Mar 7 2012 Wednesday, 10:00 am
Penjagaan EBM (susu ibu)…
Jangan betulkan page ko. ni bukan jual askrim yek, ni semua susu badan mak merah (EBM). ni baru 2 baldi yang kita kuorkan untuk membuat penyusunan yang lebih kemas dalam chest freezer. First few days pas beranak, aku ingatkan susu aku takde le melampau ke main banyak cenggini, dulu2 anak pertama dan kedua pun banyak tapi aku takdelah sampai nak beli chest freezer kan. Gamaknya tu pasallah Abang and Gegirl hanya dapat menyusu badan till up for 6 months sahaja.
Jadi aku ingat anak no 3 ni, production tak banyak nau, so aku pun order jer beli bottles. utk simpan semua stock EBM. sekaliiiiiiiiii, makin lama makin banyak dan banyak dan kita perlu lebih economic dengan menukarkan kepada plastic storage pulak. Kira2, aku dapat simpan EBM dalam bottles gitu about 80-100 bottles. out of that 32 bottles kita hantar kat umah mak aku, tumpang freezer sana coz masih berdegil tak nak beli chest freezer. Tapi kemudian bila keadaan makin kritikal, we bought the Elba chest freezer.
Percayalah, gambar2 yang hangpa tengok nih hanyalah separuh dari apa yang anda lihat. Cos as of entry ni kuor, aku tak mampu nak amik lagi gambar baru utk kepenuhan chest freezer nih. adalah ruang sket lagi boleh letak 2,3 bags ayam nuggets aku.
so anw, cerita EBM, aku pump setiap 2-3 jam. Tapi skang aku pump hanya bila dah tak tahan meledak bengkak sangat coz aku dah kembali bekerja. ni lah masalahnya bila dah kerja, kita mula ngelat dahulukan pumping nih, hari pertama kerja aku bawak Avent pump yang manual, tapi kemudian kerja aku jadi lambat coz i cannot multi, bila manual kena dua dedua hands yet kalo sambil pumping tu aku bley gak multi on my left or right hand tengok bb and checking works.
So on the 2nd day onwards bekerja aku angkut all the letric dual pump aku. again saya pakai Avent brand. memang untuk dual boleh single pun boleh. Selain dari itu aku bawak jugak cooler bag, 2 bijik. They are from Medela and Tollyjoy brand. Dalam cooler box Medela tu ada siap 4 storage bottles + icepack but for Tollyjoy aku hanya ada icepack jer. Memang tujuannya gitu gak.
takde nya aku pakai semua nursing bags aku, wa sauk Prada hitam gak muat semua maknek pump + 2 bijik cooler bags. Earth Mama nipple creme tu memang membantu sket, nipple ni kalau dah asyik pump + bfeed memang melecet ko!!
Pastuh aku bawak Autumz storage bags. Lebih practical so nanti bila balik tak yah nak transfer from the bottles to the storage bag. Hidup orang takde maid, anak 3 pulak tu aku perlu hadkan masa dengan lebih memakai short cut.
Cuma hari2 agak sakit bahu le bawak banyak bags. handbag lain, bag pump lain. Aku usung hari2 bawak in out the Avent pump and 1 cooler box tinggalkan satu kat opis just in case another 1 box aku dah bawak balik rumah. Tu pasal aku buat back up 2. kot lupa pun the next day ada lagi cooler box stand by – ice pack. Cooler box ni tujuannya untuk mengtransferkan dari tempat bekerja + event venue dan terus ke rumah. Ataupun dari office terus ke rumah. Supaya nutrisi susu ibu itu tidak hilang khasiatnya.
btw, wpun kita bergerak merata, ada yang main cincai2 je basuh pump/botol tuh kat opis, luar rumah. so belilah container kecik utk bawak liquid cleanser for basuh bottles tu yek. kalau macam dari brand Pureen nih ada siap untuk travel size so aku bawak ni ler kulu kilir yang kat opis yg berjalan sama gak. kalo abih ko refill je balik dr bottles besau tuh. balik rumah boleh je seround lagi basuh and sterilize kan. Kekdahnya kalau dah berpump sampai 4,5 kali kat luar takkanlah tak bercuci bottles pump tu setiap kali selesai pumping kan…
So anw, pas pump masukkan dalam storage bag, then letak di bahagiaan bawah peti sejuk, untuk mendapatkan sejuk peti ais tu dulu. for few hours pun takper dah cukup then boleh transferkan ke bahagian beku di atas. Masukkanlah bape sukatan ko nak letak dalam storage bag, tapi sebelum transfer susu dalam storage bag, pastikan markerkan dulu buat tarikh dipumped and jugak jumlah oz setiap bags tu yek. aku kdg2 tak letak pun oz cos dah beratus kan so dah naik terer, letak tarikh jer.
Setelah keras membeku, transfer pulak ke chest freezer, my case at least lam satu hari sekurang2nya 6-8plastic bags digunakan. Pas dah hantar ke chest freezer, keluarkan lebih kurang 10bags yang tarikh awal2 untuk digunakan pula apabila kita pergi bekerja. Macam kata skang bulan 3 kan, so aku akan kuorkan yang tarikh awal January punya stock up and untuk dipakai oleh RB bila maknya kat luar kerjalah.
Cairkan EBM dalam bekas air, tak kisah air apa asal ko jangan cairkan dengan air panas!! Setelah dicairkan, susu tu kita transfer ke dalam bottol ikut sukatan. So biasanya aku akan buat 4-6 bottles per day coz aku takut aku pulang lewat malam, at least dah semuanya tersedia. Masa pindahkan EBM ke dalam bottles jangan ko goncang ye susu tuh, biarkan jer, kalau nampak macam berminyak pun takper itulah lemak2 susu badan si ibu.
direndamkan begini dalam air kemudian letak dalam peti sejuk bahagian bawah untuk ditransferkan ke dalam botol
Begini bila kita dah pindahkan ke dalam bottles, macam nih aku tak cairkan dalam air, ada sedikit cair2 keras tp aku dah siap2 transferkan dalam bottles and susun dalam peti ais bahagian bawah. Bila nak minum jer nanti baru panaskan dalam warmer or air panas. Hanya bila nak diminum sahaja which takes about less than 5 minutes untuk kita panaskan. Pun pastuh tak yah ko goncang. EBM di dalam botol adalah tidak perlu digoncang ye.
For RB, siang memang banyak tidur, tapi kalau dia bangun je mulut terus menganga nak susu, so sebab tu aku tak buat sekali full oz, memang ada yang letak sampai 4oz, pastuh ada yang 3oz, ada jugak yang 5oz. baya dia yang baru 2 bulan lebih nih banyak tidur je. ikutlah nanti bila dia makin besau, kita tambah lagi setiap oz yang ada.
Bila aku ada memang tak berbotol2 bagai nih, tenyeh je kat maknya senang. and dia akan purata bangun malam for bf lam 1-3 kali. Kadang2 memang tak dibagipun bottles if aku ada, terus direct feeding unless kalau nak bagi anak2 or RD merasa susukan depa over the weekends ha barulah kita bagi pakai bottles.
FYI kalau korang pump and nak campurkan yang belah kanan dengan hok belah kiri, no problem. coz suhu badan ke hapa waktu tu memang sama. tapi jangan ko campurkan yang susu pump semalam ke pump hari ni pulak. Susu badan yang dah dipumped kalau tak letak lam peti ais, untuk terus dipakai boleh bertahan for up to 4 hours. Tidak perlu dipanaskan. EBM yang dari freezer can up to 2 hours setelah dikeluarkan dan diwarmkan. EBM yang dari freezer turun ke peti sejuk bahagian bawah can last for 24hours. Paham tak nih? kiraan waktu perlu diutamakan yek coz tak nak susu yang kita bagi kat baby tu takde nutrition and paling takut terbasilah pulak.
aku suka tak nak letak banyak2, biar max 4oz. takut pembaziran coz baby ni lebih banyak je tidur, then dia dah minum tak habis dia sambung balik tidur. so takpe biar kurang tapi nanti boleh je amik dari setiap botol yang telah disusun didefrostkan dalam fridge bahagian bawah tu.
ini stocks yang korang kata banyak? this gambar atas nih adalah stock sampai end Feb sahaja.
Sebenarnya as of today, tinggal suku je kapasiti chest freezer ni tinggal. aku dapatlah tumpang nuggets/ayams simpan sket je dalam nih, lain sume dipenuhi dek EBM. So worth it for us to buy the chest freezer. Nampak cam jual aiskrim hhahahah, Allah murahkan rezeki badan aku hah. Sapa nak jadikan aku ibu susuan, hah meh meh….ai ok jer.
untuk breastfeeding pulak, kalau kat public dah takde nursing room aku akan carik gak corner private area untuk bfeed. and of coslah pakai nursing cover. ko ingat kita macam zaman dedulu ke yang bukak seselamba je depan orang ramai kasi netek kat anak. bukan kita yang malu, orang yang lalu lalang tu yang malu segan woiii….
Kesemua kain nursing cover aku, anak2 panggil ‘apron’ ahaksss
RB so far memang dia rimas betul bila aku pakai nursing cover nih, hangin je dia….but what to do kan, dah ko mintak susu jam2 tu gak, kenalah mak ko tutup.
Satu pengalaman baru buat kedua anak2 coz depa dapat merasai dan melihat bagaimana diorg dulu masa baby, lebih kurang je ngan adiknya tuh. Skang bila aku suka ha nak susu tetek mummy tak/ eii geli geli tak naklah mummy. ooo skang ko kata geli yek, dedulu masa baby, meraung2 tak dpt susu mak ko ni ha. Sampaikan bila susu badan mak ko dah habis pun ko meraung2 tak nak susu formula. Skang..eksyen korang yek!
I dont remember i ada citer tak, antara kejadian tragis susu badan for anak2 aku dulu, si kakaknya Gegirl. Aku dah mula kerja pastuh dah 6 bulan susu badan aku dah kurang pulak, jadi tak dapatlah banyak pump kan. Bila kat rumah masa tu neneknya jaga dia, dia punya meraung tak nak susu formula, dia nakkkkkkkk jugak susu badan. Aku pulak baru pump pagi tu kat opis, ada ler dapat stock pun tak banyak, tapi mak aku dah bising yang Gegirl memang menangis2 tak nak susu lain.
So dalam keadaan darurat terpaksalah aku anto runner, dia tak tau dia kena anto EBM kat rumah mak aku. Aku bagi tips and packed suh dia cepat2 pi anto, aku harap mak aku diam2 sudahlah kan. sekali budak runner tu datang mak ajah ‘syukurlah ada jugak susu badan ni, nasib baiklah ko hantarkan nak’
Gulp…
balik tu dia tanya aku ‘kak red, ko suh aku anto susu tetek ko ke tadi kak???????’
ahhahaha…sorry le jang, akak dah darurat. anak akak dah meraung tak dpt susu tu yang terpaksa gak hantar. Mak akak pecah lubang kat ko pulak!
Kak…tak pernah2 aku kerja jadi runner kena hantar susu tetek kak oi!!
Hiks…pahala 🙂
Untuk pertanyaan apa yang aku makan sampai terhasilnya susu badan yang banyak tuh, sebenarnya aku rasa bukan soal ‘apa yang aku makan’ tapi soalnya ‘apa yang aku elakkan makan’. ni aku suspectlah coz ai m sure apa yang aku makan, korang sumer pun makan gak but ada benda yang banyak aku tak makan specially aku pun baru bersalin.
satu lagi mungkin kerna genetic gak kot, atau entahlah dari zaman abang, kakak and goes down to RB, alhamdulillah susu badan aku memang overloaded. Cuma tu lah bila dah back to work, both abang and kakak hanya dapat disusukan up to 6 bulan sahaja. For RB, aku teringin sangat nak dapat setahun or more…harap2lah.
Rahsia lain, ada dalam s/post yek. tunggu tu kuor.
EBM stocks as of early March 2012, dah nak penuh chest freezer! bawah2 tingkat bottles tu ada bertingkat2 lagi EBM dalam plastic
Entry ni from time to time aku akan edit coz ni pun kat seminggu buat pastu stop, dok ingat apa yang nak dikongsisamakan coz aku pun google gak masa baru beranak arituh camne nak simpan balik susu2 nih. Btw, storage bags yang plastik ni pas pakai ko jangan le nak repeat pakai balik, terus je buang. but bottles tu dont worry memang bolehlah pakai balik pas ko cuci bersih and sterilize kan. Oh kalau nursing pad pulak pun aku pakai few brands, baik yang disposable mahupun yang washable. Wajib pakai semenjak dari melahirkan RB lagi till now.
Percayalah, selesai je penyimpanan EBM, aku akan jual lelong bottles, Avent pumps and segala mak nenek barang baby bila RB dah habis tak pakai ler kan…
kalau nak kongsi2 sama ilmu, soalan boleh je kat sini gak. Kalau aku lupa ada yang aku nak tambah pun aku akan edit kat entry nih yek….i memang pencinta memberi susu badan pada anak-anak. Pemberian susu menggunakan bottles hanya apabila aku bekerja and bila RD, Abang or Gegirl nak susukan RB. if aku ada most of the time he will get a direct feeding from me. Bagusnya, ko tak yah nak cuci botollah, ko tak yah nak pi panaskan segala, tenyeh je kat mulutnya.
But dalam direct feeding, kadang2 susu kita ni bisa so bila kena tertenyeh kat muka/pipi baby, akan naik ruam. jangan risau2 pasal tu, that s not permanent. Mintak kat doctor, akan bagi satu ubat krim ngelakkan merah2 pipi dek terkena susu dari maknya, namanya Ceradan.
Sepatutnya bila kita pumping, hendaklah dengan tenang dan enjoy, aku kalo kat rumah relaks a bitlah, pump sambil tengok tv. tapi bila kat opis ya rabbi mengantuknya sambil nak tunggu pump tuh, coz buat dual kan. Kadang2 kat rumah aku pakai manual pump Avent tu gak, so ha tu kalo aku pakai siap boleh jalan2 pi buat kerja, susun baju RB lah, kemas2 meja make up lah, yang light2, siap pi kuor masuk dapur tu sambil pakai pump manual tuh. Yelah, nak multi kan.
Bila orang tengok macam remehnya hai ada EBM nih, nak panaskan nak sejukkan, nak defrostkan lagi ler, tak tak…sebenarnya apabila kita buat dengan kasih sayang, dan tanggungjawab. momantai jer nih… Majulah susu untuk ibu dan anak 🙂
RM Recent Comments