Imaninaiklil
 

Cake from the Delicious Cuppies…

IMG_3955

belated birthday girl baru nak makan kek….

perasan tak aku mana ada letak gambo2 kek ke hapa masa my celebration arituh, ater Sirman tak belikan :)

IMG_3958

dan banyak juga sejarah aku memang jarang dapat kek dari readers mahupun dari sponsor, tak tau lah napa, depa sokmo sponsor Sirman and anak2 aku jer…dan kebiasannya pun aku tempah kek untuk anak2 jer, coz diorg suka kartun matunn…

IMG_3978

tu betul2 yek nak potong….nunggu Abang and Gegirl nyanyi sampai 3 versi lagu birthday, english, malay and mandarin song…

IMG_3977

tapi memang keras sket kek nih coz baru kuor fridge…aku dapat amik kek nih dah lepas tengah malam, so terus simpan fridge and siang nya pun kitorg leka ngan hal lain…pusing2 akhirnya malam baru dapat yey PARTY!

IMG_3980

Semua sama merasa…suku aku potong sket bawak pi opis leh makan ngan depa, suku lagi sket untuk family mak aku, sket untuk Gegirl bawak bekal..sket lagi untuk kami makan di rumah. …

IMG_3983

budak yang paling kemaruk ngan kek! eh ni chocolate + cheese cake…

IMG_0231

tak berapa besar, tak tau lah bape kilog nih tapi sesuailah untuk keluarga kecil aku, itupun aku leh agih2kan ngan ramai2 untuk makan kek nih…

IMG_3953

Thanks to Delicious Cuppies…!

Categories : Birthday, RedMummy

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

The day i became Kak Blue…

IMG00805-20100707-1412

lawo kan lawo kan? tak kira kena gak puji lawa…i love the blue. ada jugak black tapi aku avoid dah kaler2 itam putih nih. tak boleh dah aku nak sarung kaler2 tuh, too many oredy….kalau yang bertudung pakai nih pun boleh, sopan jer nampaknya but kena pakai inner lah. aku pakai tube pun nampak see through lengan so molek kalau yang bertudung pakai inner, and tudung tuh kasi tutup2 sket dada, kalo takkan lagi ketara nampak buruknya ghoman inner tuh.

ko paham ke aku cakap nih. alah tak yah belilah, leceh nau korang kang kalo nak berinner2. pi beli kain , bawak tailor, tiru je design. the bow kat leher tu leh adjust baper besor kecik ko nak…n the best part, the material of the top, bisa bikin kita jadi slim power rangers…

sampaikan Datuk Muhammad Ensem yang lalu akan terteleng2….

cakap pasal Datuk, aku smalam panggil Sirman Datuk dalam email, dah dia buang tebiatkan aku…ngeh. aku kan mereng :)

IMG00797-20100707-1304

went to meet my Abang Fesyen’s, known as AF je dalam RM nih. he got the ole2 special from London and  Paris, Lancel key chain holder, Hugo Boss necktie, fridge magnets… hah benda2 tu jer. dia special, so for special fren got the special item.

IMG00799-20100707-1314

ko over, nak jumpa Redmummy, datang bawak bag merah yekk! ini Coach brand, bag nih untuk lelaki, documents bag, pompuan pun boleh bawak gak. janji merah tuh! merah, gilo ko tak cantikkk!! oh gamaknya mimpi tafsiran tuh, aku nak jumpa kawan aku ni kot, dia kan bawak Coach, tapi dia bukan ex bf aku dulu, and dia jugak tak bagi pun satu hapa hbag Coach kat aku pung…

IMG00801-20100707-1318

kalo dulu aku heboh cakap pasal curry chicken yang famous kat Santini, unfor dah takde dah menu tuh. setahun, 2 taun sudah abih. so now aku rasa boleh tahannya curry chicken, u can find it kat Aseana. kalau nak kick, amik set yang hok ngan air bandung + kangkung belacan. kaw sedapp…the set is RM32 (nasi putih, chic curry, kangkung belacan + air bandung).

kangkung tuh untuk 2 orang makan pun cukup, so nanti ko add jer satu plate of any menus yang ko nak, ada asam pedas, ada masak kurma kot…aku sokmo makan sini tukar2 menu. tapi kalau kami ramai2, one of us will take the set coz we wanna the kangkung belacan. dia tak jual single lah kekdahnya. but bear in mind, we dont eat in this Aseana like everyday kay, kalau ada client’s meeting, ada meeting sana sinun, sini tempat yang wajib yek.

nak jimat kalu, level 2 and 4 jer…

IMG00803-20100707-1320

i love this blue top….it s blue, yes, but the blue is so outstanding! sebatu aku jalan, kawan2 aku ‘mak merah, cantiknya biru makkk’ . tutup ngan gambo blue top nih lagik…iskk aku memang suker kaler2 garang2 nih…Jai ada in one of the comments aku ni garang ke sebab suka nau merah, aku memang garang worr! garang dah serious jenis strict nya pompuan. betul…

tu pasal kaler pun aku suka yang garang2 jerr….sinonim ngan personality.

Categories : Aseana, Lunch, RedMummy

Udahlah mahal, tak user frenly plak tuh!

IMG00589-20100629-1347

RM99.90!

gila mahal…tak masuk charger keter lak tuh. sib baik aku dengo cakap orang pi beli kat Wisma Central, wpun cokia tempatnya, wpun jauh nak menapak ngan catwalk pepanas, tapi sangat best coz harganya jauh lebih rendah dari yang mahal camnih. harga nih, double dari price yang aku dapat.

bunyiknya macam sedaplah….mahal tapi beli kat klcc!

weii, wa keje kat klcc, tak heranlah aku ngan bunyik ‘beli kat klcc tuh’. nikmat berjimat lagi molek dari aku pi menebeng bayo memahal kat sini….

aku jenis yang suka ada benda extra. macam pengepit uban contohnya, aku suka ada kat banyak2 tempat dan bilik. dalam keter pun kena ada. ha gitu. kalau ada satu je kang gagau2 ilang dah tak tau nak carik kat ner, at least feeling nak suh gegirl cabutkan uban lam keter, ha mende kepitnya dah ada. tapi taklah semua benda nak kena ada multiple, ko gila lah kan kalau nak beli keter sampai 8 bijik kot nak senangkan hati.

Categories : RedMummy

One Secret…

IMG00638-20100702-1417

Verona PM

can i tell you one secret?

the secret is…

saya benci diaaaaa so so so much!

the ‘dia’ could be anybody :)

could be ramai, could be ko sorang, could be berpuak2….

entahlah 2,3 hari ni memang ngah mood menyampah…bawak bulan kot, eh bawak perut gamaknya…atau mungkin ngah musim2 berhati jiwang lara, ramai kawan2 bloggers budies aku ngah ada masalah lah wei, so i feel the pain too. kita tak discuss openly lam twitter, but we bbm. that s the beauty of having a group of bloggers buddies dalam bbm.

Categories : RedMummy

Protected: Designer collections from Europe

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments.
Categories : RedMummy

Leaving London to…

IMG00412-20100617-2159

baru nak naik flight

IMG00411-20100617-2158

ok lah letak gak gambar dia….pun baru nak naik flight

IMG00416-20100617-2319

So anw, aku and Sirman kuor London, menyambung perjalanan Europe trip kami. wuii jangan ko tak tau, orang kampung ko, pi berjalan sendiri kat europe, bukan tajaan mana2 ek macam budak yang belajar kat Jepun tuh! ha yang start benda nih budak  tu umur 24 tahun, belajor kat Ehime Jepun and sorang lagi UIA. details depa panjang lagi, just becareful of what you tweet! amik gambo mulut ke main muncung2 lagik, ingat paling cun dan lelaki terpesonalah tuh? pirahhh!geli aku tengok gambar2 diorg nih bila depa tunjuk..at least aku travel tak pakai kasut tinggi 5 inci (eh eh, mesti nak cakap – saya dah biasa la kak red pakai gitu) so what kalau aku pakai apa yang aku nak pakai lahanad?? pelik aa, yg sorang tu ke main baik depan aku tapi belakang dah sama perangai you know i knowlah kan sapa2 tuh….

UDPATE:

aku ada sorang reader yang agak annoying di France lah. dia pakai komen nama yang sering bertukar, but we know she is from Nice, France. dik – can u just pls stop commenting and read RM if you think i m so annoying lady to u. tak pernah satu komen ko pun yang membina and your comments showing ko punya benci sangat ngaan aku. Dok je lah kat France tu dendiam, kalau study, molek2, kalau berlaki, jaga laki ko and stop hurting people in RM nih. i must say, i hate reading your comment walaupun ko cuba nak guna pelbagai nama. Dok diam je ek kat France tuh…. we know you are lonely in France but giving shit to my blog, is not helping your loneliness :)

yang budak tweet pasal aku and study kat Jepun tuh, yang budak2 ni panggil dia Budak Dangdut…sebab namanya sama ngan penyanyi dangdut lama kita tuh…and budakyang pi RT belajar kat UIA tuh pulak, different story. dok kutuk orang kampung pi obersi katanya sangatkan….

eh eh dah sampai, ikut tangga easyjet yang belakang tuh… (nasib ko baiklah, coat merah aku tuh, aku dah shipkan, kalau tidak, berbulu je ko tengok aku pakai lagik)

masa nak naik, kitorg masuk ikut pintu depan, sekali number seat kat belakanglah pulakkkk, tau ikut je tangga belakang. aku ngan Sirman lak duduk depan belakang, tak side by side, couple sebelah Sirman punyalah beromen2 bercium2, jap2 kelecup kelecup kelecup. ni Sirman lah yang citer, aku tak nampak. berbulu je Sirman ahhahah…takde gambar coz aku masuk je lam flight terus kong tidur.

easy jet is one of the budget airline kat London, mcm air asia gaklah, but dia punya airport lagi kelas and sangat teratur. lalu kat bawah scanner imegrisen London, boleh berbunyik2 plak badan aku heh, tah apa yang aku tak cabut gamaknya. kasut belt sume dah cabut. wayar coli kot yang buat bunyik. eh ada ko, tak pung spender korang pakai tuh pun leh buat bunyik.i work in KLCC mar, bertahun2 kena buat scanning nak naik opis, so dah tau apa pantang larangnya.

so gitulah

kami sambung perjalanan percutian yang tidak mendapat tajaan mahupun biasiswa dari mana2 pihak ini pula ke tanah jajahan yang lain budaya lain resminya… ;)

Categories : RedMummy

Dating di malam yang sama…berlainan lokasi

IMG00117-20100607-1710

Gegirl was sent by my BIL to KLCC, after work gitu…it s a school break, klcc penuh tol ngan orang2 bawak anak berjalan merata….sama lah juga ngan aku ni hah. First place to visit is the toys section in Isetan. She pusing tawaf…tengok apa yang dia berkenan…

IMG00118-20100607-1711

tengok2 kot ada yang nak dicapai…

adik tak nak tengok kat sini, nak yang kat Toys r us lah mummy, yang tempat hari tuuu…

Ok mohlah kita….

Memang aku dah agak dia nak ke Toys R Us jugak…coz dulu pi tengok wayang dia dah berkenan ngan katil baby doll tu yek.

IMG00130-20100607-1733

masuk je Toys R Us, tak amik masa, dia tuju carik the bed of the doll, tapi takdak pulak. so dia pusinggggggggg satu kedai, apalah aku nak pau mak aku nih...lama kay! dahlah tangan aku pun bawak barang, hbag takpelah leh shoulder, ada tumbler air aku lagi. isk budak nih…

dah dalam 20min pusing merata tak tau nak beli apa, aku ajak dia kuor jap coz aku nak carik port duduk. rehat kaki sat. dalam nih takdak kerusi langsung nak duduk masalahnya….

IMG00134-20100607-1757

sambil2 aku duduk tengok dia main menda nih tah apa namanya lah but inilah yang dia dok layan. aku tak masukkan duit pun, dia cuma naik dok nyanyi2 sama….seronok btol Gegirl…lepas dah rehat lam 10-15min, patah semula balik ke Toys R us. aku mohon sangat dia pilih cecepat..amende lagik yang ko nak.

IMG00137-20100607-1802

nak ni lah mummy.

manghaik besarlah, camne nak bawak nih?

alah Gegirl boleh bawak, ringan jer…

IMG00142-20100607-1805

set rumah nih ada 2, pandailah pulak dia amik yang mahal. satu lagi tuh RM99 murah sket. tp menda2 dalm rumah tu macam kurang sket lah. so berjinjinglah yer dia bawak My Happy Family set. but sampai sudah aku yang kena bawak, sian tengok dia bawak abih orang berlanggar ngan kotak toy nya.

IMG00144-20100607-1842

had early dinner kat KFC, sblh tu jer lah. malas aku nak pi jejauh. itupun aku ajak jalan lagi pi tengok baju suor mummy ke, laju je dia ajak makan. oh tau lapar…time pilih rumah menan ko nih tak lah  pulak tau nak kelntung perut tuh….

IMG00148-20100607-2010

sampai rumah dia lah bukak sendiri, dialah cabut, dia lah decor kan rumahnya…

IMG00149-20100607-2046

udah siap….

IMG00151-20100607-2126

abang pun dalam malam yang sama pi dating ngan apaknya jugak…ini hasil dari apa yang dia dapat ngan bapaknya…apa ke menda nih  ek, macam lampu untuk waktu malam lah. bercahaya kaler biru. bolehlah tu, kaler biru pun fav kaler dia gak.

IMG00165

they went to Jusco pusing sana sini main macam2….kira dalam malam yang sama, aku dating ngan Gegirl, Abang dating ngan Bapaknya. di 2 lokasi berbeza, sorang kat klcc sorang kat jusco. ok abih dah utang. lagi 2,3 bulan kita buat lagi project dating macam nih. skang ngah cuti sekolah kan, so bolehlah spent kuor gini…

IMG00179

Special request from Abang pulak dah berapa hari dia memang nak makan pizza. melekat lah 2 boys ni pi makan pizza sesama. Aku n Gegirl balik umah dulu, tapi diorg balik ke main lambat. i hope this dating  project bersama anak2 yang berlainan waktu dapat dikekalkan sampai depa besar…

cuti sekolah takde plan pun nak bawak ke mana…korang plan bawak anak2 ke mana pulak. tapi bestnya cuti sekolah, jalan tak jemmmmmmmmmmmmmmmmm! best lar, tapi jem kat dalam KLCC lah, orang ke main ramai worr!

Categories : RedMummy
 

Switch to our mobile site