Sungai Kuali Camp Site

Sungai Kuali Camp Site…

saja tukar waktu siaran publish entry.

biol sket aku ni, memula nak tu nak ni nak neh.

By the way, our day 2 kat  Janda Baik, sejuk gelegek2 punya sejuk le pagi tu. Kitorg bangun for Subuh sahaja pastu sambung tidur balik. Kata Sunday kan, kadang2 kat rumah aku pun camtu gak, kita sambung tidur balik pas Subuh coz tak rajin le nak kuor jenjalan pagi hazab unless for kerja or events bolehlah, and pastuh pulak orang kerja pagi cam aku ni memang masa ni le nak tidur lama.

3 anak, 3 tahun lebih tak tidur lena (waktu depa lahir sampai umur setaun setengah sesorang asyik berjaga malam je). Lain la laki aku, dia mmg lain waktu, tapi kalau dah Sunday, lagi la dia memang kaki tidur.

So kita tidur, aku kakak adik bangun dulu jam 9 tuh.  Breakfast baru sampai…

IMG_0711

abang ngan bapaknya tu berselubung sesama selimut, dedua aku zikirkan suh bangun barulah bangun.  Kita gosok gigi, tak mandi pun, ngap terus makan. Dahlah tengah sejuk, Zeeshan tu pun memamai, dia pakai sock aku tu, aku sarungkan malamnya coz memang dia punya sejuk mencengkam coz budak cam baya Zeeshan tu ko nak suruh dia duduk dalam selimut? Memang kirim salam le sangat. Takkan dia buat pun.

Breakfast  pagi tu ada nasi lemak, ada mee goreng, ada kuih muih. Huh sedappp….buncit lagi.

IMG_0734

Adik nak swim?

Noooooooooooooooooo

tak sanggup la dia nak mandi, maybe dia dok terkenangkan lagi mandi sehari sebelumnya yang bukan main lagi sejuk tuh.  Abang kakak dah berendam pun masa ni.

IMG_0749

kita duk tepi sungai je lah dik

IMG_0766

bukti aku jejak kaki ke air sungai

bolehlah kira

dari tak jejakkan kaki langsungkan. memang brrrrrrrrr punya sejuk.

IMG_5160

depa untuk pagi tu ada sewa pelampung besar tuh takdelah sakit sangat kaki bila berjalan, yelah air batu sungai bukan sikit kat dalam sungai tuh

 

IMG_0779

apaknya pun malas nak mandi sungai pepagi tuh…aku hok ni mata dah kekuyu dah. Diorg sedap le mandi kan, maknya apa nak buat nih

IMG_5172

eh dah bersalin seluar ko…tapi masih lagi dengan baju tidurnya

IMG_5178

dok je lah kat gigi air

so korang bolehlah pergi yek, kat Janda Baik lam sejam je dari KL tuh. Kalau tak tau jalan pun call je Along, nanti dia guide, macam aku dia siap lukis peta.

IMG_0788

pastu aku tidur hahahahahha!

balas dendam sungguh dapat tidur waktu depa pusing camp untuk cari cacing lah, nak tangkap ikan lagi ler..

IMG_0793

aku jenguk dari tingkap je lah.

speaking of ikan, tak dapat le tangkap. Pakai umpan orang tu tak dapat pastu bila pakai cacing, ikan pandai, dia carik cacing tanpa kena mata kail. Terer ikan dalam kolam tuh. So habis le umpan cacing dimakan dek ikan. Ada guests lain datang dapat jugak tangkap ikan, Sedap bbq terus.

IMG_0798

IMG_0808

IMG_0816Dah namanya pun dok sungai, so kerja kat sini ialah mandi lagi dan lagi. Aku pun tak tau ler depa  mandi ada le sejam lebih. Adik and bapaknya kejap je mandi but abang kakak memang pulun habislah.  Tu yang aku kena bawak depa pi mandi laut gak, diorang kalau air laut, air sungai, pool semua adalah depa punya idaman.

Tapi bebudak memang macam tu lah, aku dulu pun, menjakun gila dapat mandi laut masa zaman kekecil. Skang as kita makin besar, aku paling tak suka air2 gini. Among 3 laut sungai pool aku pilih pool kot pastu baru laut and sungai. Sungai ni dia punya sejuk memang mencengkam sangat.

IMG_0824

Lunch is served. Lauk gulai ayam lah, ikan masin, sambal sotong and sayur campur. Hok nih takde soup, padahal dah cakap kena ada soup coz Zeeshan kan, but depa overlooked kot. So si kecik makan nasi semata je lah, nak bagi ayam masak lemak tu memang dia luek je pulak. Pun sedap dia makan, lapau pas naik dari mandi.

IMG_0832

kita pi jalan tengok chalets lain, yang ni untuk 2 single beds, tapi ada connecting room so untuk 4 orang or untuk share2 single beds tu bolehlah. satu bilik RM100 kot yang nih, i m not sure, or paling mahal bilik kat situ is RM130. Beza chalet aku yang RM120 ngan chalet yang RM130 hanyalah satu tu boleh masak, hok aku punya tak boleh masak.

Expect dok sini jangan berangan nak aircond ke tv sume tu takde.

Tilam bantal pun biasa, idup cara kampung style kan. Kitorg ok jer, as long as anak2 ada pengalaman mandi sungai, agak2 tak tau nak pergi mana pasnih, kita redah lagi Janda Baik. Tapi check le dulu ada bilik ke tak, if not mandi je lah sungai, tak yah tidur sana. Ada jugak gazebo untuk orang berkelah. Nak tidur dalam tent pun boleh, depa sediakan. Groups ramai datang to Sungai Kuali Camp Site nih.

So if mau pi contact Along 011-2194 5395 and their FB click sini.

Chop ko tengok jarak dedua tilam katil atas yang Zeeshan berdiri kat tingkap tu?  Dia dengan selambanya lompat dari tilam kiri ke tilam kanan. Berlari aku menyambut takut jatuh ke lantai. Huh mung ni Zeeshan!

IMG_0839

mak engkau pakai seluar bapak engkau je heh…settled our 1 nite trip di Janda Baik. Simple and aman tenang. Yang penting tak yah nak melawo, tak yah nak make up2 tak yah nak cecantik. Serabai pun tak per. Abang and RD 2 hari dok situ dok balun pakai baju cambodia jer…aku rasa sorang je amik 3,4 lai, mix colours.

Kita terus balik rumah, tak yah singgah memana, lagipun dah lunch pun kan. Lauk pun bertapau sama jugak.

Malamnya aku pergi wedding member aku, tapi tukar partner, bawak Abang. Skang bapak ko main post anak je temankan mak ko kan, dia ada errands kena buat so dia lagi sanggup jaga Kakak and Zeeshan daripada kerja dia tak siap.

I punya pakai lawa2 baju wedding biru hish…tak posting plak kat sini.

Ler cite pasal kawin, wedding adik aku yang dah 2 bulan tu pun aku tak letak lagi entry sini wei!! Ramai bloggers maghi tuh.

Comment: 7

Visit to Janda Baik, Sungai Kuali Camp Site.

IMG_0398

Ini Sungai Kuali Camp Site, kat Janda Baik Pahang nun.

weekends yang abang’s birthday tu, gamble kita redah duduk sungai le pulak

IMG_0410

aku baru habis shot for Samsung

so dengan baju shooting and lipstick merah menyala ler lagi kan…kita sampai sini lam kol 2 lebih gak.

IMG_0416

bersedia untuk menyalakan api

IMG_0423

 

rumah/ chalet untuk semalam duduk di sini. Kecik je rumahnya, tapi ada pangkin area macam balkoni untuk kita lelepak makan etcs.

aku dapat tau tempat ni dari member pastu aku google and booking ler sendiri, bukan under ads pun. Owner tak tau aku ni Redmummy pung heh….

IMG_0418

sedia ler 3 beradik nak berenang. dari chalet ke sungai tu, ada le bape langkah je sangat pun, nak lagi hebat hah dari pangkin chalet ke sungai boleh terus terjun tiruk!

IMG_0431

atap zink and seketul lampu, 3 bijik tingkap and 2 katil yang muat aku and kakak, pastu Zeeshan pun menyelit di katil yang sama

IMG_0434

kita mintak extra tilam bujang untuk Abang and Bapaknya tidur….ini memang kampung style punya holiday nih!

kat chalet ni, sebelahnya ni jugak ada bathroom, pun sejuknyaaaaaaaaaaaaaa bila mandi. no water heater.

IMG_0440

berendam 3 beradik, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hoi air sungai nih!

IMG_5063

depa berempat je berendam, aku memang tak ler kan hahahaha, tapi hari kedua aku letak gak kaki kat air, memang sejuk sangat.

Zeeshan pun tak lama, bapaknya pun sama tak mandi lama dedua tak tahan sejuk. Abang kakak yang bantai mandi, diorg punya venture air sungai ni, sanggup jalan jejauh merentasi air sungai nak dapat feel

IMG_0451

ini minum petang. coz nak makan minum sini kena keluar dari chalet, so aku tak rajin le nak keluar masukkan, so prior to the date tu aku dah suh owner siapkan our tea, dinner, supper, breakfast and lunch. Jadi cukup waktu, nanti owner dan adiknya datang hantar pakai dulang besar ke pangkin kami.

Sangat organized sikit kalau holiday macam ni rather than kuor masuk kuor masuk.

Tapi kalau nak masak pun boleh jugak but chalet aku amik ni tak boleh masak, ada chalets lain yang kalau nak masak.

IMG_0454

adik lapar sangat pas mandi, so dia naik dulu and cari sapadek

IMG_0471

tak pandai lagi nak makan properly but bolehlah, dia memang tak bagi kita suapkan pun

 

IMG_0488

in between kat situ gak, ada kolam ikan, hah belakang depa tuh

IMG_0503

ada gak guests lain so depa main bola. Zeeshan pun nak join main tapi dia not even 3 tahun apa le yang dia tau mainkan pun, tapi sibuk jadi goal picker. jejauh bola tu pergi pun dia lari kejar tolong amikkan….

IMG_0505

abang segan nak join bebudak ni main bola, so kita tengok2 jer lah…to kill off time, kita tangkap ikan pulak

IMG_0529

yeah semua kat situ jugak, chalet ke apa sungai semua around that area, anak2 aku ngan selambanya tak pakai selipar pun. lantak koranglah

IMG_0546

joran n umpan owner sediakan, banyak ikan dalam tuh. Memula pakai umpan yang owner bagi kahkahkah sekor pun tak lekat

IMG_0555

idok jugak dapatnya, dari memasing berdiri sampai duduk, pun tak gak mendapat ikannya

IMG_0571

manonya pak oi ikannya….letih gak budak2 tunggu.

tapi in between depa pergi kejar angsa and ayam.

alah aku tak de le letak video tu kat sini but dalam IG and FB ada. Kelakar gila angsa sekor nih, dia jaga anak2 ayam. Bapak ayam pun tak heran nak jaga anak2 ayam tuh. Ibu ayam and anak2nya asal Zeeshan kejar jer, angsa tu kepak2 kan bunyik mulut dia bising escort anak2 ayam, macam anak2 tu dia punyalah.

Ada satu video tu lagi ler, dia siap marah Zeeshan datang, mendengus dia nak kejar si kecik tu bila Zeeshan dok kejar je anak2 ayam tu hahahahah mencicit dia lari kat kakaknya menyorok. Tau ko takut yek…

IMG_5069

Geram tak dapat ikan, depa pergi cari cacing, tukar umpan. Itu 4 beranak ler pergi. aku tunggu je kat kolam ikan heh…pandai le pulak depa carik cacing

IMG_5108

ini kakak kat tangan dia tu dapat tangkap sekor anak ayam! suka betul hahahahaa pastu aku suh letak kang mak nya or si bapak angkat dia angsa kejar ko kang

IMG_5127

bersambung semula mandi sungai…

IMG_0605

unggun api ni tak nak bagi nyamuk kononnya.

IMG_0618

for dinner, semua dah melapau sangat. Zeeshan tu aku nak ajar dia duduk bersila, tak gak pass2….dia dah kelaparan nak balun nasi

IMG_0612

menu orang kampung

IMG_0629

lepas makan, rehat jap pastuh ada main indoor pulak. coz tv ke hapa semua takde. nak dapat signal pun, putus2 nyawa sikit. certain gadgets ada signal, some takde. jadi ikut nasib munglah.

IMG_0634

so malam tu pulak kita main congkak. semua disediakan by the owner.

IMG_0637

abang kakak memang tak pandai main but pastu depa dah tau rules, terus addicted, siap balik esoknya beli biji guli lagi. Coz kat rumah aku memang ada papan congkak, turun temurun dari family aku.

IMG_5153

itu ipon tutup kat lubang congkak, coz ada 2 lubang terbakar hahahahaha….sonok depa dah tau main congkak nih

IMG_0659

ni apa ke nama games nih, yang main nih, abang kakak. kena hafal apa benda dalam dulang tu, pastu untuk certain time kena tulis balik apa yang kita ingat benda2 dalam dulang tuh. Winner goes to Kakak.

IMG_0673

sambung lagi main congkak, abang vs kakak. ada masa abang menang ada gak kakak menang.

IMG_0687

bapak lawan mak pulak. tengok Zeeshan bila gang (sorang anak buah owner dah balik) dia terus membosan dan mengerjakan kami semua…

IMG_0699

about 10ish to 11pm, supper for family pulak. Habis semua kuih2 malam tu, dok sini melapau manjang coz sesejukkan.

IMG_0704

malam tu jugak kita tidur, awal. hahahaha coz selain letih tapi tak tau nak buat apa. Ingatkan ada nyamuk, walaupun ada kipas. tapi sejuk adalah masalah utama. Oh mang ko, dia punya sejuk sampai ada paginya aku bangun tutup kipas. Semua berlawan tarik selimut. Depa bagi 2 selimut, tapi aku ada gak bawak selimut sendiri, so 3 selimut untuk kami berlima. Abang and Bapaknya berkongsi selimut le kan.

IMG_0481

ini jadual kami kat Sungai Kuali Camp Site, aku yang buat tapi pastu Along (Sungai Kuali Camp Site) yang sediakan, dia le yang printedkan nih.  Simple je, yang rerehat sume tu, means mandi sungai ler dan jugak kejar anak ayam hahahahaa….sonok dok sini. Kalau tak pergi ke Sungai Kuali Camp  Site’s pun, ada lain2 punya sungai or owner yang ada chalet bagai, so korang bolehlah try once a while.

Aku saja nak tukar gini punya trip, sonok betul ler. Kalau selalu membosan gak, tapi tak boleh le duduk lelama, lemau wor tak tau nak buat apa kang.

Shall sambung the 2nd day dalam entry lain lah. Untuk booking or anything nak tanya boleh contact Along 011-2194 5395.  Oh untuk Chalet tu aku bayar RM120 per nite. For memakan pulak aku bayar RM210 untuk semua 5 orang punya tea, dinner, supper, breakfast and lunch. Lauk pauk breakfast and lunch pun siap bawak balik coz banyak balance.  So total was RM330 oh campur lagi seketul extra single bed tu 10inggit, so RM340 lah all. FB depa click sini.

Boleh naik waterfall tapi tu jauh, need dalam 2 hours jalan and dah tu kena booking guard jugak. Takpelah, mandi kat sungai bawah ni pun dah menggeletar kesejukan semuanya.

Comment: 8