Dec 28 2012 Friday, 8:00 am
Fuhyoooo Proton Saga FLX!!
48hours sponsored post
Apa ek korang punya first car?
Aku dulu my very first car was Proton Satria. Red color lagi! Maklumlah masa tu baru kerja lagi, gaji pun cinonit jer. First time buyer pulak tu. Bajet pun ala-ala jer. Tapi still I go for a brand new car. Personally for me better beli kereta baru, less hassle sket. Walaupun kena kuor bajet lebih sket, tapi kita akan spend more time driving on the road rather than at workshop 😉 Betul tak?
Tapi yang sedihnya, habih calar balar kemek sana sini kereta Proton Satria aku tu. Apa taknya, kereta tu lah aku belajar memandu hiks 🙂 Habis semua aku redah!
So sebagai first time buyer, aku rasa criteria utama bila nak beli kereta of cos la bajet kan. So somehow bila bajet limited, kita terpaksa la carik secondhand car dok. Bukanlah semua kereta secondhand tu tak elok, ada yang elok, tapi tu lah ikut nasib la. Kang macam aku cakap tu, banyak masa habis kat workshop jer nanti. Makin nipis la poket jawabnya.
So not to worry, sebab aku rasa sekarang ni benda baru tak semestinya mahal. Macam Proton Saga FLX ni, harga brand new dia starting dari RM38,361 sahaja. I think it is a good deal kalau kita tengok apa yang kita dapat dari harga tu.
Proton Saga FLX dilengkapi dengan ruang dalaman yang lapang dan selesa, menggunakan teknologi up-to-date dan banyak lagi ciri-ciri mesra-pemandu yang hanya boleh didapati pada kereta yang lebih mahal tapi ada pada Proton Saga FLX ini. Ditambah pula dengan leather finishing dia, class-leading cabin space dan of cos Lotus-engineered ride and handling!
So bila bajet dah cukup, dah kira siap-siap semua expenses yang diperlukan. Ye lah beli kereta bukan sahaja kena bayar monthly payment jer, kena la kira duit minyak, tol, duit maintenance lagi dan jangan lupa insurance dan juga roadtax dan macam-macam lagi.
Tapi yang paling penting sekali dalam pembelian kereta pada aku ialah test drive. Ko pergi sendiri test drive dan tengok sendiri kereta tu. Jangan nak dengar cakap orang pulak. Kita ada selera masing-masing kan. Tak sedap kat orang, mungkin sedap kat kita. Tak cantik di mata orang, tapi cantik di mata kita. Betul tak?
Sebagai contoh, adakah kereta tu mempunyai ruang boot sebesar 413 liter dan mempunyai CVT (Continuously Variable Transmission) untuk gearshifts yang lancar seperti Proton Saga FLX?
Ataupun mempunyai ciri-ciri keselamatan asas seperti ABS, EBD dan beg udara?
Ohh ni penting terutama sekali untuk first time driver ataupun yang kurang pengalaman memandu!
Bila dah puas hati barulah kita beli. Dan FYI, sekarang ni Proton Saga FLX ada offer sebanyak RM2000 rebate ataupun ZERO servicing charge selama setahun! Dan juga ZERO road tax fee selama 2 tahun ataupun ZERO license renewal selama 5 tahun!
Do you think it’s a good deal? Don’t ask me, go test drive yourself lorrrr 🙂
Khidmat pesanan masyarakat Proton Saga FLX is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments