TM Home

New stuff for our TM’s house…

IMG_4141

tu dia, belilah katil gini. nak sumbat barang dalam tu pun boleh. atau nak surprise laki ko, menyorok dalam tuh, tetiba memalam ketuk bucu katil...bang bangunlah bang, saya kat dalam katil nih.

melompat pecut 18 terus laki ko. LOL

IMG_4142

so aritu kami anak laki bini keluar, pergi few shops, ada ler lam 3,4 shops (satu destination tu lagi tu memang whole shop lots penuh so kira round up kan satu tempat je lah).

Ini waktu di Ampang.
Skang ni memang stage aku nak beli barang2 rumah ler TM’s House lah. parking dulu so by the day yang kita nak pindah, barang dah boleh terus masuk.

IMG_4145

aku pun tak tau ler nak tengok carik apa actually. Last beli katil dulu masa nak kawin. About 15 years ago. Katil sekarang pun dah memang head dia memang patut kena baling, but biarlah. Kemudian ler citer pasal katil skang nih, pakai ler lagik. Pindah rumah baru memang all new ler kan.

IMG_4151

So kita kena carik frame dulu. Carik yang dah jatuh hati cinta habis. Baru kita pergi carik kat mattress. 2 diff things. Actually tilam ni kita pakai yang brand2 ‘artist Malaysia jadi ambassadors’ tu jer pun boleh, yang skang pun kita anak beranak pakai brand2 tu gak.

Tapi dah kali nih, upgrade sikit.

Kedai nih kan, tak sesudah cakap, abang ini kita dari Europe, naik kapal / kapal terbang bawak ini tilam bang. Imported one.

Yelah ko kan, aku dah pakai tilam aku 15 taun (but 2 kali tukar ler).

IMG_4156

suka merah nih? ni kalau tengok dari gambar macam cun gilerrrr merahnya. Aku tengok masa kat situ, at the first shop nih macam tak in sangat merah nih. more to pinkish gak. Mungkin lighting.

Wei selipar pink tu kena bukak kasut, so kena le sarung slipar depa bagi hah.

IMG_4160

ada beza setiap tilam2 nih. ada tilam yang hotel punya standard, eh tu pun not bad tau. ada yang memang empuk toing toing, harga pun toing2 gak ler kan. Ada yang untuk umur 60 years and above. Ada yang untuk sakit belakang. Heh macam2 jenis tilam ler.

tu soalnya duit.

zaman2 kita kecik dulu, ada katil ada tilam boleh tidur, dah besar syukur la hai sangat.

IMG_4162

setiap tilam kena try and error.

ha tengok malap je kan kedai ni punya lampu. tu pasal katil merah tadi tu memang tak nampak merah menyalanya sangat.

IMG_4166

Si Kevin yang ayat2 dia yang jadi hafalan aku ‘ni imported kakak abang’.

IMG_4169

pokcik ni, terus landing. at least aku duduk2 jer. Dia ngan landing and buat memacam lagi posisi. Beli tilam macam nak beli hapa jer ko weiii

yelah kena try, kang tak sedap XXXX

cis!

IMG_4173

tilam yang cam cecorak nih, hotel punya standard. Lembuk beralun. hok brand2 nih, alah, tak rajin ler nak cite sini. bukan sponsored post pun.

IMG_4174

many types of frames and mattress

IMG_4181

Frame yang ni sedap coz head belakangnya tak yah letak bantal pun boleh buat slide untuk baca buku or even tengok tv, but of cos ler not the black le kan…

IMG_4186

ada satu brand tu kan, bukan this one. asyik ler a few kedai kita pergi dok bagi ayat yang sama jer…oh ini The Queen of UK punya tilam, dia pun pakai ini kakak. Yelah ko kan, ko nampak le sangat tilam si makcik tuh.

IMG_4189

at another shop…

IMG_4205

another shop, bukan tilam. buat buaian. korang kalau rumah besau tanah melingkar can sebatlah ni gak

IMG_4212

simple for dining, small but the colour combination cantik but for 4 seaters je yeah. kena tambah kerusi ler kalau nakkan 6. kecik ni tau bukan standard meja makan, buat letak kat dapur bolehlah.

IMG_4216

satu lagi kedai lain, hok nih di PJ

IMG_4218

jauh gak kita berjalan, dari Ampang sana sini ke PJ

IMG_4236

pendekkan cerita, kat kedai nih kita settled ngan katil parent sebijik and tilam gak lah, percuma ngan maknek bantal booster, 5 bijik.

of cos kedai ni lagi cheaper yang kat Ampang nun. Nak siapkan maknek segala bagai lam 3 weeks, so heharap insyallah by the time kita nak move in tu dah siap segala ler kan.

IMG_4238

apa yang kita beli tak yah tunjuk sini ler. Lain kali insyallah :)

Memula memang nak settle ngan kedai Ampang but nasib baik buat survey merata gak. so kedai di PJ ni tengah wholesale jadi ada harga untung ler banyak dari kedai pertama.

IMG_4248

kemudian kita ke satu lagi destination, untuk carik katil anak2 pulak. For Abang Kakak. Zeeshan tak yah hahahaa

Kakak wants similar macam nih. ada boleh letak barang kat belakang pala nya. Kat Viva pun ada gak, sini pun ada gak. lam 2500 kot yang nih, tak masuk tilam kay. but tak syoknya kedai ni nak add on GST. memang kitorg tak nak ler kan, coz other shops semua dah waive, depa tanggung.  so kalau harga asal gitu, nak kena add on lagi GST. ai cry cry cry

IMG_4251

kalau anak2 aku rerapat umur depa, mungkin idea katil macam ni pun bleh but serabut je plak, untuk idea korang bolehlah yeah

IMG_4252

 cantik purple nih, boleh tukarkan ke merah

all each standard single sofas macam ni lam between RM1200 – RM1400

IMG_4257

kita tunjuk gambar katil ni kat Zeeshan, wallah weii, punya ler dia seronok. Ko kalau mami beli katil ni ko nak tidur takper dik, ni kang ko tidur kat katil mak kau gak.

IMG_4259

sofa ni pun, boleh tukar ke fabric merah. or any colours yang korang nak ler

IMG_4264

hok nih pun, semuanya boleh ikut colour hangpa, ini termasuk ngan stool gak. promo yang ni lagi better RM1300 kalau tak silap aku ngan 2 benda nih.

IMG_4272

pessen warna-warni ni sangatlah trending a new style tokeynya cakap. Yang hok panjang 3 seaters tu lagi cantik tapi aku serabut le pala ngan warna2 ke main banyak nih. Tak berkenan hahahaha, harga memang buat terkejut gak lah.

IMG_4279

dalam kedai nih, hujung sekali akhirnya kita settled ngan katil abang kakak and tetilam diaorang jugak.  Ada kedai lain, aku ada amik a few sofas gak, tu semua need few weeks to siapkan bagai. Jadi biar dululah, kita dah siap apa yang ada. sapa datang rumah aku pas aku pindah, dok lantai lu hahahaa. Keji kak red ko.

eh sofa hitam ni boleh gak tukar warna, tapi ni mahal gak ler. baru. leh ada in leather, in PVC or PU.  Ikut kalian.

IMG_4285

I thot to get this bed for one of my kids but depa tak berkenan. diorang nak kayu. So kita pilih dari catalog, lagi senang citer. Pastu kena cucuk ngan tokey suh amik maid punya gak, Giler ler nak amik for main memahal kan, aku nak amik yang paling  murah jer, see maid aku punya katil pun aku tak bawak, memang totally semua beli baru. Jadi beli ler jugak. Bukan hok nih, the most cheapest katil in the world. but masih lagi paling cun. Idok ler katil besi bagai tuh, aku amik kayu gak.

Oi dulu masa aku pencarian nak beli rumah kan, dok tengok kuor masuk rumah orang kan, ada satu tuan rumah ni, dia buat sendiri katil kayu untuk maid dia (2 orang), atas bawah, bilik maid tu memuat berdiri untuk salin baju jer coz ada katil. Lagi ler hazab.

IMG_4295

Dan akhirnya after 7 hours, kami siap beli 4 bijik katils and tilams, dapat jugak semua 8 pillows + 2 boosters. Pillows ni bukan cap ayam punya, korang kena pandai le bodek jenis2 pillows yang sedap kat pala korang, materials dan jenis. Macam aku kedai PJ tu bagi 3 options of pillows. Puas hati. Dan jugak beberapa jenis sofas.

This week nak mula carik study table  for depa. dan bebarang rumah lainlah.

Apa hood / hob / stove / oven yang korang pakai for kitchen cabinet, the best to be recommended? i m on that stage now. Tengah look look.

Oh yeah, we went to few shops to look for fridge merah, banyak takde stock nih. I know LG ada merah. if  you happen tahu mana shop outlets yang ada merah fridge ni (either single or side by side doors), pun please share with me. This time around, i want to go fo red fridge :)

Hari tu dok mencarik high and low the red water heater. Dapat gak alhamdulillah.  Sorang taukey dari kedai di Selayang terus hantar ke KLCC, baik punya service dia bagi.  Ada sections aku kena ada red items, ada section tak perlu.  After all, i m known as Redmummy, the house yang penuh ngan red stuff, so tak heran ler kan?

Chop ai beli barang semua takde gunakan nama ‘Redmummy’ yeah, so any recommendation of stuff, sangat dihargai. Kalau nak connect to tokey yang boleh bagi harga diskaun2, pun sangat diappreciate so much. Thanks again.

 

Comment: 8

HomePro and Index Living Mall, IOI City Mall Putrajaya!

IMG_7435

menung panjang laki aku. Cermin yang bininya nak, takde stock. So frust frust one. April baru ada weih! 3 bulan lagi. duhhhh.

udahlah dalam ni takde signal, so mamat tu dok buat conversion cm ke inch bagai aku pun tak tau lah. Last2 dia kuor dari Home Pro and tetiba aku dah dapat tape, staff Home Pro bagi kehkehkeh…hangin je pakcik.

Bini superhot ramai je tolong. ops jangan adik abang kakak menyampah baca ni, ai is seldom2 je masuk bakul sendiri. LOL

IMG_7448

Kita bukan cari main items dalam nih, but more to accessories. Aku tunggu gak Home Pro collaborate ngan RM but ayo their PR marketing or even social media teams, senyap sesenyapnya.

Cerita pasal WC ni kan, kita beli 3 sets kat Puchong coz aku amik package, add on tu add on nih memacam lah. Nak pilih jenis paip pun bercinta, nak yang begini begitu. Pilih WC ni pun nak yang begitu begini, design sini sinun. Soalan WC merah ko dapat tak Kak Red. hah tak dapat, tapi kat Serdang dah lepas 2 bulan haku beli WC putih baru jumpa kaler merah, atas ke bawah sume merah. But nak menyedapkan hati, bukan merah menyala, more to merah burgundy so aku tak de le rasa macam kecewa. Kahkahkah….gila dah beli dah pasang siap pastu nak pi tukar semata2 warna merah. Keji ok perangai camtu. Kot ye pun hantu merah sangatkan.

Oh speaking of the house aku tuh, memang kami re-build. WC lama tu aku cabut. Tak naklah aku pakai WC lama depa heh. Lagipun aku tukar structure umah tu habis, aku repositioning toiletnya dari A to B side, takde satu pun yang nampak macam gambaran asal rumah dari owner lama.

IMG_7466

seluar aku ni kan bila tengok balik cam kembang je bawah nya kan. Seluar baru tu, my regular fav brand dok buat new style, tapi macam aku tak kenan dah pakai bila maacm kekembang ahsoh pulak seluar nih.

ini cermin lawa kan? beli lah korang. aku tolong hangpa jer, puas hati amik gambar #ootd . besau kau.

IMG_7468

Index Living, pun kita masuk gak. coz ni memang masa visit aku firs time tuh aku tak sempat masuk sini, almaklum bawak askar ramai benau kan. saja cecuci mata dalam nih.

Index Living ni pun sama jugak, mana le PR peoplenya, tak de communication menjawab betul. Lotih hakak tunggu dik.

IMG_7470

i like white bedroom’s concept but kakak current’s one pun putih macam dah jemu je aku tengok. after 10 years nanti dia kusam.

IMG_7475

sibuk ngan kaler cat nih. We have painted the TM’s house (contractor ler) tapi ada satu 2 colours aku macam nak tukar lagi. Tu lah, selagi tak duduk selagi tu ler i ll keep changing my mind.

IMG_7486

White

IMG_7488

hover mung!

IMG_7498

besaulah cermin ni, sedapnya halahai.

IMG_7504

aku suka kalau kakak pakai katil cenggini hah, ada belakangnya macam storage area. Ada kat VIVA Mall cenggini gak, set di Index much more cheaper dari set kat VIVA but of cos lah ada ler pro contra nya lain. Macam almari tu kan macam frosted, aku menyampah kalau jenis frosted almari nih, anything yg frosted aku tak suka, kecuali glass bathroom.

IMG_7509

so black! cantik gak nih wpun i m not a black person…

but if dia letak warna merah sebelahnya, alahai, ai is cair lah kat merah more

IMG_7514

harga? hah jangan ditanya, akak snap2 je dik

IMG_7518

panjang menung cik abang tengok harga hahahahaaa

IMG_7524

tarahhhhhhhhhh…..semua stack tu untuk all my winter clothes! ready to move. but lelain tu untuk current house. bukan untuk rumah baru jadi adik manis yang nampak akak ngan segala mala troley ni, bukan for new house pun dik. 2,3 ketoi je for our new house.

8th April 2015, kena datang balik sebat the cermin.

Ada kedai lain tapi harga double triple dari kat HomePro nih. Lam Index Living the size is tak besar tapi ada banyak sangat furnitures or anything in reds, So kalau looking for any red items, go to Index Living.

Ini adalah cerita waktu kami di IOI Mall Putrajaya.

Pulangnya terus ke TM’s house and get the contractor to do the drill drill drill. Settle.

Sambung lagi this weekend. huh bila mau habis mar…

Comment: 8

50% off and the red basin!

IMG_7103

seronok tak korang kalau ngah2 shopping memang la ada diskauns 30% pastu baru nak bayau, tetiba dia kata kak, semua half price, 50% discounts. apa lagik, main amik amik amik jer lah kan!

i borong lots of inners and tudung for my daughter, paid for RM400 over. Kalau takde less tu mau RM800 le kan. alhamdulillah. All for my daughter but pastuh kan bila balik, ada 3 helai yang dia tak berkenan, tak baper pandai pakai. Instant shawl namanya. So rezeki tu kupanjangkan pada akak ipar aku lah.

Kami kan pi kat tuh, PWTC, bertingkat2 naik, eh 2 tingkat je kot the exhibition, aku rasa 90% memang for jual tudung jubah bagai. Lain2 items hemm,  think tu je pun beli. takde lain. Laki aku dok cepat jalan cepat jalan depan, jangan menyinggah dah.

hahahaha stress dia dok dalam tu ngan orang punya ramai pastu bini mata asyik nak berkenan tang tu tang ni.

 

IMG_7132

udahlah sebelum tu dia stress ngan parking hazab dalam nih. 2 parking areas kita masuk tak dapat lepas takde kosong dok wasted time menunggu keter orang yg bila nak kuornya, last2 parking sini, and tepi jalan, tapi kita rugi 10ringgit coz kena lalu kat parking yang berbayar. tah hape2 tah. long story short. i was so happy that day coz dapat benda lain yg benarnya.

kitorg kan setiap weekends je ukur jalan sana sini mencari barang rumah.

susah tau. coz semua isi rumah tu semua kita cabut. roof, tiles, pagar, toilets, pintu, semuaaaaaaaaaaaaaaaa kita cabut. n kita rebuild, kita cari from a to z untuk semua barang, to our standard and choice.  tapi duit keluar macam hem… nangis hakak.

IMG_7136

bini biol laki aku ni memang tengah jalan pun nak posing, langgar dek motor ko kang

IMG_5220

after searching hi and low, for the black basin, dapat gak sebijik hah. dapat 3 bijik pun, 3 diff kedais.

tapi harga lelain. ada mahal, super mahal, agak tak mahal

IMG_5239

kedai yang agak tak mahal ni ada stock, terus rembat bawak balik. I amik yang black hitam tu. coz yang putih merah agak kurang kena ngan konsep bathroom aku. tapi kalau takde pilihan itam tuh, mau aku amik yang merah tu gak kot.

 

IMG_5253

kawannya paip panjang tinggi ni pulak. dan ada le accessories lain.  Insyallah by this week contractor pasang semua basins, top, paip maknek bagai. semuanyalah. n as of today pulak, rumah dah fully cuci. Some ada tanya kenapa aku buat nih tak engage ID, ler…aku lah ID nya. Aku cuma takde cert or official ID name jer, but i still have the ID hands, gitu kan.

Aritu lama contractor aku carik red top for my bathroom tapi tak gak jejumpa, semua colour not even chilli red, macam close to burgundy je plak or pink. So kalau kes macam ni kena la aku ngan RD (specially aku ler coz aku yg insist nakkan kaler ni) turun padang, merata lah kita jalan cari. Jumpa a few tapi stock takde kat kilang, last kopek jumpa gak, seminggu stock ada, so Ah Seng kasi settled.

paip pun, ada hundreds of choices, nak gini nak gitu nak bagai, lagi cun lagi mahal. sort of.

wui…sweet gila buat rumah nih. Sweet le ko sangatkan…padahal.

Comment: 4

First trip for home deco…

IMG_1051

aku laki bini kaki movies, tapi tengok gak, dia kalau citer cecintan tu dia muntah banyak hahahaha, kalau aku pulak citer yang macam back to future ke or yang koboi2 tu lagi le aku tak berkenan. Tapi kalau balak2 lama aku berlakon, or pompuan yang aku suka memang aku kaut dulu wpun type of movies tu aku tak suka.

ini beli Sushi, laki plak redeem popcorn kat atas.

So kita pergi tengok itu Before I go To sleep.

a day before booking online ni aku wa kat laki aku ‘before i go to sleep kol 4 esok’

laki aku ingatkan aku nak tidur sebelum kol 4!

ngengg mung!

 

IMG_1053

Cerita Nicole Kidman, kan dah cakap kalau  pompuan2 yang aku berkenan tu memang aku tengok je citer baru depa. Oklah citer tu, nak ke puncaknya ke main lamaaaaaaaaaaaa. Dia tak boleh ingat apa terjadi pada hari sebelum kejadian, dia lupa, lupa laki lupa ada anak lupa semua bendalah, so yang konon lakinya tu lah yang bgtau dia sapa dia, apa bagai semuanyalah.

So nak bagi spoiler, itu bukan lakinya pun!

hah kena le tengok, camne dia ketipuan, mementanglah dia tu tak ingat apa terjadi hari sebelumnya kan, so ada orang sudah amik kesempatan.

Then kita melalui MO, untuk ke KL Convec. Mau tengok itu HomeDeck.

IMG_1060

Rambanglah mata tengok memacam dalam nih! yang mahal yang mahal yang mahal lagi banyak dari murah of cos le kan, macam nak amik semua, macam nak bawak 300ribu and angkut segala yang berkenan

IMG_1061

itu kuning mirror memang hakak berkenan, tapi merah? oh please. mesti ada merah le kan kan kan?

IMG_1073

Pak encik siap bawak layout plan lagi hah

IMG_1077

aku tak berkenan pun dengan wallpaper belakang kami ni, but dah owner dok sibuk riuh suh amik gambar kat sini, jadi ai is pasrah, ikut je lah

IMG_1086

suka betul dia ngan bantal memory foam nih.

IMG_1092

ini kalau tukar the kepala katil tu ke merah, lagi ler redmummy betul. Laki aku sekali lagi bukan gilakan tilam tu tapi sedapkan ngan bantal tu hah…seketul tu RM200

IMG_1100

so habis sudah our visit tengok wayang dan jugak the melawat HomeDeck besar tuh, Tak habis pun tengok, macam kat area electrical goods tu aku tak pusing pun, buat mencapek je tak naklah.

This weekend kita sambung lagi lah pencarian, jenjalan tetengok.

Happy to get your contractors details, kalau nak share, boleh bagi contractors tu kat sini or ko boleh email akak red@redmummy.com  . Either for kitchen cabinets ke, wardrobe ke, shoes cabinet ke, apa sajalah contractors yang the best best best korang rasa deal with, bolehlah share nanti yek.

i wanted to share about the whole process of our project tapi halahai, banyak kena sabar sangat bila kenangkan. Specially laki aku lah coz he s direct deal, aku dengo luahan dia jer. Itu tak masuk lagi ngan kisah tanah aku, yang bertahun aku simpan, tapi nak kena meletupkan jugak coz dah merata keluar kat newspapers.

Next week insyallah.

 

Comment: 5