Oct 17 2011 Monday, 12:05 pm
myemail.my – Yet another FREE email?
48hours sponsored post.
What??? Another FREE email? Berapa banyak FREE email nak pakai ni?
Kan baru-baru ni kecoh yang kerajaan Malaysia dengan kerjasama satu syarikat swasta kini giat membangunkan satu email system untuk kita rakyat Malaysia. Khabar-khabar angin ada kedengaran yang email ni kena bayarlah, wajib registerlah dan bermacam-macam rumors lain yang membuat kita tertanya-tanya…
So few days back Tricubes Berhad, syarikat yang bertanggung-jawab menyediakan platform email untuk rakyat Malaysia ini telah membuat media briefing untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan jelas apakah sebenarnya myemail.my ini.
First time aku dengar company Tricubes Berhad ni. Rupa-rupanya company ni dah bertapak lama dah sejak 1997 lagi dan telah tersenarai di BSKL. Focus utama dan expertise mereka adalah di dalam area Enterprise Mobility, Identity Authenthication dan juga Secure Access & Automation. Antara key projek mereka termasuklah Hong Kong Special Administrative Region Government, Orly, Paris Airport, Mobile Banking Pin Issuance dan Malaysian Government Multi-Purpose Card. So bukanlah company tangkap muat jer ni.
So back to myemail.my, apa keistimewaan email ni? Myemail ialah perkhidmatan email yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia kita berhak mendapat akaun myemail ini. Pendaftarannya pula mudah dan kelulusan adalah dalam tempoh 24 jam. Ada kelulusan ya, bukan register terus dapat guna ya.
Apa yang bagusnya tentang akaun myemail ni ialah korang boleh mendapatkan berita terkini atau acara-acara kerajaan terus ke inbox korang. You’ll be the first to know if there is any government initiative, perkhidmatan ataupun dasar kerajaan yang baru.
Tapi apa yang pentingnya, myemail ini adalah percuma, selamat dan convenient serta ditentusahkan. Ini adalah kerana kelulusan akaun myemail ni adalah diluluskan oleh pihak JPN sendiri.
Selain dapat unlimited email storage, korang juga dapat 25GB free storage untuk simpanan dokumen ataupun photo disamping dapat menggunakan online Microsoft Office application secara percuma. eBilling pula memudahkan kita untuk membayar bill juga untuk mendapatkan statement dan notis terus dari inbox. Imagine berapa banyak kerajaan dapat jimat kalau semua bil, notis ataupun statement dihantar secara online…
Lebih menarik lagi, myemail secara exclusive berkerjasama dengan few partners memberi potongan ataupun diskaun yang hebat produk-produk mereka. Contohnya JackCow yang menawarkan perkhidmatan discounted coupons, akan memberi lagi 8% rebate khas untuk myemail users.
Orait, aku dah register dah. Korang bila lagi? Tengok acknowledgement yang mengatakan application aku tu akan diverified oleh JPN sendiri.
Dang!!! Kena reject la pulak… Aku rasa aku letak nama Redmummy kot hiks…
So remember, Nama dan IC kena sama exactly seperti di MyKad! Tak boleh pakai nama-nama nick semua ni. That’s myemail.my 🙂
Khidmat pesanan masyarakat myemail.my is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments