Tiada Lama Tiada Baru!

IMG_7805

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan rancangan realiti “Tiada Lama Tiada Baru” mulai 14 Jan ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian dan mencari muka iras artis.

Program sejam itu yang akan disiarkan setiap hari Jumaat sehingga 15 April ini akan menyaksikan persaingan oleh 61 peserta iaitu 39 dalam bidang nyanyian manakala selebihnya dalam kategori iras muka artis.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, program itu akan melibatkan artis lama yang akan bertindak sebagai mentor kepada peserta.

“Jasa pejuang seni terdahulu perlu diberi pengiktirafan dengan memberi mereka peluang untuk terlibat sama dalam industri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan berkenaan di sini semalam.

Seramai 11 artis ikon termasuk Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk DJ Dave, Hail Amir dan Uji Rashid akan terlibat sebagai mentor dalam program berkenaan. – Bernama

IMG_7817

Azwan Ali and Didie Alias sebagai host bersama untuk Tiada Lama Tiada Baru Satu-Satunya

IMG_7790

secara langsung terus pada setiap hari Jumaat malam terus dari RTM1

IMG_7830

Ikon pilihan untuk minggu terbaharu adalah Noraniza Idris

IMG_7797

Tak tau lah masa ni dia memang nampak Sirman/RD or not…

IMG_7851

Ezad Exist

IMG_7792

Noraniza Idris

IMG_7807

Ana Raffali sebagai artis jemputan

Tahniah untuk Azwan untuk perkembangan terbaharu seninya, tahniah juga untuk RTM kerna menerbitkan rancangan yang memberi peluang pada muka2 baru dan juga artis-artis lama kembali ke layar tv.

Untuk yang berminat menonton, boleh ke Studio 1 RTM setiap hari Jumaat 8malam. Thanks RD for the photos, saya tidak dapat hadhir to cover this.

sab sab soi lately ni events skang terpaksa kami pecah 2, RD terpaksa pergi without me, and aku pun ada jugak terpaksa pergi without him. Paling recently pi event meletup2, handbag kat shoulder kiri, kat shoulder kanan pulak DSLR RD yang terpaksa ku jinjit. muahahahhaa!

Ok Tiada Lama Tiada Baru SS, jangan lupa tonton.

Tiada bloggers lama, tiada juga bloggers baru kan 🙂

Comment: 37