Search Results for: tetiba

Champs Elysees in Paris…

IMG_8748

hallop2….masih lagi dalam hari Ahad di bumi Paris..aku trying so hard to finish up cite paris hari ni yek. tengok ada luck ke idak….lenguh ni dok type pepanjang. ater ada yang nak tulisan banyak, ada yang nak gambar banyak …high demand tol korang. arked nih kita masuk, hajat nak beli hot choc buat warm, tapi dia punya beraturrrrrrrrr….menci lar. beratur kat paris ni pepanjang sesajor.

IMG_8746

one of u ada left comment saying kalau kat Paris jangan lupa beli Loccitaine, so aku pun masuklah demi korang. i bought the 2 sets of shower gel. lotion2 ni sume tak payah, melambak lagi umah aku lotion yang ado and beli. sedap siot bau…dah mula pakai dah pun. siap berbubble2 lagik…

IMG_8753

dalam tu ada kedai murah ada kedai mahal. yang murah macam alahai, tak kena ngan tekak, tak tau apa yang sesuai. kita ada lah beli2 barang but not like so major sangat bendanya on this day…tu pasal shopping bag TLC aku pun cam ringan je lagik.

IMG_8756

tak tahannya boot tinggi tuh, mak datukkkkkkkkkkkkk! 500 euros!!! kira sket ngan duit malaysia. muahahahha, pitam acik. duit korang tinggi bolehlah, duit negara aku rendah. aku pun ada 2 lagi boots kat umah tu tak berpakai2 lagi…iskk, 500 euros!

sambil2 jalan kadang2 aku terpisah 10 – 20 langkah gak ngan sirman coz dia dok mengamik gambo jer. so masa kat depan Furla, aku kira ala2 macma jalan sorang2 jer, tup2 ada french guy ni tegur aku, bonjour madame siap kenyit2 mata lagik.

wahhhh, terus aku reverseeeeeeeeeeeeeee carik laki mak.

hahahahah budak kecik anak malaysia cam budak sekolah ni pun ko nak kenyit2 mata gak ker….

IMG_8763

Furla shop tutup lah, kat Amsterdam and London bersepah2 furla, but aku nakkan yang benda kecik tuh, tempat lain dah carik takdak. jumpa kat sini jer. kedainya tutup pulak. keychain holder merah tu..eii, pecah kang kedai ko kang. ngeng aaa…ari ahad tutup kedai. apa dah paris.

malaysia pun mall bukak kay on sunday.

IMG_8767

apesal cikvon ko seksi ha kuda?

IMG_8771

bukan ai je pakai shopping bag, awek french tu pun pakai sama gak…

IMG_8772

tetiba nampak Disney shop, wahhhhh hebat! nak masuk nak masuk. dalam schedule kita mmg takdak pun nak pergi Disneyland, tak seronoklah hati nak pergi kalau takde bawak anak2, so ada branch Disney kat jalan yang famous the Champs Elysees tuh, so masuk amik capai amik capai.

aku split ngan sirman, u take for abang, i amik for gegirl

sampai abih pusing satu round, aku dah sebakul, sirman dok tangan kosong.

astaga bapak korang nih…..dia nak aku gak yang pilih…sabar je lah kan.

IMG_2717

abih shopping kat Disney, sirman – macam sedondon lak ko ngan makwe sebelah baju biru tuh yek….

IMG_2720

watamat for the shopping of the day, carik lagi hot choc. kat paris jangan lupa lah yek try hot choc tuh, memang syedappppppppppp! tutup sebelah mata je yek bayar…tak yah pikir conversion, coz tiap kali pikir, hati kita jiwa lara. itu lah gunanya budget and penukaran duit dr RM ke Euro/Pound.

aku pun ada bawak balik duit VAT, tak tukar2 lagi nak tunggu rate up kaw2 baru nak tukar. wah boleh feeling pi shopping lagi kat lam KLCC plakk 🙂

IMG_2731

bersidai minum air kat sini, tepi kitorg tuh jalan beso, ala2 jalan kat Dataran Merdeka tuh. punya ke main banyak keter yang mewah2 lalu. ada limo yang panjang untuk 4 bijik keter perkhhhhhh, tapi sirman tak sempat nak bedik camera dia coz ada bus pulak menghalang. cizzz.  kat ams pun banyak gak keter limo2 panjang tuh…bersepah2.

anw pasal tips kan, sediakan loose change. coz tips kat europe memang macam wajib. but takyah lah ko bagi over banyak plak, 1-2 euro pun dah ok.  aku pun tak kenal duit coins dia, tu sume sirman pegang. gagau2 je bila kena bayar barang, and if nak get rid duit coins tu yang hangin jer…

balance duit euro coins, anak2 aku dah masuk lam tabung depa. 🙂

IMG_8819

ni umah persinggahan aku nya pagar di alam mimpi …..

IMG_2742

yes…nak balik pun bertukar2 metro gak. hari dah nak malam, esok nak ke london, balik nak packing nak kemas nak bangun awal pagi, nak blogging lagik utk korang….so far camne ek? leh layan tak cite europe trip kitorg nih? memanglah panjang lebar but letih kay nak fulfill korang nya needs gak…ramai lah pulak yang nak ke europe sebulan 2 lagik nih. kalau ada yang tak suka baca or boring pasal cite europe, mintak mahap lah yer. cant help it. coz nak tak nak korang kena terima gak hakikatnya yang orang lain lagi sukaaaaaaaaaaa baca.

aku pun banyak lompat2 cite nih, ada yang aku ingat ada yang aku dah lupa. ater paris dah kira 2 minggu gak kita kat sana over tarikhnya so macam nak catch up balik manghaik….kot2 terlepas pandang tu kalau aku tingat aku edit kat entry lain or kat next entries lah yek.

i m not lah expert but what i write is dari apa yang aku rasa and dapat and pengalaman sendiri. you want me to share my experience, so dapat kat sini lah, kang korang pergi pulak, korang lak rasa pengalaman lain. masa aku kat sana mmg ngah world cup dok ngah happening, so orang dok riuh pasal tu jer. tshirt world cup pun jual merata2….aku tak boli pungg.

cuma kalau korang nak bijak lagi, amik je HOHO bus tu for 2 days coz dia pergi kat all the shopping malls kat paris and also dia pergi kat sume attractions places gak. jimat kat situ, 32 euro perperson for 2 days. kalau satu hari tu yang rugi cam kitorg. so dah kena amik metro utk the jalan2 on our 3rd day. kita dok 3 malam 4 hari je kat Paris. but bila tengok2 balik, dok Paris 2 malam pun dah ok hahahahha

biar lama sket kat London. London best worrrrrrrrrrrrr!

Comment: 14

Walking to the famous street in Paris…

IMG_8451

dalam entry ni ada 2 benda yang korang nyampah tengok, but macam biasa ‘wa tak leh nak tutup mata lu, so lu layan lu baca lu diam kay’

tapi aku tak kisah pung korang kutuk jaket oren tuh, tapi kalo ko nak kutuk lg pasal tutup telinga merah tu, YE KO BUDAK belajor kat Jepun nun! ngan sapa tu yang pi sambung RT…memang mulut puaka tak sudah lah lagi kan.

itu pun dedua utk anak2 aku, jaket oreng abang aku pinjam, tutup telinga for gegirl pun aku pakai horey2.

pakai tu pun happy, tak de buat ko susah, so tolong la let it go kay…

IMG_8458

ingat entry yang aku terpecahkan mug kat paris lam kedai ni lah…

oklah aku tak cakap abih aritu nya entry, aku bukan takat beli mug panjang and penutup telinga, but i oso bought the paris shirt untuk kids and anak kawan aku kat sini gak…so tu yg gamaknya tokey kedai tak kisah pun nak charge 5 euro kat mug yang aku dah ter ter ter pecahkan….tak sengaja aaa…terkenang2 lagi laki aku menjegil mata. ciss!

IMG_8474

kita jalan2 pusing2 nih ikut naik metro jer. oranglah dok riuh kata suh datang tpt nih, aku pun tak tau lah, tp dekat2 ngan Mus d Lurve tu. berderet panjang jalan nih penuh ngan kedai memahal. bukanlah barang2 butiks tapi mmg dalamnya mahal lah. ada hotel mahal pun ye gak kat sini. keter yang bersidai kat sini pun jenis keter2 kayo jerr..

tu pasal aku rasa baik naik HOHO bus, lagi senang cite tengok pemandangan…

IMG_8490

tak tau nak hala tuju ke mana…

sebenornya nak carik mall, but tak gak jumpa2…

Mat Peta aku macam kureng service plak pagi di paris nih

IMG_8509

amboi, jaket keselamatanlah, jaket boat lah, macam2 korang ek, itu jaket abanglah, maknya pinjam, tapi dah shippedkan pung. tak pakai lepas dapat yang lagi hebat. adat pun jaket anak kan. yg penutup telinga merah tu, gegirl pakai kejap jer pastu Fifin simpan. gegirl siap bilang ‘nanti adik nak pakai kat HK Disneyland yek mummy’

alahai sian anak2 aku, depa nak sangat pi HK Disney tuh…taun depan kay taun depan. ha HK Disney tu best pi masa winter, so ujung tahun depan nanti makpak ko cuba carik slot yekkk

IMG_8512

tanah diorg besau lah…

banyak je tempat2 rehat gini kosong and orang pun ramai

bersih pun ye gak.

IMG_8524

dia amik gambo aku ke, dia amik gambo omputih tuh

IMG_8580

pastuh kita lalu Galleries Lafayette and Printemps aisayhman, awat tutup kooo?? hari ahad ko tutup napanyaaa?? oh menciiii. so sila lah bookmark, shopping mall dia Paris kebanyakannya tutup yek. aku cakap kebanyakan, bukan semua. kang ada yang mengaku dok France 8 tahun ‘sejak bila pulak mall kat Paris tutup, aku yang riak dan berlagak dok France 8 tahun tak tau pung’

riuh je budak tu lebih. like she s the one yang arif gila pasal Paris lah gitu.

IMG_8583

ater kedai tutup, tengok dari luar je lah harganya yek…

IMG_8585

menci…mall tutup. baru nak patah ulang jalan balik lam nih, but takleh nak horey2. hishh!! so camne,  tu lah terlepas pandang pulak, kalo budak yang 8 taun kat Paris tu hati baik, boleh je dia cakap kak red, mall kat Paris banyak yang tutup yek ari Ahad. tapi nan adonyaaa…hati musyuk worr!

IMG_8589

dan berjalanlah kita ke mana2 aku pun tak tau… since we were so confident, booklet utk Paris tinggalkan kat hotel tak bawak. luckily aku ada booklet di tangan…

wa googled ‘famous malls to shop in Paris’

bertuah badan, kuor list berderet2…. 🙂

IMG_8598

apa keter aku buat kat sini plakk….

IMG_2671

pusing nya pusing sana sini, ni depan la fayette lah nih, so sirman said ha kita naik metro and pi kat tempat yang aku google tuh. korang tau kan aku dah bilang dalam banyak2 public transport seperti tram, train, tube, metro, underground dalam tetiga negara yang kita pi, sirman cukup paling suka ngan system bacaan sighboard and peta kat Paris. so korang nak engage dia memang dah perfect sangatlah, tapi package nak engage dia jangan lupa masukkan RM gak yek, yelah aku nak promote canang project holiday korang lam RM gak nanti…

IMG_8600

sambil2 tu dah kuor metro, which i forgot station mana, but tempat tuh kat area Champs Elysees, bookmark yek, jangan lupa Champs Elysees nih yang LV beso sebeso bangunan aku tunjuk gambarnya hari tuh.

anw, perut dah keretung keretang lapar….nampak restaurant Lebanese, Al-Ajami. gemer ko bang ajami oiiii, siap ada restaurant sendiri kat Paris hekk….

but tu lah, kita kan tourist pakai lak baju sememeh gamaknya for them, tempat ni mmg high class, keter yang lalu sume bmw ke atas, porche lah, so bila kita nak makan siap mat al ajami tu cakap ala2 macam dalam poket aku laki bini takde duit ker. nyampahs. u arrr u judge my income from my attire ek. hawau ko kan…

IMG_2692

sejarah pertama kalilah dalam idup kitorg kat paris london mahupun amsterdam yagn makan ke main mahallllllll! aku amik portion beso ada nasi, sirman makan benda tu jer, pelik je waiter bila tengok sirman order tu jer, yet dia nak berkongsi nasi ngan aku. air pun kita amik coke jer, bila bill sampai heheheheh 44euro kot kalo tak silap. wahahahha, kat kl makan mahal gitu kalau berempat wa tarak hal, ni berdua jer hehehhe.

dah abih bayar, sirman pakai jaket, aku remind him ‘bagpack tu jangan lupa’

kita dah jalan 20langkah, tetiba waiter panggil, koooooooooooo, sirman terlupa bagpack dia!! astaga, duit lam tuh, passport lam tuh. ko sirmannn!

itu first time dia tertinggal n terlupa bagpack, 2nd time masa kat hotel london. ciss….!

IMG_8606

jalan2 ujung pas makan, carik lagi tempat yang happening macam dalam google tu cakap. mana ke ko heh. ada polis situ 4 orang, aku tanya, sorang tak pandai speaking, tapi 1 of them tunjuk satu arah. bantai lah…..kita pi je arah yagn dia cakap tuh, mbe dia paham apa yang aku tanya tapi tak tau nak explain. bagus lah polis tuh, n elok gak aku dengo cakap dia, tempat arah yang dia pointed tu memang itulah yang aku cari2!!

IMG_8639

sinilah area yang dipanggil Champs Elysees!! itu pun bapak segala Lancel. it s very famous in Paris, but kat malaysia tak berapa sangat. ada satu butik depa kat KLCC gak, aku masuk 2 kali jer, kureng sketlah ngan brand nih. but aku ada beli gak satu keychain holder dia, not red colour, green some more. sapa ke aku nak bagikan tuh….

IMG_8691

as u see my tweet the other day, that time was the Algerian vs sapa hek, tapi ramai gilerrrrrr orang2 algeria kat tempat nih, depa buah ala2 rusuhan ke piket ke, polis pun bersepah2, macam polis FRU kita kat msia, ha ko, sume bersidai sana sini…

IMG_8698

aku pun lupa apa yang aku tanya awek algerian nih but yang aku ingat dia jawab dalam france! mampus aku tak paham!

oh yek, jangan lupa amik tau sket bahasa2 depa yang asas macma Bonjour, Merci…aku bantai tu jer, sirman dia adalah hapal lebih sket dari aku hehehehe. wa malas lah, aku kan ada mat peta.

IMG_8704

tu hah sorang fan football of algeria kena tangkap…tempat ni memang riuh sungguh. kan tempat shopping kan, tu yang ramai orang melanguk kat sini gak…

IMG_8724

depa mana kira, bawah tu metro station, polis fru depa bertangga tunggu kat atas kalau ada lagi nak buat pasal, makwe algerians 3 org kat tangga tu degil betul, kat sini gak aku jumpa family malaysian, bahu membahu borak cam nak rak tapi pastuh babai kak 🙂

IMG_2589

aisay ni gambar cik abang masa kat tempat yang kita baru2 sampai awal2 entry patut letak nih…

IMG_2610

alop sirman

IMG_2623

ha bagpack yang sirman pakai tuh korang leh carik je kat mana2 Crumpler butik, klcc pun ada, very secured, zipnya memang ke dalam, takleh sapa2 nak capai dari belakang or tepi. dia pakai tshirt and wajib tuck in sebab dalam baju dia ada duit, yang kita letak dalam poket gantung kat leher tuh. kolar pun selain sejuk dinaikkan, jaket pun kalau tak sejuk tapi leh cover tahan sket bag tu kalau memberat. sbb ada benda yang kita beli, sumbat dalam tuh gak. tu pasal aku pakai shopping bag TLC. at this time aku dah tak carry hbag dah. decoy wallet ada dalam poket depan sirman. poket belakang kosong. so seluk pun dapat kosong je lah ko kalo nak pick pocket.

cash money ada dalam poket seluar sirman and poket suor aku gak. the real wallet ada dalam bagpack, ke dia tak bawak hahahaha…bawak decoy jer.

IMG_2634

kita sokmo berjalan in the crowd, but bila kita tengok ada group2 pak itam or yang macam muka nak makan orang jer kat belakang, kita buat2 berenti and let them passed. masa rusuhan kat situ, kitorg tengok tapi dari jauh jer, takut kang terlibat ha tak pasal2 je plak. apa lagik ek tips…

if possible cash jangan bawak banyak2…banyak tak banyak pun, bila tukar currency wuii nangis.

ha aku dulu tukar duit kat RHB bank klcc. awal2 aku tukar kat money changer satu ni lah, pastu tengok CIMB nya rate masa tu rendah giler. pastuh dah tak turun2. then aku block RHB bank klcc coz depa tepon aku tiap kali rate rendah. so for over 1 month sebelum fly, memang jap2 aku turun ke RHB pi tukar duit.

duit tukar sket2, coz diorg tak ada stock, bila ada orang tukar, and aku nak amik rate tuh. dioarg offer to me lah. macam aku cakap ‘bang call saya bila euro is below 4.3 ye bang’

selagi tak turun below 4.3 dia takkan kaco aku. pounds pulak, bang aku nak rate below 4.8 boleh dapat tak?

tunggu lah….tunggu nya tunggu. paling rendah aku dapat tukar dulu was 4.73 kot for pounds, benda ni ada aku tweetkan. but noone notice and tanya pun napa aku nak tukar2 duit hahahaha. the hint is there already lor.

opss kena bagi keychain lah kat abang RHB…

IMG_8740

so bookmark ek tempat nih…a must place to visit. kot lah nak bergambar drama ngan tok LV yang beso giler tuh…terkenang2 lagi aku orang beratur ke main panjang and ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! hishh…kedai situ  hebat2, dari ujung ke pangkal, best giler siap kitorg buat uturn lagik.

aku tak beratur kat LV tuh sebab hari pertama kali sampai je aku dah menyoping kat Gallerries La Fayette tuh.  Macam si Rose cakap lah, urup C urup P urup M urup LV ha aku borong kat situ jer…sirman memang tolong beratur kat LV la fayette sana for over 40min 🙂

ok tak yah lah cite benda2 shopping detaily hek….lain bulanlah kita bukak cite tuh. eh eh..tak abih lagi nih, tapi dah  over panjang sangat, nanti lain episode kita sambung 🙂

Comment: 10

Leaving Amsterdam to Paris yippiii!

IMG_2074

loyal readers di RM semua tahu yang saya sangat dream on a vacation ke Paris. so bila kita confirm nak pergi bulan dec to jan arituh, saya ingat kita terus fly ke Paris jer. London is a must place to singgah gak. itupun cadang2 nak pi seminggu jer, but alang2 dah pi europe, kita gamble utk almost 2 weeks. n we change the plan by going via Amsterdam since our family is there too.

very early morning, kami dah kuor dari rumah BIL and terus ke Schiphol airport coz kita dah ada tickets utk ke Paris via Thalys. booking ngan Thalys nih at www.thalys.com tak boleh dibuat direct dr malaysia. hanya  CC from Europe je boleh buat booking, pakai CC kita dia reject booking kita. so we got help from Sirman’s bro, dia lah yang siap2 belikan 2 tix for us to Paris. in order for us to travel, we had to apply cc yek, coz takkan ko nak bawak duit puluhan ribu cash gitu jer. gilo koo! n macam aku agak bijak sket, let say ko nya cc limit is 15k, ko add tambah lagi to 30k, double up kan. coz kalaupun ko tak pakai sumer, at least duit ko dah cover CC, tak yah nak risau bayar hutang bila abih bercuti.

contohilah saya ngan sirman, alhamdulillah kami sebab plan benda ni panjang, duit blogging sume simpan lam fund europe trip, nak2 pulak bila aku dpt big boom bang, apa lagik, menambah lagi budget kami kat Europe. rezeki, amin.

IMG_2066

sakit je hati Sirman coz aku asik menebeng letak gambar aku jer….

aku baru dpt email from a reader mintak aku menceceh lagi banyak dari letak gambar. tak pun equally. so aku kena bykkan menaip. iskk korang…sabar je lah kan. ok lah akak cuba ek type pepanjang for any info yang kita ada. For Thalys tickets harga tickets yg dibeli 2 bulan sebelum kita depart was Euro186.50 for 2 of us. kita dapat tickets pun via online, print and bawak sesiap. nanti instructor tickets akan check masa odw lam train tu lah.

IMG_2091

standard biasanya 45min sebelum depart dah kena stand by, but kitorg 1jam lebih dah melanguk kat airport, kat Schiphol Airport senang, situlah flight situlah train station gak. atas bawah jer…so we bantai minum hot choc. pagi tuh kitorg breakfast nasi goreng, made by my biras. dia siap bekalkan us the nasi goreng gak, coz tak yah nak beli kat dalam train. mmg elok bonar lah tu, dalam train perjalanan to Paris Gare nu Nord International dalam 2jam++

IMG_2094

sambil menunggu gerabak sampai, kaki tu kena kasi rehat. sakit oiiii kaki a day before kan jalan merata kat Amsterdam. train kat Amsterdam sangat punctual..bertolak at 831 pagi, 825 gitu dia dah sampai. tepat 831 dia callo. takde maknanya dia nak tunggu ko kalo ko lambat. adat kitorg, kalau tak sure, kita bertanya, tapi signboard banyak, so baca je. lagipun remember aku ada Mat Peta 🙂

IMG00248-20100611-1558

in the train, we didnt bring all of our luggages. 2 luggage aku tinggalkan kat umah BIL aku, but we brought 3 luggages yang big and small size. hanya handbag and bagpack sirman je kita kendong kulu kilir. sambil belum ngantuk dalam train, aku buat transfer gambar utk semua gambar2 yang kat Amsterdam and draft it a bit so bila sampai kl boleh terus publish.

i planned my trip and also my schedules in the blog properly 🙂

kira 3 hari korang tengok entry2 kat RM, plus twitters sume macam ok cool jer, yet aku dah melonjak sakan kat Amsterdam and Paris. that s RM lor…unless itu utk advertorial or tajaan, barulah aku kena shout before aku pergi, macam contoh the HK Disneyland dulu, sponsor suh shout before we go off, so kenalah aku pecahkan lobang. if not i wont say a word.

IMG_2100

while i m doing the transferring photos, sirman study on our Paris itinerary, things to do, places to visit, the tips and pro and contra. Abang Fesyen ada adiahkan buku Paris, boleh buku tu tertinggal dalam luggage besau kat umah BIL aku. wahhhh bengang tol aku. buku tu kita dah baca but kalau dah sampai Paris, baca guide book tu lagi sedap.

IMG_7323

melalui Brussel, tempat nih aku nak singgah, pi satu hari pun dah cukup but kita takdak banyak masa lah. kang terkejar2 jadi letih. kalo extend lagi trip means anak2 kesian, lainlah kalau bawak anak2….

IMG_7332

dan pas makan aku mula ngantuk…ketiduran….

oh 2 lagi tips yang korang kena tau, dari Amsterdam to Paris, Thalys akan berenti kat few stations, so tiap kali berenti Sirman akan pi berdiri closer to our luggage. coz ada sejarah pencurian aku dgr bilamana, passengers yg turun earlier, bawak turun passengers lain punya luggage, ater orang tu ngah duduk mana dia perasan or tau luggage dia kena sebat. coz luggage tu kan duduk kat tpt luggage. so tiap kali berenti, ha Sirman berdiri lah check tengok.

satu lagi cara, depa akan jatuhkan coins bersepah2 kat tempat duduk kita, near by to tpt duduk kita lah. so kalau kita leka nak tolong kutip coins diorg, tetiba je ada kawan depa dah angkut bag yang kita letak kat atas pala tu jugak. itu antara sebab aku tidur pun tak lena, coz bila sirman pi jaga bags, or masa train berjalan pun jap2 dia pi check kat belakang, aku lak kena tengok2kan bagpack dia, sampai sudah bagpack dia letak kat bawah kaki aku. sabar je lah…sebab aku dok bersila je atas kosi train nih.

IMG_7351

cantiknya pemandangan nih, sirman je yang snap, aku tengok luar pun agak2 sket jer….silau ko. nak tutup tingkap orang depan tarik balik tingkap aku ke atas. tau je lah orang putih nih pantang nampak sunlight, tu yang ramai bersidai je kat bawah matahari bila dapat mai Malaysia.

IMG_2113

sampai2 Paris Gare du Nord train station, sirman degil tak nak bukak map. dia sibuk nak pakai si Garmin dia tuh. memanglah boleh pakai kat Paris sebab dia dah install siap2 dari KL utk pakai kat Paris but it s not our luck lah. the point is dia insist gak nak menapak sambil heret2 bag coz katanya Garmin dia tu tepat. hamik ko!

tak lah jauh mana pun from station to our hotel kat Paris, lam 10min je. tapi sebab kita bukan orang situ, berpusing2 kooo satu paris sirman bawak aku berjalan ngan hurung bag.

IMG_2134

wpun bag merah tu kecik, tapi penatlah weii, 10min jadi sampai sejam lebih, berjalan menapak turun naik, tanahnya tak merata, macam naik2 bukit, tak ke sakit kaki aku. dahlah memang sakit. ngan penatnya lagik. he cubalah jugak bawakkan luggage merah tuh ngan luggage biru tu gak. lam luggage biru ada lagik satu luggage.

IMG_2143

ini bukan gambar propah yer. ini gambar memang aku ngah merajuk giler kaw2….you balingkanlah garmin tuh, pakai je lah peta. aku tak nak jalan selagi dia tak ensure hotel tu kat mana. sampai terduduk2 kat situ. rupanya kita dah lalu kat hotel kitorg duduk tuh sekali, tapi boleh tak perasan…

orang ngah muka masam mencuka, dia sempat lagi nak amik gambar tuh!

IMG_2162

so this is the hotel yang agent aku recommended. depa bagi 3 options, kita google tetiga hotel, Carlton’s seems to have a very good location, review dalam internet pun agak bagus. yang penting internet FOC.

IMG_2146

simple je hotelnya, tak lah gah mana macam kat Thistle London, but janji depannya metro station and ada 3 bijik cafe halal. takde pun aku baca dalam review tuh pasal cafe halal, bila kita buat walking baru  nampak cafe2 halal tuh. orang2 turki yang manage the cafes.

the hotel is around RM615 duit kita per room per nite. macam aku cakap dulu lah, the rate is actually higher, but bcoz aku booked and paid 2,3 months before departure, my agent pun work out for the best rate.

IMG_2155

kecik je bilik nih…ada katil ada lemari

IMG_2154

ada meja study, lcd kecik bape inci tah, melekat kat dinding yang tak sudah2 sirman buat modal tengok world cup nya.

IMG_2159

tapi line internet sangat tak clear bila blogging dr atas katil or meja study. line paling clear kat depan pintu bilik air tu ha. memula kita blogging dr lantai jer, pastu sakit pinggang plak, lenguh worr, menunduk jer. so aku angkat meja kopi, angkat kerusi rehat, and letak depan pintu bilik air.

housekeepers pun tak usik meja kerusi yang kitorg letak depan pintu bilik air hahahahha, so bayangkanlah aku buat entry Paris dulu tuh dari depan pintu bilik ayo.  ahah, site for Carltons hotel is www.carltons.fr . hotel ni termasuk breakfast for 2 of us. majority yang dok dalam hotel nih sume foreigners, takdak pun orang2 depa. staff je orang france.

satu lagik, kita bawak vouchers hotel yang kita dpt dari kl jer, depa langsung tak mintak deposit or even copy passport kita pun dia tak amik coz kita dah bayar lump sum kan utk hotel nih. sama gak ngan hotel kat london. sume agent sudah kasi settled.

Lepas checked in, apa lagik…………….

shopping time!!!

saya akhirnya sampai juga ke bumi Paris, yang sekian lama kuseru2 untuk sampai…. yippi!!

Comment: 14

End of the day in Amsterdam…

IMG_7254

acik nak tutup lagi cite Amsterdam bukannya senang, hari ni kita ligan abihkan gambar2 yang aku dah pilih secara rambang utk all out of Amsterdam.

IMG_7259

the taxi tricycle belakang tuh is 117! i like that number!!

IMG_7260

actually kan masa nih, kitorg dah main heret2 kaki jer… aku dah antara 2, satu sakit kaki, duanya mata ngantuk…

IMG_7268

dan carik port nak makan…lapau nii!

IMG_7272

Oriental Grill ni halal…leh bedal makan!

IMG_7287

portion sepinggan ke main besau!

Jai, BIL aku nih, no 3 in their family, sirman no 4, tapi napa laki aku gelap hah?

IMG_7293

aku dapat makan nasi, tak tau lah asal ada nasi je dah mmg kaw2 sedap…berbalas ikan, masa ini aku campak camera sirman bila dapat sms and calls from my family and kids bout Reddy nak banak…

IMG_7295

kontotnyaaa keter nih…

IMG_7307

nampak tak kaler2 merah tuh???

IMG_2016

mohlah letak gambo BIL aku plak….

IMG_2026

sejuk kat Ams tak berapa sangat, kat Paris and London yang paling memukau bekunya. but hujung2 trip bila kita balik ke Ams, temp naik balik. cissss!!!

IMG_2029

pastuh kan BIL aku bawak pi satu mall nih, mall ni utk orang kaya2 jer, kita tengok bawah nya je ada jual bags. bagsnya taklah designer sangat, takat furla and long champ jer. but kain baju dia manghaikkkkkkkkkkkkkkkk, very the terliur2 nak membayo, kena pulak in euro…lebih baik beli furla and long champ tuh dr membayo dress yang beratus2 euro dah sama ngan harga hbags!

IMG_2028

long champ leather ni buat gaya je utk korang, aku tak amikpun lah…

IMG_2031

cheese shop, dalam tu penuh ngan cheese kecik ke sebesor yang ada, tapi bila berdiri lelama, rasa nak mual giler aku dibuatnya….ni BIL beli, katanya sedap. tp i forgot to buy coz dah lalok ngan bau cheese tuh.

IMG_2040

lepas tuh kita pi perfumes shop. the first thing for our europe trip aku tibai beli perfumes banyak gilerr kat shop nih. i  still remembered this shop, coz dulu pun aku borong perfumes kat kedai nih jugak. best best, harganya mmg lagi murah dari kat Paris mahupun London. and sebab aku beli berdozen, dia pun bgi macam2 percuma miniatures, but aku tak bawak balik pun. i gave away to my biras.

IMG_2047

masa ni currency converter sheet tu pakai gak, tapi bila dah sampai paris & london, kertas tu dah ke mana wpun aku bawak 3,4 lai as back up. kita buat manual conversion guna otak lagi laju…

IMG_2048

Red Light district wajib pergi katanya Sirman lah kan! eh dulu aku pun ada pi sex museum, rasanya aku tak blogkan, tapi boleh gambar tu terlepas manually among my frens, and tahun nih jugak tetiba si yanok boleh dapat that old emails. bayangkanlah aku pi Amsterdam dulu like 4 taun lepas kot…. tetiba after so many years, yanok dapat balik email tuh. melompat tekejuttlah dia tengok RMnya kat situ. but this time aku tak pi pun, tak kuasa heh, bendanya sama gak…

IMG_2051

actually korang tak leh amik gambo ek kat red light district nih, depa ada pasang camera coz the girls tu sume berbogel or pakai 1pc jer tutup bawah, atas sume dah terbang. it s their prof job and gomen diorg pun memang sah halalkan kerja depa tuh. but kita amik gambar kat the bridge, masa lalu depan awek2 dalam aquarium tuh mmg takde bergambar at all.

IMG_2055

abang ipar aku, sume tempat dia kata wajib bergambar…

IMG_2065

ok ok nak balik dah, mata dah ngantuk ya hamat!

IMG_2053 ini kedai cina dalam Amsterdam, ada jual daun limau purut kalau tak silap. BIL aku tak kirim so aku tak bawaklah…wa dah penat gegiler, nak jalan memang kaki dah sakit bangat!

IMG_2058

sebab kita ada BIL aku, so kita belasah amik gambar berdua kaw2…pasnih takdek dpt dah…

IMG_2060

padanlah rasa sakit kaki, dia ajaknya berjalan kaki, coz aku ingat aku datang balik kat sini on my last final day kat ams, tak yah jalan kaki pung, naik tram jer…

IMG_7251

nak tutup ngan gambar ni lah, cos BIL aku sampai tertunduk2 bila snap gambo ni dan hasilnya macam cunnya pulak….

IMG_7255

ya watamatttttttttttttt…..

info on travelling kat Amsterdam:

1. 1st of all kena carik tourist info counter pi amik maps or segala info bagai. aku ade BIL, so sonang la sket. aku tak rasa depa ada hop on off bus. eh cop cop. ada hop on off bus gak utk Amsterdam ni

2. nak pi memana, belasah je pakai tram and train. tapi jangan ko bedal naik taxi, gila mencanak mahal worrr! naik basikal pun best.

3. ikut nasib gak masa ngan imegrisen diorg, masa dulu aku datang banyak bawak kerepek2 so bag aku kena selongkar and aku kena soal jawab kaw2 gak ngan depa. at that time pun aku tak bawak banyak cash coz aku pi jawab ‘my husband works here, so i dont carry cash a lot’ siaplah kena bebel ngan imegrisen sana. ha sirman kena tanya bape euro dia bwk.

4. but masa datang kali ni, smooth, takde masalah, yang problemnya cuma weather. kureng berkenan tol acik, boleeh tu boleh tapi menahan tulanglah.

5. apa lagik ek…nanti kalo ada Sirman will add this.

tp apa2 pun Amsterdam is must go if you plan to travel in europe 🙂

Comment: 13

Euston to Bicester Village…

IMG_2894

hello hello salam sumer….kita masih lagi citer kat London yek, cite paris aku sambung bila dah landing kl yek. coz citer paris macam panjang berlebar lah you. so kita langkau and buat londonnya story sat. hotel yang aku amik kali nih termasuk dengan breakfast, sama gak ngan hotel kat paris arituh. hotel kat Paris namanya Carlton’s Hotel yek.

ini pulak namanya Thistle Hotel, depan selangkau ngan Euston train station. bfast kat hotel Thistle ni compared ngan kat Paris’s hotel tu lagi gempaklah. kitorg kat paris arituh makan roti semata ngan planta. kat sini ada beans, telur and potato. itu  je yang kami bedal.

fyi, konsep makan kami di negara mahal cekadak nih gini:

1. pagi makan breakfast

2. in between sampai petang makan jajan yang kami bawak macam pringles and coklat. kalau nak warm kita tapau hot choc kat mana2 kedai.

3. late petang kita makan heavy, kalau kat paris depan hotel ada 3 bijik cafe halal. so not a biggy. sama bih kurang ngan london, adalah dpt slot makan kat memana janji heavy.

4. at nite if lapar coz dah makan heavy waktu petang (consider lunch + dinner), we will eat maggi tomyam di dalam mug hahahahhaha! baik punya menu. dok pun kita kunyah kacang ngan yin tuh, huh sedap, belasah sama kopi aik cheong, sume aku bawak bekal sesiap yer…

gitulah so far, coz selain dari jimat belanja nak jimat masa gak. yah gitu yek….makan no hal lah. aku boleh je berlapar.

IMG_8942

jangan ko gelak tengok aku berstokin biru…dan coat merah adalah wajib, it was 10degree lah sejuk giler kat London. summer nya ala2, setakat panjang waktu siang, kol 5pagi dah terang, kol 9 lebih malam baru gelap. tapi weather tetap sejuk. aku hanya tukar socks, korang pun baca twitter aku kan, aku dok ulang2 bbsuh stokin, yang dah berbasuh tak kering pulak so kena pakai yang baru, hok biru nih. in london and paris aku tak buat konsep ‘melawa’ janji tak sejuk sudah.

fyi, saya pakai 2 lai tshirt itam dalam tuh yek. satu tshirt itam sirman, aku mmg tak bawak baju ko, sume baju dah abih pakai, bape lai je aku bawak. pastu aritu ada beli baju paris murah, ha pakailah tuh, n tshirt itam sirman bawak pi tidur pun aku sauk. so 3 lai! sejukkkk! my red scholl tuh memang meant for long trip yang kena jalan kaw2. aku tak pernah pakai kasut tu for event or mana2, hanya khas utk travel dalam negara and overseas trip jer. it s very comfy. wpun orang katalah camner, apa ke pesen ko red, eh biak pi lah…..

again aku jwb senang jer, apa orang nak sibuk, yang menahan sejuknya aku. yang menahan sakit kaki aku gak, so aku pakai yang ikut selesa di badan.

oh coat merah panjang nih aku beli kat paris, the flea market at only 6 euro jer. masa tuh mmg gagau carik baju sejuk sbb baju yang ada tak boleh nak cover sejuk yang ada. iskk, ko toksah cakaplah sejuknya…gilerr tol aku tak tahan…

IMG_8945

as i said, depan hotel aku memang walking jer ke train station, kita carik tube nak pi Bicester Village. ni kawan2 aku lah nih dok sorak, ko pi London tak pi BV, ko giler hapa. baik ko tak yah cakap ko pi London. at first dalam original plan kita nak engage member aku ada, member sirman pun ada anto bwk to BV, pastu ke few places. but after kira2, yang dalam london pun tak cover tak yah lah pi luar london. some more nak jimat duit gak.  me as usual berdiri ikut jelah bontot laki aku mana dia pergi. dia yang terer pasal peta2. nih.

Red, kalau i takde, you sendiri pandai baca peta2 ni tau…

sebab you ada ler, i tak kuasa nak amik tau hal peta2 bagai nih..

IMG_8958

tinggi betul escalator nih yer….

we had to change 2 tubes.

IMG_8953

satu tube tu mmg siksa, orangnya padattt. in fact 2 tubes lalu kami tak naik coz tak boleh lepas nak masuk. kang jadi cam kes aku terlepas masuk, laki aku tak lepas pulak. yang tak menahan tuh, sirman nih bukannya nak panggil ke cakap ke hapa, tetiba je bila aku dah terlepas ke depan (maklum le kecik senang nak cilok) dia dok tarik tengkuk leher coat aku. ciss! so kenalah aku reverse balik kuor, ater laki mak tak lepas ko. dia ngan bagpack nya lagik.

ha sebab aku kecik, lam gambar nih menunjukkan betapa kerdilnya hai saya kena penyek dek omputih2 nih….sempat gak lagi tu sirman amik gambo nih.

IMG_2901

mat peta oh mat peta…

IMG_8968

ada drama tau kat train station Marylebone tuh. ok ni dah dok selamat lam train 🙂 . sirman cukup nyampah aku pakai tshirt paris love tuh, ater tu baju murah, mmg nak buat pakai for basahan jer. dah bila dia tengok aku dah takde baju, ha barulah aku boleh pakai.

IMG_8977

cantik cantik….ijau kuning.

IMG_2907

bangunan tu pun cantikkan, itu rumah2 kot dah nak dekat2 ngan BV.

IMG_8981

aku ngantuk, tapi tak leh nak tidur coz couple sebelah tu dok meeting ke discussion punyalah ke main kuat bercakap…iskk rimas tollah acik. terlalok2 aku menahan mata dengo depa potpet…

IMG_8988

bukannya tak tau ada Quiet zone kat situ, no talking loudly, no phone ke whatever…aisayyy

IMG_8987

mailah amik gambo sendiri jer…

IMG_8989

lawa kan?

IMG_8995

bawah ijau terbentang…atas tu langit awan membara putih birunya…isk lawa betullah. aku bukannya tengok luar sangat, tapi bila dah tengok hasil gambar sirman amik nih, emm not bad.

IMG_8997

awan ni lagi cantik….

IMG_9002

ok mat peta buat keje petanya.

sekali ‘eh kita kena turunlah, patut turun dari awal lagi tadi’

ha??? terlepas BV k??

tak, kita kena turun kat satu lagi station pastuh baru boleh terus ke BV

ciss, buat aku suspens jer…

IMG_9003

train ke BV, aku amik pergi balik return. harganya berapa ek, kira murahlah dari apa yang aku dengo and study. return plus transport taxi bus from the station to BV sendiri. station BV tuh ker BV sendiri pun lam 5min jer. murah nya pun kalau ko tak convert, tapi kalau ko pikir darab 5, ngehngeh…..balik nanti mak merah sambung makan maggi yek.

IMG_9012

dipaksanya aku berdiri situ, tak yah paksa pun tak per, aku mmg nak naik pun train tuh. tinggalkan ko sirman, asik senap gambar je kejenya…

IMG_9015

ahah dah sampai BV, ni tpt sume orang tau kot…ke aku nak kena cakap gak. ni macam ala2 factory outlet lah, harganya murah, tapi yang tak bestnya dia takde latest season nya collection (if hbags/shoes/sunglasses/watch) . baju pun tak tentu. but bolehlah, tengok2 apa yang ada. janji pergi. panas telinga aku kalau tak pergi, kang member2 dok bising pehal ko tak pi BV. so wa pergilah nih…

dahlah orang tak tahan sejuk, wpun panas beliang, pakcik suruh gak berdiri kat situ, nak amik scenery nih…

IMG_9018

wah suka lah gambar nih, biru kiri kanan kat atas bridge nak naik taxi bus ke BV, pastu ada merah nyala2….contrast dedua tu kan. lawo lawooo! gambarnya combination yang lawa, kalo ko nak kata aku lawa pun wa tarak hal, hahahahha. aku giler! ok ok tadi cite yang drama tu kan. kita sampai2 je kat Marylebone tuh dah beli tiket, abang mat saleh cakap train nak gerak dah.

apa lagi, memecut larilah aku ngan sirman, dah macam marathon pulak. we sampai2 lam pintu train tuh seminit je sebelum diorg tutup. kalo tak kena tunggu setengah jam baru lah train baru sampai. setengah jam tu lama tu worrr…! oh tu je lah dramanya, kena marathon heheheh. ha in total dari hotel ke BV, kita amik lam kat 2 jam gak la ngan journey sume ek…jauh gak lah BV tu.

pastu ada lg drama gak kat Oxford. malas acik nak cite heh. nantilah tunggu balik kl kay wa citer. aku dah nak balik dah pung 🙂

ok apa yang aku tangkap kat BV, tunggu sat ar….eh eh, perlu ke tunjuk? kang tunjuk kang kata show off berlagak. kan aku dah cakap, susah nak jadi RM, nak kena jaga hati banyak orang. sekumpulan readers mahu ditunjuk, tapi yang senyap2 menyampah pun ada. so ater camner….simpan peram je lah. tak yah tunjuk lagi afdal 🙂 .

Comment: 17