esok kot entry tuh. dalam nih memandangkan banyak pun kedai yang dah tutup.

ado kodai tudung. nak beli tudung ni wa memang fail lah….tapi adik aku terer tudung so she lah bagi idea tudung apa molek idak bagai…apa yang ngah trend in skang nih. kalo ikut aku, hahahahaha agak2 ada ngelip2 tu kira In lah kot.

IMG_5991

ada melambakkkkkkkkkkkkkkkk baju batik! tapi pesen indonesialah. bukan pesen malaysian kita. fyi, dalam ni tak banyak gambar, coz tak dibenarkan langsung amik gambar. ini security tak tegur lagi coz dah banyak kedai tutup kan.tapi sebenornya tak boleh. tah hape2 tah.

Tanah Abang yang lagi besau sesak tu pun boleh kita amik gambar.

IMG_6000

ha nengok2, sume kedai dah tutup lah………….sebab dah tutup aku pi bodoh beli sepasang kain ela. lawaaaaaaaaa! kain ela paling mahal plak tuh. tapi sebab pastuh bila balik kl pikir2 eh banyaknya kain ela. aku nak lantingkan kain ela tu buat hadiah. asal nak bagi kawan aku kain ela lain, tapi pastuh tengok yang mahal tuuuuuuuuu sesuai gak utk kulit dia. main lanting2 je kan….. tu lah banyak nau kain ela dibolinya…

IMG_6003

but kain baju budak2, hei janganlah beli kat Medan ni kot. purata kedai2 yang aku tengok untuk kain baju budak2, quality is very the out! sumpah baju anak2 ai tak satu pun aku beli. tapi kat jakarta/bandung, ha baju2 budak2 kat factory outlet, or ITC Kuningan memang perfecto!

poi ler check kat entry jakarta/bandung aku, sure korang puas hati mampat tengok review travel aku mmg tip top…

btw, itu patung kiri ada pakai baju merah and coklat kan?

lawaaaaaaaaaaaa ko! but i didnt buy.

heheheheheee

IMG_6005

sket lagi nih kalau abang tinggi sama ngan aku, or lebih tinggi dari aku, lagi lah dia segan nak jalan ngan maknya. skang pun nak kiss pipi maknya ke main menyorok pandang kiri kanan tak nak org nampak.

ha 5thE, ko nampak kebaya patung tu pakai. kaler kuning menyala, silver mengelip tuh………pesen kain baju diorg melambak jual gayak gini weii…..nak carik kain ela ada tapi tak semua kedai jual. yang pasti kain macam tuh, masyallah bersepah2. aku kalau pakai baju cenggitu masa nikah jer lah.

nak dinikahkan apa nya…

so sapa2 yang nak kahwin, nak baju ngelip2 maha hebat, pi suh kawan ko belikan kat Indon. tapi jangan ko pakai ngan kain batik pulak, boleh je beli 4 meters.

laki aku sampai tanya ni bila masa orang Medan pakai kain baju mengelip2 begini pak?

oh waktu majlis keramaiannnn atau undangan bapak.

bape banyak da majlis keramaian ko!

IMG_6023

so kedai dah tutup, jom ca alit but. pi jalan tempat lain pulakkk

IMG_6032

huh ngeri btul ayatnya.

….sampai ke akar-akarnya!

IMG_5986

banyaknya motorrrrrrrrrrrrrrrrr! pokok besau tu napa aku tengok dalam gambar nih macam berantu semacam je ek? mesti malam2 ada penunggu kan kat situ. korang baik2 tau kalau letak mobil or motor kat bawah pokok cenggini, lelebih lagi waktu malam, ha hati2….bukan takat jangan pandang belakang, jangan tegur kenapa berat pun ye gak. eh aku blum pernah citer hantu versi cik lang cik pon duduk belakang keter aku kan? ke dah citer?

nak aku citekan tak?

Comment: 29

Grand Aston City, Medan

IMG_5811

cantik tak cantik tak hotel ni?? 5 star ok!! pilihan yang sangattttttttt bijak!

orang dok kata alah setakat nak pi berjalan tu, siang dok berjalan jer dok lah hotel murah. tapi kalau kita mampu and aku suka nak bagi makpak aku merasa dok hotel mahal. apalah salahnya kan… kan kan?? ni hotel, i have no complaint hehehehe! benda yang akan buat aku complaint if:

1. kat hotel tu takdak internet access

2. kat hotel tu internet accessnya lain harga tak masuk dalam harga hotel stay.

hah 2 ni memang kompem akan buat aku  mencuka!

IMG_5810

dengonya ni hotel baru kot. eh eh korang ingat tak ada BMM entry dalam RM nih months ago, tanya pasal package hotel kat Medan. hahahahah kak som yang tanya tu aku ler! tapi takkan aku nak cakap terus terang, kang korang tau pulak aku nak pi Medan gitu kan. aku googled study gak hotel yang korang recommend. tapi agent aku pilihkan yang nih. which aku tabur tarak kisahlah.

some more i got goodddddddddddddddddd rate. good giler ko rate nya. hiks suka nyaaa!

I think if tengok kat internet, hotel ni semalam is USD130 kot. but we got way cheaper worrr, syok babeeeee. dahlah dekat town, dekat je kat airport gak, tak de lah sampai setangah jam pun dr hotel ke airport, kira dekat lah tuh…

IMG_5820

manghaik…ini untuk 10 orang punya luggage. tapi bila balik, jadi 2 trolleys, banyak nau harta benda yuk…

IMG_5834

semua orang tua dan budak2, kecuali aku sorang jer yang uruskan hal check in. yang lain2 pi duduk kat lobby lounge, depa ada serving welcome drinks some more.

IMG_5825

welcome drink dia sedapnyaaaaaaaaaaaaaa, rasa nak mintak je lagi satu, eii sedap betul.  check in nih sekejap jer tapi ada satu biliknya tak siap lagik. so nak tak nak, aku angkut semua naik dulu, kita lepak rehat dulu kat mana2 bilik yang ada. bilik yang tak siap tuh bilik aku plak tu hahahhahah…

wa tak kisah, janji bilik mak pak aku yang dah capek tuh, dah siap ngehhhh

IMG_5839

muat ke 10 orang dalam gambar nih…oklah tu sipi2 jer, in the lift of hotel…we were staying in the 8th floor and we got we good view too!!

IMG_5905

hah ini view our room. direct terus ke main road and the Merdeka Walk! depan tu happening ko…..kalo nak tengok medan’s clubbing nite life, hah di situ juga tempatnya! ke main lagi supir aku tuh siap offer Bapak Sirmannya kok kalo mahu cucuk2 langit…

zaman cucuk langit kami laki bini sudah lama pass pass passed away!

IMG_5845

aku paling suka kalau holiday bawak anak2, hotel yang aku pergi tu takda bath tub. tapi kalau aku berdua je laki bini, aku prefer pulak ada bath tub. bukan apa ko, anak2 aku specially si abang tuh, kalau jumpa b/tub masyallah diorg punya mandiiiiiiiiiiiii, boleh lencun satu bilik ayo. so best jer kalau takdak b/tub, aman sket tak basah bilik air aku di luar pintu biliknya….

bilik air ni syok. air dia ada yang jenis pancut2 tu jer and also macam raining. mak sedapnya mandiiiiiiiiiii halahai dalam  macam mandi hujan tapi tak sakit  pala.

set2 bilik air sumernya sama je lah, apa yang ko rasa 5 star hotel ado, dia pung ado gak.

IMG_5840

ahah gambo gelap. tak pasang flash ke sirman??

ini bilik mak abah aku…besau. katil king size.

bilik makpak aku ni berhadapan ngan our 2 rooms.

IMG_5852

pastuh bilik nana and suami and anaknya. plan asal nak sumbat aku, mak mertua aku and nana sekatil, tapi macam tak logik sebabnya jap2 anak si nana carik mak pak nya. eh takleh splitkan depa. so aku letak diorg sebilik….ini kitorg melenjan kat bilik nana coz bilik aku tak siap2 lagik.

IMG_5848

nampak pintu sebelah kiri abang tuh. hah kat situ ada connecting room to my room. takpe kita lunyai bilik nana kaw2….

IMG_5894

pas mandi budak2 main kat corridor hotel. ater 3 bilik je kitorg conquer, sedap je diorg memanjat. ada torchlight kat setiap bilik hotel, itu yang diorg main kerjakan. iskk iskk…

IMG_5896

apesal ko tak pakai flash sirman woiiii!

IMG_5920

n taraaaa our room. orang lain bilik baik jer king size bedroom kan, tapi our room 2 single beds, but quite big gaklah. so sekatil adalah untuk MIL aku n Gegirl. sekatil pulak lagi aku laki bini. first nite si Gegirl tidur panjat our katil and carik kelangkang mak bapaknya ahhahahaha

IMG_5932

so jadi memandangkan dah MIL aku tidur sebilik ngan aku anak beranak kan, takkanlah ko nak uhuk batuk batuk hai takkanlah tak paham2 lagi ye dak.

eh abang aku tak cakap kan dia tidur mana…hahahaha

abang kena tidur teman atuk n neneknya di bilik sana….

abang suka jer coz abang tak yah dengo maknya membebel, boleh tengok tv sampai mata lebam.

IMG_5953

singgah lalu depan bilik mak pak aku, depa tak nak ikut, dah  jumpa katil sedap ngan aircond, nak tidur jer petang tuh….so kitorg je yang kuor tinggalkan mak abah aku. itu aku landing kat katil mak aku tapi kena lah crop gambar dia coz dia tak bertudung…ater nak tidur petang kan..

IMG_5956

suka sangat ngan gambar frame belakang tuh, dia ada gold gold gitu

IMG_5277

hah ini sah dari camera kecik canon abang. gegirl and abangnya duduk depan, sebab makpak aku tak ikut sekali jalan2, kita rasa luas lah sikit…

IMG_5983

oh Gegirl dah meloncat duduk pada sama ibunya….kita nak pi jalan emm…jalan2 carik kain ela, carik apa yang boleh dicariklah…

there s no sight seeing for this trip, kalau datangnya pun dah 3 hari jer, sight seeing apa yang ko nampak dari dalam van ni je lah cukup.

Oh we didnt go to Danau Toba as well…4 jam yek dari Medan to DT, so tak yah lah…dok dalam Medan jer. nak pi DT kena carik hotel lain dok sana, tak per jerlah. abah aku pun cakap nak pi Medan jer…

So we were staying in Grand Aston City Hall Hotel, Medan. Hotel ni memang aku recommend 100% a must hotel to stay. Kita dok sini for 2 nites and dapat 6 coupons for breakfast gak untuk 2 pagi. orangnya ada 10, 2 budak tak dikira harga, tapi 2 orang dari 8 orang takdak coupons so aku and Sirman for 2 pagi tak turun breakfast. bagi kat depa ber enam + 2 kids jer belasah breakfast.

kitorg kong2 tidur…tau2 je mak mak aku dah bekalkan breakfast dari yang pagi depa makan tuh. sabau jer ler. diorg siap tapaukan ko, bawak tupperware turun untuk anak menantunya yang tak turun breakfast.

hikss…

IMG_5950

ok mak dah mandi dah bersih badan, dah bukak mata biru…dah boleh pi jalan2. sirman pun dah siap pakai baju yang beli from the Medan Mall jugak.

Comment: 19

Shopping/Nasi Padang/Shopping!!

IMG_5690

aloloo…sian mak2 abah aku dah duduk tepi jalan jer. itupun duduk kat sini dah kena halau. dari jauh aku nampak security tu suh orang2 tua aku bangun, laju je aku pangkas.

ya kamu enggak diberi kerusi rehat di sini dong

ini kan orang tua, nampak enggak tongkatnya? harus diberi rehat mau kerusinya duduk!

tapi mak pak aku bertiga ni bangun le jugak, malas nak dengo anak nya nih jadi tarzan marahkan security heheheheeh..aku kan garang eh dan juga kuat menceceh dan juga very the possessive.

IMG_5691

sebenarnya aku pun dah lost track aku kat mana masa nih. bukan Medan Mall…tapi adalah sikit hapening dalam nih. ada staff dia tunggu dalam tuh kat entrance, dok ucap selamat Datang ibu ke Matahari. hah matahari lah kot yek namanya. bayangkan kat anak aku yang lalu tu pun dia cakap gak. Selamat Datang adik ke Matahari.

iskk…agak2 lah ko kan. tak ke penat ko asik bercakap jer bila orang lalu lalang. sian tol.

dalam kedai nih abah aku beli jacket, pastuh adik2 aku beli baju gak. pastuh aku sebat 3 lai tshirt untuk sirman pakai. so sepanjang 3 hari kat Medan memang sume kain baju dari mall medan ni jugak aku pakaikan. takpe je beli baju banyak, bukan susah, tak nak pakai lantingkan je kat adik badik aku yang ramai tuh. adik badik sirman pun berderet…

IMG_5692

hah sapa from Medan? ini kan mall yang ada Matahari dalamnya. i was totally forgotlah. ni ngah tunggu si pak supir yang very the slowest in the world. letih ok, dia tu eii….tak tau lah aku nak cakap. banyak makan dalam betul aku ngan dia tuh. dia takut segan ngan aku jer. ngan family members aku yang lain dia biasa jer. yelah bukan depa yang buat deal, aku yang do the ground work kan…

jap..mak ada beli 2 blouse dalam mall nih. can wear for work one huhuuuuuu!

IMG_5729

hah baru usai solat jumaat. diorg parking kira baik dalam masjid tuh. isk …ngeri acik tengok. masing2 punya parking or jem kat sini toksah ko cakap. tapi camne jem pun kan, dia punya berebut ramai orang keluar berjalan tu still manageable. kalau kat kl memang dah makan 1-2 jam lah jugak jem satu2 jalan tu kalau accident ye dak. lepas dah jalan hampir separuh hari, perut pun dah penat lapau. solat kita buat jamak jer…

terus langsung untuk makan.

aku suh si supir bawak pi makan nasi padang.

IMG_5745

Kenapa nak makan kat Garuda restaurant pulak, nasi padang pulak tuh….sebabbbbbbbb aku memanglah dah biasa makan tapi family aku yang lain tuh, tak biasa. makpak n mertua aku tu lah first time datang Indonesia. mestilah kita pelbagaikan menu resepi masakan yang ado.

jadi makan kat Garuda pun senang, resturant dia pun kelas. bersih. sedap pun ye gak.

Sirman ajak makan kat Ayam penyet. aku jegil je mata dengo ayam penyet!

IMG_5752

at first nak makan kat tempat duduk bersila belakang budak2 tu main tapi dah full house. nak makan kat aircond pun tak nak sebab sojuk makpak eden. biliknya ke main kematu sumsum. so kita makan kat open air, bawah kipas. but mata jap2 lari tengok kat budak2 nih yang dok main kat sini. diorg ni dah besau sket, tpi cousin depa si khayr tu yang kita risaukan…dahlah kecik, kang sibuk berlawan ngan Abang, ada yang melalak meraung.

IMG_5757

huk aloh budak kecik nih…dia panggil aku Mummy gak tau, dia punya muluttttttttt!!! asik nak bergaduhhhhhhhhh je ngan aku. and aku pun sukaaaaaaaaaaa je nak menyakat2 dia. best! bestnya sebab bila gaduh ngan dia, dia suka jelingkan mata dia. jelingannya tu tajammmmmm! eii geram aku

IMG_5764

ok tepi tepi cikgu nak kira bape pinggan…

IMG_5765

versi makan nasi padang sume orang tau kan? dia letak lah segala jenis masakan berpinggan2 atas meja makan ko…so satu ko usik, kira ko kena abih tak habis diorg akan kira gak itu lauk sepinggan yang ko dah bedal. so kita pakat2 amik lauk apa yang majority makan sama. tapi sup buntut dia terbaiklah….wpun aku tak merasa sangat tp mak aku cakap kick betul. tu yang kita tambah sup tuh 2 kali!

IMG_5782

mana ke abang ni dah ilang. gambo sirman korang jangan tanya ler, kalo bukan dia yang ngamik sapa lagik jadi photographer kan. abang ni bila nak suh makan je baru dia datang hegeh2…..susah betul. tapi sedap, puas lah makan kat Garuda, versi nasi padang. pastuh hari lain pun menu lain jugak….nanti i show2 kay.

IMG_5792

hah yang tak bestnya van nih. van ni sama tau sebijik ngan kl punya tapi dia punya versi, tempat kaki dia nak panjat van tuh, takde selaras 3 tingkat. so either ko panjat tingkat 1 tapi ciput gila kaki boleh letak, terus ke tingkat 3 coz tingkat 2 nya tak berfungsi. unlike yang kl punya pregio ada proper tangga. so setiap kali semua orang turun naik, ada sorang memang kena tunggu di bawah atau di atas specially for my 3 parents.

eii geram geram.

ngan adik aku yang mengandung pun ye gak.

and aku antara orang terakhir yang akan naik van, di setiap masa. kalo tak aku, sirman. antara 2 lah coz kita jalan pun belakang nak ensure sume orang ada, takde yang hilang mak takde hilang anak.

**waaa aku hilang mak abah aku ok the next day!! later we tell

IMG_5788

hah mak aku beli handbag kat Medan Mall, selamba je pakai jam2 tu jugak tapi tak nak cabut price tag. hahahahaa, mak oh mak…lawok lah mak.

biar kan, jangan cabut, nampak macam bag mak nih ribu2 jer harganya….

yelah dah dalam rupiah..mau tak nya kan.

IMG_5701

New travellers, never ever leave KL to Indonesia or any countries without the currency converter.  Semua family members aku ada siap sorang selai converter nih. senang memasing nak agak2 the price, mahal ke murah, mencekik or can be cekik lagik.

dalam folder tu pun ada itinerary yang asalnya sirman buat,  tapi aku bagi guidelines, pastuh ada waktu solat, ada siap  jugak alamat2 penting di Medan, details hotel. details supir, details kedutaan kang ganyang2 dibuatnya ganyang, haruslah kan kita prepare sesiap jugak. nipis je itinerary tuh, sampai sudah, itinerary tu ada dalam bag duduknya but currency converter tu jugak yang sume orang lunyai2kan.

hah sonok tak follow citer Medan ai? sonok takkkkkkkkkk?

anw i got you, baik je korang baca entry2 aku dari jemaat till Sunday kan, padahal aku dok sakan jer berjimba kat Medan nun hehehehehe. Gocha!

Comment: 26

Mall yang tak happening!

IMG_5650

gegirl ada lah merajuk, jarinya sikit lagi nak terkepit dek pintu van. sebab waktu depa tunggu aku kat kedai langsir tuh, ada lah orang berjualan sambil berjalan tuh datang ke van kami. dok offer beli tshirt. murah lah murah. aku dengau macam selai 40hinggit duit kita, rupanya 12 lai untuk 90inggit kot. hikss…kira murahlah kan.

ater yang membayo belanjawan shopping is me so kenalah aku catuan gak, biar benar makpak aku nak amik sampai 12 lai banyak tuh. yelah nak buat ole2 kan…

tapi kita beli gak lah, wpun masa tu van dah gerak, aku panggil budak tu semula. masa tu lah yang jarinya si kecik terkapit sket jer, bukan jenis kapit abih. kena sikit pun dah jerit melalak2 si kecik. so atuknya dok bacakannya selawat. cembeng la ko gegirl.

IMG_5652

antara lain, orang indonesia adalah sangat kebal. lintas jalan vs macet di jalan raya sama je hebatnya. ngan honk2 sana sini, kalau kat msia, ko honk je siaplah orang sebelah kalo tak kuor middle finger mesti dia cucuk bontot keter ko. tapi budaya kat indonesia memang jenis pakai honk jer. baik hati jer depa bagi laluan kalau dah ke main nak mempadat…

budak sekolah tu selamba je melintas ngan keter menderu2…iskk, berani betul. kebal kan aku cakap.

IMG_5656

ado piket secara kecilan….tiada pulak kita kena ganyang malaysia kat medan nih. kita datang negara dia sebagai tourists lah, menyumbang ekonomi negara depa, so entahlah so far 3 hari kat sini memang kita aman jer. kecuali yang buat aku nyampah is the pompuan agent yang jaga service van sewa kita nih. itu je yang buat aku bengangggggggg! hish tak udah2 bengangkan service van nih.

IMG_5659

so selepas langsai project curtains, kita pi mall. nak mencarik Central Pasar tapi  lahabau punya driver tuh dia turunkan kitorg kat Medan Mall, pastuh tak diajarnya macamana nak ke Central Pasar. eii geram eden. wasted 1 hari je coz jumpa Central Pasar hanya selepas lewat petang.

agak2lah kan ko ingat aku ni dok Medan ke, dia bilang ibu jalan2 di Medan Mall, belakangnya ada tempat jual kain baju ya ibu.

hah sudah, pi tanya orang, orang yang bercakap tu pun entah main tunjuk2 jer! before pegi Medan Mall  supir tu bawak ke mall aku pun dah lupa nama dia, ada ala2 Brastagi kot rasanya. ntah la.

IMG_5664

ni bukan kat Medan Mall. so kita pusing2 je lah dalam mall ape ke nama dia ni yang tak happening langsung….

IMG_5667

pastu nampak ke main kedai jual handbags siap abang offer, pergi lah mummy beli! mummy kan suka handbags

ye mak ko suka, tapi mak ko tak suka pakai handbags tiruan gini.

IMG_5669

tak tau lah bape harganya, kita tak masuk dalam kedai pun. dahlah tu kat sini tak boleh amik gambar sembarangan…tah hape2 tah…

IMG_5688

ha ni baru smpi Medan Mall. satu je benda yang aku beli kat sini, Dunkin Donuts. coz anak2 aku dok sakan lapau lapau lapau, hah aku beli sekali 1 dozen. buy 9 free 3 tu lah. berebut2 budak2 kecik ngan makpak budak atuk nenek makan. aternya last makan masa bila…sume nak menyopping dulu baru sedap kita nak makan.

this shoes house, my abah and adik ipar aku beli kasut sorang sepasang….

mak pak aku sebut je harga…either aku or sirman pi bayaukanlah. coz kita 2 je yang pegang duit. kecuali shopping adik aku laki bini, yang lain sume shopping memang masuk dalam my shopping budget. tu pasal aku tak shopping cam nak rak coz dah disalurkan duit shopping aku kat 3 makpak aku nih.

IMG_5648

eh you amik gambar scene banyak2 nih kan, nak buat apa hek? nak letak blog mana? blog u dahlah kusam

kat RM lah…bila boring2 takde entry ha letak sume gambar yang kat Medan kay…

alahai, korang nak tengok ke gambar2 suasana di Medan yang takde muka aku yang merah nih? nak keee??

IMG_5657

ha banyak gambo2 jenis gini ler. korang nak tengok ke? gambar2 masa kat Europe pun banyak gaya gini pun aku tak letak, serius banyak. aku tak tau korang suka tengok gambar2 gini dalam RM. dia macam gambar pemandangan sepanjang mata kita melihat di  negara2 yang kita lawati. benda2 unik yang korang tak rasa terlintas pun ada kat Malaysia. so kalau suka gambar2 gini i ll post it lah.

gambar yang perampok2 mati dibunuh polis masa kat Indon tu takde lah, tapi kitorg dok khusyuk tengok berita tuh live lagi ko. hangpa bayangkan yek, diorg pi tangkap perampok2 tu siap bawak pemberita + videoman. so boleh nampaklah kejadian tembak menembak antara polis dan perampok. ngan depa jerit suh penjahat2 tu keluar dari sungainya lagi. wuii degil tol…

tembak punya tembak, sampai jatuh bergumal si videoman. hah tu lah kan ko, sakanlah sangat nak amik live news!

well….so kena sambung lagik ni, iskk lotih acik buat entry Medan ni weii…dahlah banyak. panjang pulak tuuuuuuuu!!

Comment: 17

Curtains from Indonesia memang TERBAIK!

IMG_5594

macet di Indonesia memang terkenal…baik di Jakarta, Bandung, mahupun Medan. samo jer macetnya. Our trip 3 hari is very short one, means 2 hari sahaja untuk berjimba. sehari Ahad tu tak leh kira coz by noon dah nak masuk airport balik kl. wpun paginya boleh lagi nak bersoping ligat.

so anw kita lupakan kejap citer van’s service aka driver yang kureng itu…terus ke Pasar Ikan atau dikenali juga Pajak Ikan.

aku kalau tak kerana google, takde nya aku nak pi pasar ikan ni kot…

IMG_5608

Supir bawak kita ke deretan kedai yang jual langsir. huh banyak ko, aku masuk kedai pertama, dan kedai tu jugaklah kita kawtim. takde dah aku nak pi kedai lain. wpun tempat lain ada jual, tapi pi tempat lain pun konsepnya sama gak…antara depa boleh buat or idak.

ini kedai pertama aku masuk memang tokeynya cakap tak boleh buat. ada ke patut dia kata seminggu baru boleh siap. Langsung saja aku sound ‘haritu aku buat di jakarta, 3 jam saja sudah siap dong’

iya ibu tapi di sini aku enggak bisa siapin, kerna yang lagi sebelum raya juga masih ada yang belum bersiap

wah gila lah kan seminggu. ko ingat aku dok Medan.

IMG_5620

melambak gila kain langsir, dari panelnya, rail, kainnya, tombol, apa yang ko nak?? semua adoooooooooooooo!! satu je takdak, kain langsir kaler hitam, bunga merah darah tarak. kain tu dah habis. coz aku dah ada merah merah berderet, so aku nak lah hitam jugak pastu ada bunga merah sket wah gitu. tapi nan adoooooo!

IMG_5613

so aku pun blah, ater takkan nak tempah jugak dah seminggu baru siap. tapi saje je kot depa gertak heheheh nak tengok betul ke kita ni nak menempah. Kat Indon tu apa sahaja yang tak boleh dibuat. segala jenis sumber rezeki depa boleh bikin. so mustahillah tak boleh siapkan langsir aku dalam masa sehari. coz curtains umah aku tu yang korang suka bangat tuh, 3,4 jam jer diorg siapkan dulu waktu di Jakarta…

so designer cakap dia bolehlah siapkan jugak, tapi bukan sehari. Pagi Jumaat aku tempah, by Sabtu sore boleh dihantar ke hotelku. yippiiiiiiii!

so first task:

1. pilih jenis kain dan corak

2. pilih design langsir

3. pilih panel

4. bayor deposit – half of it

5. pi balik ronda2 Medan, esok depa hantar ke hotel… 🙂

IMG_5624

actually waktu ni sume family aku tunggu dalam van coz lama nau kan aku dok pilih kain langsir. tapi pelan2 jap tuh mak aku datang, mak mertua ku pun datang jenguk. hangpa tau…aku dok situ pilih kain langsir, setitik air pun dia tak bagi. tapi bila mak aku datang, dibaginya kerusi, dia bukak sekotak air offer kat mak ajah. waaaaala weiii! power tol lah kuasa mak ajah nih.

tokey tu cakap dia macam tak terlintas gila nak offer air kat aku, tengok aku busy betul dengan mencarik kain langsir kan…

hah belakang mak ajah tu lah 2 contoh kain langsir yang aku pilih. eiiiiiiii dah siap kooooooo lawaaaaaaaanyaa! sumpah cantik, tak caya tanya Fifin. eh ok tak leh nak tanya dia, korang tak kenal dia. ha tanya Rose GBM, she came to my house already and saw the 1 big box of langsir. cantik kan rose????????

IMG_5626

hardest part is to choose the pattern. aku tak boleh pilih pattern design yang sesusah, coz tukang jahit tak bolehlah nak siapkan yang remeh temeh ni in 2 days. kena amik design yang simple, simple2 pun dia punya ring, panel pun dah malatop top top!!! eii suka betul aku. puas hati lah sangat….

harganya yes cheaper than malaysia. langsir untuk sliding door rumah aku tak boleh main beli siap coz aku naikkan kayu panelnya tinggi ke ceiling (tok ID cakap rumah kecik kalau nak nampak besau langsir kena tetinggi sampai ke ceiling panelnya) memang betulpun. aku setuju cakap tok ID itu.

anw aku tak de lah amik langsir sampai untuk satu rumah. unlike ada orang tuh, pindah rumah baru, sampai 10 tingkap langsirnya dia tempah kat Medan nih.  aku tempah 2 sets, dedua warna merah, siap ngan layer nya lagi, ada merah and ada hitam.

tunggu tahun baru lah nanti aku pasang langsir baru yek. for me no new langsir for raya maya, ni sebab dah berlambak langsir baru ada, so kita bantai tukar2 ikut sukati aku nak tukar bila dan pakai apa heheheehhe. rumah sendiri kan, sukatilah kan ko nak pakai bila pun. apehal nak tunggu raya plak.

IMG_5634

ini kedainya yang kita pergi. tapi esoknya kita pi pasar yang lagi famous penuh gak orang jual langsir kat situ, the Central Pasar tapi kat  situ rata2 aku tanya sume boleh siapkan curtains in 1 minggu, not 2 days. hanya di Pasar/Pajak Ikan ni jer boleeh siap in 2 days. very lah rezeki ku.

aku pi sana bawak 3 luggages, 1 je penuh berisi. 2 kosong coz memang nak balik bawak langsir. tapi bila balik, depa dah siapkan pack dalam kotak and wrapkan lagik tuh. oi yai, sampai abang kastam KLIA ikut belakang lah ko. ha tu nanti kita cite kejadian di KLIA 🙂 so bila dah depa sumbat dalam kotak, terus sahaja luggage aku jadi kosong. hahhahaha….dah dimudahkan kerja kan.

Tapi langsir ni tak bolehlah nak kirim suh orang belikan. Aku datang pun dah siap2 bawak ukuran langsir rumah aku, sebab kalau ko tak tau ukuran, menggagau lah ko kang nak agak2 berapa meter pulak. dulu pun masa tempah langsir kat jakarta, aku tak bawak ukuran, coz tak terpikir pun nak beli langsir, but sebab kebetulan adik aku ada kat umah aku, on the phone ler terus suh dia ukurkan!

mak mak aku tak minat heh langsir2 nih, depa shopping lain. laki aku pun tak kisah aku beli langsir ni coz dia memang tau harganya berlipat ganda murah beli di Indo dari di Malaysia. Oh ye aku tempah 2 sets kat sini, satu lagi aku beli dah ready made dari Central Pasar. merah gak tuh . Nak tengok gambar proper langsir tu nantilah, bila dah pasang baru kita al tayang yek 🙂

tapi serious cantikkkkkkkkkkkkkk!! sapa2 pi Indonesia, jangan lupa tempah langsir kay! 5thE tanya kain set pengantin? wuii sabau yek…mengelip2 segala jenis ngelip bling2 punya baju pung ado!

Comment: 31