Red Guest

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, saya tujukan entri ini khas untuk mak merah yang begitu sukakan warna merah. Mari ikut saya ke tandas awam untuk skodeng anak dara mandi mengenali barang-barang didalamnya yang berwarna merah.

1. Sabun bentuk love – jika mandi bersama, sabun ini mungkin sesuai kan?

2. Pencuci muka Ferrari – untuk wajah berseri suami tersayang

3. Berus gigi – punyalah marah kat lalatz, sampai terbelit-belit

4. Pengering rambut – sesekali kita keringkan rambut secara ekspress

5. Alas kaki bunga – melangkah masuk ke bilik mandi dengan ceria

6. Penutup kepala – apa maksud tengkorak tu? rambut berkutu?

7. Langsir – Asmara yang membara, opps..

8. Pencukur bulu – perapian perlu dibuat selalu, jangan sampai bersemak samun.

9. Selipar berbulu – minum secawan kopi panas selepas mandi, kenalah ada gaya sikit.

10. Cermin berjubin – macam-macam merah ada, merah muda, merah tua, merah kelabu asap, merah hati, merah cili, merah panas, merah jambu bla bla bla bla..

Adakah bilik air mak merah seperti ini?

Entri ini ditulis secara suka-suka oleh Syamsulariff Bin Mohamed, seorang blogger part time yang suka minum air neslo ais. Warna kegemarannya adalah warna biru! Subscribe feed blognya untuk mendapatkan update terkini tulisannya.

Comment: 10