A visit to National Library of Malaysia

Ini one of the impromptu plan, takde dalam list to go/do during the school holidays.Oh kita memang ada list, bukan aku ler, anak2 yang but list tu. Banyak makan duit betul list2 depa tuh hahahahaa…jadi tak semua le makpak ni akan ikut pun, kita pentingkan mana2 yang depa nak teringin or tak pernah pergi sangat.

So aritu plannya pi National Library. Adik aku pun memang kerja sini.

 

IMG_0858

tapi kita datang dah lambat, theater depa dah abis le pulak, habis tu adik aku pun tak bagitau. seligi dia sudah. So datang2 untuk pinjam buku bagai je lah and explore the library.

IMG_0862

ini makcik Zhafira yang ke main skang rancak ko yek….anak my adik too.

IMG_0867

ko tengok mulut kak gayah dia buat hah. hehehehe dulu dia sokmo gak dok umah aku kalau makpaknya ada hal, tapi tu ler, antara aku or laki aku, dia nak melekat ngan laki aku jer……kadang2 berebut dengan Zeeshan nak dok atas riba CikMi nya, kalau naik kereta pun, dedua berebut nak duduk depan ngan CikMi gak.

adiknya pun ada sama, baru nak ber’kaki’, jap2 jatuh…takde pulak gambarnya sini.

IMG_0890

oh ini selepas beli kain baju sekolah punya entry hari tu, baju pun sama, muka akak ko je yang lain sikit coz aritu nya entry tak makeup langsung, dah dalam kereta baru touch up kan..tu gunanya aku ada tempat make up merata. so ni aku ngan RD ngah carik buku untuk Zeeshan, boleh pinjam 6 biji.

Sebelum tu kena le jadi member ke register bagai, kat atas (aku tak naik atas tu, bapaknya ngan abang kakak jer pergi).

IMG_0895

That s my youngest brother, kalau hangpa pi National Library, bahagian kanak2 tu, hah if nampak ustaz ni, hah kem salam ler. Adik aku dulu ni nakal senakalnya, alhamdulillah, anak soleh skang ni. Allah bagi hidayah dalam pelbagai cara. eh bininyapun ada sama gak, tapi tak boleh dah letak gambar. Seri namanya. Apahal aku buat introduction adik badik plak nih.

IMG_0900

Zeeshan tetiba ada kawan, gf pulak tuh. Tua sikit dari dia, tapi dengan anak dara ni ler dia dok berkepit, pusing satu library dalam nih. Bila budak tu balik, boring je Zeeshan takde gang dah….

ko tengok le bebudak kan, tak kenal tak apa, kalau dah ngam, terus jadi kawan, cakap biji butir tah hapa, tapi depa je lah paham. Asal happy, dapat main gelak2 gitu ler budak. No masalah langsung.

IMG_0901

Lepas dah pinjam bagai, for kakak and adik. Untuk abangnya kena naik atas, tapi masa dah suntuk. So kita nak pi makan, adik aku ajak makan kat Kampung Baru. Since kita pun takde benda nak buat, bolehlah menebeng join sama.

IMG_0904

semua orang kena bend down coz si kecik tak nak bergambar. Eii budak ni…

IMG_0907

dia memang payah betul ler nak posing bagai, ikut mood. Kadang2 tu kalau dia nak, hah siap selfie le 88 kali, tapi kalau dia takde mood, kena paksa le bagai pun, ni pun sambil bergambar dia dok jerit i dont want i dont want i dont wantttttttttttttt

IMG_0918

So kami makan kat Kampung Baru ni, jual ayam penyet. Adik aku cakap kalau tak nak ayam ada ikan keli. Memang betul wei, sedappppppppppppppp!! aku gatah tang ayamnya, memang sedap, tu pasal pastuh laki aku order lagi satu set. Abang kakak makan laksa, but pastuh depa pun tibai gak ayam penyet, yang moksunya tak makan habis. Tiada dalam gambar ni my adik ipar and anaknya. Adik aku pulak pi cari parking ke pusing mana tah, sampai dah food sampai pun baru dia datang. Hujan lebat pastuh.

Kemudian kita ingat nak datang balik, dah tak tau jalan hahahaha hangpa tau le kampung baru tu banyak jalan tikus. Ini pun ikut belakang kereta adik aku yang sampai, if not memang tak de maknanya ler nak tau tempat nih. waze tak jumpa kot, kedai2 kat kampung baru tu kan kadang2 celah2 rumah orang pun ada gak.

But memang sedap. Harus datang lagi nih.

Eh pergilah Perpustakaan Negara Malaysia, sesambil pinjam buku, ada pc computers maknek sume ada. Aku tak naik yang bahagian atas, cukup le masa muda belia dulu ‘dating’ kat situ hahahaa (oi dating kat library, berilmu gak ok!) ….jadi skang biarlah sampai ke bahagian kanak2 je.

 

 

Comment: 6