Jul 10 2013 Wednesday, 10:00 pm
Senyapnya tayar MICHELIN Primacy3ST!
48hours sponsored post
Boleh dikatakan aku ni dah banyak kali la jugak pergi product launch ataupun press conference. So nak cerita la pasal this one unik press conference yang sempat aku attend.
Eh Kak Red syok layan lagu? Siap pakai headphones tu.
Eh sabar, ni biar aku habaq mai dulu. Press conference ni unik dan interesting sebabnya inilah press conference yang pertama di Malaysia yang menggunakan headphones untuk kita listen to the press conference tu. Cool eh 🙂 Ada sebabnya…
By the way, it was press conference on MICHELIN P3ST launch. The reason kenapa kita kena pakai headphones ni adalah kerana to emphasize ataupun memberi penekanan tentang ‘silent’ attribute tentang MICHELIN Primacy3ST tyre. Korang sure tau kan, kalau dah pakai cancellation noise headphone, bunyi bising dari luar akan difilter out langsung tak dengar, ibaratnya samalah seperti tayar P3ST ni, yang senyap dan pendiam sifatnya, infact tayar yang paling senyap di dunia setakat ini.
Pakar-pakar dari MICHELIN memberikan penerangan serba sedikit dan juga bercerita tentang kelebihan tayar Primacy3ST. Ada jugak faedahnya aku datang sini, daripada tak tau langsung pasal tayar, hari ni dapatlah ilmu serba sedikit pasal tayar ni.
Disamping sifat kesenyapannya, Primacy3ST ini juga mempunyai genggaman dan cengkaman yang kuat terutama sekali bila kita amik selekoh sekaligus menjamin kestabilan kereta kita. Ianya juga memberikan lebih tujahan ketika menaiki bukit dan lebih stabil ketika memandu di atas jalan yang basah ataupun ketika hari hujan.
Secara keseluruhannya, Primacy3ST menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan selamat juga memberikan ketahanan tayar yang lebih lama.
Primacy3ST adalah hasil dari usaha dan kajian yang dilakukan selama lebih dari 10 tahun penyelidikan ke atas tayar yang dah berjalan lebih dari 1.3 juta km, diikuti dengan 18 bulan mereka bentuk, membangun dan juga penyelidikan. Thumbs up kami bagi!
Keupayaan unik tayar MICHELIN Primacy3ST memberikan pelbagai kelebihan kat atas tu adalah dari initpati MICHELIN Total Performance yang terdiri dari empat leading technologies iaitu EvenPeak, CushionGuard, Stabiligrip and FlexMax.
So abang-abang sekalian, ni nanti nak balik kampung raya jauh-jauh tu, tak nak tukar ke tayar MICHELIN ke?
Barulah bini dan anak-anak duduk kat belakang rasa lebih selesa, abang pun bawak kereta nanti lebih rasa sedap dan selamat, tak gitu 🙂
Sekali tengah syok-syok aku buat entry ni, tiba-tiba RD menyampuk…
Eh awak buat entry tayar MICHELIN ek?
Yup, apsal?
Tu keta awak tu pakai MICHELIN la…
Patutlah sedap jer aku drive, MICHELIN rupanya 🙂
Khidmat pesanan masyarakat MICHELIN is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments