Oct 4 2010 Monday, 2:00 pm
Terbang KL ke Medan…
taraaaaaaaaaaa! kat luar tu gelap lagi, 6ish am on the way to KLIA. 1 cab hantar my parents n sis family to klia, 1 sunlight van pulak aku amik for the red family + sirman’s mom. kalau biasa pakai limo pun cukup but kali ni ada mak mertua aku yang mlm sebelum tu dah memang tidur at our house makanya kena amik hok besau sket. hah tu pasalnya mak mertua aku kena tidur umah aku malam tuh coz kita nak bergerak sekapal di pagi harinya….
terkocoh2 betul pagi tu but ai dont really make up pung. muka ngantuk….nak minum pagi pun tak lalu, togok kopi aik cheong jer….
sampai2 klia tak tunggu, beratur panjang gilerrrr, tak banyak kaunter depa bukak and memang banyaklah pulak flights kat klia pagi tuh. aku checked 3 driver KLIA, yang sunlight ni bukan for klia tapi dia caj paling murah RM100, lain sumer ketuk RM165 – RM180. huh terbaiklah abang van sunlight ni nya harga from VA to KLIA.
dah separuh beratur baru my family 1 lagi sampai. kita buat group check in. well 10 orang kan. dah pi kaunter E beratur ke main lama baru tau kalau 10 orang kena pi kaunter J pulak. huk aloh. aku letakkan semua family aku setempat, depa makan cekodok + air kopi yang memang pagi tu dah dibuat awal2. nak breakfast kat klia memang takde masa wei…
lepas je uruskan semua check in, kita pi amik pulak wheelchair for my both parents. makpak aku kan sakit kaki, jalan pun pakai tongkat. i have prepared for the wheelchair for both airports, taulah klia tu punya besarrrrrrrrrrrr! nak tunggu depa jalan alahai sian satu dahlah lambat, satu lagi mesti makpak aku bunyik penat nya lah.
but depa pun tekejut bila aku datang ngan staff airport dengan wheelchairs bawak depa terus hantar ke aircraft. sebab staff airport sendiri yang tolak wheelchair depa, ke main laju koooo and diorg banyak dapat pelepasan shortcut lah. kira jalan diorg yang lalu imegrisen ke polis scanning memang laju sangat2. kitorg yg jalan catwalk di belakang memang ketinggalan jauhhhhhh….
by the time kitorg jalan hegeh2 nak ke gate H, makpak aku dah selamat masuk dalam kapal terobang.
so kitorg yg 8 orang nih jalan kedek2… (wui bang gambo belt ko ke main bersinar pancaran cahayanya)
flight was at 850am…ngam2 jer boarding around the time yang kita dah set timing. huh letih betul, rasa puas sebab otak aku panjang nak dptkan wheelchairs for my parents. betul ko, they are not that well, tapi tak bermakna they cant go holiday. MIL aku pun seronok gak coz lagilah dia kalau anak menantu tak bawak berjalan, lagilah dia dok rumah ajer.
bila aku ajak pi Medan, memang dia ON jer…
abang, khayr and Nana duduk sederet…sibuk sangat abang nak dok sebelah tingkap kan!
adik aku ni ngah ngandung tuh, nak masuk 6 bulan…
gegirl pun nak dok tingkap gak, so she sits with her dad and adik ipar aku, nana’s husband. Yus.
depa 2 nih kena amik job isi borang, untuk 10 orang punya hahahahha. sorang amik 5 passports isikan. ye sila sila. aku memang pantang tak suka betul buat2 keje menulis borang bagai nih…
my MIL sits next to me…
mak aku pun dok sebelah aku di tepi, abah aku dok sebelah tepi sana pulak, coz orang yang wheelchair memang tak boleh dibenarkan duduk dalam. kena duduk bahagian aisle coz kalau nak evacuate, senanglah crew nak assist.
flight was 40min. memang ngantuk tapi tak boleh nak tidur coz flight kejap bonar kan. baca paper je lah and borak2 with my 2 moms.
kenapa MAS not Air Asia, coz emm…
memana pun ok jer, tapi waktu beli tix, MAS nya promo lagi cheaper than the Air Asia.
sampai Medan, 2 crew of airports Medan dah stand by untuk 2 wheelchairs for my parents too…sib baiklah keputusan aku untuk pergi ke Medan 2 minggu terakhir tu ada tanda2 signal mintak aku pergi. coz patutnya aku batalkan, coz aku tengok abah aku memang tak sihat. tapi dia merajuk pulak kalau tak pergi so aku terus je apply cuti. yelah dia jarang bercuti ke mana2 melainkan depa tetiap tahun pi Mekah.
sebabnya aku last min aritu nak batalkan trip ni bila tengok kesihatan abah aku yang macam tak berapa molek, masa raya hari tu pun dok baring jer. but ni dah sihat sikit and he insists to go gak…ok kita pergiii…
bagusnya depa memang tak bagi kita tolakkan kerusi roda nih, memang staff je yang buat. ok takper….dah selamat for my parents..baru kita yang lain naik transit bas ke lapangannya…
yah gini gomannya bas tuh. dah bape trip pun diorg anto, tapi sebab those yang naik wheelchair kena kuor last, so tu yang aku satu family pun kuor lambat….idak le jauh mana pun, kalau korang biasa dengan airport langkawi, ha lagi pendek kecik je but sini service tak suh jalan kaki. naik je lah bas nih…
2 beradik and cousin depa. oh si khayr ni memang manjang je aku sakat. best betul bergaduh ngan dia!
ler gambo turun bas pun ada…bolehlah….
eh ai travel pakai slipar jer hehehehe. ok ler kan pakai selipar dari pakai kasut 5 inci, langsung tak sesuai dengan majlis bervacation!
most of this trip nih, semua aku incharge, aku and sirman laki bini. yang lain tau sume jalan jer. pasal check in hotel, supir, jalan2, trip, tix, isi borang pun sume kami laki bini yang buat. knowing me yang sangat organized hahahaha tak yah citelah itinerary pun memasing dah siap dapat copy. currency converter pun nana ke main suka coz diorg ni memang datang menonong ikut apa yang aku sediakan jer….
kuor je dari airport medan, supir kita dah tunggu.
supir medan ni aku mintak Pak Sulis driver jakarta aku uruskan. agent aku punya supir charge mahal, tapi yang pak sulis ni pun tak murah gak. ni antara contact yang dia sediakan.
tapi aku tak berkenan siot service driver and van yang kita mintak nih. very the bad service, so i wont recommend you. even pak sulis aku tu pun rasa kesal recommend kan service van di Medan nih.
van yang muat untuk 7 adults + 3 kids. mampatttt! dia pakai KIA Pregio tapi kat Medan dipanggil Kia T T something apa tah ….punya hangin aku bila agent tu tak nyempat2 nak duit. blom masuk keter lagi. aku bayar fo 3 days terus which was almost 2 juta rupiah for the car and the driver tapi tak masuk minyak. tapi masuk2 van kotor! aircond kureng. oh yaiiii! pening sakit hati betul. hari tu jugak aku komplen kat agent yang dah sebat duit aku tuh. dahlah tu resit tak dibagi, and duit balance pun dia cakap nak pulangkan pun sampai kita balik pun haghamm! memang tak banyak tapi still!
everything for medan trip nih ok cuma the driver yang agak sangap kadang2 and the service of the van dari agent nih buat aku sentap. Pak Sulis campur tangan, memang dia sound agent nih aku tak tau apa yang dia dah membagi tapi yang pastinya bagiannya tak cukup kick. kita redha je lah.
family aku tak komplen, coz depa tak fussy, tapi aku fussy cos aku dah cakap apa requirement aku and for that aku memang bising bangat. anw bengang gak aku ngan orang2 yg keje kat airport Medan (porter) tu kan depa suka nau paksa2 kita tolakkan n amikkan trolley yang kita bawak. dah 2 org tu tolakkan, yet kita boleh buat, so aku bagi tips 10k rupiah sorang, tapi ngan muka taiknya cakap eh 20ribu! dari orang ikhlas terus jadi macam, sapa suh ko tolakkan aku nya trolley, korang yang sibuk2 sangat kan. tapi aku bagi lah jugak.
so anw, landing jer sampai sana was at 850am gak waktu Medan (950am waktu Malaysia), tapi tak terus check in…kita carik langsir duluuuuuuuuuuuuu…..
**gambar dalam entry nih semua pakai canon kecik except yang last photo guna Canon DSLR Sirman.
RM Recent Comments